Tuesday, 11 August 2015

Diet Murah & Mudah

Assalamualikum w.b.t..

Dah lama rasanya tak berkongsi tips-tips diet. Hehe.. Bulan Ramadhan baru saja berlalu. Selain berpuasa sebagai ibadat ada tak yang dah berjaya turun berkilo-kilo selama sebulan berpuasa tu? Tapi kalau naik berkilo-kilo juga janganlah terkejut, mana taknya sebaik saja berbuka berjenis macam makanan disumbat. Nak tahan nafsu makan tu memang susah, lebih2 lagi kalau kat rumah. Aku time balik raya hari tupun asyik mengunyah je. Macam mana nak diet tanpa berlapar? Mungkin cara ni akan ambil masa sikit, bukanlah terus turun mendadak. Ada sesetengah orang makan macam gajah tapi badan macam semut, ada juga makan banyak sikit badan terus naik. Ini adalah disebabkan kadar metabolisma badan setiap orang adalah berbeza. Sebelum ni aku ada kongsikan cara untuk meningkatkan metabolisma badan, boleh baca disini

1) Sarapan
Sarapan adalah sangat penting dalam diet seharian. Bagaimana sarapan dapat mencegah kita daripada terlebih makan pada waktu tengah hari? Kerana jika kita tidak bersarapan kemungkinan untuk kita terlebih makan pada waktu tengah hari adalah tinggi.

2) Teh hijau
Dah beberapa bulan aku ambil teh hijau sebagai rutin. Teh hijau ni memang tak sedap, tapi sangat bagus untuk kesihatan. Teh hijau adalah antioksidan semulajadi, dapat membantu meningkatkan kadar metabolisma badan, menyingkirkan lemak didalam badan, merendahkan paras kolesterol dan banyak lagi manfaatnya.


Sepanjang mengamalkan teh hijau ni satu benda aku perasan jerawat dah jarang naik, Kalau naik jerawatpun cepat kecut. Kalau teh hijau Boh memang pahit, tapi Jasmine Green Tea Ahmad Tea contoh macam kotak kat atas tu pahitnya kurang sikit, Mula2 minum teh hijau rasa macam tak tahan jugak dengan rasa pahitnya, tapi lama2 dah imune. Tapi teh hijau tak elok diminum sejurus selepas makan, seelok-eloknya minum setengah jam selepas makan. Ini kerana jika kita terus mengambil teh hijau selepas makan penyerapan nutrien daripada makanan yang dimakan akan terganggu. Bagi mereka yang mengalami masalah sembelit, bolehlah amalkan minum teh hijau untuk pelawasan membuang air besar mahupun untuk melawaskan kencing kerana teh hijau juga berfungsi untuk detoksifikasi.

3) Tidak makan waktu malam
Elakkan daripada mengambil makanan yang berat seperti nasi pada waktu malam. Makanlah nasi pada waktu tengah hari, kuantiti? Janganlah terlalu banyak. Dari segi lauk aku tidak limitkan jenis lauk yang dimakan, tapi elakkanlah daripada mengambil makanan yang terlalu berminyak. Waktu petang jika lapar bolehlah makan laksa/bihun sup/ mee sup/makanan yang bersup. Makanan yang berkuah akan membuatkan kita cepat berasa kenyang. 

4) Banyakkan minum air kosong


Selain daripada minum teh hijau, banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Salah satu cara nak tahu badan cukup air atau tak adalah tengok warna urine anda. Kalau berwarna jernih bermakna badan air mendapat air yang cukup.

5) Bersenam


Selain diet pemakanan, bersenam juga adalah sangat penting. Aku sendiripun tak buat senaman yang berat2. Paling kurangpun berjalan/brisk walk 30 minit sehari. Hal ini tak ada masalah sebab setiap hari aku berjalan kaki dalam 10-15 minit sehari pergi dan balik kerja. Kalau sempat lepas kerja turun round block untuk beberapa pusingan dalam 30 minit. 

6) Marigold HL milk

Tadaaa... susu paling best! Tapi perisa coklatnya tak sedap, yang original jugak sedap. Marigold HL ni sangat baik untuk merendahkan kolesterol. Bagi mereka yang berkolesterol tinggi boleh cuba Marigold HL dengan yang packingnya warna hijau yang diperkaya dengan sterol tumbuhan.



7) Puasa sunat
Memandangkan kita masih dibulan Syawal bolehlah berpuasa sunat Syawal 6 hari. Selain tu bolehlah amalkan puasa sunat Isnin dan Khamis.

Nila serba sedikit cara diet murah dan mudah yang dapat dipraktikkan untuk mengawal berat badan. Selamat mencuba!! ^.~

16 comments:

  1. tak mkn mlm dan puasa sunat tu mmg terbaik ...

    ReplyDelete
  2. puasa sunat tu yg best.. dah 2 hari dlm smggu buat ok juga kan..

    ReplyDelete
  3. Teh hijau tu mmg tinggi antioksidant kan..

    ReplyDelete
  4. saya sarap ke, x sarap ke, tengah hari makan terlebih jugak.. hari2 pi kedai mintak nasi tambah.. haha..
    malam kalau tak makan, tak boleh tidur..! hmm.. macam mana la nk kurus kalau macam nih.. hahaha

    ReplyDelete
  5. @Pha Is Hahaha.. Pha is rajin bersenam kot..

    ReplyDelete
  6. @Khir Khalid Sekarang dah jadi teh kegemaran saya.. :D

    ReplyDelete
  7. Tambahin satu lagi, makan buah apel.

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum.. dah lama tak singgah sini.. bagus tips ini.. memang murah dan mudah..

    ReplyDelete
  9. @Mizz Aiza wassalam.. eh k.Aiza.. lama sgt menghilang.. happy u come back.. :D

    ReplyDelete
  10. @fatin wawa x jugak.. balik kerja tido je lebih.. heheh

    ReplyDelete
  11. 2 bulan jugak menyepi ni.. hehehe

    ReplyDelete
  12. @Pha Is xsempat nak update.. semua masuk draf.. haha..

    ReplyDelete
  13. @fatin wawa owh... sibok benar nmpaknya.. smoga dipermudahkan urusan..

    ReplyDelete
  14. sgt mudah nak ngan x nak je kan

    ReplyDelete