Monday 27 January 2014

Hafiz Juara AJL Ke-28

Assalamualaikum w.b.t..


Mood berblog beberapa hari ni memang kelaut. Tapi demi Hafiz aku gagahkan juga jari-jemari ni untuk taip entri ni. Kekeke.. Actually, I'm a fan of Hafiz.. Sebab suara dia memang terbaaiiikkk la.. hehe.. Memang dah agak mesti lagu dia akan menang juga malam ni. Apa-apa pun tahniah kepada Hafiz yang berjaya menggondol 3 trofi pada malam ini iaitu Anugerah Mobil, Persembahan Terbaik dan Juara AJL ke-28 melalui lagu Bahagiamu Deritaku. *Clap clap clap* Kalaulah hafiz menang vokal terbaik memang bertambah-tambah terbaiklah maklumlah AJL lepas-lepaskan dah tiga kali berturut-turut Hafiz dapat anugerah vokal terbaik. 





Bagi aku lagu-lagu hafiz sememangnya menampilkan vokalnya yang mantap sebab kebanyakkan lagu-lagu nyanyian Hafiz mempunyai latar muzik yang kurang sekaligus lebih membuatkan vokalnya lebih tertonjol. Lagipun persembahan hafiz sempoi je, probe nya pun tak mess sangat.

Tahniah kepada Hafiz dan yang lain-lain.. ^^


Keputusan AJL ke-28

Juara: Hafiz Suip (Bahagiamu Deritaku)
Komposer: Ly
Lirik: Baiduri


Tempat kedua: Hyper Act (Hanya Aku)
Komposer: Hyper Act
Lirik: Frozen


Tempat ketiga: Altimate & Awie Rafael ( Kalau Aku Kaya)
Komposer: Omar K & Audi Mok
Lirik: Altimate


Vokal terbaik: Jaclyn Victor ( Ikut Rentakku)

Persembahan terbaik: Hafiz Suip


Saturday 25 January 2014

Taman Tema Pertama Malaysia- Mimaland

Assalamualaikum w.b.t..



Pertama kali mendengar nama Mimaland ialah sewaktu aku dalam sem 5, berikutan terdapat banyak subjek yang berkaitan alam sekitar dan OSH yang perlu dipelajari. Tiba-tiba lecturer terbukak pulak cerita pasal Mimaland ni. Katanya dulu sebuah taman teman yang femes di Malaysia. Mungkin ada segelintir pembaca yang sempat berkunjung kesini. Taman tema ini sempat beroperasi dari tahun 1971-1994 dan akhirnya terpaksa ditutup ekoran daripada banyak berlakunya tragedi tanah runtuh dan  telah mengakibatkan kematian seorang warga Singapura suatu ketika dahulu.






Balik je kelas terus google pasal Mimaland. Kalau diikutkan tahun penutupan tu aku adalah dalam tiga tahun masa tu tapi Mimaland ni kat kawasan Gombak kan manalah nak sampai lagi kat sini masa tu. hehe.. Tiba-tiba hari ni teringat pula then terus buat entri ni.

Mimaland atau nama panjangnya Malaysia in Miniature Land merupakan taman tema yang popular dalam sekitar tahun 70-an dahulu. Mimaland ni dikatakan telah dibina berfasa-fasa. Fasa pertama yang siap dibina dalam tahun 70-an mengandungi 24 motel, 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Dalam fasa pertama ini juga dapat menarik ramai pengunjung dengan adanya "Taman Haiwan Prasejarah" dengan binaan model-model dinosaur bersaiz besar. 











Nampak macam best je kan.. Kemudian pada tahun 1984, Mimaland membina sebuah lagi kolam yang dikatakan kolam renang yang terbesar di Asia Tenggara pada waktu tu berserta papan luncur gergasi yang mampu menarik lebih ramai pengunjung untuk ke situ. 




Selain itu disini juga terdapat tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan 'Giant Maze' serta kawasan untuk merentas rimba. Namun pada tahun 1993 satu kejadian yang tidak diingini telah berlaku dimana seorang pelancong warganegara Singapura telah terkorban ketika bermain papan gelonsor gergasi tersebut. Disebabkan kejadian itu, pihak Mimaland terpaksa penutup bahagian ini untuk melakukan penambahbaikkan. Namun pada tahun 1994, berlaku kerosakkan pada dinding kolam renang yang sama disebabkan tanah runtuh dan telah meyebabkan air lumpur mengalir kedalam kolam tersebut. 

Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya telah diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak termasuh agensi kerajaan atas dakwaan kesalahan seperti kelemahan dalam sistem keselamatan dan telah menimbulkan beberapa masalah alam sekitar. Akhirnya Mimaland terpaksa ditutp buat selama-lamanya pada tahun 1994 namun peninggalannya masih lagi ada sehingga kini.




Ingin melihat peninggalannya boleh klik sini dan sini.


Oleh itu dapatlah kita simpulkan bahawa perancangan pembangunan daripada segenap aspek perlulah dilakukan dengan sebaik-baiknya dan Penilaian Kesan Alam Sekitar sememangnya penting untuk mengelakkan kes-kes seumpama ini daripada berulang.


Ingin memiliki rumah sendiri? klik sini.

Sebaceous Cyst #2

Assalamualaikum w.b.t..





Aku nak sambung sikit lagi entri berkaitan sebaceous cyst ni. Entri yang berkaitan boleh klik kat sini. Rupanya time tu doktor tak jahit lagi sebab selaputnya masih belum dibuang, hanya keluarkan isi nanah dan darahnya sahaja dulu. Luka tu memang tiap-tiap hari kena pergi cuci kat hospital/klinik yang berdekatan dengan rumah. Beberapa minggu sebelum puasa, masa pergi hospital buat follow up barulah doktor mintak masuk wad balik dalam masa seminggu lagi untuk buang selaputnya. Time tu aku yang temankan ayah ke hospital dan pada mulanya tak expect pun kena masuk wad balik. Lepas jumpa doktor kat unit SOPD, kami ke unit bius dan doktor kat situ menerangkan prosedu-prosedur macam mana ubat bius dimasukkan ketika pembedahan dilakukan. Dan Alhamdulillah seminggu lepas tu selaput cyst nya berjaya dibuang.

Tapi sebulan lepas tu, selepas raya, benjolan kat kepala ayah macam dah naik balik. Kebetulan seminggu lepas raya tu ayah ada appointment dengan doktor mengikut jadual yang dah ditetapkan. Time doktor tengok keadaan benjolan tu, doktor cakap macam dah naik balik dan terpaksa toreh sikit untuk keluarkan isinya yang macam dah ada semula. Aku tunggu kat luar bilik rawatan. Sebenarnya doktor tu bagi je masuk kalau nak tengok sebab just toreh sikit je, tapi memandangkan ada stafnya yang memberi pandangan yang semacam aku tunggu je la kat luar. =='

Alhamdulillah lepas keluarkan isi untuk kali ke tiga memang dah betul-betul ok dan harap dah tak berulang dah untuk masa-masa akan datang..


Tuesday 21 January 2014

Solat

Assalamualaikum w.b.t..


Alhamdulillah selamat tiba di Terengganu. InsyaAllah, dua minggu lagi bakal menjalankan tugas sebagai practical student di NIOSH. ^^ After having some conservation with my junior at last they are agreed to allow us to stay with them within this 4 months. Thank you for their consideration. Tak payah susah-susah cari rumah sewa yang lainkan. Jadi masalah sikit bila aku dan salah sorang rakan aku dapat offer selepas kitorang keluar dari rumah sewa tu. Kalau ikutkan memang dah penuh tapi rasanya kalau dua orang nak menyewa rumah lain memang tak mampu lah kan.

ok.. back to the topic, solat. Sebenarnya tajuk entri tu tak ada kena mengena dengan muqaddimah diatas. Hehe.. 




