Tuesday, 22 November 2016

Santuari Ikan Sungai Chiling

Assalamualaikum w.b.t..


Hai semua.. Sebelum hakak malas dan bertambah malas hakak rajinkan juga diri untuk update sementara ada cerita yang boleh diborakkan ni.. 😳 Minggu lepas berkesempatan ke Santuari Ikan Sungai Chiling di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Oklah untuk aktiviti hujung minggu daripada mereput bosan tak buat apa. Kitorang bertolak dari Ampang dalam pukul 6.45 pagi sebab expect bolehlah sampai awal sikit. Tapi disebabkan sistem navigation aku yang terok, pakai waze pun boleh sesat makanya pukul 8 pagi jugakla gerak sebab tak jumpa cari rumah sorang member ni.. 👅 

Kitorang sampai ke sini di bantu oleh Google Maps, lalu jalan alternatif melalui Lembah Beringin yang spooky giler macam masuk dunia zombie. Dibantu pula dengan keadaan cuaca yang mendung, gerimis sekejap-sekejap, rumah terbiar bersepah ditumbuhi lalang, sepi bagai diserang garuda. Dipendekkan cerita, akhirnya dalam pukul 9.15 pagi nampakla pintu gerbang Santuari Ikan Sungai Chiling. Hmm.. tapi minta maafla takde gambar pintu gerbang. 

Bayaran masuk cuma RM1 seorang. Sebelum memulakan perjalanan perlu daftar diri di kaunter tiket dan pengunjung dibenarkan membawa makanan sendiri. Tapi.... dengan syarat makanan berbungkus waima air mineral botol sekalipun perlu di declare dan pengunjung perlu membayar deposit untuk makanan berbungkus yang dibawa. Kalau bawa dalam tupperware sendiri tak perlu bayar deposit makanan. Tujuannya adalah untuk memastikan pengunjung tidak membuang plastik mahupun sampah merata-rata. Dan aku rasa kaedah ni agak berkesan sebab sepanjang trek perjalanan sampai ke air terjun memang bersih. Bersih yang dimaksudkan adalah takde sampah yang dibuang merata-rata tak macam keadaan Air Terjun Sungai Tekala yang mana sisa picnic ditinggalkan bersepah-sepah.


Aku suka trek dia sebab tak perlu hiking.. Cuma perlu redah air dan panjat sikit-sikit je. Ngeh3.. So, takdela penat sangat. Kalau yang macam kat Hulu Perdik tu, mengah jugakla nak boleh sampai.



Duk cakap pasal Santuari Ikan, tapi gambar ikannya takde. Haaa.. Nampak tak? 👆
Ini je gambar ikan yang ada.. Tapi seriously banyak giler ikan kat sini. Sepanjang-panjang sungai tu korang boleh nampak ikan berenang-renang di tepi-tepi sungai. Bila bagi makanan melompat-lompat, berduyun-duyun datang. 🐟🐟🐟


Selepas meredah enam lintasan (ntah berapa kilometer, jalan dalam setengah jam jugaklah) inilah lokasi paling atas yang pengunjung boleh naik. Sampai kat air terjun ni bolehla nak mandi-mandi atau main-main ngan ikan. Kat sini pun ada berjuta-juta lemon ikan, besar-besar pulak tu. Kalau nak beli makanan ikan boleh beli di kaunter tiket dengan harga RM 2 sahaja untuk satu plastik ataupun kalau bawak roti bolehla share dengan ikan-ikan tuh. Confirm ikan tu akan datang berkerumun. Fuuhh.. geram betol nengoknye..

Bila pergi musim2 hujan berhati-hati, kalau boleh elakkanlah sebab bahaya takut ada kepala air. Rezeki kitorang haritu Alhamdulillah cuaca ok walaupun pagi tu macam bergerimis sikit. Kalau tak, tak sampai jugak. 😂



15 comments:

  1. patutnya gambar ikan kena banyak.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak amek gambar ikan pha is.. takut basah. maklumla.. phone cap ayam ja. Haha

      Delete
    2. hahaha.. beli la gopro.. hehehe..

      Delete
    3. Tefikir gak nak beli.. soon.. hehe

      Delete
    4. saya pun terfikir jugak.. tapi pikir je la.. nk beli x de duit.. hehehe

      Delete
    5. yela tu xde duit... Hahaha...

      Delete
    6. betul la.. mana ada duit.. tgh simpan duit, kumpul buat nak kahwin.. hehehe

      "saya kerja kuat kerana hantaran sekarang mahal2"

      eh.. hahahahaha

      Delete
  2. masihmenyepi nampaknya.. hahaha.. nk komen jugak.. hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam biasala pha is.. tak sempat nak update post tambah dgn malas lagi.. ^,^"

      Delete
  3. tak cukup Pha Is komne, masuk Faiz Zakaria pulak masuk komen tambah.. hehehe

    ReplyDelete
  4. Kalau ikan byk mcm tu rasak nak sauk jek

    ReplyDelete