Sunday 23 June 2013

Kenangan

Assalamualaikum w.b.t..



Membakar kenangan lama..

Kenangan.. perkara yang da tak mungkin berulang..
Sesekali tak salah untuk kita mengenang, tapi tak semua kenangan itu bagus untuk dikenang.

"My interest is in the future because I am going to spend the rest of my life there"
- Charles F. Kattering-

Thursday 20 June 2013

IQ, EQ dan SQ..

Assalamualaikum w.b.t..




Aku tertarik dengan artikel ni, jadi aku sharekan untuk entri kali ni. IQ, EQ dan SQ. Aku sendiri pun masih lemah dalam hal-hal ni terutamanya dalam membina Emotional and Spiritual/Social Quotient. Semoga dapat memberi manfaat kepada kita..



Saudara,
Apa itu IQ, EQ dan SQ? Apakah kaitan di antara ketiga-tiga bahagian ini? Mengapa ketiga-tiga bahagian ini penting di dalam kehidupan kita? Adakah diri kita mempunyai ketiga-tiga bahagian ini? Bagaimana kita ingin meningkatkan kecerdasan ketiga-tiga bahagian ini?
Saudara,
Jika ketiga-tiga tahap ini dapat ditingkatkan kecerdasannya, saudara mampu menjadi manusia hebat yang mempunyai IQ yang cerdas, EQ yang mantap dan SQ yang kukuh.
Intelligent Quotient (IQ)
Ramai orang mempunyai IQ yang baik. Sebab itu zaman hari ini, teknologi berkembang dengan pesat baik segi sains teknologi atau sains sosialnya. Teknologi perbuatan semakin hebat begitu juga dengan perniagaan dan sebagainya.
Jumlah mereka yang masuk ke universiti meningkat saban tahun. Graduan makin bertambah sehingga sesetengah bidang sudah lebih daripada tahap yang diperlukan. Manusia menjadi semakin pandai. IQ semakin cerdas dan hebat.
Namun di dalam kehebatan dan kecerdasan ini manusia iaitu kita seringkali banyak mementingkan diri sendiri. Corak kehidupan hari ini sungguh menakut kerana manusia berlumba-lumba mengejar material. Fahaman materialism menyebabkan kita tidak mementingkan perasaan orang lain.
Kepentingan diri adalah segala-gala. Malah ada yang lebih teruk di mana kepentingan diri sendiri mesti diutamakan berbanding kepentingan anak-anak, isteri/suami atau keluarga sendiri. Biarlah apa juga bakal terjadi pada anak isteri/suami atau keluarga yang penting diri sendiri sentiasa selamat dan gembira.
Dengan anak, isteri/suami dan keluarga pun sudah tidak ambil peduli, bagaimana dengan masyarakat, dengan bangsa dan agama?
IQ menjadikan manusia hebat namun jika tidak adanya EQ, manusia menjadi lebih teruk daripada haiwan.
Emotional Quotient (EQ)
EQ merupakan satu hal untuk memahami perasaan orang lain. Manusia hari ini amat kurang dengan EQ. Tidak perlu memberi contoh yang berat. Ambil sahaja contoh di parking kereta. Berapa ramai yang parking kereta di tempat kerja, di kedai-kedai dan sebagainya mengikut sesuka hati tanpa memikirkan orang lain.
Hari ini salah satu kes penceraian adalah kerana pasangan suami dan isteri tidak cuba memahami perasaan masing-masing. Diri sendiri mementingkan rasa dan perasaan sendiri. Suami terlalu ego. Isteri terlalu sensitif. Akhirnya tiada kata sepakat dan tidak ada cara lain melainkan bercerai.
Kekurangan kecerdasan emosi di kalangan kita amat menakutkan. Di universiti amat jarang kursus-kursus seperti ini di adakan. Dunia hari ini adalah dunia mengejar material. Manusia tidak kisah apa orang lain kata, apa perasaan orang lain.
Namun sesetengahnya cukup cerdas emosinya. Maksudnya cukup baik dengan semua orang. Ahli perniagaan zaman sekarang cukup hebat di dalam mengambil hati. Begitu juga dengan sesetengah pekerja. Bijak mengambil hati bos.
Tidak ketinggalan suami atau isteri pandai mengambil hati pasangan masing-masing.
NAMUN jika manusia mempunyai IQ dan EQ yang cerdas tetapi tidak mempunyai SQ yang cerdas, maka sudah pasti segala apa yang dilakukan hanya semata-mata ada sesuatu agenda lain. Ini bermakna IQ dan EQ semata-mata tidak cukup. Manusia harus dipimpin dengan SQ.
Spiritual Quotioent (SQ)
Terlalu sedikit jumlah manusia yang mempunyai kecerdasan spiritual. Ramai di antara kita cerdas IQ dan EQnya di mana hubungan sesama manusia amat baik. Kita dapat lihat di tempat kerja kita di mana ramai yang tidak ada masalah di dalam intelektual dan memahami perasaan orang lain.