I'm not going to be an ustazah today, tapi mungkin sebagai peringatan bersama. Kenapa? Sebab selalu aku perasan apabila keluar ke suatu tempat contohnya ke tempat hiburan, shopping mall maybe atau kemana-mana sahaja, bila masuk waktu terdapat juga yang hanya buat tak tahu je, bila tanya "tak solat ke?" kalau perempuan alasan yang sering diberikan adalah "CUTI", walaupun rasanya dah 30 hari alasan yang sama diberikan. Atau mungkin ada juga nanti takut bila ambil wuduk make up tanggal lepas tu nak kena tonyoh balik make up tu. Jadi, malas la... so buat-buat je la cuti. Pentignya kan pada kita untuk cantik di mata manusia tapi tidak di mata Allah. So, bila keluar that's why I don't like to put the mascara, eye liner or whatsoever, lebih-lebih lagi yang waterproof sebab bila berwuduk pun jadi was-was, rata tak wuduk aku? Tu kes liat nak solat bila keluar, tapi kalau yang tak pergi mana-mana, contohnya just stay at home tapi liat jugak nak solat, macam mana tu?? Pernah dulu aku menegur seseorang tentang solat jawapan yang diberikan "lantaklah kubur lain-lain". Yes.. kubur lain-lain. Sebab kubur lain-lainlah orang menegur, sebab bila dah dalam kubur nanti siapa lagi yang dapat tolong kita?

Dalam sehari Allah bagi masa pada kita 24 jam. Solat satu waktu paling tak pun mungkin hanya makan masa 5 minit. Maksudnya tak lebih dari setengah jam sehari kita peruntukkan masa untuk solat wajib 5 waktu; Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh tak termasuk solat sunat dan lain-lain. Tapi sayangnya kan kita untuk tinggalkan hal dunia barang seminit pun untuk solat. Solat itu tiang agama (Islam). Bagaimana boleh kita dirikan sebuah rumah tanpa tiang? 

Dalam sebuah hadis bermaksud:
"Solat itu adalah tiang agama (Islam), maka barangsiapa mendirikannya maka sesungguhnya dia telah mendirikan agama (Islam) dan barangsiapa meninggalkannya maka sesungguhnya dia telah merobohkan agama (Islam) itu" (H.R Baihaqi)

Antara salah satu pertanyaan Imam Syafie kepada murinya:
"Apakah yang paling ringan didunia?"
Muridnya menjawab "Kapas, angin, debu dan dedunan."
Kemudian Imam Syafie menjelaskan yang paling ringan didunia ini adalah meninggalkan solat. 

Dengan bersolat juga dapat menjauhkan diri kita daripada perbuatan mungkar. Paling tidakpun mungkin dapat menghindarkan diri kita daripada bercakap bohong.

"Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar" (Surah Al-Ankabut, ayat 45).

Terkadang ketika menasihati seseorang untuk solat, mungkin ada yang akan melebel kita sebagai bajet bagus, konon alim sangat dan sebagainya. Tapi cuba fikirkan kenapa ada yang menegur bila kita tidak solat? Sebab dia sayangkan kita. Seorang kawan, sahabat mahupun saudara yang baik sudah pasti akan mengajak dan membimbing diri kita kearah yang lebih baik. Walaupun seriously kadang-kala memang susah untuk menegur individu yang tidak mendirikan solat ini. Jika tidak ditegur diri kita juga yang berdosa, tapi jika ditegur apakah penerimaannya? Adakah akan sentap setahun? Jujurnya kadang-kala memang hanya dapat mencegah dengan hati. Masing-masing sudah besar dan sudah dapat bezakan antara baik dan buruk. Jangan hanya tahu untuk berdoa meminta jodoh je, sebaliknya doa juga untuk perubahan diri kita ke arah yang lebih baik supaya kita dapat menjadi diri yang lebih baik dari semalam dan sebelum-sebelumnya. Hidup ni singkat je tak lama, yang kekal abadi hanya disana. Gembirakah kita dengan nikmat yang fana atau mahukah kita mengejar nikmat yang hakiki? Tepuk dada tanya iman.







Saturday 18 January 2014

Ubah Fikiran

Assalamualaikum w.b.t..




Sebelum ni aku ada post tentang internship placement dalam entri ni. Tapi beberapa hari ni baru dapat another offer daripada National Institute Occupational Safety and Health (NIOSH), HQ Bangi. Lama tunggu ingatkan dah tak dapat. Jadi selepas pertimbangkan baik buruk semuanya aku decide untuk reject offer dari Radicare dan terima offer daripada NIOSH. Lagipun aku memang lebih berminat dalam bidang OSH dan tak sangka ada rezeki pulak.. Alhamdulillah.. Tapi nampaknya tak jadilah nak praktikal kat Terengganu. 

