Friday, 10 January 2014

Masalah Jerawat?

Assalamualaikum w.b.t..


Bila aku check keyword yang paling banyak hits kat blog aku ni adalah berkaitan dengan masalah kulit, jerawat dan ada juga mencari produk-produk yang sesuai untuk masalah jerawat. Nak kata aku selalu post pasal ni, tak jugak. Mungkin disebabkan beberapa entri yang lepas-lepas, yang mana aku pernah buat post tentang masalah elergik, jerawat dan sebagainya. So, dah alang-alang tu, mehla aku kongsi sikit.


Gambar- Ihsan Google

Ok, ambil gambar jerawat yang tak worse sangat. Hehe.. Sebenarnya aku pun fobia dengan jerawat ni, bila naik je jerawat mulalah susah hati sebab ada bad memory dengan what we called jerawat or acne ni.. v,v Naik jerawat adalah perkara biasa, bagi perempuan time nak datang bulan, hormon tak stabil time nilah jerawat-jerawat liar ni senang nak naik. Masalah ini disebabkan multifactor, mungkin juga disebabkan hormon yang tak stabil, alergik tak kiralah sebab pemakanan, resdung dan sebagainya. Dan aku pasti, semestinya ramai yang pernah mengalami situasi seperti ini. Mungkin sesetengah orang memang takla kutuk depan-depan bila tengok wajah berjerawat kita, tak kurang juga ada yang bagi support tapi apa yang pasti ianya melibatkan self-confidence... Siapa yang dapat bercakap, bertentang mata dengan yakinnya disaat jerawat memenuhi setiap ruang wajah, mungkin sehingga ada yang digelar B-pop (watak dalam komik lawak kampus) dia adalah sangat hebat.

Ok, berbalik kepada cerita asal. Lebih kurang 2 tahun lepas aku tiba-tiba diserang alergik atau lebih tepat lagi sebenarnya disebabkan resdung. Waktu tu masih dalam cuti semester (pertengahan 2012) jerawat naik dengan banyak terutamanya di kawasan pipi dan dagu. Before tu aku rasa aku tak adalah alergik dengan apa-apa makanan. Then, it getting more worse lepas hantar adik aku futher his foundation study. Time tupun aku membilang hari untuk masuk kuliah sem 5. Bila tengok cermin rasa macam nak nangis, seriously.. rasa macam nak tangguh sem pun ada.. ok.. overlah pulak kan. :p Then bila masuk sem, tetap macam tu. Minggu pertama aku bawak tuala kecik untuk tutup half of my face maksudnya tutup dari bahagian hidung hingga ke dagu, time tu rasa macam nak pakai purdah pun ada. Ish..ish..ish.. Rasa sangat malu, down, depress semua adalah. Dan sem tu juga sem yang paling banyak aku menangis. Satu hari sorang akak tanya aku, "atin alergik eh? Maaf kalau tanya macam ni.." Mungkin akak tu takut aku terasa dengan pertanyaan dia. Tapi bila bercakap time tu memang segan nak bertentang mata. Bercakap pun kejap-kejap duk tengok tempat lain. Then she suggested to me untuk guna T3 Mycin sebab dia cakap dulu dia pun mengalami masalah yang sama. Tapi sebelum tu, aku decide untuk ke hospital, dan makin tertekan masa tu bila ke hospital hampir 4 jam lebih baru nombor aku dipanggil. Time tu memang rasa alone, there's no one with me, sedih semua perasaan bercampur baur. But one of my friend, kept texting me, nasihat aku jangan depress sangat, gave support then selalu ingatkan aku untuk pakai bedak sejuk before tidur.. kekeke.. Bila dah jumpa doktor tu, doktor tu bagi prescription untuk dapatkan the clindamycin lotion di farmasi macam yang akak tu suggest kat aku.


Gambar-Ihsan Google

This is the bottle! Takut pula tengok gambar acne vulgaris pada kotak tu. Bagi aku this one memang berkesan. Aku hanya habiskan satu botol je, hampir setahun juga tahan hargapun tak adalah mahal sangat dalam RM20++ ke RM30 camtula, tak ingat sangat. Masa ni juga hampir setengah tahun aku pantang makan, memang pantang mengalahkan orang bersalin. Sebab kalau silap makan alamatnya habislah.. Tahun tu juga durian yang ayah aku tanam berbelas-belas tahun dulu buahnya menjadi-jadi, tapi malangnya makan durianpun mulalah red spot naik kat muka. Sampai semua benda aku jadi takut nak makan. Beberapa kali juga aku dapatkan treatment resdung.

