Monday, 31 December 2012

Coming 2013

Assalamualaikum.w.b.t..



Hari ni merupakan hari terakhir di tahun 2012.. sudah pasti tiada lagi 2012 selepas ini.. sehari sebelum 2013. Just a simple post kot, tak de idea nak tulis panjang-panjang lagipun salji turun macam ni sejuk rasanya, otak pun macam nak beku.. ;P

So, how's this year's?? ada baik ka? kurang baik ka? bagi aku, tahun ni memanglah terlalu banyak yang pahit dari manisnya, tapi tak pe ambil lah semua tu sebagai pengalaman yang akan mendewasakan kita. Membuatkan kita lebih matang untuk berfikir dan bertindak. 
Tapi yang pastinya usia pun semakin meningkat.. walaupun aku muda lagi tapi aku dah tak nak jadi seorang yang tak matang! *hahaha.. :p

Tak matang dalam membuat keputusan, terlalu ikut emosi kadang-kadang. Lepas tu menyesal dengan apa yang dah dibuat. I mean before buat apa-apa tu fikir dulu. Insyaallah tahun depan akan lebih baik dari tahun ni.. sama-sama lah kita pastikan! mana yang tak baik tu kita buang, atau cuba ubah.. 

Don't afraid to change, you may lost something good but you may gain something even better! ;D




Here we come... 2013..




Sunday, 30 December 2012

Kusangka panas hingga ke petang..

Assalamualaikum w.b.t..

Hey.. hari ni aku nak bercerita. Tapi aku pun tak pasti ceritanya best atau tak..

Bermulanya..
Pada satu pagi yang cerah, mtahari bersinar-sinar. Matahari kelihatan kemerah-merahan dari ufuk timur..
Dhia memejamkan mata,membiarkan udara nyaman pagi membelai tubuh dan mukanya.. Terasa ion-ion yang bercas positif menyerap ke dalam badan..
Hah! sungguh bersemangat rasanya..
Bibirnya tersenyum. 
Permulaan hari yang baik fikirnya..lalu semuanya mula direncanakan, merancang untuk ke suatu tempat. Tempat yang dah lama dia teringin untuk pergi..

Tapi...disangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Segala plan yang sudah dirangka seolah-olah tergendala. Namun Dhia tetap berusaha memastikan apa yang dah direncanakan berjalan lancar. Cuaca bukan halangan fikirnya. Menjelang ke petang, hujan masih lagi belum berhenti. Malah makin lebat. angin yang kencang, guruh dan kilat yang sabung-menyabung. Maka Dhia berfikir mungkin hari ini bukan rezekinya, Allah tak mengizinkan lagi. Hatinya terasa sedih.. Semangat yang terbit sebermulanya pagi tadi terus hilang. Terasa diri bagai diselubungi bayangan gelap.. Ya Allah... kenapalah Engkau turunkan hujan disaat aku bersemangat dan gembira?? kenapa Engkau tidak terus kurniakan kebahagiaan itu terhadapku.. Engkau rampas, matahari yang mula menyerikan hidupku, Kau datangkan hujan, hujan yang merosakkan segala rancanganku..

Tiba lewat petang, hujanpun berhenti.. nun.. jauh dikaki langit kelihatan pelangi yang indah. Subhanallah.. cantiknya engkau pelangi.. tapi engkau juga tidak kekal. Sekadar pelangi petang..
Malamnya,setelah usai makan malam, Dhia dan keluarga menonton berita di televisyen. Akibat hujan yang lebat siang tadi telah menyebabkan tanah runtuh berhampiran dengan sebatang jalan.. Ye.. jalan itu.. kalau dia pergi juga tadi dia perlu melalui jalan itu. Dan kalau dia pergi juga tadi apa yang akan terjadi kepadanya?? mungkinkah akan mengalami nasib yang sama seperti mana sekeluarga yang terbunuh akibat kereta mereka terperangkap dalam tanah runtuh itu?? Terus Dhia keluar,merenung ke dada langit.. bintang berteraburan. sungguh cantik sekali. Dan Dhia mula berfikir..
Sebermulanya hari, aku punya matahari yang cantik..
walaupun tengahhari dan petangnya hujan turun mencurah-curah..
Petangnya aku punya pelangi..
dan malamnya Dia memberiku hamparan langit cantik yang berbintang..
walaupun segala rancanganku rosak pada hari ini, tapi tanpa sedar Engkau telah menyelamatkan ku..
Engkau masih panjangkan umurku, masih mahu meminjamkan nyawa ini kepadaku..
Engkau masih memberi peluang dan ruang terhadapku untuk terus bernafas dalam mentaatiMu dan rasulMu..
Aku insaf Ya Allah..
Ya Allah... ampunilah aku yang sudah bersangka buruk terhadapMu..

Sebak sudah menguasai diri,lalu.. setitik demi setitik air matanya jatuh..

