Saturday, 23 May 2015

MASYARAKAT ROHINGYA, ISU KEMANUSIAAN SEJAGAT

Assalamualaikum WBT..

Terlebih dahulu maaf jika post ini mengganggu sensitiviti mana2 pihak. Isu Rohingya bukanlah isu yang baharu. Bermacam2 reaksi yang diberikan oleh rakyat kita. Ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju jika kita menolong dan membawa mereka ke negara ini, maklumlah kat Malaysia ni pun sudah penuh dengan warga asing.




Bermacam-macam pandangan disuarakan, antaranya ramai yang tidak bersetuju kerajaan menambah lagi bilangan warga asing di Malaysia. Tidak kurang juga ada yang berkata dengan bertambahnya warga asing di Malaysia maka bertambahlah pengundi hantu pada PRU yang akan datang. Ngeh3.. Ada juga yang tidak bersetuju kerana bimbang peningkatan kadar jenayah yang melibatkan warga asing dan juga bimbang sikap pengotor dan penyakit yang di bawa mereka. Namun selepas tersebarnya perkhabaran bantuan daripada Armada Laut Turki, ramai juga yang mengutuk ketidak-sudian negara membantu golongan ini.





Terdapat juga komen2 warga 'negara seberang' yang mengatakan Malaysia tidak punya 'hati nurani' (lol =.=) kerana tidak memberi bantuan kepada mereka-mereka ini. Malaysia tidak memberi bantuan? Okey, di Malaysia diangarkan terdapat 20, 000 kanak2 pelarian yang berdaftar dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR), ini yang berdaftar, yang tak berdaftar tak tahulah ramai mana. Dan sejak beberapa tahun dahulu lagi Malaysia sudah perihatin dengan nasib golongan ini. Salah satu contohnya, di bawah Projek Rohingya, Rohingya Education Centre (REC) yang ke-2 telah dibuka di Batu Belah, Klang, Selangor yang telah dirasmikan oleh YBHG. Dato' Dr. Siddiq Fadzil, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) pada 25 Disember 2015.

Bagi aku mungkin NGO2 mahupun badan2 yang telah banyak menolong golongan ini tidak terlalu mendedahkan aktiviti mereka atas dasar perkara baik tidak perlulah ditunjuk-tunjuk, biarkan sahaja hal itu menjadi urusan mereka dengan Tuhan. Justeru itu pertolongan itu setakat yang termampu. Dan sebenarnya kawasan KL ni pun ramai je gelandangan, kanak2 Rohingya yang meminta sedekah ditepi-tepi jalan, hulurlah seringgit dua paling tak pun daripada cakap lebih apa pun tak buat. Kalau tak dapat nak tolong lebih2 pun, tolong doakan yang baik2 pun sudah memadai, tak perlu nak mengutuk sesiapa mahupun negara sendiri..

Akhir kata untuk renungan bersama:

QS Ar-ra'd ayat 11

لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِّن بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللّهِ إِنَّ اللّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنْفُسِهِمْ وَإِذَا أَرَادَ اللّهُ بِقَوْمٍ سُوءاً فَلاَ مَرَدَّ لَهُ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِ مِن وَالٍ
١١--
"baginya (setiap manusia) ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya secara bergiliran di depan dan di belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah. sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya. Sekali-kali tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia."

4 comments:

  1. sokong 100% :) bantu lah takat termampu . kalau pasal indonesia , ada segelintir pihak dari sana yang memang tak puas hati dengan Malaysia,dari segala aspke termasuk sukan,dunia hiburan yang terbaru yang ini lah

    ReplyDelete
  2. Kita dah sokong lebih dari yg termampu.. masalahnya, negara2 serantau lain ada ke yg sanggup bantu mcm Malaysia.. syukurlah turki sudi menawarkan bantuan.. harap negara jiran tu, tau kutuk je.. susah pun dtg cari kerja sini gak hhmmm...

    ReplyDelete
  3. @Khir Khalid Tula.. mmg tak patut bila masih ada yg ckp negara kita tidak prihatin..

    ReplyDelete
  4. sedih dengan nasib yg menimpa masyarakat Rohinya nih

    ReplyDelete