Disini aku ingin kogsikan beberapa produk yang ok bagi aku, dan ada juga yang kurang berkesan walaupun tak berbaloi dengan harganya. Tapi aku tak bolehlah obvious sangat mention produk yang aku rasa tak berbaloi tu, maybe it's not works for me, tapi ok pada orang lain. So, aku kongsikan yang mana ok jela ye.





T3 Acne Facial Foam Bacteriacidal. I love this!  And..




This one.. Acne Whitening Facial Foam. ^^,
 Selain tu boleh juga cuba Cosmoderm product.. 






Cosmoderm product yang ini je aku pernah guna.. ok juga sebab ia juga mengandungi Tea Tree Oil. Tapi dah setahun kot tak guna pencuci muka ni sebab sekarang guna..

Garnier Pure Active



Garnier Pure 3 in 1.. Senang.. Untuk wash, scrub dan mask.. ^^

Ni antara produk acne skin care yang so far aku berpuas hati. Selain tu aku ada mengambil supplement vitamin C secara consistent dan paling penting minum air kosong banyak-banyak. Mungkin kadang-kadang  produk mahal pun belum tentu berhasil. Tapi apa yang penting pilihlah yang sesuai dengan kulit kita dan diri kita sebab sesuatu produk yang mungkin berhasil bila orang lain guna belum tentu memberi hasil yang sama kepada diri kita. Alhamdulillah.. sekarang ni dah ok, kadang-kadang naik jerawat sebijik dua tu biasalah kan. 

Entri ni ditulis berdasarkan 100% pengalaman dan pendapat aku sendiri. Hopefully dapat membantu sesiapa yang mungkin tercari-cari acne skin care produk yang tak punya bajet yang banyak, sebab InsyaAllah all of this products is affordable sebab harganya pun tak mahal. :)





35 comments:

  1. dulu mama banyak jerawat, sejak masuk 30 an ni, semua hilang, tak pakai apapun..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. cousin saya pun ckp mcm tu, lama-lama dia akan hilang juga.. :)

      Delete
  2. Ika wallahualam bab jerawat sebab tak pernah lagi so far, tapi bab allergic, yes, kulit ika memang kulit allergic, bukan takat kat muka, kat seluruh badan kalau dah naik ruam merah, perghhh, tak payah cakap laa kan haha, kalau nak share product for facial ni memang ika out sebab ika sendiri tak guna apa2 product chemical base,

    tapi preferable guna tea tree oil laa, cuz ika sendiri doc suggest tea tree oil stuffies, daripada sabun mandi ke facial product ke semuanya tea tree oil,
    ika dapatkan semua product tu daripada pakar kulit, (since zaman kecik2 lagi) sebab memang dari kecik ada masalah kulit ni, but the problem, product yang ika guna tu superb mahal so tak berani suggest kat sini, sampai abah kata dulu kena sabun mandi biasa tu je pun kulit ika mengelupas teruk, worst ; berdarah..eeuuuwww..tak boleh bayangkan..tapi betul laa, abah pun pantangkan ika makan macam2 sejak kecik, sekarang je gatal nak makan macam2 hoho

    so rasanya yang ada masalah kulit ni better consult dengan doctor dulu sebelum purchase apa2 product, cause you donno whether it's good for your skin or not,...kalau silap beli, guna chemicals product sangat, so jangan tanya kenapa laa muka makin teruk ke apa ke kan, betul tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoho terpanjang pula komen, sorry wawa... ;)

      Delete
    2. Hihi.. tak pe.. kawan saya pun ada yg macam ni. Tak boleh guna sebarangan product except yg pakar dermatologi bagi. Alhamdulillah, sy tak pernah lagi sampai seteruk tu kalau naik rashes pernah jugalah jadi time tukar shower cream, so mmg kena fix dgn yg biasa guna je.. betul tu ika, kalau tahap yg mmg teruk sangat better consult dgn doc daripada cuba sebarangan product. That's why time akak yg suggest utk guna T3 Mycin tu sy decide utk pegi jumpa doc dulu, dan doc pun suggest benda yg sama. selain tu sy pun tak leh guna sabun basuh yg serbuk tu, kalau tak tangan menggelupas dan hidung gatal2.. ssh kan kalau dah alergik ni..:))

      Delete
    3. haaaa lebih kurang macam ika laa, ika pun camtu, sabun biasa yang dettol ke, lifebouy ape segala semua ika tak boleh guna, pernah guna habis satu badan merah2 lepas tu mengelupas...adehhhhh T_T memang susah ada masalah kulit allergic n sensitif ni...itu ini tak boleh kan...macam2 nak kena pantang....

