Assalamualaikum w.b.t..
Alkisahnya semalam, bosan duduk kat rumah tengah hari tu keluar untuk bersantap, lepas tu "ter"naik bas sampai ke stesen LRT. Da masuk dalam LRT tu minda ligat berfikir kemanakah arah tujuan? Nak pergi Berjaya Times Square, yes! sangat dekat tapi tak sanggup nak berasak naik monorel dengan crowd hujung2 minggu camni. Then aku rasa macam nak pegi lepak MPH Midvalley, tapi itu lebih mendera jiwa, buatnya banyak buku yang berkenan dihati, bajet dah takde ni.. Nak pegi Big Bad Wolf macam jauh sangat pulak, lagipun hari dah nak petang. Aku pandang langit, mendung. Tak payah tengok ramalan kaji cuacapun dah boleh agak petang mesti hujan. Lastly sampai Masjid Jamek, aku turun. Moh ler kita pusing satu dua round, hanya untuk membunuh kebosanan yang bersarang dihati. Kemudian aku masuk dalam satu kedai kat situ. Of course lah on sale. Buat2 la belek2 barang2 yang ada kat situ, dalam hati ada juga rasa nak beli, Tapi nafsu on sale perempuan ini tetap dapat dikawal. Heh! Terasa diri hebat sekejap. Tengah2 belek baju kat situ tiba2 akak kat tepi aku ni bersuara dengan muka panik, "hah!!purse saya.. alamak..." sambil tangannya ligat menggali lambakan kain2 dihadapannya. Dia pandang aku.. "tolong cari purse saya.. saya kepit tapi dah tak ada.." Akupun tumpang panik sekaki sambil meraba2 purse sendiri didalam beg. Huh! nasib baik ada. Aku pun tolonglah akak tu mecari dompetnya kot2 lah kan terselit2 dibawah kain2 on sale tersebut. Akak tupun hampir menangis, sambil berkata "macam mana saya nak balik?" Satu je aku berdoa masa tu, harap2 purse akak tu tak dicuri. Dalam kekalutan tu akak tu pun pergi jumpa pembantu kedai kat situ. Kurang 5 minit pembantu kedai tu panggil akak tu cakap dompet tu ada, dorang jumpa terjatuh. Alhamdulillah sebab dijumpai oleh orang yang jujur. Cuba kalau dijumpai oleh orang yang tangan panjang, memang kirim salam je lah nak dapat balik. Lepas tu akak tu pandang aku, "Saya rasa dompet saya tak jatuhlah. Betul.. saya selit kat ketiak saya." -,,-
Gambar- Ihsan google |
Wahai puan2 sekalian.. ya.. kita suka shopping, tapi beringatlah untuk menjaga barang masing2.. Barang2 berharga seperti purse, handphone, etc pastikan letak dalam handbag janganlah pegang kat tangan sebab kita ni sering lupa. Duk leka2 shopping sedar2 purse yang dikepit bawah ketiak dah tak ada. Maklumlah perempuan bila shopping tak ingat dunia, anak pun boleh tertinggal. Lagi satu antara contoh kecuaian sendiri adalah masuk toilet purse letak kat tepi sinki lepas tu lupa nak ambil, masuk lagi sekali purse tu dah tak ada. Satu benda kita kena tanam dalam kepala otak, tempat awam,ramai orang dan kita tak tahu siapa yang keluar masuk, lalu lalang, anda rasa tempat tu selamat ke tak? Even dekat mana2 pun dah nama pun TEMPAT AWAM ataupun orang jawa panggil PUBLIC AREAS korang rasa selamat ke untuk mempercayai bahawa orang yang lalu lalang kat situ semuanya baik2? Dan satu lagi bila ianya disebabkan oleh kecuaian kita sendiri, don't put the blame on others. Bagi yang boleh terima kecuaian sendiri ok lah, tapi bagi yang suka duk salah2 kan orang ini masalah. Ini dunia, bukan syurga. Dunia dicipta tidak hanya untuk orang yang baik2, orang jahat pun tidak kurang ramainya atas muka bumi ni.
ada hikmahnya dengan ''ter''pergi tempat tu, sekarang memang kena banyak hati hati..kalau tak tengok2 dah takde..jangan cakap purse, anak orang pon boleh dicoleknya dalam crowd
ReplyDeletepehh. akak tu boleh pulak kepit2 purse. alahaii akak.
ReplyDelete@nadia mansor Memang kena banyak hati2 sekarang.
ReplyDelete@Nur Inani Bahayakan buat mcm tu, terutamanya orang yg berdompet tebal. hehe..
ReplyDeletePernah terjadi pada kawan saya yg terlupa mengambil hp di toilet. Asalnya takut jatuh dari poket seluar terus ke lubang tandas, jadi dia letakkanlah di bahagian tandas yg boleh diletakkan barang. Bila urusan selesai.. terus je kluar. Tak lama pun, bila patah balik dah lesap...
ReplyDeleteDia ada suspek sbb nampak seorang mamat tu mcm mencurigakan... tapi tak ada bukti hhmmm... lesap... iphong pulak tu... :D
@Khir Khalid Adoii.. tula kan sebab cuai habis hilang. Dalam situasi macam ni mmg susah kita nak tuduh orang kecuali kalau kita sendiri nampak mmg org tu yang ambik.
ReplyDeleteyg penting leps ni kena la beringat.. :)
ReplyDelete