Friday 25 January 2013

Sejarah dan Istanbul..

Assalamualaikum w.b.t..


Kedudukan Turki dalam peta dunia
Istanbul adalah kota terbesar di Turki yang juga merupakan pusat ekonomi, kebudayaan dan juga tersimpan berjuta kisah sejarah dunia. Istanbul mempunyai populasi penduduk mencecah 13.5 million yang juga telah tersenarai sebagai sebuah kawasan kota Metropolitan di Eropah dan juga tersenarai di ranking ke-2 selepas Shanghai sebagai kota terbesar didunia yang mempunyai kepadatan penduduk yang cukup tinggi. Istanbul merupakan negara yang merentasi benua, mempunyai perairan terbuka dikenali sebagai Bosphorus- salah sebuah perairan tersibuk didunia yang terletak disebelah barat laut Turki.
Kedudukan Istanbul dalam peta Turki
Mula diasaskan di Tanjung Sarayburnu sekitar 660 SM yang dikenali sebagai Byzantium atau sekarang dikenali sebagai Istanbul telah membangun menjadi sebuah kota sejarah yang sangat penting. Kota bersejarah ini pernah menyaksikan bagun dan jatuhnya empat buah empayar dunia yang sangat berpengaruh suatu masa dahulu; Empayar Rom (330-395), Empayar Byzantine (395-1204 dan 1261-1453), Empayar Latin (1204-1261) dan Empayar Turki Uthmaniah (1453-1922) yang pernah menjadi sebuah Empayar Islam yang agung suatu ketika dahulu. 

Kedudukan stategik Istanbul yang terletak di Laluan Sutera, laluan yang menghubungkan Eropah dengan Timur Tengah yang hanya satu-satunya laluan laut yang terletak diantara Laut Hitam dan Laut Mediterranean. Pada awalnya Istanbul dikenali sebagai Byzantine, diambil sempena nama seorang raja iaitu Byzas yang telah mengasaskannya sekitar 660 SM.

SEJARAH
Artifak zaman neolitik bertarikh 7 mellinium SM ditemui oleh ahli arkeologi pada awal abad ke-21 Masihi membuktikan adanya penempatan yang lebih awal sebelum tertubuhnya Bosphorus ataupun Selat Istanbul. Sebelum tempat ini ditemui, dipercayai telah adanya sebuah kerajaan yang dipegang oleh puak Thracians termasuklah puak Phrygians yang telah mula menetap di Sarayburnu pada akhir-akhir 6 mellineum SM lagi. 

Namum begitu, sejarah Istanbul secara umumnya bermula sekitar 660 SM apabila seorang peneroka daripada Megara dibawah perintah Raja Byzas telah menubuhkan Byzantium (Istanbul) di sebelah kawasan Eropah Bosphorus. Binaan Acropolis telah dibina berdekatan dengan Tanjung Emas pada tapak penempatan awal puak Trachian yang telah menjadi pusat pertumbuhan ekonomi.Fungsi binaan Acropolis tersebut adalah sebagai pusat keagamaan dan dijadikan sebagai pusat pentadbiran. Kota ini telah melalui satu tempoh yang singkat pemerintahan Parsi pada awal abad ke-5 sebelum Masihi, namun telah ditawan semula oleh Yunani semasa Perang Greco-Parsi ataupun juga dikenali sebagai Perang Parsi (499 SM- 449 SM). Kemudian Byzantium dijadikan Liga bagi orang-orang Athens dan telah diganti oleh Empayar Athens Kedua yang akhirnya mendapat kemerdekaan pada 355 SM. Disebabkan jangka masa yang panjang berada dibawah taklukan orang-orang Rom, Byzantium secara rasminya menjadi sebahagian daripada Empayar Rom pada 73 Masihi. 