Selain aku ada lagi sorang kawan yang dapat, means ok lah kan. Mohon hari tu pun saja-saja je cuba nasib, then beberapa hari lepas ada kawan bagitau dapat, rasa macam tak percaya pula. Hehe.. InsyaAllah akan memanfaatkan peluang yang ada ni sebaik-baiknya, menimba pengalaman dan belajar sesuatu yang mungkin baru bagi aku nanti. Harap dipermudahkan semuanya.. :) :D 

Thursday 16 January 2014

Love Canal

Assalamualaikum.w.b.t..

Setiap jenis sisa-sisa yang dihasilkan mempunyai cara pelupusan yang tersendiri. Maka cara pelupusan yang betul adalah sangat penting bagi memastikan ianya tidak mendatangkan masalah kepada alam sekitar dan kesihatan manusia khususnya. Pernah dengar tentang tragedi Love Canal?Untuk entri kali ini aku ingin berkongsi satu tragedi yang melibatkan kesan sisa kimia berbahaya yang telah dilupuskan dengan cara yang salah diberi nama Terusan Cinta ataupun 'Love Canal" .


Gambar-ihsan Google

Love Canal terletak berdekatan dengan Niagara Falls, New York. Kawasan ini pernah menjadi kawasan penimbusan lebih kurang 21,000 tan sisa toksik oleh syarikat Hooker Chemical sekitar tahun 1940-1950an dahulu.  Kemudian syarikat ini telah menutup terusan yang telah dijadikan kawasan pelupusan sisa toksik itu dan telah menjual tanah tersebut kepada Niagara Falls School Board. Syarikat itu cuba untuk mencuci tangan atas kemungkinan yang bakal terhasil daripada aktiviti mereka tersebut. 

Sekitar akhir tahun 1970an orang ramai telah mula sedar selepas mendapati terdapat pelbagai masalah kesihatan yang dialami oleh mereka termasuklah epilepsy (kerosakkan otak dan masalah saraf yang menyebabkan sering diserang sawan), asthma, migraine, nephrosis (penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang), kadar kecacatan yang tinggi pada bayi yang dilahirkan (birth defect) dan juga keguguran dikalangan ibu yang mengandung pada mereka yang tinggal berdekatan kawasan tersebut. Pada akhir 1970an salji turun tanpa henti menyebabkan sisa-sisa kimia tersebut telah meluluh keluar daripada saliran air bawah tanah dan juga sistem kumbahan ke anak-anak sungai berdekatan dan juga ke kawasan-kawasan kejiranan yang berdekatan dan juga ke kawasan sekolah yang telah dibina diatas terusan yang telah ditimbus tersebut.


Gambar- Ihsan Google



Pada tahun 1978, darurat telah diisytiharkan oleh Presiden Jimmy Carter susulan daripada perhimpunan tunjuk perasaan penduduk disitu dan seramai lebih kurang 239 buah keluarga telah dipindahkan. Walaubagaimanapun masih terdapat sebanyak 700 buah keluarga yang tidak dipindahkan memandangkan mereka dikategorikan sebagai kawasan yang kurang berisiko walaupun tinjauan yang dilakukan oleh Jabatan Kesihatan NYS ketika itu mendapati terdapat juga sisa-sisa kimia tersebut meresap ke kawasan penempatan mereka. Setelah menghadapi desakkan daripada aktivis-aktivis yang meminta untuk memindahkan keluarga yang masih berbaki disitu. Akhirnya Carter terpaksa mengisytiharkan darurat kedua pada tahun 1981. Jumlah kesemua kos penempatan semula mangsa-mangsa dianggarkan sebanyak 17million USD.

Kejadian ini menjadi salah satu contoh kepada dunia bahawa bahayanya sesuatu sisa yang tidak dilupuskan dengan betul. Ini baru melibatkan sisa toksik kimia kalau bahan radioaktif lagilah bahaya kerana jangka separuh hayat sesuatu bahan itu terlalu lama untuk terurai, oleh itu timbullah isu apabila pembukaan Lynas di Gambang, Kuantan. Semoga tragedi seperti di Bukit Merah suatu ketika dahulu tidak berulang. Huhu..

p/s: Tapi sekarang ni heboh pula pasal isu kangkung.heeee~~ ;)

Akhirnya.....

