Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Monday, 11 August 2014

Protein Dalam Diet

Assalamualaikum w.b.t..

Sebelum ini sudah dibincangkan keperluan Karbohidrat Dalam Diet seharian dan bagaimana untuk mengawal jumlah pengambilannya. Untuk entri kali ini aku ingin berkongsi tentang keperluan protein dalam diet seharian. Protein adalah nutrisi yang penting bagi mengekalkan fungsi sel-sel, membaiki dan mengawalatur pelbagai fungsi badan. Otot-otot, organ-organ dan pelbagai hormon diperbuat daripada protein, dan ianya juga digunakan dalam proses pembuatan haemoglobin (komponen didalam sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan). Selain itu protein juga digunakan di dalam penghasilan antibodi yang berfungsi menentang jangkitan, penyakit dan penting kepada sistem pembekuan darah. Contohnya didalam laluan sistem pembekuan darah dibawah fibrin (sejenis non-globular protein) bertindak memerangkap sel darah merah daripada terus menerus keluar melalui salur darah yang tercedera.


Contoh salah satu pathway dalam Blood Coagulation System

Ok, kita tinggalkan sistem pembekuan darah, kalau cerita pasal ni sampai esok pun tak habis. Apabila seseorang mengambil makanan yang mengandungi protein, jus penghadaman (digestive juice) didalam perut dan usus akan mula berkerja. Penghadaman protein bermula sebaik sahaja makanan masuk ke dalam perut. Protein tersebut akan dipecahkan kepada unit asas protein iaitu asid amino (amino acid). Asid amino tersebut seterusnya akan digunakan semula untuk membuat protein yang diperlukan oleh badan untuk mengekalkan otot-otot, tulang, darah dan organ. Asid amino boleh diibaratkan seperti blok-blok binaan bagi tubuh badan. Protein yang diperolehi daripada makanan kita mengandungi jenis-jenis asid amino yang berbeza. Essential amino acid mestilah diambil dalam diet seharian kerana ia tidak dapat dihasilkan oleh badan. 9 jenis essential amino acid yang harus dimasukkan kedalam diet adalah isoleucine, leusine, lysine, methionine, phenylalanine, threonine, trypthophan dan valine.

SUMBER-SUMBER PROTEIN





Cadangan pengambilan protein adalah daripada makanan berasaskan haiwan seperti daging, susu lembu dan telur. Protein daripada tumbuhan mungkin akan kurang dihadam kerana perbezaan intrinsik (keadaan protein itu sendiri) dan juga disebabkan faktor-faktor yang lain seperti serat yang mungkin akan mengurangkan penghadaman protein tersebut sehingga 10 peratus. Sumber protein utama bagi diet vegan adalah kekacang (peas, dal dan bean), bijirin, yang mana mempunyai tenaga yang agak padat. Diet berasaskan protein daripada tumbuhan semata-mata ianya agak mencukupi dan membekalkan jumlah essential amino acid yang disarankan untuk orang dewasa. Berdasarkan Persatuan Dietatik Amerika, gabungan protein dalam setiap makanan adalah tidak perlu, asalkan makanan yang kaya protein diambil dalam diet seharian. 

SUMBER PROTEIN YANG BAIK
Sumber ptotein yang rendah atau tanpa lemak yang baik adalah:


  • Daging lembu, ayam dan kambing.
  • Ikan dan kerang-kerangan.
  • Produk tenusu termasuk keju kotej, keju, yogurt dan susu.
  • Telur, putih telur.
  • Kacang bean kering, peas, oats dan kekacang.
  • Tofu dan produk soya.  
Protein boleh dianggap sebagai protein lengkap (protein yang membekalkan essential amoni acid yang secukupnya) ataupun protein tidak lengkap (mengandungi kurang essential amino acid). Daging, telur dan produk tenusu adalah protein lengkap tetapi protein berasaskan tumbuhan seperti sayur-sayuran, kacang bean dan produk berasaskan tumbuhan yang lain adalah protein tidak lengkap. Walaubagaimanapun, sesetengah protein tidak lengkap boleh digabungkan untuk membentuk protein lengkap contohnya seperti nasi dan pacang bean, mentega kacang dan jeli dan jangung dan kacang bean. 

