Wednesday, 7 January 2015

Cuaca Sejuk Bakal Melanda Malaysia

Assalamaualaikum w.b.t..

Awal tahun lepas cuaca sejuk luar biasa telah melanda negeri2 Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Aku balik kampung masa tu memang sepanjang hari ber'sweater'. Nak mandi walaupun dah tengah hari rasa terketar-ketar. Nampaknya tahun ini sekali lagi kita akan menghadapi keadaan cuaca yang sama.

Keratan KOSMO! 7 Januari 2015
Rakyat Malaysia perlu bersedia menghadapi fenomena cuaca sejuk luar biasa dalam tempoh terdekat seperti yang berlaku di negara ini pada Januari tahun lalu.
Fenomena itu akan dialami oleh penduduk di negeri-negeri Pantai Timur yang baru sahaja menghadapi bencana banjir terburuk dalam sejarah negara pada Disember tahun lalu.
Pakar Geografi dan Kajian Iklim Bandar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Shaharuddin Ahmad berkata, fenomena itu bakal melanda negara ini disebabkan dunia berdepan dengan perubahan cuaca secara menyeluruh.
“Ketika ini cuaca sejuk melampau berlaku di Siberia, Rusia. Tiupan udara bertekanan udara tinggi dari Siberia itu bergerak ke China dan akan membawa cuaca sejuk memasuki Laut China Selatan sebelum bergerak ke negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia sepanjang musim Monsun Timur Laut.
“Justeru, adalah tidak mustahil fenomena cuaca sejuk ini bakal melanda negara sekali lagi dalam jangka waktu tertentu sebelum musim monsun itu berakhir pada Mac nanti,” ujar Shaharuddin ketika dihubungi Kosmo! bagi mengulas mengenai fenomena cuaca sejuk yang bakal melanda Malaysia.
 Sumber: KOSMO! online.com.my

p/s: Bayangkan mereka yang rumahnya musnah tu nak menghadapi cuaca macam ni. v.v