Assalamualaikum w.b.t..



Aku suka gambar smiley ni.. nampak sedap, licin botak berkilat.. hehe..


Cewaahhh... bunyi macam bahagia jekan.. Bahagialah, sebab tadi dah lepas presentation Final Year Project. Terasa ringan je bahu dan kepala walaupun report writing tak fully completed lagi tapi yang penting the most critical part tu dah lepas. Alhamdulillah dipermudahkan, dan ada juga komen-komen membina yang diterima. Mana yang kurang tu memang datang dari kesilapan diri sendiri.. 



Masa banyak dihabiskan dengan menunggu feedback daripada pihak-pihak yang berkenaan. Bila dah proceed dengan registration di National Medical Research Register (NMRR) lebih kurang dah 30% proceed aku decide untuk guna alternative way untuk collect data sebab kalau tunggu prosedur memang lama. Hehe.. Tapi ada juga hospital yang ok, once dorang semak questionnaire tu then terus setuju untuk terima. Selainnya, hmm.. ada juga yang tak bagi feedback. The calculated sample size sepatutnya about 100 resondents tapi disebabkan masalah-masalah seperti unreturned questionnaire, tak banyak tempat yang bagi positive feedback last data collection only 60++. Then analyse jela mana yang ada. Aku suka subjek Radiobiology tapi sebenarnya untuk FYP ni aku lebih suka tajuk Air Quality tak pun Ergonomic tapi nak buat macam mana buat je la kan da ini yang dapat. Lagipun Literature Review yang bagus-bagus agak susahlah nak dapat regarding this topic. Syukur sangat bila dah nak hampir siap ni..  Lepas siap present terus pegi makan sebab dari pagi makan roti je.. hukhuk..




Laparla pulak.. hukhuk.. InsyaAllah nanti 20 haribulan akan pulang ke rumah selepas briefing intern, then minggu depan nak pegi Kelantan.. hikhik.. Lamo doh eh kawe tok gi klate.. hehe.. :D



Tuesday 14 January 2014

Kempen dan Segmen Blogger Berselawat

Assalamualaikum w.b.t..


Klik banner untuk join..

Alhamdulillah.. cuba juga untuk join segmen ini walaupun kekangan masa. InsyaAllah semoga mendatangkan manfaat kepada kita dalam mengingati sirah dan perjuangan baginda Rasulullah SAW. Oleh itu disini ingin aku kongsikan sebuah lagu daripada kumpulan In-Team yang bertajuk Halimatus Saadiah.. Lagu ini berkisahkan tentang bagaimana seorang bayi yang bernama Muhammad mendatangkan seribu rahmat kepada wanita yang bernama Halimatus Saadiah tersebut yakni ibu susuan baginda Rasulullah SAW.


Halimatus Saadiah (In-Team)

Kakimu melangkah lesu menuju ke jalan pulang
Kecewa kerana gagal mendapat bayi hartawan
Namun apakah yang akan kau beri sebagai jawapan
Bila ditanya mengapa kau gagal mendapatkannya

Tiba-tiba senyum si yatim itu menyapa
Tergugat deria ibu yang bersemi dijiwa
Biar Muhammad itu tanpa upah berganda
Namun hatimu rela bukan kerana harta

Halimatus Saadiah
Kau ibu yang bertuah
Kau wanita penerima barakah
Dari desa pedalaman
Daerah dipinggiran
Kau menyusui insan pilihan

Kau pangku dia dan berubahlah segalanya
Badan yang terasa lesu kini bertenaga
Susu yang sedikit itu bertambah dengan segera
Peliharaan ternakkan membiak subur berganda

Halimatus Saadiah
Kau ibu barakah
Engkau pemula muqaddimah yang indah
Episod awal sirah nabi junjungan mulia
Kau ibu susu yang bertuah

Pada sejarahmu terukir keyataan
Tidakkan miskin jika membela Islam
Tidak hina meriba kebenaran yang mulia
Jangan takut jika kau beriman


Daripada lagu tersebut dapatlah kita simpulkan bahawa betapa beruntungnya Halimatus Saadiah dapat menyusukan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW yang mana telah membawa rahmat kepada seluruh kehidupan dan sekaligus menambahkan rezeki Halimatus Saadiah yang merupakan antara insan terawal yang muncul dalam permulaan kehidupan baginda Rasulullah SAW. Dengan ini semoga kecintaan kita kepada baginda tetap subur didalam hati. Marilah bersama-sama kita menjadi umat akhir zaman yang hebat kerana mampu menanamkan dan menyuburkan kecintaan kepada baginda walaupun tidak pernah bersua muka. Salam Maulidur Rasul.. :)




Sunday 12 January 2014

Cerita Malam Hujan #1

Assalamualaikum w.b.t..