Berapa banyakkah jumlah protein yang diperlukan oleh badan? Pengambilan protein seseorang bergantung kepada umur, keadaan perubatan, tahap aktiviti dan juga saiz badan. Berdasarkan piramid makanan untuk golongan dewasa disarankan mengambil 2-3 hidangan protein setiap hari. Jumlah protein yang diperlukan dalam diet bergantung kepada berat badan ideal seseorang. Berat badan ideal digunakan kerana asid amino adalah tidak diperlukan oleh sel-sel lemak, hanya digunakan oleh jisim badan tanpa lemak (lean body mass). Persatuan Kesihatan Dunia (WHO) meletakkan keperluan protein dalam makanan adalah 0.45 gram protein per kilogram berat badan ideal.

Antara saiz hidangan protein yang biasa adalah:
  • 3-4 oz daging tanpa lemak, ayam dan ikan
  • 1/2 cawan kekacang
  • 1 biji telur atau 2 sudu besar mentega kacang (dikira bersamaan dengan 1 oz daging tanpa lemak).
Egg substitute
Jika anda mengambil makanan rendah lemak, pilihlah bahagian protein rendah lemak seperti ikan, kerang-kerangan, beans, pengganti telur (egg substitute) dan produk susu tanpa lemak.

Selain itu, anda juga boleh merujuk pada label makanan pada paket pembungkusan untuk mengetahui jumlah protein dalam satu hidangan.

Diharap entri ini dapat membantu mereka yang sedang mengawal pemakanan..:)




Sumber rujukan: Diet &Nutrition A Guide To Weight Maintenance And Healthy Living with a Malaysian Touch! Terbitan Karangkraf.


Monday, 4 August 2014

Karbohidrat dalam diet

Assalamualaikum w.b.t..


Kali ini aku ingin berkongsi satu lagi tips kesihatan berkaitan dengan diet. KARBOHIDRAT. Selalunya kita sering kali mendengar tentang keburukan ataupun perkara-perkara negatif mengenai karbohidrat yang sering dipersalahkan menjadi punca utama dalam kenaikan berat badan seseorang. Sesetengah orang menjadi keliru apabila panduan piramid makanan menunjukkan karbohidrat adalah diperlukan untuk sumber nutrisi yang baik. Fakta ringkas tentang karbohidrat adalah korbohidrat terbahagi kepada dua iaitu karbohidrat baik dan karbohidrat jahat yang sepatutnya dielakkan untuk menjaga berat badan.

Diet yang kaya dengan karbohidrat jahat sememangnya menaikkan selera dan mengakibatkan peningkatan ukuran lilit pinggang. Diet rendah karbohidrat akan menggalakkan penurunan berat badan dalam tempoh yang singkat., tetapi disusuli oleh beberapa keadaan yang boleh membahayakan kesihatan. Jadi apakah yang perlu dilakukan? Sebenarnya anda boleh sahaja terus mangambil karbohidrat dalam menu seharian, tetapi PERLULAH TAHU BAGAIMANA UNTUK MEMILIH HIDANGAN KARBOHIDRAT yang sihat didalam menu anda.

Sumber-sumber karbohidrat
Badan kita sentiasa memerlukan tenaga untuk berfungsi. Malah bernafas juga memerlukan tenaga. Makanan menyediakan tenaga yang diperlukan oleh badan dan karbohidrat juga merupakan salah satu sumber yang penting selain daripada lemak dan protein. Karbohidrat membekalkan tenaga yang diperlukan oleh otot, otak dan sistem saraf tunjang (central nervous system). Secara ekslusifnya otak manusia sememangnya bergantung kepada karbohidrat untuk mendapatkan sumber tenaga.

