Sunday 16 February 2014

Medical Surveillance

Assalamualaikum w.b.t..

Di tempat kerja Medical Surveillance (Pengawasan Kesihatan) adalah sebahagian daripada Occupational Health Surveillance (Pengawasan Kesihatan Pekerjaan) yang mana ianya merangkumi pengawasan kesihatan dan persekitaran.




Di Malaysia Medical Surveillance adalah diwajibkan kepada pekerja-pekerja yang terdedah kepada bahan-bahan yang merbahaya ditempat kerja. Pengawasan kesihatan ini bertujuan untuk mengenalpasti tanda-tanda awal atau simptom yang dialami oleh pekerja-pekerja yang terdedah kepada persekitaran yang berbahaya di tempat kerja. Antara akta-akta yang menetapkan keperluan untuk menjalankan Pengawasan Kesihatan adalah:
  • Factory and Machinery Act 1967 (FMA 1967)
  • Occupational Safety and Health Act 1994 (OSHA 1994)
  • Pesticide Act 1974
  • Atomic Energy Licensing Act 1984
  • Environmental Quality (Schedule Waste) Regulation 198
Minggu lepas buat pertama kalinya mengikuti Bahagian Kesihatan Pekerjaan NIOSH menjalankan Medical Surveillance di Lafarge Simpang Pulai dan Pantai Remis, Perak. Antara ujian-ujian yang perlu dijalani oleh pekerja-pekerja tersebut adalah ujian mata, ujian darah dan air kencing, ujian fungsi paru-paru (spirometry), pemeriksaan tekanan darah, ujian pendengaran (audiometry) dan juga pemeriksaan kesihatan fizikal. Terlebih dahulu mereka perlulah mengisi borang maklumat diri, sejarah pendedahan kepada bahan berbahya ditempat kerja dan juga sejarah kesihatan keluarga. Hasil daripada pengawasan yang dilakukan akan mentukan tahap kesihatan perkerja dan jika mereka terdedah kepada situasi yang boleh membahayakan kesihatan mereka, pihak syarikat perlulah mengambil tindakan drastik untuk meminimakan kesan daripada sesuatu bahan atau keadaan kepada kesihatan pekerja-pekerja yang terdedah.

Hari pertama mengambil masa agak lama untuk siap kerana pekerjanya agak ramai. Hari kedua pula siap awal sebab pekerjanya tak ramai sangat. Kemudian lepas lunch terus bertolak balik Bangi.






30 comments:

  1. menarik pengalaman praktikal fatin wawa..

    ReplyDelete
  2. semakin bz tuan tanah ni gayanya :)

    ReplyDelete
  3. NIOSH Bangi eh... , selamat menjalankan tugas ye Wawa.

    ReplyDelete
  4. @Mizz Aiza (Dunia Kecil) Alhamdulillah akak.. sebelum ni hanya belajar secara teori je, skrg baru berpeluang tgk secara praktikalnya..:)

    ReplyDelete
  5. @Nur Inani Agak sibuk jugalah Nani.. hujung minggu je baru ada masa sikit.. :)

    ReplyDelete
  6. Pengalaman yg amat berharga ni wawa.. semoga terus berjaya.. aamiin.. :)

    ReplyDelete
  7. wahh kos environmental health and safety? ke bukn? hehe...saya ambil juga dr uitm puncak alam ^______^ salam kenal

    ReplyDelete
  8. wahh kos environmental health and safety? ke bukn? hehe...saya ambil juga dr uitm puncak alam ^______^ salam kenal

    ReplyDelete
  9. wow :O
    <3
    goodluck ye kak fatin wawaaaa :D

    ReplyDelete
  10. @Shiqin Sunshine ha'ah.. betul la tu.. saya dari UniKL.. salam kenal.. :))

    ReplyDelete
  11. owh..ade 5 gak akta yang mewajibkan medical surveillance nie rupanya...tapi ia memang sesuatu yang bagus kerana mereka yang terdedah dengan bahaya nie perlu di pantau tahap kesihatan supaya dapat buat rawatan awal jika perlu..kalau macam nie biasa company tanggung ek???

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum ..baru singgah disini ..emm..
    hamboih satu bende tak faham ..huhuhu

    ReplyDelete
  13. pengalaman yang berharga ^_^semoga di permudahkan urusan

    ReplyDelete
  14. istilah yang begitu asing pada saya.. hehe.. (:

    ReplyDelete
  15. macam subjek public health dan hygiene dekat sini.

    ReplyDelete
  16. @Azlan Strider yup.. company yang akan tanggung sebab tak semua pekerja yang akan buat. Mereka yang lebih terdedah kepada persekitaran kerja yang merbahaya je biasanya akan di pilih.

    ReplyDelete
  17. @Syaifuddin Alias waalaikumussalam.. terima kasih sudi singgah. :))

    ReplyDelete
  18. @Aku Penghibur memeang satu pengalaman yang baru.. terima kasih acik.. :)

    ReplyDelete
  19. @Gee Lion okla tu.. boleh tambah pengetahuan baru kan.. :)

    ReplyDelete
  20. @Siti Hajar yup.. memang ada kaitan dgn public health dan hygiene.. :)

    ReplyDelete
  21. Salam kenal akak, nak tanya ape perbezaan environmental safety and health dengan occupational safety and health ye? Skop kerja die sama ke? Kalau amik degree environmntal safety health, boleh ke buat sijil niosh & ceburi bidang safety officer? Mohon akak beri tunjuk ajar :) tq

    ReplyDelete
  22. @Thilla Kamal Wasalam.. Yup.. Skop dia sama je.Kedua2 tu still blh applied sbg safety health officer cuma klau environment tu selain SHO blh jgk applied as pegawai kesihatan persekitaran (Environmental Health Officer) kt mna2 local authority/hosp/pjbt kesihatan. Dua2 pun blh ambik certificate dkt NIOSH.

    ReplyDelete