Berusaha juga nak update entri ni walaupun internet connection kejap-kejap putus.. :p Right now aku dalam bas. Cuma nak cerita apa yang berlaku malam tadi. Malam tadi pun hujan lebat, dalam pukul sebelas lebih, dengar suara orang bercakap-cakap kat tepi jalan depan rumah aku. Memang biasa malam-malam kalau tak rempit pasti yang ada buat aksi ala-ala Revolusi KL Drift atas jalan tu. Lepas tu mak buka tingkap intai apa benda yang dibisingkan. Aku cakap kat mak, biar je la tak payahlah sibuk manalah tau hal peribadi orang kan. Kemudian time nak masuk tidur, kedengaran bunyi anak kucing mengiau. Ayah buka pintu dapur kelihatan dua ekor anak kucing yang ditinggalkan ditepi jalan tu. Ya Allah.. punyalah kejam sampai sanggup tinggal anak kucing tengah hujan lebat macam tu. Aku ingat nak pegi ambil tapi disebabkan dah larut malam dan hujan lebat mak suruh tunggu esok. 

Pagi ni bunyi tu dah tak ada. Tak pe la kan kot-kot dorang pegi berteduh kat lain. Kemudian tengah berkemas-kemas ayah panggil cakap anak kucing tu berteduh disebalik rumput-rumput basah kat tebing depan rumah aku tu Aku pegi ambil. Memang kesian, dua ekor anak kucing tu saling berpelukkan antara satu sama lain, terketar-ketar suara dah tak keluar sebab terlampau sejuk. 



Nilah dua ekor anak kucing tu.. Masa aku masuk dalam rumah cari kain untuk keringkan dorang, dorang terjilat-jilat sisa makanan Junior (kucing kakak) dan Oyeng (kucing sepupu sebelah rumah). Kemudian ayah bagi makanan kat dorang, dan aku balutkan badan dorang dengan kain tu. Masa nak keluar rumah tadi aku tengok dorang dah tertidur... Kesian kan.. tak patut betul tinggalkan kucing dalam hujan lebat macam tu. :(

Sekarang tak sempat sangat nak blogwalking, nanti 15 haribulan aku ada presentation FYP. Tapi tak siap sepenuhnya lagi. Dalam bas ni memang tak dapatlah nak wat kerja.. hmm.. layan Running Man lah kejap. Kihkih.. Nanti aku blogwalking ye.. ;) 

Friday 10 January 2014

Memohon akhlak yang baik

Assalamualaikum w.b.t..




Amiinn..
Boleh juga dibaca ketika berhias didepan cermin..

:)

Masalah Jerawat?

Assalamualaikum w.b.t..


Bila aku check keyword yang paling banyak hits kat blog aku ni adalah berkaitan dengan masalah kulit, jerawat dan ada juga mencari produk-produk yang sesuai untuk masalah jerawat. Nak kata aku selalu post pasal ni, tak jugak. Mungkin disebabkan beberapa entri yang lepas-lepas, yang mana aku pernah buat post tentang masalah elergik, jerawat dan sebagainya. So, dah alang-alang tu, mehla aku kongsi sikit.


Gambar- Ihsan Google

Ok, ambil gambar jerawat yang tak worse sangat. Hehe.. Sebenarnya aku pun fobia dengan jerawat ni, bila naik je jerawat mulalah susah hati sebab ada bad memory dengan what we called jerawat or acne ni.. v,v Naik jerawat adalah perkara biasa, bagi perempuan time nak datang bulan, hormon tak stabil time nilah jerawat-jerawat liar ni senang nak naik. Masalah ini disebabkan multifactor, mungkin juga disebabkan hormon yang tak stabil, alergik tak kiralah sebab pemakanan, resdung dan sebagainya. Dan aku pasti, semestinya ramai yang pernah mengalami situasi seperti ini. Mungkin sesetengah orang memang takla kutuk depan-depan bila tengok wajah berjerawat kita, tak kurang juga ada yang bagi support tapi apa yang pasti ianya melibatkan self-confidence... Siapa yang dapat bercakap, bertentang mata dengan yakinnya disaat jerawat memenuhi setiap ruang wajah, mungkin sehingga ada yang digelar B-pop (watak dalam komik lawak kampus) dia adalah sangat hebat.

