Thursday, 30 July 2020

Hi 2020, I'm Back!

Assalamualaikum w.b.t.


First of all, Alhamdulillah masih bernafas dan waras. Ni post pertama aku selepas 2 tahun. Just a random writing, sekadar melepaskan rindu pada masa lalu. Update blog lewat malam, lepas buat assignment (now buat kerja) sambil dengar radio. Tambah feeling kalau hujan, tapi malam ni cuaca baik je. 

Dalam masa dua tahun ni aku pun tak larat nak describe banyak benda jadi. Dan InsyaAllah apa yang jadi tu adalah proses mematangkan diri kita. Kalau boleh aku nak tulis semua untuk tatapan masa depan. Tapi bila dah kerja ni semua benda jadi malas.. Lepas balik kerja rasa nak melepek je. Beli buku banyak-banyak pun tak terbaca, nak bukak laptop lepas kerja pun "bencinta", balik rumah nampak tilam terus "lost from the world". Tu yang dua tahun punya gambar aku baru transfer, barulah ringan sikit phone. 

Sebenarnya aku harap aku publish lah entri ni.. Dalam masa 2 tahun ni semua entri aku masuk draft je. Nampak tak sebenarnya banyak je cerita. Dan dalam masa 2 tahun ni juga aku dah ada seorang anak buah, lagi seorang on the way. Dah 2 tahun pun, mulutnya masyaAllah.. potpetpotpet.. Cuma makcik dia je yang still takde progress. Bukan tak cari, tapi entahlah susah. Kadang-kadang kita susah nak faham orang, kadang-kadang mungkin orang susah nak faham kita. Bila rasa-rasa macam jodoh dah sampai, tiba-tiba hilang. Haaa.. gitu lah.. Haha (entah gelak ikhlas ke tak ni)

By the way, harini aku dah start cuti Raya Haji. Alhamdulillah, balik tadi takdelah jammed teruk. Just slow traffic kat beberapa tempat especially Plaza Tol Gombak. So, macam yang semua orang tahu wabak COVID19 melumpuhkan 2020. Takde benda yang boleh dibuat, travel, running semua tergendala. Tapi.. InsyaAllah ada hikmah semua ni, sabar je lah. Stay save ya semua! COVID masih aktif, jangan terlalu selesa dan longgarkan SOP yang sepatutnya.

Weh.. 4 perenggan je aku mampu taip... apeniii.. Sindrom penuaan kah? 

I'm disappointed with you Fatin!