Sistem saraf tunjang
Korbahidrat boleh didapati dalam buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, produk tenusu, produk bijirin, pemanis seperti gula, madu, molases (gula yang telah diproses menjadi sirap pekat) dan sirap jagung (corn syrup). Badan menukarkan karbohidrat yang boleh dihadam (non-fibre) kepada glukos yang akan digunakan oleh sel-sel badan sebagai bahan bakar. Sesetengah karbohidrat ringkas (monosacchides) iaitu glukos, fruktos dan galaktos dipecahkan dengan cepat kepada glukos sementara karbohidrat yang kompleks (polysaccharides) dipecahkan dengan lambat dan masuk kedalam aliran darah secara beransur-ansur. Semasa proses penghadaman, semua jenis karbohidrat dipecahkan kepada glukos sebelum memasuki salur darah dimana terdapat hormon insulin yang akan membantu pembakaran dan penyerapan glukos oleh sel badan. Glukos yang berlebihan akan disimpan sebagai glycogen didalam hati dan otot untuk kegunaan badan apabila paras glukos rendah. Manakala jika terdapat glukos yang berlebihan ianya akan tersimpan sebagai lemak.

JENIS-JENIS KARBOHIDRAT
Secara asasnya terdapat tiga jenis karbohidrat:

1. Karbohidrat ringkas (simple carbohydrates/monosaccharides)
Karbohidrat ringkas terdiri daripada 1 atau 2 unit gula yang dapat dipecah dan dihadam dengan cepat.
Kajian terbaru mendapati sestengah makanan yang mengandungi karbohidrat ringkas boleh menyebabkan peningkatan mendadak paras gula dalam darah, yang juga akan menggalakkan perembesan insulin. Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan selera makan dan meningkatkan risiko penyimpanan lemak yang berlebihan.

2. Karbohidrat kompleks (complex carbohydrates/polysaccharides)
Ianya juga dikenali sebagai kanji terdiri daripada beberapa unit gula ringkas yang boleh dijumpai secara natural (beras perang) dan juga telah diproses (roti putih). Stukturnya lebih kompleks dan ianya mengambil masa untuk dipecahkan dan dihadam. 

Makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks memasuki saliran darah secara beransur-ansur dan menggalakkan peningkatan paras insulin secara sederhana yang akan menstabilkan selera dan menyebabkan hanya sedikit sahaja karbohidrat yang akan tersimpan sebagai lemak. Karbohidrat yang tidak malalui proses pemurnian (unrefined) ataupun dikenali sebagai bijirin penuh (whole grain) boleh dijumpai didalam produk seperti beras perang, pasta gandum penuh dan bijirin bran akan dicerna dengan perlahan. Ianya juga mengandungi vitamin, mineral dan serat yang baik untuk kesihatan. Serat dan sayuran yang kaya dengan nutrien, buah-buahan dan kekacang juga merupakan karbohidrat yang mempunyai fungsi-fungsi penting untuk badan dan juga kesihatan. 

3. Karbohidrat yang tidak dihadam (indigestable carbohydrates)
Ianya juga dikenali sebagai serat (fibre). Serat tidak dapat dipecahkan kepada unit asas karbohidrat untuk dihadam. Oleh itu serat bukanlah sumber tenaga untuk badan tetapi ianya dapat menggalakkan kesihatan melalui banyak cara. Contohnya pengambilan serat dapat membantu seseorang dalam penjagaan pengambilan makanan. Pengambilan serat dapat membuatkan seseorang berasa cepat kenyang disamping ianya juga menggalakkan proses peristalsis dan mencegah sembelit.

