Showing posts with label Occupational Health. Show all posts
Showing posts with label Occupational Health. Show all posts

Thursday, 20 February 2014

Minggu Ketiga

Assalamualaikum w.b.t..

Beberapa hari tak bersiaran, disebabkan kesibukkan. Empat hari outstation dari hari Isnin then petang tadi baru balik rumah. Minggu ni destinasinya ke Johor dan Pahang. Isnin sampai Rabu menetap di Hostel NIOSH Wilayah Selatan di Senai untuk buat Medical Surveillance di Kilang Sawit Bukit Besar, Kulai Johor.



Sebenarnya tak semua pekerja akan dipilih untuk buat Medical Surveillance ni, pekerja-pekerja yang lebih terdedah kepada persekitaran yang berbahaya contohnya terdedah kepada penggunaan bahan kimia, habuk, haba, debu dan sebagainya yang boleh memberi kesan kepada kesihatan mereka diutamakan dan kosnya ditanggung oleh syarikat berkenaan. Biasanya bila sampai ke site, firstly incharge person di tempat yang berkenaan mestilah menyediakan list nama pekerja yang terlibat kemudian borang akan diedarkan untuk diisi oleh pekerja-pekerja tersebut. Minggu ni semuanya agak smooth sebab tempat yang disediakan tak crowded sangat, lagipun kurang sikit gangguan minggu ni sebab kalau nak compare dengan minggu lepas di lafarge time aku buat ujian mata ada je yang jadi 'pembantu tambahan'. =.= Main tunjuk ikut suka hati dia je.. Bukan apa, dah jadi mengganggu kerja orangkan, lagipun nanti buatnya tersilap tulis result dalam form tu macam mana..

Pasal ujian mata ni, kebayakkan beranggapan lebih senang mereka hafal huruf-huruf yang ditampal pada dinding tersebut. Kalau memang dah hafal, sedangkan tak nampak sangat huruf-huruf tersebut macam tak ada guna juga buat ujian tu. Sedangkan yang nak dinilai adalah tahap kerabunan bukannya tahap mengingati huruf. Manakala untuk ujian rabun warna pula menggunakan buku Test For Colour Blindness yang mengandungi nombor berwarna di dalam bulatan dan mereka dikehendaki menyebut nombor yang mereka nampak. Pada mereka yang rabun warna akan ada nombor-nombor sama ada hijau atau merah yang mereka takkan nampak. Macam tadi time aku buat ujian ni pada sorang pak cik, then pak cik tu cakap pada kawan dia "eh.. dia sekolahkan aku balik..."  errr... =.=

Kemudian semalam dari Kulai terus menghala ke Kuantan dan untuk buat Medical Surveillance di Kilang Sawit Panching, Kuantan. Kat sinipun siap awal, sebelum pukul 12 tengah hari dah siap, dan minggu ni aku cuba buat spirometry.. Rasa seronok pulak minggu ni.. haha.. :D

Sunday, 16 February 2014

Medical Surveillance

Assalamualaikum w.b.t..

Di tempat kerja Medical Surveillance (Pengawasan Kesihatan) adalah sebahagian daripada Occupational Health Surveillance (Pengawasan Kesihatan Pekerjaan) yang mana ianya merangkumi pengawasan kesihatan dan persekitaran.




Di Malaysia Medical Surveillance adalah diwajibkan kepada pekerja-pekerja yang terdedah kepada bahan-bahan yang merbahaya ditempat kerja. Pengawasan kesihatan ini bertujuan untuk mengenalpasti tanda-tanda awal atau simptom yang dialami oleh pekerja-pekerja yang terdedah kepada persekitaran yang berbahaya di tempat kerja. Antara akta-akta yang menetapkan keperluan untuk menjalankan Pengawasan Kesihatan adalah:
  • Factory and Machinery Act 1967 (FMA 1967)
  • Occupational Safety and Health Act 1994 (OSHA 1994)
  • Pesticide Act 1974
  • Atomic Energy Licensing Act 1984
  • Environmental Quality (Schedule Waste) Regulation 198
Minggu lepas buat pertama kalinya mengikuti Bahagian Kesihatan Pekerjaan NIOSH menjalankan Medical Surveillance di Lafarge Simpang Pulai dan Pantai Remis, Perak. Antara ujian-ujian yang perlu dijalani oleh pekerja-pekerja tersebut adalah ujian mata, ujian darah dan air kencing, ujian fungsi paru-paru (spirometry), pemeriksaan tekanan darah, ujian pendengaran (audiometry) dan juga pemeriksaan kesihatan fizikal. Terlebih dahulu mereka perlulah mengisi borang maklumat diri, sejarah pendedahan kepada bahan berbahya ditempat kerja dan juga sejarah kesihatan keluarga. Hasil daripada pengawasan yang dilakukan akan mentukan tahap kesihatan perkerja dan jika mereka terdedah kepada situasi yang boleh membahayakan kesihatan mereka, pihak syarikat perlulah mengambil tindakan drastik untuk meminimakan kesan daripada sesuatu bahan atau keadaan kepada kesihatan pekerja-pekerja yang terdedah.

Hari pertama mengambil masa agak lama untuk siap kerana pekerjanya agak ramai. Hari kedua pula siap awal sebab pekerjanya tak ramai sangat. Kemudian lepas lunch terus bertolak balik Bangi.