Tuesday, 24 December 2013

Bukit Gambang Water Park #1



Assalamualaikum w.b.t..


Semalam aku berkesempatan mengikuti aktiviti ke Bukit Gambang Water Park Kuantan anjuran gerakan belia kampung aku. Sebenarnya aku jarang juga menyertai aktiviti-aktiviti anjuran belia sebelum ini, dan kebetulan aku masih berada di kampung, oleh itu aku turut memberi nama untuk menyertai aktiviti kali ini. Kos pengangkutan dan bayaran masuk adalah 100% ditanggung oleh pihak penganjur dan kami juga diberi RM10 seorang untuk menyewa pelampung. Dah rasa macam program lawatan sambil belajar time sekolah dulu pulak. =='

Perjalanan memakan masa selama lebih kurang 3 jam.








Pelampung yang disewa

Sewa pelampung untuk double adalah RM20 dan bayaran deposit sebanyak RM6 akan dipulangkan semula. Bagi sewa pelampung single adalah RM10 dan bayaran deposit sebanyak RM4 akan dipulangkan. Aku tak sempat nak snap sangat gambar-gambar permainan air yang ada disebabkan takut kamera basah dan juga sedikit eksiden kecil yang berlaku kepada aku. ==' Nanti aku ceritakan.


Penguin Island
Penguin Island sesuai untuk kanak-kanak kerana airnya yang cetek dan kat sini tidak perlu guna pelampung.


River Journey

Coco Beach-wave pool and lagoon

Lane racer
Gambar kredit kat sini.

Dan banyak lagilah.. tak sempat nak tengok semua. Lagi pun aku sempat main 2,3 tempat je sebab tak tahan dengan bau klorin yang sangat kuat. Rasa sakit kepala dan nak termuntah. Then lepas tu aku naik dan beransur ke bilik persalinan. Lagipun semalam tersangatlah sesak maklumlah sekarang musim cuti sekolah kan. Mungkin juga aku kurang suka ke tempat seperti ini cuma nak pergi jalan-jalan je, lagipun semua free kan. Hihi.. Aku lebih prefer untuk ke tempat yang lebih natural contohnya seperti zoo. Di Bukit Gambang juga terdapat Safari Park dan juga tempat untuk melakukan aktiviti-aktiviti outdoor yang lain. 


Key chain Bukit Gambang Water Park dan Caribbean Bay Resort

Ini je cenderahati yang mampu dibeli. Ingat nak beli t-shirt sehelai tapi macam tak berbaloi pula dengan harganya. ==' Oklah nanti aku sambung lagi ye. Memandangkan semalam seharian tak study, balik pun dah nak dekat pukul 12 malam, hari ni kena sambung study balik. So mungkin aku akan lambat sikit blogwalking. Jangan lupa tinggalkan jejak korang pada kotak komen ataupun pada shout box, nanti aku balas kunjungan korang. Terima kasih.. ^^,















39 comments:

  1. assalam cik wawa,

    saya org pahang, tapi tak penah datang gambang.. suatu hari nanti, inshaAllah akan kutip kenangan manis jgk mcm awak... heee ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasaalam.. dah dekat tu lepas ni boleh pergi..hehe..

      Delete
  2. best jugak kat sini ..tapi temaptnya agak kecil jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah.. agak kecik, so bila waktu cuti sekolah ramai yg berkunjung mmg sesak juga..

      Delete
  3. pcl penah lalu kat luar je, next time rasanya nak kena pegi jugak... jauh jugak tu kalau pcl dari KL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oklah tu PCL.. nanti blh bawak famili holiday.. hehe.. :)

      Delete
  4. mcm best je. xpernah pi lagi.. yg pernah pi cuma yg kat bukit merah tu je..

    ReplyDelete
  5. Wahh seronok.. bolehlah pergi jika ada peluang nnti. Tp time cuti pasti penuh dgn org di tmpt mcm ni kan.. :)

    ReplyDelete
  6. K idah pernah pergi... yang paling k idah suka wave pool tu...
    Pegi tempat macam nie kalau ramai2 dengan kawan2 memang seronokk..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat wave pool tu boleh bersantaikan ala-ala tepi pantai.. hehe.. :D

      Delete
  7. Seronok je tgk,dulu pergi x masuk sebab sampai dah petang sangat.untungla ada sponsor.=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik ada yg sponsor kalau tak memang tak pergilah kot hujung2 bulan macam ni.. hihi.. :D

      Delete
  8. wahhhh boleh pergi ni nanti...hewhew
    tapi boleh tahan jauh laa sampai ke pahang...ika pernah lalu je pahang ni tu pun sebab nak ke cherating...insyaAllah satu hari nanti boleh pergi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti bolehlah pergi bercuti dgn famili ika.. :)

      Delete
  9. seronok sangat dekat sini..kalau nk luangkn masa dgn famili bolh la prgi sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita dah tiga kali jejak ke sana ..hihi.sebb duduk phg kan blh la ssllu pgi.hihi :)

      Delete
    2. memang senang lah nak pegi kalau macam tu. hehe.. tapi tempat pool macam ni kalau saya tak leh nak tahan sangat dengan bau klorin dia..

      Delete
    3. yg tu mmg tak boleh nk dinafikn..kalau berendam pun mmg tak lama. skejp skejp karang naik..hihi :)

      Delete
  10. alaaa, seronoknya.. bila lah nak sampai ni.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. pegi ke water park yg berdekatan pun ok jugak. hehe.. tapi kalau mandi sungai pun best jgk. :D

      Delete
  11. Ya allah bestnya :( nak gi gak hmmmm hihihihi ingat kak wawa dah tadi duduk mandi seksi2 tu ;p hhhehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. akak tak sempat nak ambil gambar sendiri.. ;D

      Delete
  12. Bestnya.. takyah bayarlah jawabnya? Hehee.. ^_^

    ReplyDelete
  13. Bestnya main air! Haha. Saya dah pernah pergi dua kali. Tapi dah rasa bosan sikit. Sebab nak main benda sama je. Hehe.

    Best kalau pergi dengan budak-budak. Layan diorang main air.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau asyik main benda sama mmg cepat bosan.. hehe.. budak2 memang sukalah tempat macam ni.. :D

      Delete
  14. waa bestnya..dah lama nak dtg sini tapi xpernah nak jadi..akeke

    ReplyDelete
  15. adakah pelampung kuning tu yang mendatangkan kecederaan kat awak dalam entry baru-baru ini...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  16. comel keychain tu.. nampak menarik tempat tu, tak pernah lagi akak ke taman tema air seumur hidup akak..

    ReplyDelete
  17. x pernah sampai sini..
    tambahan plak ni kat kuantan..
    bila la nak sampai..slalu p bkit merah je.. pling dkat he..he.. tq sharing ya..nanti leh p.bila2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabah boleh pergi, mesti kat kuantan pun tak de masalahlah nak pergi. hehe.. sama-sama.. :)

      Delete