KESAN JANGKA PANJANG PENGAMBILAN DIET RENDAH KARBOHIDRAT
Apabila pengambilan karbohidrat disekat didalam diet seharian, seseorang akan lebih cenderung untuk meningkatkan pengambilan protein dan lemak yang mana mempunyai kesan jangka panjang seperti:
  • Risiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser meningkat apabila buah-buahan, sayur-sayuran, produk bijirin penuh dan kekacang disingkirkan di dalam diet seharian.
  • Makanan berprotein mempunyai purine yang tinggi yang akan dipecahkan kepada asid urik. Peningkatan asid urik dalam darah boleh menyumbang kepada peningkatan risiko penyakit gout.
  • Meningkatkan risiko penyakit batu karang disebabkan oleh proses ketosis dalam diet tinggi protein.
  • Dari masa ke semasa, diet tinggi protein boleh menyebabkan kehilangan kalsium dan menyumbang kepada osteoporosis.
  • Risiko penyakit jantung meningkat melalui diet rendah karbohidrat dan tinggi dalam pengambilan protein, kolesterol, lemak dan lemak tepu.
BAGAIMANA UNTUK MENGATASI?
Bagaimana untuk mangambil karbohidrat dengan selamat, efektif dan terkawal dalam diet seharian? Beberapa peraturan boleh diamalkan:

Peraturan 1: Masukkan makanan tersebut dalam diet:
  • Buah-buahan: 2-4 hidangan sehari
  • Sayur-sayuran: 3-4 hidangan sehari
  • Produk bijirin penuh seperti roti, mufin, mi, biskut, bijirin penuh dan beras perang: 6-11 hidangan sehari
  • Kekacang : 1-2 hidangan sehari
  • Produk tenusu rendah lemak dan tanpa lemak: 3 hidangan sehari 
Peraturan 2: Hadkan makanan berikut kurang daripada 2 hidangan sehari:
  • Jus buah-buahan
  • Produk tepung putih yang telah melalui proses pemurnian (refined)
  • Nasi putih
  • French fries
  • Sayur goreng
Peraturan 3: Singkirkan makanan tersebut atau makan hanya ketika menghadiri mijlis dan keraian:
  • Pencuci mulut yang manis, biskut yang manis, kek, pie dan gula-gula.
  • Donut dan pastri
  • Kerepek, cola dan minuman berkarbonat


Bagi mereka yang sedang diet tetapi takut untuk mengambil karbohidrat boleh mencuba peraturan-peraturan tersebut. Sejujurnya mendisiplinkan diri dengan mengawal pengambilan makanan sememangnya agak susah. :p

Sumber rujukan: Diet & Nutrition A Guide To Weight Maintenance & Healthy Living with a Malaysian Touch!, terbitan Karangkraf. 








Saturday, 14 June 2014

Pemakanan Secara Sederhana

Assalamualaikum w.b.t..

Ramadhan bakal menjelma dalam masa lebih kurang dua minggu lagi. Tibanya bulan Ramadhan pastinya lambakan Bazar Ramadhan dapat dilihat disana sini. Beraneka juadah dapat dicari yang pastinya menaikkan nafsu untuk berbelanja lebih dikala perut sedang lapar. Jadi tidak hairanlah ada juga yang mengalami pertambahan berat dikala Ramadhan menjelma. 

Amalan pemakanan secara sederhana dapat membantu kita mengelakkan pembaziran sekaligus memberi kesihatan kepada tubuh badan.




Piramid makanan adalah salah satu carta yang dapat membantu kita untuk merancang sukatan dan pengambilan jenis-jenis makanan secara seimbang. Kepelbagaian boleh dicapai dengan pengambilan diet daripada setiap aras didalam piramid makanan. Sebenarnya versi piramid makanan ni banyak dan rasanya sekarangpun KKM ada mengeluarkan versi piramid makanan yang terbaru. Tapi as long as it is applicable tak salah pun untuk ikut yang mana-mana. 

