Assalamualaikum WBT..
Tajuk: Saat Bulan Jatuh Ke Riba Penulis: Naurah Iman Terbitan: Jemari Seni Sdn Bhd (2015) |
|SINOPSIS|
Jangan ditanya erti rindu jika tidak pernah tahu rasa kehilangan.
Jangan ditanya ertinya sayang jika tidak pernah merasa.
Setelah luahan hatinya dipersendakan oleh Ian, Hanna kini membawa diri.
Kini, selepas dua tahun, Hanna dan Ian bertemu kembali.
"Kau hutang baju dengan aku, tahu tak!" ujar Hanna
"Hutang baju? Bila masa aku janji...."
"Ewah-ewah, buat-buat lupa ya. Dahlah muntah dekat orang. Masam pula tu!" Marah Hanna.
Perubahan sikap dan penampilan Hanna kini telah mencuit hati Ian. Tetapi dalam masa yang sama, Jay pula mula menunjukkan minat pada Hanna....
"Dia tu solo lagi ke?"
"Hah?"
"Hanna, kawan kau tu. Dia dah berpunya ke belum?"
"Setahu aku tak ada. Kenapa? Berminat ke?"
"Ya, dan aku nak kenal dia lebih rapat lagi!"
Adakah Ian masih juga teragak-agak apabila melihat sikap Jay yang tegar ingin menambat hati Hanna? Dan Hanna pula. dapatkah dia mencari cinta abadi yang dirinduinya?
.
.
.
.
.
Bagi Hanna, Ian tu lelaki cantik. Bukan handsome ya. Cantik. Haha.. Dan Hanna terpikat kerana kecantikkan Ian. Bila sebut lelaki cantik ni apa yang terlintas difikiran aku adalah mamat2 KPop. Tapi Ian ni bukan mamat KPop, dia cuma lelaki Melayu yang mempuyai susur galur Irish. Amboi, excited explain pasal Ian! >,,<
Pertama kali Hanna bertemu Ian semasa mereka dalam program orientasi di universiti. Hanna sangat kagum dengan kecantikkan Ian. Dan bagi Ian Hanif pula, Hanna adalah orang pertama yang cakap dia cantik. Selepas kejadian itu, Ian menjadi teman rapat Hanna. Dan selepas tragedi yang meragut nyawa seluruh ahli keluarga Hanna, Ian lagi rasa dia bertanggungjawab menjaga Hanna. Namun bagi dia, Hanna hanyalah seperti seorang adik sedangkan Hanna sudah terlajak menyukai Ian. Saat dia meluahkan perasaannya dan mengajak Ian kahwin, permintaannya itu dipersendakan lantas Hanna pergi membawa diri. Mencari dirinya untuk menjadi wanita yang lebih baik.
2 tahun Hanna menghilangkan diri tanpa khabar berita membuatkan Ian tidak keruan. Dia fikir Hanna marahkan dia. Dan satu hari tanpa disangka2 mereka bertemu kembali dengan tidak sengaja yang mana Ian telah pengsan dan termuntah pada baju Hanna. Saat pertemuan kembali itu membuatkan hari2 Ian kembali ceria. Namun, Hanna bukanlah lagi Hanna yang dahulu. Banyak yang telah berubah pada Hanna. Walaupun sedar dia menyukai dan menyintai Hanna tapi disebabkan fobianya yang satu tu dia takut untuk meluahkan rasanya sehingga Hanna bertindak menerima lamaran Jay atau nama Islamnya Eusuf.
Fobia apakah yang dialami oleh Ian? Dapatkah Ian kembali memenangi hati Hanna disaat Hanna sudah betul2 kecewa dengannya, dan siapakah yang Hanna pilih. Yang itu kenalah baca sendiri.. Hehe..
Sebenarnya time baca novel ni, aku rasa geram je dengan Ian Hanif ni. Lambat macam kura-kura! Alamak.. Ter-'emo' pulak. Haha.. Dan I loike dia punya front cover. Comel! ;))
Lma x lyn novel...
ReplyDelete@Maria Firdz Nak layan novel pun kena ada mood kan.. Hehe
ReplyDeleteLama dah tak berpeluang nak layan novel.. :)
ReplyDeleteWow..macam best je.. nama akak ada kat situ..hihihi
ReplyDelete@MisS tWiLighT Tula.. Sama nama.. You should read it akak.. Hehe..
ReplyDelete