Assalamualaikum w.b.t..
Selmat Hari Buruh dan selamat bercuti~~ Akhirnya berupdate jugak... sebelum ni nak update tapi disebabkan banyak kerja-kerja yang tak setel lagi, sempat bukak sekejap-sekejap je blog ni biasala sebulan sebelum final masa tu la semua lecturer sibuk nak bagi kerja berlambak-lambak, dengan assignment, fieldtrips, reports segala bagai. Apa-apa pun semua tu da selesai tinggal nak jawab final je minggu depan. Paling melegakan FYP proposal pun da siap dan dah selamat dihantar. Lepas je presentation akhir bulan Mac yang lalu, langsung tak terusik sebab tak de idea nak sambung apa plus asyik terbantut je nak buat disebabkan tugasan-tugasan yang lain. Ok la,walaupun mungkin da basi kat sini aku ada sedikit cerita nak dikongsi berkaitan aktiviti yang berlangsung beberapa minggu ni. Ok, Checkitout!
14 April 2013
"Zero Waste Green The Earth" campaign.
Ni kempan kesedaran alam sekitar, bukan kempen PRU 13. ngeh3~~
Kempen ni di anjurkan oleh budak-budak course aku untuk 30% carry mark for Waste Management subject. Mula-mula ingatkan da burn 30% tu... tapi memang tak mudah nak buat semua ni kan, lagi-lagi "own bajet".. menangis uuuu.... T_T
Bak kata lecturer aku, kalau tak de project retest akan dijalankan, tapi soalan of course paling susah seumur hidup. Itu lagi mendera jiwa. Semua tak sanggup. So, disebabkan tak mau retest tu, bersengkang matalah selama seminggu. 2 minggu tak buat apa duk fikir sal projek ni. Dan alhamdulillah, bila tiba hari kejadiannya, semuanya berjalan lancar dan mendapat sambutan yang sangat tak terduga.
Tempat berlangsung : Pusat Rekreasi Sungai Tekala, Semenyih, Selangor.
Tarikh : 14 April 2013
Aktiviti:
-Educational booths tentang concept 3R's (Reduce, Reuse & Recycle)
Sebenarnya rata-rata pengunjung yang datang memang mempunyai pengetahuan tentang perkara ni, tapi kurang menerapkan konsep 3R ni dalam aktiviti seharian terutamanya reduce. Kurangkan sampah?? tak de nya makin banyak adalah termasuklah aku suka buang sampah... hehe.. =,,,=
So, semua ni bermula dengan education ataupun pendidikan sejak awal. Mungkin boleh ditambah subjek tentang pengurusan sampah di sekolah. Perkara ni penting sebab apa kalau sampah kita tak di urus dengan efisien, pada masa akan datang populasi penduduk semakin bertambah dan of course sampah pun akan semakin bertambah. Sekarang pun landfill da banyak yang da tutup sebab da penuh, lagi kat mana nak buat landfill?? belakang rumah kita? boleh je kalau tahan bau dia. Dan tak semua sampah boleh masuk dalam incenerator lagi-lagi sampah yang basah tu. Kalau budaya kat luar mostly western country, sebelum buang sampah tu mereka akan asingkan sampah-sampah tersebut terlebih dahulu mengikut jenis-jenisnya. Bila dah asingkan baru senang nak dispose.. hmm... budaya elok kita tak nak ikut bila budaya yang entah pape masing-masing berlumba nak ikut kan...
Gwiyomi~~~ gwiyomi~~~ gwiyomi~~ -,-
-Game booths
Games yang berkaitan dengan konsep 3R disediakan. Mendapat sambutan yang agak hangat.. tak sampai petang terpaksa ditutup sebab semua hadiah da habis.
-Explorace
Haaa... yang ni paling excited. Dengar kata explorace nya tahap running man + fear factor.. Jugak dapat tarik banyak penyertaan sampai ada team yang mintak nak masuk tapi terpaksa tolak sebab da penuh.
Disamping itu, aktiviti sampingan seperti mengutip sampah dan membersihkan kawasan dan tapak perkhemahan juga dijalankan... Terima kasih jugak kepada Deputy Dean dan lecturers yang turun padang memeriahkan program kitorang ni, siap ada konsert lagi. Mana tak nya Deputy Dean kitorang yang memang sporting habis tu boleh karoke bukan 1,2 lagu tapi sampai sejam setengah dia karoke. Hiks~~~ Apa-apa pun memang best... ^,^
Sedikit gambar..
Sekian.