Berdasarkan piramid makanan seperti yang kita tahu, pada aras yang paling bawah disarankan lebih banyak untuk diambil dan paling atas adalah yang paling sedikit. walaubagaimanapun kesederhanaan harus diutamakan untuk mengelakkan daripada makan terlalu banyak. Panduan piramid makanan menyarankan jumlah yang boleh dimakan dari setiap kumpulan makanan setiap hari untuk individu sihat dan normal. 

Dengan mengekalkan berat badan yang sihat, masalah kesihatan dapat dielakkan sebaliknya jika terlalu kurus atau gemuk akan meningkatkan risiko pelbagai penyakit yang berpunca daripada pemakanan dan gaya hidup.

Olahan daripada Diet Sihat & Murah terbitan Karangkraf.



Wednesday, 5 March 2014

Tingkatkan Metabolisma Badan

Assalamualaikum w.b.t..


Pagi tadi berpeluang buat ujian komposisi tubuh badan dimana kita boleh mengetahui jumlah lemak, air, otot, tulang yang membentuk komposisi tubuh badan kita. Memandangkan beberapa bulan ni aku berat aku sedikit naik, memang agak takutlah nak timbang. Stress tau bila berat naik. :( Lagipun memang dah jarang exercise sekarang ni.  So, hasil daripada test tu alhamdulillah semuanya masih dalam keadaan normal, tak ada kurang, tak ada yang terlebih tapi aku punya tahap metabolisma agak rendah. Disebabkan sekarang ni memang kurang aktif, kebanyakkan makanan yang aku makan lebih banyak ditukarkan kepada lemak lah kot walaupun komposisi otot masih lagi banyak daripada komposisi lemak.

Metabolisma adalah keupayaan tubuh untuk membakar sejumlah tenaga atau kalori bagi mengekalkan fungsi-fungsi asas tubuh. Metabolisma boleh dipecahkan kepada dua iaitu; catabolisma proses metabolik yang memecahkan molekul-molekul besar dan menghasilkan tenaga manakala proses anabolisma pula proses pembinaan metabolik yang menggunakan tenaga yang dihasilkan oleh proses catabolisma untuk penghasilan molekul-molekul kompleks yang lain seperti protein, lipid, polysaccharide dan lain-lain.

Credit gambar
Oleh itu, metabolisma yang tinggi diperlukan bagi mengurangkan berat badan. Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan bagi meningkatkan kadar metabolisma badan adalah:

1. Elakkan diri daripada kelaparan
Diet yang agresif sebenarnya akan mengurangkan sejumlah besar kalori dalam diet. Hal ini akan mengejutkan badan dan menyebabkan kelaparan. Diet seperti ini juga akan menyebabkan kadar metabolisma menjadi semakin rendah. Cara yang terbaik adalah mengurangkan 100 kcl setiap hari daripada diet biasa kita.

2. Tambahkan protein dalam diet makanan
Protein dapat membantu menambahkan kadar metabolisma badan. Tetapi pengambilan karbohidrat juga penting, cuma kurangkan kuantitinya sahaja. Berbanding karbohidrat, badan akan membakar dua kali ganda semasa menghadam protein berbanding karbohidrat. Ikan merupakan salah satu sumber protein yang baik. Contohnya ikan salmon mengandungi asid lemak omega-3 yang berupaya meningkatkan jumlah enzim pembakar lemak dalam badan.

3. Makan setiap 3 jam
Semakin kerap kita makan, semakin tinggi kadar metabolisma badan. Makan kerap dengan makan banyak tu adalah 2 perkara yang berbeza. Kerapkan makan dalam kuantiti yang sedikit dan elakkan daripada kurang makan tetapi dalam kuantiti yang banyak. Amalan skip sarapan akan menggalakkan seseorang untuk mengambil makanan dalam jumlah kalori yang banyak pada waktu tengah hari. Hal ini boleh menyebabkan berat badan seseorang naik.

