Tuesday, 1 November 2016

Pendapat Tentang Tahap Kebersihan Rakyat Malaysia

Assalamualaikum w.b.t..



Minggu lepas aku ada buat tinjauan pendapat tentang tahap kebersihan rakyat Malaysia. Hasilnya seperti gambar di atas. Idea ni tercetus apabila setiap pagi ketika dalam perjalanan ke tempat kerja aku sering melihat sampah berlonggokkan di dalam longkang mahupun di tepi jalan. Tinjauan ini telah mendapat respond sebanyak 79 undi. Sebanyak 30 undian (38%) berpendapat tahap kebersihan masyarakat kita masih lagi pada tahap yang lemah (poor) diikuti dengan 28 undian (35%) untuk tahap sederhana (intermediate). Lain-lainnya 17 undian (21%) mengundi untuk kategori sangat lemah (very poor) dan 2 undian (3%) untuk kategori bersih (strong) dan sangat bersih (very strong).

Apa pula pendapat anda?

Nota: Statistik ini tidak boleh dijadikan bahan rujukan (literature review) bagi mana-mana scientific study mahupun research projek kerana tidak mempunyai pengesahan data yang betul.

20 comments:

  1. Org kita masih lagi ramai yg kurang ambil kisah ttg kebersihan ni.. tak rasa spt tanggungjawab bersama. Paling jelas klu lepas habis sesuatu karnival atau seumpamanya.. sampah mak aiii.. :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Rata-ratanya bukan tiada kesedaran tapi macam dah jadi satu habit.. Memang tak enak di pandang mata.

      Delete
    2. Saya dah buat entry baru.

      Delete
    3. Jangan bimbang dgn stastik puan. Mana ada stastik yang tepat.

      Itu dinamakan stastik.

      Delete
    4. Yang saya maksudkan bukan bimbang dgn statistik ni, saya cuma claim yang statistik ni bukanlah dibuat dengan menggunakan kaedah pengumpulan data yg betul, cuma lebih kpd pungutan suara dan pendapat. ^.^''

      Delete
  2. Nak tengok tahap kebersihan mudah je bila masuk tandas awam..ada air dlm toilet tp still hancing adei

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau toilet hancing tu mmg x masukla.. Sanggup tahan sampai rumah. Haha.. ^^''

      Delete
    2. Kat india ada orang kencing belakang pokok.
      Kat malaysia pun ada tapi jauh dari kawasan manusia, semasa memandu.

      Delete
  3. hi, singgah sini and follow awak :)

    ReplyDelete
  4. Cikna pilih 'very poor', klu drive pun masih Ade yg buang sampah dr dlm kete... Banjir kilat pun masih ade kn

    ReplyDelete
  5. stuju.. tahap kebersihan kat malaysia masih di tahap tidak memuaskan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin ada sesetengah tampat bukan sekadar tidak memuaskan tapi teruk. Contoh public toilet, toilet yang duduk tu pun org boleh bercangkung. Kotor habis seatnya. Kesianlah pada org lain yg nak guna. Kadang2 saya pelik kenapa tak dorg pergi je kat toilet cangkung padahal ada je disediakan toilet cangkung.. Ini selalu berlaku di public toilet perempuan. --'

      Delete
    2. lelaki pun lebih kurang je..

      Delete
  6. kurg bersih, disebabkan mentaliti kita rakyat malaysia sendiri.. kna ubat cara fikir. jangan harapkan tukang cuci dan tukang sapu sampah untuk buang sampah kedalam tong sampah sedangkan kita enak buang merata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Kat Putrajaya bandar yang cantik pun org tergamak tinggalkan sampah merata. Tak ada langsung agaknya kesedaran utk menjaga keindahan bandar..

      Delete
    2. dengar kawan yg ke jepun cerita, dengan jepun ada dibuat ranking bandar yg paling bersih kepada paling kotor. dia pi ke bandar paling kotor di jepun, tapi still lagi bersih daripada KL.. kata dia la.. hahaha

      so, mmg nk ubah tahap kebersihan kna berubah dari mentaliti..

      Delete
    3. Betul.. mentaliti mmg susah nak ubah..

      Delete