EMPAYAR TURKI UTHMANIYAH

Kerajaan Turki Uthmaniyyah telah diasaskan oleh Uthman bin Ertughrul bin sulaiman Shah yang berasal daripada suku Qayi iaitu sebuah Kabilah Al-Ghuzz dari kalangan orang Islam Turki yang tinggal berdekatan Lautan Caspian. Beliau adalah seorang pemimpin yang telah terlibat dalam memerangi kaum Monggol ketika memberi khidmatnya kepada kesultanan Salquq dan telah berjaya menumpaskan pihak Byzantine sehingga Sultan Ali Al-Din mengangkatnya sebagai amir dengan nama Bad al-Shah al-Uthman dan kerajaannya dinamakan sebagai Empayar Uthmaniyyah.

Kehebatan Uthman yang memerintah Turki telah disambung oleh pemimpin-pemimpin yang lain selepasnya yang mempunyai kekuatan peribadi dan moral yang tinggi seperti Sultan Murad I , Sultan Murad II, Sultan Bayazid I, Sultan Muhamad Al-Fateh dan mecapai tahap kegemilangannya pada zaman Sultan Sulaiman I (1520-1566). Pemerintahan yang hebat dikalangan pemimpin-pemimpin ini telah meletakkan Empayar Turki Uthmaniyyah dalam keadaan yang sangat hebat sehingga mampu berkembang ke Afrika Utara di sebelah barat daya dan Parsi di sebelah Timur.    

SULTAN MUHAMAD AL-FATEH PENAKLUK KOTA CONSTANTINOPLE

Sultan Muhamad Al-Fateh merupakan sultan ke tujuh dalam pemerintahan Uthmaniyyah. Beliau merupakan pembuka kepada Kota Constantinople (Istanbul). Beliau telah terlibat dalam peperangan pembukaan kota ini ketika berumur 26 tahun yang memakan masa selama 54 hari. Keadaan ini telah dibayangkan oleh baginda Rasulullah S.A.W ketika perang Khandak dalam sabda baginda yang bermaksud, 

"sesungguhnya constantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik pemimpin ialah ketuanya dan sebaik-baik tentera ialah tenteranya".

Sultan Muhamad al-Fateh ialah seorang tokoh pemimpin kerajaan Islam yang masyhur tercatat dalam sejarah dunia. Beliau bukan sahaja hebat sebagai seorang pemimpin malah merupakan seorang panglima perang yang dikenali di benua Eropah. Beliau merupakan pemerintah Islam yang pertama yang mendapat gelaran yang diberikan oleh Barat sebagai "Grand Signeur" yang bermaksud pemimpin agung. 

"Tidaklah kami pernah mendengar atau melihat hal ajaib seperti ini. Muhamad Al-Fateh menukarkan darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhamad Al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexender the Great!" - Ahli sejarah Byzantine.

******************

Ok.. mungkin setakat ini je post untuk kali ini pasal sedikit sebanyak sejarah Istanbul yang boleh aku kongsikan. Kalau diikutkan terlampau banyak dan aku sendiri pun  tak leh nak digest kalau banyak-banyak sangat. Kenapa aku beria sangat erk duk cerita pasal sejarah Istanbul ni? sebab aku merasakan Istanbul ni mempunyai banyak sejarah dunia yang sangat menarik untuk diterokai. Untuk mencerita tempat-tempat menarik yang terdapat di Istanbul aku tak mampu sebab belum berpeluang menjejak kan kaki ke sini, Insyaallah suatu hari nanti.. Sesuatu yang mejadi sejarah itu hanya mampu di kenang untuk di jadikan panduan dan pedoman supaya kita menjadi insan yang tak mudah lupa diri. Namun apa yang pasti setiap daripada kita juga punya sejarah sendiri... ;)

Kredit gambar-Google

Tuesday 22 January 2013

Waste..

Assalamualaikum w.b.t..



Letihnya.. sebenarnya sakit kepala, inilah akibatnya kalau kelas asyik ke petang je.. dah beberapa sem kelas banyak ke belah petang. Tak sesuai langsung nak belajar. *picit-picit kepala..hmm..
Tambah pulak selera makan aku dah delay balik, haaaiihhh.. memang seharianla tak makan. Bukan tak nak makan, tapi tak leh nak sumbat. sebutir nasi pun tak leh nak telan. Dah memang selalu macam ni, tak kisah pun. Sampailah petang tadi abis kelas kawan aku ajak pegi pasar malam, tapi aku tolak. Kirim je la makanan kat dia. Pasar malam dan makanan....