4. Minuman
Antara minuman yang boleh meningkatkan kadar metabolisma badan adalah minuman berkafein seperti kopi dan teh hijau. Bagi yang tidak gemarkan minuman berkafien, susu soya juga merupakan minuman yang dapat membantu membantu meningkatkan metabolisma badan kerana ianya tinggi dengan protein. Amalkan juga pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

5. Tidur yang cukup
Kajian mendapati, tidur yang kurang menyebabkan kadar metabolisma menurun, meningkatkan selera makan dan risiko obesiti dan kenaikkan berat badan. Tidur yang cukup adalah sekitar 6-8 jam sehari. 

7. Bersenam
Bersenam merupakan cara yang terbaik dan efektif untuk membakar lemak yang berlebihan di dalam badan

Sumber.


Masih dalam tahap yang sihat.. hehe..

Saturday, 25 January 2014

Sebaceous Cyst #2

Assalamualaikum w.b.t..





Aku nak sambung sikit lagi entri berkaitan sebaceous cyst ni. Entri yang berkaitan boleh klik kat sini. Rupanya time tu doktor tak jahit lagi sebab selaputnya masih belum dibuang, hanya keluarkan isi nanah dan darahnya sahaja dulu. Luka tu memang tiap-tiap hari kena pergi cuci kat hospital/klinik yang berdekatan dengan rumah. Beberapa minggu sebelum puasa, masa pergi hospital buat follow up barulah doktor mintak masuk wad balik dalam masa seminggu lagi untuk buang selaputnya. Time tu aku yang temankan ayah ke hospital dan pada mulanya tak expect pun kena masuk wad balik. Lepas jumpa doktor kat unit SOPD, kami ke unit bius dan doktor kat situ menerangkan prosedu-prosedur macam mana ubat bius dimasukkan ketika pembedahan dilakukan. Dan Alhamdulillah seminggu lepas tu selaput cyst nya berjaya dibuang.

Tapi sebulan lepas tu, selepas raya, benjolan kat kepala ayah macam dah naik balik. Kebetulan seminggu lepas raya tu ayah ada appointment dengan doktor mengikut jadual yang dah ditetapkan. Time doktor tengok keadaan benjolan tu, doktor cakap macam dah naik balik dan terpaksa toreh sikit untuk keluarkan isinya yang macam dah ada semula. Aku tunggu kat luar bilik rawatan. Sebenarnya doktor tu bagi je masuk kalau nak tengok sebab just toreh sikit je, tapi memandangkan ada stafnya yang memberi pandangan yang semacam aku tunggu je la kat luar. =='

Alhamdulillah lepas keluarkan isi untuk kali ke tiga memang dah betul-betul ok dan harap dah tak berulang dah untuk masa-masa akan datang..


Thursday, 5 December 2013

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara

Assalamualaikum w.b.t..






Sudah seminggu kurang sihat. Hari ni dah sedikit sihat untuk mengadap laptop dan key in data-data walaupun tidaklah sihat sepenuhnya. Seminggu ni demam dan kena chicken pox, memang tak larat sangat-sangat. Ulcer dalam mulut pun masih belum sembuh. 






Hargai dan bersyukurlah dengan nikmat yang ada sebelum segalanya ditarik olehNya.. Segala bentuk kesusahan, kesenangan, musibah mahupun ujian adalah tarbiyyah daripadaNya supaya kita tidak lupa memohon dan meminta hanya kepadaNya..




Wednesday, 23 October 2013

Demam Denggi

Assalamualaikum w.b.t..


Tadi lepas kelas on the way balik umah terdengar lah pengumuman daripada Jabatan Kesihatan Daerah Hulu Langat yang dorang nak buat fogging dalam pukul 6 setengah macam tu..aku tengok jam. Hampir pukul 6. Sempat la kot naik solat jap then baru turun balik. Sampai je kat rumah, baru aku perasan cardigan hitam kesayangan aku dua-dua tertinggal kat rumah. :( Apa lagi terus call mak suh pos sekali dengan charger phone dan tudung yang jugak tertinggal kat rumah. Kalau tak pos tak tau la bila lagi akan balik kampung. 