Ok, berbalik kepada cerita asal. Lebih kurang 2 tahun lepas aku tiba-tiba diserang alergik atau lebih tepat lagi sebenarnya disebabkan resdung. Waktu tu masih dalam cuti semester (pertengahan 2012) jerawat naik dengan banyak terutamanya di kawasan pipi dan dagu. Before tu aku rasa aku tak adalah alergik dengan apa-apa makanan. Then, it getting more worse lepas hantar adik aku futher his foundation study. Time tupun aku membilang hari untuk masuk kuliah sem 5. Bila tengok cermin rasa macam nak nangis, seriously.. rasa macam nak tangguh sem pun ada.. ok.. overlah pulak kan. :p Then bila masuk sem, tetap macam tu. Minggu pertama aku bawak tuala kecik untuk tutup half of my face maksudnya tutup dari bahagian hidung hingga ke dagu, time tu rasa macam nak pakai purdah pun ada. Ish..ish..ish.. Rasa sangat malu, down, depress semua adalah. Dan sem tu juga sem yang paling banyak aku menangis. Satu hari sorang akak tanya aku, "atin alergik eh? Maaf kalau tanya macam ni.." Mungkin akak tu takut aku terasa dengan pertanyaan dia. Tapi bila bercakap time tu memang segan nak bertentang mata. Bercakap pun kejap-kejap duk tengok tempat lain. Then she suggested to me untuk guna T3 Mycin sebab dia cakap dulu dia pun mengalami masalah yang sama. Tapi sebelum tu, aku decide untuk ke hospital, dan makin tertekan masa tu bila ke hospital hampir 4 jam lebih baru nombor aku dipanggil. Time tu memang rasa alone, there's no one with me, sedih semua perasaan bercampur baur. But one of my friend, kept texting me, nasihat aku jangan depress sangat, gave support then selalu ingatkan aku untuk pakai bedak sejuk before tidur.. kekeke.. Bila dah jumpa doktor tu, doktor tu bagi prescription untuk dapatkan the clindamycin lotion di farmasi macam yang akak tu suggest kat aku.


Gambar-Ihsan Google

This is the bottle! Takut pula tengok gambar acne vulgaris pada kotak tu. Bagi aku this one memang berkesan. Aku hanya habiskan satu botol je, hampir setahun juga tahan hargapun tak adalah mahal sangat dalam RM20++ ke RM30 camtula, tak ingat sangat. Masa ni juga hampir setengah tahun aku pantang makan, memang pantang mengalahkan orang bersalin. Sebab kalau silap makan alamatnya habislah.. Tahun tu juga durian yang ayah aku tanam berbelas-belas tahun dulu buahnya menjadi-jadi, tapi malangnya makan durianpun mulalah red spot naik kat muka. Sampai semua benda aku jadi takut nak makan. Beberapa kali juga aku dapatkan treatment resdung.

Disini aku ingin kogsikan beberapa produk yang ok bagi aku, dan ada juga yang kurang berkesan walaupun tak berbaloi dengan harganya. Tapi aku tak bolehlah obvious sangat mention produk yang aku rasa tak berbaloi tu, maybe it's not works for me, tapi ok pada orang lain. So, aku kongsikan yang mana ok jela ye.





T3 Acne Facial Foam Bacteriacidal. I love this!  And..




This one.. Acne Whitening Facial Foam. ^^,
 Selain tu boleh juga cuba Cosmoderm product.. 






Cosmoderm product yang ini je aku pernah guna.. ok juga sebab ia juga mengandungi Tea Tree Oil. Tapi dah setahun kot tak guna pencuci muka ni sebab sekarang guna..

