Assalamualaikum w.b.t..
Pertama kali mendengar nama Mimaland ialah sewaktu aku dalam sem 5, berikutan terdapat banyak subjek yang berkaitan alam sekitar dan OSH yang perlu dipelajari. Tiba-tiba lecturer terbukak pulak cerita pasal Mimaland ni. Katanya dulu sebuah taman teman yang femes di Malaysia. Mungkin ada segelintir pembaca yang sempat berkunjung kesini. Taman tema ini sempat beroperasi dari tahun 1971-1994 dan akhirnya terpaksa ditutup ekoran daripada banyak berlakunya tragedi tanah runtuh dan telah mengakibatkan kematian seorang warga Singapura suatu ketika dahulu.
Balik je kelas terus google pasal Mimaland. Kalau diikutkan tahun penutupan tu aku adalah dalam tiga tahun masa tu tapi Mimaland ni kat kawasan Gombak kan manalah nak sampai lagi kat sini masa tu. hehe.. Tiba-tiba hari ni teringat pula then terus buat entri ni.
Mimaland atau nama panjangnya Malaysia in Miniature Land merupakan taman tema yang popular dalam sekitar tahun 70-an dahulu. Mimaland ni dikatakan telah dibina berfasa-fasa. Fasa pertama yang siap dibina dalam tahun 70-an mengandungi 24 motel, 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Dalam fasa pertama ini juga dapat menarik ramai pengunjung dengan adanya "Taman Haiwan Prasejarah" dengan binaan model-model dinosaur bersaiz besar.
Nampak macam best je kan.. Kemudian pada tahun 1984, Mimaland membina sebuah lagi kolam yang dikatakan kolam renang yang terbesar di Asia Tenggara pada waktu tu berserta papan luncur gergasi yang mampu menarik lebih ramai pengunjung untuk ke situ.
Selain itu disini juga terdapat tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan 'Giant Maze' serta kawasan untuk merentas rimba. Namun pada tahun 1993 satu kejadian yang tidak diingini telah berlaku dimana seorang pelancong warganegara Singapura telah terkorban ketika bermain papan gelonsor gergasi tersebut. Disebabkan kejadian itu, pihak Mimaland terpaksa penutup bahagian ini untuk melakukan penambahbaikkan. Namun pada tahun 1994, berlaku kerosakkan pada dinding kolam renang yang sama disebabkan tanah runtuh dan telah meyebabkan air lumpur mengalir kedalam kolam tersebut.
Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya telah diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak termasuh agensi kerajaan atas dakwaan kesalahan seperti kelemahan dalam sistem keselamatan dan telah menimbulkan beberapa masalah alam sekitar. Akhirnya Mimaland terpaksa ditutp buat selama-lamanya pada tahun 1994 namun peninggalannya masih lagi ada sehingga kini.
Oleh itu dapatlah kita simpulkan bahawa perancangan pembangunan daripada segenap aspek perlulah dilakukan dengan sebaik-baiknya dan Penilaian Kesan Alam Sekitar sememangnya penting untuk mengelakkan kes-kes seumpama ini daripada berulang.
Ingin memiliki rumah sendiri? klik sini.


.jpg)
.jpg)
.jpg)

