Assalamualaikum w.b.t.
Larian Hari Sukan Negara ni adalah event tahunan yang disambut setiap tahun. Tahun lepas tak berpeluang nak join, tapi alhamdulillah tahun ni dapat jugak join. Tempat berlangsung adalah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan juga di beberapa tempat lain di seluruh negara. Cuma yang bezanya HSN di KL tahun lepas diadakan pada waktu pagi, dan tahun di diadakan pada waktu malam. Ini jugak merupakan first night run yang aku join. Kalau orang cakap, okla lari malam sebab tak panas.. Sebenarnya tak jugak. Cuaca tetap berbahang, dan aku lagi suka morning run. Lagi pun exercise pada waktu malam tak berapa elok sebenarnya, sebab this time biologically badan kita patut rehat. Heh.
This time still join 10 km, sebab tak confident lagi nak ambik 21 km. Hehe.. Mungkin kalau route landai macam Orchid Run and Ride (post yang ni still in draft) haritu still okay lah, ni nak layan Bukit Tunku up and down tu 7 km pun semput, ends up banyak jalan je. Haha.. Semalam lauan 10 km bermula di Dataran Merdeka ke Taman Burung KL kembali ke Jalan Parlimen untuk 5 kilometer pertama kemudian ke Bukit Tunku dan menghala ke PWTC dan 3 kilometer terakhir di Jalan Raja Laut kembali ke garisan penamat di Dataran Medeka.
Aku dan sorang lagi member (dia masuk 21km) datang awal. Walaupun event start pukul 8.30 p.m. sebab tak mau tergesa-gesa, dan biasanya LRT time ni agak lambat sebab bukan waktu puncak. So kitorang maghrib kat sini then warm up sementara menunggu acara bermula.
Laluan di Padang Merbok, Jalan Parlimen 5 kilometer pertama
Finisher medal untuk kategori 10 km.
Beza medal antara kategori adalah warna dan cetakan pada landyard. Bagi kategori 21 km akan menerima t-shirt dry fit 21 km finisher. Untuk jarak 5 km selain mendapat medal sijil penyertaan akan di beri selepas berjaya menamatkan larian. Manakala untuk jarak 10 km dan 21 km online certification bersama time record akan di berikan kemudian.
Sedikit komen untuk event kali ni, acara bermula agak lambat. Pada mulanya pelepasan untuk half marathon dijadualkan pada jam 8.00 malam kemudian di tunda ke jam 8.30 malam. Untuk runners yang hebat-hebat bolehlah habiskan dalam masa 1 jam - 1 jam setengah. Cuma for those yang baru berjinak-jinak dengan half marathon ni akan menyebabkan drag in time. Macam kawan aku tu pukul 00.45 a.m. camtu baru sampai ke garisan penamat dan masa yang di ambil lebih daripada 4 jam. 😅
Kemudian MC yang kurang best, sembang merapu rapu sampai ada peserta belakang aku tu cakap apa lawak yang dia buat ni, tak faham langsung. I feel you bro. Haha..
Cuma hadiah bagi pemenang agak berbaloi begitu juga dengan hadiah utama lucky draw i.e. proton iriz yang terbaru menjadi milik seorang student berumur 19 tahun. Rezeki dia. Balik rumah terpaksa ambik uber sebab dah hampir pukul 1.00 pagi, nasib baik tak mahal sangat.