Namun sejauh mana keikhlasan di dalam melakukan kerja? Bagaimana dengan sikap BANGGA DIRI, DENGKI dan sebagainya. Berapa ramai yang sering berkata bahawa syarikat tidak pernah menghargai apa yang telah dilakukan oleh dirinya? Berapa ramai yang berkerja semata-mata hanya kerana pangkat dan jawatan? Berapa banyak yang mempunyai hubungan dan sentiasa mesra dengan semua orang tetapi itu semua hanya untuk kepentingan yang terselindung.
Saudara,
Kita pada hari ini beribadat tidak lain dan tidak bukan adalah kerana material. Kita melakukan amal ibadat seperti bekerja, solat, puasa dan sebagainya hanyalah semata-mata agar Allah memurahkan rezeki kita.
Banyak kali kita diajar untuk murahkan rezeki, banyak zikir dan ayat-ayat Al-Quran itu dan ini. Lalu kita beramal dan beribadah tidak lain dan tidak bukan hanya kerana mengharapkan Allah berikan rezeki yang banyak kepada kita.
Di dalam hidup kita, fikiran kita hanya duit semata-mata. Kecerdasan IQ dan EQ kita digunakan hanya untuk duit. Berkawan baik dengan orang juga kerana duit atau sekadar mudah jika memerlukan pertolongan.
Saudara,
Kecerdasan spiritual adalah ukuran sejauh mana kita sebenarnya meletakkan Allah itu berada di kedudukan paling tinggi dalam SELURUH hidup kita dunia dan akhirat.
SEHARUSNYA kita mengerjakan solat bukan untuk syurga dan pahala tetapi SEHARUSNYA adalah kerana Allah. Kerana cinta kepada Allah. Kerana Allah semata-mata. Kita melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan bukan kerana takut masuk ke neraka Allah, bukan kerana takut diseksa tetapi SEHARUSNYA hanya kerana kita sayang dan cinta kepada Allah.
Syurga dan neraka adalah hak Allah. Allah maha mengetahui apakah pembalasan yang seharusnya diberikan kepada kita. Yang utama, kita lakukan segala-galanya adalah kerana cinta kepada Allah.  Inilah kecerdasan spiritual tahap tertinggi.
Redha dan Rahmat adalah milik Allah dan Allah adalah Maha Adil pemberianNya. Allah mengetahui siapa yang layak untuk medapat syurga atau masuk ke neraka.
Apabila jiwa dan hati hanya cinta pada Allah, kita akan menyerahkan segala-galanya 100% kepada Allah. Kita berusaha dan rajin melakukan kerja adalah kerana Allah.
Bacalah doa Robiatul Adawiyah di bawah di mana tahap spiritual beliau mencapai kecerdasan agung.
Kesimpulan
Saudara,
mantapkan kecerdasan spiritual kerana spiritual yang cerdas pasti akan menghasilkan emosi yang cerdas. Spiritual yang cerdas bukan hanya mementingkan material. Bukan mengerjakan solat hanya kerana material. Berzikir kerana material. Solat malam kerana material. Membaca Al-Quran hanya surah-surah tertentu yang diyakini dengan membaca surah tersebut mampu mendapat rezeki yang banyak.
Apabila SQ baik dan diri kita sentiasa ingat Allah setiap saat, pasti EQ kita mampu dikawal dengan baik. Kita dapat memahami bukan hanya manusia bahkan haiwan dan alam sekeliling dengan baik.
Apabila SQ dan EQ berada di tahap yang cerdas, pasti IQ juga cerdas. Jiwa sentiasa positif, jiwa sentiasa tenang, jiwa sentiasa ingat Allah maka sudah pasti segala apa yang kita belajar mudah faham, mudah ingat dan mudah diaplikasikan.
LALU PERSOALANNYA BAGAIMANA MEMANTAPKAN SQ?InshaAllah akan dijelaskan.
—————————————————
Doa Robiatul Adawiyah
Tuhanku,
Apa saja yang akan kau kurniakan kepadaku
berkenaan dunia
berikanlah kepada mereka yang memburunya
Dan apa saja kebaikan yang akan kau kurniakan kepadaku
berkenaan akhirat
berikanlah kepada hamba mu yang beriman
kerana aku hanya mahukan kasih Mu Tuhan
Wahai Allah
jika aku beribadah kerana syurgaMu..
Janganlah Engkau masukkan aku ke dalam syurga
Andainya aku beribadah kerana takutkan nerakaMu
maka lemparkanlah aku kedalamnya
Tetapi wahai Tuhan..
jika aku beribadah
kerana inginkan keredhaanMu
maka janganlah Engkau sia-siakan daku
Ameen ya Rabbal alamin.

Monday 10 June 2013

Salam Syaaban

Assalamualaikum w.b.t..



