Friday 13 December 2013

Air Terjun Hulu Perdik

Assalamualaikum w.b.t..


Sebenarnya dah lama sangat tak pergi camping, last aku camping semasa mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) beberapa tahun lepas. Kemudian beberapa bulan lepas aku telah mengikut kawan aku dan rakan-rakan pengakap udaranya bekhemah di pinggir Hutan Lipur Ulu Perdik, Hulu Langat, Selangor. Tapi status aku menumpang je la, kebetulan aku ikut sebab masa tu dorang camping secara tidak formal dan kat rumah aku tak de orang. Tak semua aktiviti dorang aku sertai sebab stamina aku tak hebat macam dorang.. adatlah kan orang tak pernah bercamping.. :p

Sehari sebelum pulang aku menyertai dorang buat jungle trekking.. 






Anak-anak sungai kecil sepanjang perjalanan.. Jauh jugalah nak sampai keatas. Sampai ada seorang daripada mereka tegur aku "aii.. mengah Fatin..?" huh.. taulah korang steady kan.. ==" Sampai kat atas muka aku dah merah mengalahkan udang kena panggang.. that's why lah aku tak suka sangat aktiviti outdoor.. malu bila orang tengok muka kita merah-merah macam tu. Rasa macam nak gali lubang tanam je kepala dalam lubang tu.. =,=


Dihidangkan dengan permandangan air terjun bila dah sampai kat atas.. Rehat jap untuk hilangkan penat dan kembalikan warna wajah ke tona yang asal. :p



Air terjun bertingkat..



Awas! Batu-batuannya sangat licin. Silap-silap boleh tergolek sampai ke bawah.. Airnya memang sejuk, dah namapun air terjun kan.



Memang syok kalau mandi kat bawah ni..


Tak tahulah bila lagi dapat join camping, sebab aku kurang sikit aktiviti-aktiviti outdoor ni. Kalau nak lasak-lasak kena bina stamina yang mantap dulu, baru syok dan tak ketinggalan. Apa-apa pun thanks kepada uollss yang sudi ajak aku join. Kalau tak, memang takkan menapaklah kat sini. :D

p/s: Oh ya, kat sini ada sedikit info pasal Perdik Fall ni..





30 comments:

  1. kita pernah pergi jugak sini . memang cantik tempatnya :)

    ReplyDelete
  2. subhanallah cantik pemandangan.. sejukje..
    saya pun suka p camping.. tadi dgn kawn2 baru best :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sejuk.. nanti bolehlah dijadikan destinasi camping bersama kwn2..:)

      Delete
  3. Cantiknya... mesti seronok,sambil merasa kebsaran Allah..

    ReplyDelete
  4. wah, syoknya.. hehe
    teringat dulu masa pergi air terjun gunung ledang utk bakti siswa.. skrg kalau pergi lg mmg mengah jugak lah agaknya.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena pastikan betol2 fit lah kalau macam tu.. baru syok.. hehe.. :D

      Delete
  5. wa...sama laa kita...actually sy pun dah tak ingat bila last sy pergi air terjun...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti ada masa terluang bolehlah pergi bersama-sama rakan2. pasti seronok.. =)

      Delete
  6. sye pn da lame tak camping gak...last mase kat skolah. tu je. hehhe

    ReplyDelete
  7. Subhanallah.. seronoknya camping di tmpt2 mcm tu.. segar & semulajadi. Lama dah x berpeluang.. nice sharing wawa.
    Sony di sini.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti kalau ada peluang jangan lepaskan.. terima kasih en.khir..:)

      Delete
  8. akak pun dah lama sangat tak join aktiviti macam ni.. kali terakhir masa study dulu join.. akak suka aktiviti outdoot macam ni sebenarnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa study memang masih ada masa utk join aktivit2 mcm ni, da kerja ssh sikitlah kan akak.. :)

      Delete
  9. bestnya...ika langsung tak pernah camping2 ni...sekali pun tak pernaj..pernah tp tu pun wt khemah kt padang skola..mse skola rendah...tak feel the real adventure langsung --'

    teringin nak camping one day :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2 dah lama tu.. betul tu camping sekolah rendah mmg tak feel camping, semua orang yang buatkan.. hehe.. nnt ada masa pergilah bercamping.. :)

      Delete
  10. datang lagi untuk isi tabung plak..heheh

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. datang lagi.. *ayat dah macam pekerja kat kedai pulak. hehe..

      Delete
  11. waa.. macam best je.. last time pha is camping rasanya masa reunion ngan budak sekolah. berBBQ tepi pantai dalam mlm tu kami 'camping' 1 batch sekolah (dalam 50 org) dalam 1 khemah. khemah buat cukup syarat je. kami tdo kat pantai pakai hampar tikar je.. hehehe.. nasib baik x hujan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai tu, 50 org satu khemah. hehe..tikar pun da kira ok, asalkan ada alas.. :)

      Delete
  12. Syoknya camping. Nina pun dah lama gile xcamping. Bertahun2 kottt

    ReplyDelete
  13. bestnye.. aefa dah lama tak camping tau.. sbb takde member.. sume geng ayu jaga body tak mau scratch hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. saya pula ramai member yg suka aktiviti mcm ni, antara nak join or tak je.. tak pe nanti ada peluang bolehlah pegi camping tak semestinya kat hutan, kat pantai ke tak delah extreme sgt kot. ;)

      Delete
  14. Where is the camp-site? Do you have any photos?

    ReplyDelete
    Replies
    1. It situated at Hulu Perdik, Hulu Langat, Selangor. Or you can search Perdik waterfall. Unfortunately my laptop has broken and all the pictures are gone.. Only have those pictures in my blog. '^.^

      Delete