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


Well begitulah cerita tentang Dhia..untuk terapi jiwa aku kira..
untuk kita sentiasa ingat manusia merancang, tapi Dia yang tentukan..
Bila kita tidak dapat apa yang kita inginkan tidak bermakna Allah lupakan kita, tidak sayangkkan kita..
Ujian hujan terhadap Dhia sekaligus merosakkan rancangannya untuk ke satu tempat, Allah tidak mengizinkan..bermakna itu bukan untuk dia, bukan rezekinya.. namun.. ternyata disebalik ujian itu, ada hikmahnya.. :')
Yang penting kita bersangka baik denganNya.. bersangka baik, bila Dia menarik sesuatu daripada kita bermakna itu bukan yang terbaik untuk kita.. lalu digantinya dengan sesuatu yang lebih baik..
namun harus diingat,sebaik manapun apa yang kita semuanya tidak akan kekal, melainkan DIA yang satu..

Kegembiraan, kesedihan dan semuanya Dia datangkan tidak akan kekal..
Oleh itu waktu gembira ingatlah adanya kesedihan
Waktu sedih ingatlah pasti ada juga gembira buatmu
kerana Dia tidak pernah melupakan kita..

Inginku buang apa yang keruh, dan kembalikan apa yang jernih..
Aku berusaha.. Ya Allah.. janganlah Engaku jadikan aku seorang yang berputus asa lagi..
T__T

Wednesday, 26 December 2012

keropok lekor + cheese diakhir tahun...

Assalamualaikum w.b.t..


Hi.. selamat petang.
Hari ni, pagi-pagi lagi aku bersiap. Pandang langit, masih mendung, diselaputi awan-awan yang kehitaman. Hujan turun tak lagi selebat semalam dan kelmarin.
Matahari masih lagi malu-malu, hanya sesekali mengintai disebalik awan. Main sorok-sorok pulak ye dia.
Baju yang lembap, ada bau sikit, so semburlah febreez..
ahaks~~
Pagi tadi aku keluar pegi pasar minggu, hajat dihati nak beli keropok lekor. Dari malam tadi aku terbayang, keropok lekor + cheese..hmm.. yummy..

Air paip sedingin ais! menggigil rasanya..
then aku bersiap dulu before mengejutkan adik aku. kalau aku tak siap lagi, then aku kejutkan dia konfem-konfem lah dia akan siap dulu pada aku. kalau dia siap dulu pada aku, terpaksalah menahan telinga mendengar dia membebel, aku lambat bersiap..
"ala.. ileks la bro..baru tunggu kakak, tak tunggu bini lagi"
kehkehkeh~~

sampai kat pasar..
aku: sebatang seringgit setengah. nak berapa batang?

adik: ambikla 4 batang. sembilan ringgit..

aku: 1=1.50,4=9.00.. ?? 
*kat mana kau belajar mengira ni?? =.="

aku pandang adik. mata merah, pipi dia kaler pink.. hakhakhakahak..
lu apehal bro..
lorh.. rupanya tak cukup tido.. sampai mengirapun  dah tersalah..
mamai..mamai.. sepanjang jalan muka macam jeruk buah betik je..
yang bezanya jeruk buah betik tu orang tengok berselera, yang ni tengok pun tak de selera.. 
marah dia aku kacau dia tido, pepagi kejutkan dia ajak pegi pasar..

takpe..takpe.. yang penting keropok lekor cicah cheese da dapat.. alang-alang dah kuar belilah banyak-banyak.. wat stok musim hujan.. hohoho..
^o^

hari ni dah 26 December 2012..
setahun yang lalu, ada kawan yang mengadu hatinya kecewa. kasih yang disemai bertahun-tahun,ibarat daun yang layu, mati dihujung dahan. tapi apakan daya, aku juga tak mampu untuk menolong. Alhamdulillah aku tengok dia dah semakin pulih, bukan setakat pulih malah dah betol-betol pulih. Bezanya tempoh setahun tu.. Dan aku pun harap setahun akan datang aku sendiri akan betol-betol pulih..pulih dari rasa kecewa.. macam dia jugak.. InsyaAllah..

2012 mencoret sejuta kenangan..
tahun yang paling banyak dugaan aku kira. tapi terima kasih ya Allah kerana kau tak pernah lupakan aku. azam aku tahun depan tak banyak.. cukuplah aku belajar untuk redha, jadi seorang yang lebih kuat, sedaya upaya untuk memastikan setiap detik hidup aku adalah moment yang terindah.. 

Let by gone, be by gone..
yang dah lepas biarkan je berlalu, tak guna dikenang dan tak guna ditangisi sedangkan semuanya dah terjadi..sedangkan bumi tetap juga berputar.. 
kehkehkeh.. sedihla pulak.. 

nothing to say more~~
just appreciate apa yang kita ada sekarang, sebab kita tak tahu bila-bila masa je kita akan kehilangan semua tu.. 

Just SMILE
;)

Tuesday, 18 December 2012

MATAHARI

Assalamualaikum w.b.t..


Ku datang mencarimu
Yang berselindung dalam bayangan
Ternyatalah kehampaan
Menjadi duri dalam jiwaku

Semakin jauh menyusur matahari
Semakin aku hilang arah tujuku
Tidakku sangka yang terang akan suram
Meskipun intan
Bayangnya jua tak berwajah

Biarpun gelap malam
Mata terpejam hatiku tenang
Kekusutan ansur pulang
Bersama bayang siang semalam

Baruku tahu ertinya
Sakit yang mencengkam dada
Malam yang sesepi itu
Terbuka jalan
Selebar dunia