Saturday, 9 June 2012

Cari Duit..

Assalamualaikum w.b.t...



Pagi yang mendung... hmmmm... loading~~~ apa yang aku nak tulis sebenarnya..
Ya.. pagi yang mendung. Aku nak bagitau pagi ni suasananya mendung. Burung dut dut berbunyi.. orang cakap kalau burung tu berbunyi ada orang nak mati.. Astagfirullahalazim.. Masih dimomokkan oleh kepercayaan karut kan. Maklumlah orang kampung.. hahaha.. *garu kepala.
Apa2 pun hidup dan mati tu ditangan TUHAN.
Dia nak berbunyi, biarkanlah dia berbunyikan. Mulut dia, dia berbunyi tak pinjam pun mulut kita. Tapi sesekali duk sorang2 camni sekali burung tu berbunyi cam seram gak la bunyinya.. "=.=

Ok, hari ni aku tak tahu nak wat pe.. ada gak keinginan nak kuar, g pasar minggu ke.. buang duit! kaya bebenor lagaknya. Tak payah keje, aku duk sapu2 lantai umah aku ni kutip je duit syiling yang bertaburan dah boleh menjana pendapatan. Tak pe.. jangan risau, halal punya. Awal2 lagi aku da buat announcement kalau aku sapu jumpa duit syiling, aku amik.. bukan setakat lantai, kat rak tepi tv pun aku amik.. kih3..

Tajuk tu CARI duit ok, bukan CURI duit.. aku tak buat keje2 haram macam tu.. beberapa hari ni datang idea aku nak berniaga.. hmmm... tapi aku nak berniaga apa?? *kening terangkat.
Cuti pun dah nak hampir sebulan ni. Aku ada cakap kat mak aku nak masuk kelas menjahit kat pekan tapi tak tahulah dia amik lagi ke tak. Kalau ada pun mesti orang dah sampai Mekah aku baru nak pakai kasut!
Faham tak?? maksud aku dah jauh ketinggalan!

Burung dut dut dah senyap, dah kuar cari makan kot.. Actually aku pun tak tahu burung tu macam mana n nama sebenar burung tu apa.. apa yang penting aku panggil burung tu burung dut dut ok!
Ok lah aku nak p sarapan dah.. macam tak terurus je pagi ni, rambut pun berserabai macam hantu kak limah... haha. (melampau dah tu!)
:P