Bila sebut pasal fongging ni, fogging akan dilakukan bila adanya kes denggi yang dilaporkan. Berdasarkan pengumuman tu jugak dia ada mention yang ada kes demam denggi yang dorang terima. Dipendekkan cerita, teringat pulak aku akan satu kisah beberapa tahun lepas. Masa tu aku form 3 pertengahan tahun 2006. Waktu tu baru balik asrama lepas cuti mid sem. Kecoh sekejap kat asrama bila ada satu kes kematian melibatkan seorang pelajar tingkatan 2 iaitu junior aku masa tu. Da la satu aras. Terkejut jugak la.. Mungkin kisah ini boleh dijadikan tauladan kepada kita supaya lebih berhati-hati dan jangan ambik remeh terhadap perkara yang kita sendiri tak nampak betapa seriusnya ia..

Mangsa telah disyaki mengidap demam denggi berdarah. Demam denggi ni simptom dia akan muncul lebih kurang seminggu selepas gigitan nyamuk aedes. Pada awalnya kita mungkin akan anggap ianya macam demam biasa. Tapi waktu tu sekolah baru bukak beberapa hari, tak sampai lagi seminggu, so mangsa disyaki terkena kat rumah waktu cuti tu. Berdasarkan cerita yang aku ingat la, ada jugak kawan-kawan arwah buat report kat warden asrama pasal arwah demam, tapi tak diendahkan sangat dan kawan-kawannya hanya diminta untuk memberikannya panadol. Sampai satu tahap arwah dah tak boleh bangun dan berjalan then barulah dibawa ke hospital. Kat situ doktor diagnose yang arwah terkena demam denggi berdarah, dan apa yang pasti dah memang sukar untuk diselamatkan. Darah mula keluar dari liang-liang roma, dan even air matanya pun keluar darah. Ini semua diceritakan oleh warden asrama yang juga salah sorang cikgu yang mengajar kelas aku. Apa yang lebih menyedihkan arwah tak sempat bertemu ibu bapa dan keluarganya sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Semoga arwah tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah..

Masa dengar cerita tu rasa nak nangis pun ada.. Dan aku terfikir macam mana jika aku yang berada di tempat arwah.

Sebab tu la banyak kempen-kempen yang telah dilancarkan untuk membenteras tempat pembiakkan nyamuk aedes dan kita patut aware supaya kawasan rumah kita tak jadi kawasan pembiakkan nyamuk dan apa juga vektor yang membawa penyakit.


Sumber

Jadilah masyarakat prihatin..

Lepas kes tu tiap-tiap petang akan ada fongging daripada Jabatan Kesihatan. Kebiasaannya aku akan call mak selang sehari. Tapi waktu tu aku terputus bekalan duit syiling (masa tu tak mampu lagi nak guna handset) so dalam beberapa hari la jugak aku tak call mak. Then hujung minggu tu tiba-tiba ada pengumuman cari aku cakap parents nak jumpa. 3 tahun sekolah kat situ first time mak ngan ayah datang jenguk aku. Bukan apa, sebab jauh.. mula-mula aku ingatkan tersalah dengar ke apa kan. Rupanya betul mak ngan ayah datang. Dan waktu tu aku tengok mata mak merah... rupanya mak nangis, risau kalau apa-apa jadi kat aku sebab aku tak call rumah macam biasa.. hehe.. :D Sampai camtu sekali mak risau..


Sunday, 9 June 2013

Sebaceous cyst

Assalamualaikum w.b.t..