Rakyat Malaysia memang suka makan kan. Makan dengan melantak tu dua perkara yang berbeza ye.. makan tu perlu tapi jangan sampai memudaratkan. Disebabkan makanan jugak boleh bagi kita penyakit.  Tak heranlah negara kita antara negara yang menghasilkan food waste yang tertinggi directly propotional to kadar obesiti. Tadi masa subjek Waste Management lecturer aku ada bagi statistic negara kita antara negara yang low income tapi menghasilkan food waste yang banyak mengalahkan negara yang maju macam Jepun yang mempunyai populasi penduduk yang ramai tapi diorang punya food waste tak lah sebanyak negara kita.. mungkin masalah dari segi kesedaran masyarakat dan cara nak manage bahan buangan basah macam makanan tu yang jadi masalah. Bila sampah yang basah macam makanan tu dicampur dengan sampah-sampah yang kering dan segala bagai dalam satu tong sampah yang sama it's would create a problem. Bila dah masuk dalam incinerator pun akan jadi masalah jugak. Macam mana nak bakar segala bagai sampah-sarap yang kita dah buang tu, sampah yang kering pun boleh jadi basah bila dah bercampur semuanya dalam satu compartment yang sama. So macam mana kita nak manage masalah yang melibatkan sampah sarap macam ni.. as the population growth it's would be a big serious problem one day!

Dulu masa sem 4 kitorang ada kena buat mini project under subject professional communication dan tajuknya bebas nak pilih tajuk apa as long as ada sesuatu yang boleh di interpret.  Macam biasa, masalah sampah.. kat mana-mana pun ada sampah.. then dengan sebulat suara kumpulan aku setuju nak buat pasal waste management and disposal kat kolej yang kitorang duduk tu. Method yang kitorang guna just develop survey questionnaire untuk identify kekerapan penghuni kolej tu buang sampah, macam mana cara diorang dispose sampah tu temasuklah jenis sampah yang banyak diorang buang. Not surprising dari data yang kitorang collect, food waste adalah yang paling banyak dihasilkan. 



Food waste dihasilkan dua kali ganda dari sampah-sampah yang lain.. kenapa adanya lebihan makanan ni? mungkin sebab kita masak terlalu banyak lepas tu tak abis, basi, then buang atau beli makanan banyak-banyak, tak habis, basi then buang ataupun masak tak sedap, tak sedap sangat sampai tak leh nak telan so buang. Boleh jadi yang mana-mana option diatas. Kalau aku sendiri selalu jugak makan, tak abis. apa yang aku buat bagi kawan abiskan. Tapi kalau rasa memang tak ada yang nak habiskan terpaksa jugaklah buang. Haaa... aku pun pernah jugak buat macam ni, generate food waste. tak de la nak cakap suci daripada benda-benda ni. Sebab tu la kadang-kadang bila aku tak de selera nak makan, asal makan je muntah,tak pun makan sesuap rasa tak leh nak telan so better tak yah makan daripada membazir. Lagilah sekarang ni ekonomi tak berapa nak stabil. Tapi bukan bermakna tak makan langsung, cuma makan setakat yang mampu je. Tapi bila selera makan naik, 24 jam nak mengunyah je keje.. hmm... masalah jugakkan. Tapi biasanya selera aku akan naik time hujung bulan, time agak-agak poket dah nak kontang tu, haaa... macam-macam lah perut ni mengidam..*tak sukanya..agak-agakla.. =,=




Tong sampah macam ni lebih banyak perlu disediakan supaya kita boleh asingkan sampah-sampah mengikut kategori dan akan lebih senang untuk diuruskan, tak de la incinerator asyik rosak je kan. Hmmm.. tengok tong sampah tu pun sedih je, macam hidup segan mati tak mau.. hukhuk..


