Monday, 19 February 2018

REVIEW: ROOFTOP

Assalamualikum w.b.t.

Tajuk: Rooftop
Penulis: Farrah Izzlorna
Penerbit: PROLOG (2016)

| SINOPSIS |

Aya, gadis yang suka menyendiri. Jadual hidupnya ke kelas dan balik rumah. Namun ketenangan itu menjadi huru hara apabila seorang lelaki menjelma dan ingin berdampingan dengannya.

Siapa dia ni? Kenapa dia pilih aku? Nenek moyang aku 'membela' ke?

K, lelaki sarkastik yang suka mencampuri urusan hidup Aya menyebabkan gadis itu kerap hilang sabar. Puas Aya halau, tetapi K tetap setia disisi.

Akhirnya, mereka bersahabat. Namun ada sesuatu yang pelik tentang K yang membuatkan Aya nekad mencari jawapannya. 

Siapa K, pendamping dia selama ni? Kenapa dalam gembira K terselit duka?

"Aya, kebaikan juga boleh membunuh." - K
.
.
.
.
.
.
Dah lama blog ni sepi and this is my first post in 2018. So disebabkan dah lama aku tak review novel (walaupun sebenarnya banyak novel yang best2 aku nak share), kali ni aku pilih this one; ROOFTOP. Sebenarnya novel ni dah lama aku beli.. errmmm.. rasanya macam dah setahun setengah. 😂 tapi disebabkan mood membaca ke laut sejak setahun dua ni, aku akan keep on pergi bookstore beli novel pastu peram. Actually masa beli buku ni hari tu aku tertarik dengan sinopsis dia. Tapi selalu hold dulu daripada baca kat rumah sewa pasal aku duduk sorang-sorang, baca sinopsis dia macam scary je.. Nanti kang bunyi cicak pun boleh terkejut. Haha. So beberapa hari lepas aku decide untuk bawak balik kampung, bolehla baca sepanjang cuti CNY ni (walaupun office work banyak lagi tak siap).

Guess what? Aku berjaya habiskan dalam masa sehari, sebab starting dengan permulaan cerita pun dah agak menarik. Kisah Aya dan K bermula selepas Aya berjumpa dengan K semasa dia berada di Rooftop apartmentnya, mula daripada rasa takut dan menyampah hinggalah K menjadi peneman setia Aya. Satu perkara yang membuatkan perasaan ingin tahu Aya tentang K makin mendalam apabila Aya dapat mendalami perasaan K selepas menyentuh tubuh tak berjasad K dia akan serta merta berasa sedih, dan Aya juga mampu melihat masa silam K yang menjadi penyebab dirinya menjadi begitu. Memula tu aku pun tertanya-tanya gak K ni siapa? he's obviously not a human kot. Tapi dari segi karekter bukan macam hantu mahupun syaitan. Hampir spoil juga nak belek page last, tapi nanti tak surprise lak kan. Hehe..

Aya pulak dari awal lagi meminati seorang lelaki bernama Fikri iaitu kawan kepada abang tirinya. Sehinggalah kejadian Fikri hampir menikahi wanita lain yang menyebabkan Aya terus kecewa walhal pada waktu tu dia tak sedar sebenarnya dia dan K sudah saling menyukai antara satu sama lain. Sewaktu mahu menyelamatkan Fikri dalam kejadian balas dendam Calsey, K terus hilang buat selamanya. Dan pengakhiran cerita ni of course lah dia berjaya menemui K di alam nyata walaupun K dah banyak berubah dari segi karekter mahupun rupa namun tetap tak dapat memadamkan rasa cinta Aya sehingga Aya sendiri sanggup menolak Fikri, cinta pertama nya. 😂

Sewaktu membaca novel ni aku bayangakan animasi supernatural Jepun contoh macam movie "Kimi no Na Wa" (Your Name). Kalau jadi animasi dengan kartun yang comel pun best gak nih. Dan teknik penceritaannya juga agak menarik membuatkan kita tak mudah bosan dan terus menyelak helaian demi helaian berikutnya. Sedar-sedar dah habis. Gitu.. 

So memang recommended lah for those yang suka kelainan daripada novel-novel lain yang ada di pasaran. Ni first novel Farrah yang aku baca dan aku bagi ★★★★

Adios.