31 Mei 2013
Pagi tu mak dan ayah keluar ke kebun lebih kurang pukul 8 lebih, tapi tak sampai pukul 10 pagi ayah dan mak dah balik dari kebun. Pelik jugak aku.. hari tu mak dan ayah pulang awal dari biasa. Aku tanya mak kenapa balik awal? mak cakap ayah sakit kepala. Benjolan yang besar kat kepala ayah tu da besar sangat. Seminggu ni ayah cakap rasa sakit, berdenyut-denyut. Sebenarnya benjolan tu da lama, tapi ayah cakap tak sakit so dibiarkan je la. Tapi sejak 2,3 tahun ni benjolan tu da jadi makin besar. Risau memang risau tengok. Da banyak kali da aku pesan kat ayah suruh pegi jumpa pakar, tapi dengil budak kecik boleh dipiat, degil orang tua tak boleh nak buat apa la.

Tapi akhirnya pagi jumaat tu tergerak hati ayah nak pegi hospital. Lepas da check kat hospital daerah, doktor terus refer ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu. Appointment dengan doktor pakar di unit neurosugery pada 3 Jun 2013.

3 Jun 2013
Pagi-pagi lagi da keluar dari rumah bersama dengan sepupu aku dan suami dia. Sampai je kat hospital, lepas daftar semua kami menunggu di klinik neurosugery dan SOPD. Aku temankan ayah masuk jumpa doktor. Doktor pun terkejut tengok sebab da besar sangatkan lagipun kat kepala. Doktor tanya ayah kenapa simpan lama sangat. Aku pun baru tahu rupanya cyst tu da ada sejak ayah kecik lagi, tapi dulu kecik, tak nampak. Mungkin da 40 tahun lebih lamanya. Doktor bagi 2 pilihan sama ada ayah nak ambik ubat untuk kurangkan inflammation baru operate atau nak masuk wad terus. Tapi ayah pilih untuk buat terus dan terpaksalah masuk wad.

Dalam 2 hari kat wad masuk je bilik bedah tekanan darah ayah tiba-tiba naik mendadak, mungkin sebab nervous sebab sebelum tu tekanan darahnya normal. So, doktor tak jadi nak operate. Tapi doktor berjaya keluarkan semangkuk nanah dan darah daripada benjolan kat kepala ayah. Benjolan nya da mengecil separuh daripada saiz asal. Walaupun da keluarkan separuh daripada kandungan dalam cyst tu tapi still nak kena buang selaput yang ada tu sebab kalau tak buang nanti dia akan besar balik.

6 hari duduk kat hospital, lepas da keluarkan semua nanah dan selaputnya, alhamdullilah akhirnya ayah da dibenarkan pulang ke rumah. Tapi tiap-tiap hari still nak kena berulang alik ke hospital untuk cuci lukanya tu untuk mengelakkan infection. Bahagian yang berlubang tu tak boleh dijahit sebab nak selalu kena cuci.

SEBACEOUS CYST
Sebenarnya apa yang naik kat kepala ayah aku tu adalah sebaceous cyst. Sebaceous cyst ni biasanya mudah naik dikepala, bahu, muka dan bahagian-bahagian badan yang lain. Ia tidaklah bahaya sebab hanyalah  benign tumor dan terletak dibahagian epidermis, cuma jadi bahayanya sebab dibiarkan terlalu lama sehingga da membesar, dan sudah dijangkiti kuman. Pada peringkat awal mungkin akan sedikit confius dengan jerawat batu. Sebaceous cyst yang kecil boleh di buang dengan minor operation. Tapi kes ayah ni disebab kan dibiarkan terlalu lama sehingga da jadi infection,dan meurut doktor jugak bahagian tengkoraknya da terhakis sedikit. Tapi apa-apa pun alhmadulillah semuanya selamat.. Akhirnya penderitaan ayah yang da berpuluh-puluh tahun terubat juga.. :')




Sebaceous cyst kat kepala ayah aku lebih kurang macam ni la tapi sebijik je. Besar sikit dari bola tenis. Seriau jugak la tengok.. =='

So bagi sesiapa yang ada benda ni better cepat-cepat pegi buang sebelum jadi makin teruk. Bila da besar susah sikit la doktor nak buang sebab bleeding pun banyak.. Harapnya semoga ayah cepat sembuh..