Sunday 20 January 2013

Snapshot #2

Assalamualaikum w.b.t..



Post kali ni aku nak kongsi gambar-gambar banduan-banduan spesis-spesis yang terdapat di zo.O..
So.. check it out..!









































































ok.. da jadi zo.O lak blog aku ni..tu lah sebahagian daripada gambar-gambar yang dah ditapis..
apa yang syoknya pegi zo.O.. jalan lenggang-lenggang kangkung pun tape.. sebab kawasannya yang teduh, banyak pokok..
sesuai untuk aktiviti riadah di hujung minggu..
 ;)

Friday 18 January 2013

Jom tingkatkan follower sampai lebam- jom follow..

Assalamualaikum w.b.t..


Aku tak terfikir pun nak wat post panjang-panjang walaupun terlalu banyak benda yang nak ditulis dan diceritakan..
So bila terjumpa segmen ni.. rasa nak join pulak.. hehe..



Follower yang aku ada sekarang..


so sesapa yang nak follow blog ni dialu-alukan ye.. 
;)


Saturday 5 January 2013

Despicable me.

 Assalamualaikum w.b.t...

Despicable me?? siapa?? aku?? of course not me..
Macam yang aku cakap, aku JARANG nak join menonton fillem-filem atau drama-drama, tapi bukan bermakna tak tengok langsung. Waktu study week sem lepas, pagi tu (pagi ke? aku rasa cam dah tengahari) oh ye waktu tu tengah hari, aku turun ke tingkat bawah rumah sewa aku, nak makan. Perut dah berdondang sayang, dari pagi tak makan apa lagi. Aku panaskan air dalam heater dan ambil sebungkus meggi diatas meja. Sementara nak tunggu air tu masak, aku duduk la join housemate aku mengadap laptop. Ooowwhh... dorang tengok movie. Kartun. Nampak best. Aku join. Ingat nak tengok sekejap je tapi melekat.

Haaa.. kartun ni lah yang dorang tengok, Despicable Me. Walaupun mungkin ramai yang dah tahu pasal cerita ni tapi aku nak cakap jugak, not about the story but more on the content.



Cerita yang mengisahkan seorang lelaki yang bernama Mr Gru yang ingin menjadi seorang villain of the century yang merancang untuk mencuri bulan dengan harapan dunia ni akan bagi apa sahaja yang dia nak untuk dapatkan balik bulan tu dan diletakkan diposisinya. Haha.. macam tak logik kan? dan bermulalah misinya untuk mencuri shrink ray daripada sebuah makmal rahsia disebuah pulau. Tapi segala rancangannya itu telah di ganggu oleh A young villain bernama Vector "move on both magnitude and direction". Vector ni telah berjaya mencuri Pyramid of Giza dan meletak piramid itu dibelakang rumahnya. Kenapa curi piramid?? adakah kerana piramid itu lambang kejahatan??

Tapi dengan bantuan tiga orang kanak-kanak perempuan daripada Mrs Hattie Home's for Girls; Morgan, Edith dan Agnes telah membantu Mr Gru mendapatkan semula shrink ray yang dah dicuri tu daripada tangan Vector.




Comel.. hehe..


Minnions..

Bagaimana kanak-kanak ni berjaya membantu Mr Gru menangani penjenayah yang cilik macam Vector tu?? Mr Gru telah menyamar sebagai doktor gigi yang kesunyian dan mahu mengambil anak angkat untuk dijadikan peneman setelah kematian isterinya walhal niatnya hanya lah mahu mendapatkan kanak-kanak tersebut untuk membantunya mendapatkan semula shrink ray tersebut. 

Ok.. the point yang sebenarnya aku nak cakap nilai KASIH SAYANG. Bagaiman a villain of the century macam Mr Gru ni boleh berlembut hati dengan kanak-kanak tu. Hahaha.. sangat comel...