Garnier Pure Active



Garnier Pure 3 in 1.. Senang.. Untuk wash, scrub dan mask.. ^^

Ni antara produk acne skin care yang so far aku berpuas hati. Selain tu aku ada mengambil supplement vitamin C secara consistent dan paling penting minum air kosong banyak-banyak. Mungkin kadang-kadang  produk mahal pun belum tentu berhasil. Tapi apa yang penting pilihlah yang sesuai dengan kulit kita dan diri kita sebab sesuatu produk yang mungkin berhasil bila orang lain guna belum tentu memberi hasil yang sama kepada diri kita. Alhamdulillah.. sekarang ni dah ok, kadang-kadang naik jerawat sebijik dua tu biasalah kan. 

Entri ni ditulis berdasarkan 100% pengalaman dan pendapat aku sendiri. Hopefully dapat membantu sesiapa yang mungkin tercari-cari acne skin care produk yang tak punya bajet yang banyak, sebab InsyaAllah all of this products is affordable sebab harganya pun tak mahal. :)





Wednesday 8 January 2014

Report Writing

Assalamualaikum w.b.t..



Ni port aku buat kerja dalam bilik. Duduk kat bawah je, sebab kertas dan fail banyak sangat kalau duk atas meja confirm tak muat. Lagipun meja dalam bilik aku ni dah penuh dengan barang-barang lain, malas nak alihkan. Buka meja, duduk bawah je la. Nasib baik dua minggu ni kakak aku tak ada, pergi ke Johor dapatlah aku conquer satu bilik. Bukan main cekang lagi aku buat kerja sampai guna dua laptop.. kihkih.. sebenarnya dua-dua ni laptop pinjam.. haha.. yang besar tu, yang mana aku guna untuk taip report FYP adalah laptop kakak aku. Notebook kat sebelah tu sepupu aku punya, dah berkurun tinggal kat rumah aku, biasanya adik aku guna. Petang ni ambil la jap, pinjam untuk online sebab kalau online kat laptop kakak aku tu abislah jem nanti sebab berat sangat maklumlah laptop lama. Laptop aku tak jadi arwah lagi masih boleh guna tapi malas nak buka, sebab kalau buka cepat panas tapi masa adik aku guna dia cakap ok je. Apa-apa pun aku tak guna laptop sendiri sebab tak boleh nak install SPSS. InsyaAllah akan pulang semula ke U untuk pembentangan beberapa hari lagi, pulang awal sikit sebab dah lama tak jumpa dengan supervisor aku. :p

Petang ni rehat-rehat jap sambil tolong adik aku buat kek coklat sempatlah blogwalking jap.. Dan kejap lagi nak kena sambung balik buat report tu sebab banyak lagi yang nak kena taip. Pening jugalah tadi, mencari tests yang sesuai untuk digunakan, lepas try and error banyak kali dan geledah balik nota-nota lama dapatlah pencerahan sikit.. Oklah, got to go now, need to continue my report writing sebab ingat nak tidur awal sikit malam ni.  Thanks sebab sudi singgah disini.. ^^,

Tuesday 7 January 2014

Sibuk

Assalamualaikum w.b.t..



Alhamdulillah.. akhirnya dapat juga meluangkan sedikit masa untuk update blog ni. Hukhuk.. Seminggu ni agak sibuk, hampir seminggu juga tak update dan trafic blog pun agak menurun seminggu ni. Memandangkan final presentation FYP dah tak sampai dua minggu, memang kena all out 2 minggu ni untuk persediaan pembentangan itu nanti. Alhamdulillah juga.. akhirnya dah bawa balik semua barang-barang ke rumah. Lega rasanya.. Selain itu aku juga menghadapi masalah dengan laptop. Memandangkan dua bulan kebelakangan ni aku pinjam laptop adik aku, tapi terpaksa pulangkan kepada tuannya semula memandangkan adik aku juga bakal memulakan sesi kuliah pada minggu depan. So, sekarang ni memang bergantung pada laptop kakak aku untuk siapkan report FYP ni.. Tak berani nak ambil risiko save kerja-kerja aku ni dalam laptop aku, buatnya tak boleh buka langsung, matilah...  Harap-harap dipermudahkan semuanya.. Maaf jika tak sempat nak blogwalking lagi... Thanks pada yang sudi singgah. :)