Sekejap sungguh kan masa berlalu. Sedar tak sedar lebih kurang sebulan je lagi untuk kita menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak. Seiring dengan masa yang berlalu merubah keadaan, persekitaran dan insan-insan di sekeliling kita. Tapi apakan daya nak tak nak kita perlu jugak terima semuanya. Kadang-kadang yang menyakitkan tu bukan lah kerana apa yang terjadi, tapi kerana memori, ingatan yang tertinggal. Kalau itu yang terbaik, kita perlu terima kerana Dia lebih tahu.. :')


Sabda Nabi S.A.W:

"Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu." (Diriwayatkan oleh Umamah al-Bahili r.a.)

Saiditina Aisyah berkata:
"Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W meyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pada bulan Syaaban." (HR Bukhari dan Muslim)





Jadi mulai sekarang bolehla mempersiapkan diri kita untuk meyambut bulan Ramadhan.. :)





Sunday 9 June 2013

Sebaceous cyst

Assalamualaikum w.b.t..


31 Mei 2013
Pagi tu mak dan ayah keluar ke kebun lebih kurang pukul 8 lebih, tapi tak sampai pukul 10 pagi ayah dan mak dah balik dari kebun. Pelik jugak aku.. hari tu mak dan ayah pulang awal dari biasa. Aku tanya mak kenapa balik awal? mak cakap ayah sakit kepala. Benjolan yang besar kat kepala ayah tu da besar sangat. Seminggu ni ayah cakap rasa sakit, berdenyut-denyut. Sebenarnya benjolan tu da lama, tapi ayah cakap tak sakit so dibiarkan je la. Tapi sejak 2,3 tahun ni benjolan tu da jadi makin besar. Risau memang risau tengok. Da banyak kali da aku pesan kat ayah suruh pegi jumpa pakar, tapi dengil budak kecik boleh dipiat, degil orang tua tak boleh nak buat apa la.

Tapi akhirnya pagi jumaat tu tergerak hati ayah nak pegi hospital. Lepas da check kat hospital daerah, doktor terus refer ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu. Appointment dengan doktor pakar di unit neurosugery pada 3 Jun 2013.

3 Jun 2013
Pagi-pagi lagi da keluar dari rumah bersama dengan sepupu aku dan suami dia. Sampai je kat hospital, lepas daftar semua kami menunggu di klinik neurosugery dan SOPD. Aku temankan ayah masuk jumpa doktor. Doktor pun terkejut tengok sebab da besar sangatkan lagipun kat kepala. Doktor tanya ayah kenapa simpan lama sangat. Aku pun baru tahu rupanya cyst tu da ada sejak ayah kecik lagi, tapi dulu kecik, tak nampak. Mungkin da 40 tahun lebih lamanya. Doktor bagi 2 pilihan sama ada ayah nak ambik ubat untuk kurangkan inflammation baru operate atau nak masuk wad terus. Tapi ayah pilih untuk buat terus dan terpaksalah masuk wad.

Dalam 2 hari kat wad masuk je bilik bedah tekanan darah ayah tiba-tiba naik mendadak, mungkin sebab nervous sebab sebelum tu tekanan darahnya normal. So, doktor tak jadi nak operate. Tapi doktor berjaya keluarkan semangkuk nanah dan darah daripada benjolan kat kepala ayah. Benjolan nya da mengecil separuh daripada saiz asal. Walaupun da keluarkan separuh daripada kandungan dalam cyst tu tapi still nak kena buang selaput yang ada tu sebab kalau tak buang nanti dia akan besar balik.

6 hari duduk kat hospital, lepas da keluarkan semua nanah dan selaputnya, alhamdullilah akhirnya ayah da dibenarkan pulang ke rumah. Tapi tiap-tiap hari still nak kena berulang alik ke hospital untuk cuci lukanya tu untuk mengelakkan infection. Bahagian yang berlubang tu tak boleh dijahit sebab nak selalu kena cuci.

SEBACEOUS CYST
Sebenarnya apa yang naik kat kepala ayah aku tu adalah sebaceous cyst. Sebaceous cyst ni biasanya mudah naik dikepala, bahu, muka dan bahagian-bahagian badan yang lain. Ia tidaklah bahaya sebab hanyalah  benign tumor dan terletak dibahagian epidermis, cuma jadi bahayanya sebab dibiarkan terlalu lama sehingga da membesar, dan sudah dijangkiti kuman. Pada peringkat awal mungkin akan sedikit confius dengan jerawat batu. Sebaceous cyst yang kecil boleh di buang dengan minor operation. Tapi kes ayah ni disebab kan dibiarkan terlalu lama sehingga da jadi infection,dan meurut doktor jugak bahagian tengkoraknya da terhakis sedikit. Tapi apa-apa pun alhmadulillah semuanya selamat.. Akhirnya penderitaan ayah yang da berpuluh-puluh tahun terubat juga.. :')




Sebaceous cyst kat kepala ayah aku lebih kurang macam ni la tapi sebijik je. Besar sikit dari bola tenis. Seriau jugak la tengok.. =='

So bagi sesiapa yang ada benda ni better cepat-cepat pegi buang sebelum jadi makin teruk. Bila da besar susah sikit la doktor nak buang sebab bleeding pun banyak.. Harapnya semoga ayah cepat sembuh..