NILAI KASIH SAYANG

Nilai kasih sayang tu sebenarnya ada dalam hati setiap insan. Apa yang membezakan ialah bagaimana ia dizahirkan. Ya.. dunia sekarang terlalu kejam. oppss...silap! bukan dunia yang kejam, tapi manusia tu yang kejam! Sayangkan rasanya  manusia yang dikurniakan akal fikiran yang sempurna boleh bertindak kejam, lebih kejam daripada binatang, hati yang lebih busuk dari syaitan! Hidup bertuankan nafsu. Kenapa jadi macam ni? semuanya berbalik kepada fitrah. Hidup tanpa pegangan. 

Sejahat-jahat manusia itu pasti ada secebis kebaikkan dalam dirinya dan sebaik-baik manusia itu pasti ada secebis kejahatan dalam dirinya. Cuma bila kebaikkan itu terlindung, terlindung dalam hati-hati yang alpa, hati-hati yang dah mati, maka perbuatan itu dah tidak serupa manusia. Maka itu, apa yang paling penting adalah menjaga segumpal darah yang bernama HATI. Rosak hati, rosaklah diri. Semoga Allah memelihara hati-hati kita daripada kerosakkan. 

Pernah dengar perkataan Resilience
Resilience is the ability to bounce back or recover from a problem..
First time aku dengar pun masa belajar subjek Human behaviour and psychological science sem lepas..
Apa kena mengena dengan resilience ni pulak?
The ability to bounce back.. maksudnya sejauh mana pun kita terlencong tetap ada peluang untuk kita kembali kepangkal jalan. Yep.. tak semua orang  berpeluang merasa, merasa betapa manisnya HIDAYAH tu (termasuklah aku) cuma bersyukurlah walaupun kita Islam keturunan tapi sentiasalah berusaha memelihara Islam dan Iman dalam diri sedangkan berjuta-juta lagi hati yang sedang mencari hidayah di luar sana. :)

So, last but not least thanks kepada sesiapa yang membaca entri ni sampai habis, sekadar perkongsian pendapat dan renungan bersama. Apa yang aku nak cakap kasih sayang tu sangat perlu kerana dengan kasih sayanglah lahirnya kita didunia ini. Semailah kasih sayang sesama insan, InsyaAllah.. dunia akan aman.. 

Despicable me?? Jangan biarkan diri kita menjadi keji dan jangan biarkan diri kita dikeji..

P/s: sesiapa yang belum tengok cerita ni, cubalah tengok..;[)

Friday 4 January 2013

Snapshoot #1




Assalamualaikum w.b.t..


Tadi aku bukak laptop, bukak folder gambar. Tengok gambar-gambar lama, saje sekadar mengulit kenangan. Then I found this, gambar langit yang pernah aku ambil. Lihatlah langit, kita memandang langit yang sama.. Langit yang paling aku ingin lihat? langit arora.. belum ada kesempatan.. 




Senja yang dihiasi tiang-tiang lampu.





Sky tones..




Matahari di sebalik awan..



Lagi langit senja dijalanan..



Matahari.. hampir terbenam..



Berlatar belakang kan jalan yang jem..




Oh.. rasa-rasa ini kat mana?? ;)



Ini juga matahari, bukan bulan..


Subhanallah.. ciptaanNya memang indah.. :))


Thursday 3 January 2013

Semangat awal bulan..

Assalamualaikum w.b.t..


Inilah semangat awal bulan. Lagi bersemangat bila check-check elaun MARA dah masuk.. lalalala~~ lepas tu bayar itu ini, tolak sana sini oh my god berapa banyak je yang tinggal...masalah kewangan adalah perkara biasa bagi orang yang namanya BUKAN JUTAWAN... dan aku termasuk dalam list tu..=,=

Masalah kewangan yang paling teruk aku hadapi adalah sem lepas (membuka pekung didada ke ape?). Ahh.. lantaklah mengumpat diri sendiri bukan mengumpat orang lain. Ok, sambung cerita. Pernah lepas elaun masuk entah bulan berapa aku tak ingat, then aku keluarkan empat ratus ringgit, lepas tolak bayar-bayar semua bil itu bil ini, dalam tangan tinggal empat puluh ringgit je kat aku. Hoii.. mak jemah apalah bil yang banyak sangat kau bayar tu kan, mengalahkan orang yang dah beranak pinak. kehkehekeh.. single pun susah gak ape, semua nak kena tanggung sendiri..kan??
So, sem ni aku dah duduk hostel balik, harap-harap boleh lah berjimat cermat, boleh la menyimpan seposen dua tiap-tiap bulan..

Menjadi perempuan yang mempunyai 9 nafsu, 1 akal ni memang sangat mencabar..tercabar nafsu bila tengok baju,kasut,handbag,produk itu ini, etc,etc,etc.... walaupun tak nak beli pun, dan dah tau tak mampu nak beli tapi nak tengok jugak.. *gigit jari..
So, setiap kali keluar dengan adik aku, nampak muka bosan dia, yela semua benda nak tengok.. hahahaha.. nasib ko lah labu.. :p

Hmm.. asyik cakap duit..duit..duit je.. macam mata duitan pulak.. $_$
Bukan mata duitan tapi dunia sekarang ni everything need money, semua barang mahal kot.. sigh~

Well.. tadi tolong adik aku beli novel online "SETIA HUJUNG NYAWA".. =.="
Bersemangat nak sangat, ni kes dah terpengaruh dengan drama yang tengah meletup kat tv tu lah.. walaweeehhh.. jiwang lak adik aku ni.. hakhakhak..
Best eh cerita tu? tapi nak wat camne, aku tak minat sangat nak layan drama-drama tv ni, paling lama aku boleh stay depan tv tu pun tak sampai 15 minit..

Pernah tak baca novel ni??




143 karya Pingu Toha terbitan JS.. yup.. cerita cinta, tapi apa yang aku suka teknik penceritaan dia yang santai dan bersahaja. Nampak real, kalau baca ada feel, ada jugak part-part yang lucu tapi yang  paling penting bukan kisah kahwin paksa, kahwin kontrak,suka kat sorang tu then ada halangan daripada mak bapak,datuk, datin, mak bedah, pak yop,etc..etc..etc..dan yang penting jugak tak de konflik halangan daripada perempuan gedik yang sanggup buat apa sahaja sampai guna-guna bomoh segala bagai.. haha.. kepala aku tak leh nak terima cerita macam tu..

Sekarang ni tengah menunggu novel terbaru Ramlee Awang Murshid, "Aku Bercerita". Mesti beli! dan mesti masukkan dalam wishlist.
So kepada sesiapa yang nak rekomenkan novel-novel atau buku-buku yang best, BM or BI ke tak kisahlah, boleh je kay.. ;[)
  
#notakaki#: hmm..dah lama tak pegi bookstore..






Tuesday 1 January 2013

Semester 6

Assalmualaikum w.b.t..


Masih sejuk, salji turun dah tak la lebat sangat. :p
Hmmm... rajin pulak aku update blog ni sejak kebelakangan ni, sebelum ni 2, 3 bulan terbiar. Ok, tak pe sebelum kesibukkan melanda lagi dan blog ni akan terbiar dan bersawang sana sini elok jugak aku update mana yang termampu. *walaupun macam syok sendiri je.. =,=

Next sem dah nak masuk sem 6, Fuhhh... rasa cam sekejap je. Yang paling penting sekali sem 6 ni dah kena start buat Final Year Project (FYP). Mesti sibuk. So, in my mind aku dah berazam nak buat betul-betul, ikut dateline supaya boleh siap dalam masa yang ditetapkan dan yang paling penting tak terkejar sana sini disebabkan banyak kerja yang bertangguh tak siap. Semoga Allah memudahkan segala urusan kita pada hari-hari yang mendatang. 


Dan ini lah subjek sem depan yang nak kena ambil. Oohh.. tak nampak la pulak. Klik image untuk tumbesaran.

1) Clinical psychology
2) Radiation biology
3) Waste management
4) Water and sewage management
5) Food hygiene
6) Environmental health risk assessment
7) Final year project

Kepada semua coursemate, gudluck and all the best sem depan.. chaiyok2..