      Delete
  3. Saya pun ada masalah jerawat.. dlm usia 30an ni pun kdg2 ada juga. Mungkin genetik remaja tak hilang lagi kot hehee..
    2x ikea.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. masih remaja tu en.khir.. :DD
      Terima kasih. :)

      Delete
  4. sy syukur la xde sgt mslh jerawat ni..tp mmg tingin sgt nak muka flawless hihi..halus.jeles kalo tgk muka org mcm tu hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. mmg tak best kalau ada masalah macam ni..

      Delete
  5. pengalaman berguna tu. Ramai orang mesti ada masalah yg lebih kurang sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. lebih2 lagi yang sedang meningkat remaja.. :)

      Delete
  6. masa akak remaja dulu banyak jerawat.. alhamdulillah dah tua ni kurang (kecuali hujung bulan).. akak pernah pakai produk loreal, dekat 2 tahun juga, memang menjadi sebab muka jadi licin tanpa jerawat dan apa-apa bintik.. tiba-tiba satu hari tu kulit muka akak jadi merengsa, sensitif dan gatal-gatal.. terus akak berhenti dan cuba pakai safi.. sehingga kini akak masih setia dengan produk safi.. apa yang penting jaga pemakanan dan kebersihan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pernah cuba satu supplement ni akak, tapi bila rasa tak berbaloi saya berhenti consume sebab saya it's not works for me even ramai yg cakap that product berkesan dan menjadi. Betul tu akak, pemakanan dan kebersihan mmg sgt penting bg yg ada masalah mcm ni..

      Delete
    2. oh ya saya pun pernah guna Safi dulu akak, Safi pun bagi saya ok, sebab lepas cuci muka dgn safi rasa fresh dan lembut je.. :))

      Delete
    3. T3 nk dapatkan kat mana ya?

      Delete
  7. fae dah beli produk pembersih muka Garnier tapi belum pakai lagi. mudahan effect dia bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun dah setahun pakai Garnier, so far mmg suka. Hope berkesan juga kpd Fae.. :)

      Delete
  8. saya guna t3 tapi xlama sebab kulit sy akan jd kering semacam. lgpun, jerawat sy jarang sangat nak teruk so i just let it until it gone.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo.. tak sesuai utk kulitlah tu kot. Kulit sy jd kering dan tegang kalau pakai Oxy, tapi dgn T3 ok pulak. Kalau tak teruk, it's ok jgn sbb salah guna produk jadi makin teruk pula. :)

      Delete
  9. so far muka saya takde laa masalah jerawat tapi tak dinafikan sekali sekala kalau dia singgah tu rasa tak best gak..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. See.. lelakipun tak suka.. hehe.. :D

      Delete
  10. Alhamdulillah takde masalah jerawat sgt.. cuma time Cik P tu nak datang, adalah seketul 2 ketul bertenggek kat muka.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. time tu memang senang jerawat nak bertenggek.. hehe..

      Delete
  11. dah belajar pasal clindamycin (antibiotik) lotion tu, tapi tak tau plak T3 punya produk ada yg ada active ingredient tu..

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. Boleh dptkan di farmasi.. Cuma perlu ke kaunter then ckp nak Clindamycin lotion atau boleh specific terus T3 mycin.. Sbb ni under control medicine so biasanya dorg xletak kt tempat² ubat biasa yg boleh dibeli mcm panadol.

      Delete
  13. Antara t3 acne facial foam VS t3 acne whitening facial foam mcm mana pulak ?
    Ada review ?
    Mana better ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu dua2 saya pakai..dua2 ok. tapi sesetangah orang akan membuatkan kulit dorang jadi kering. Another brand yang saya boleh recommend bio essence miracle bio water cleanser ataupun boleh try Cetaphil. Mungkin take time tapi for me it's works. :)

      Delete
  14. Im very happy to got u a beautiful face again...i use t3 mycin gel before week for my pimples...but my problem is how long to use for lost pimples..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes.. it will takes some time.. I use it for a few months after the outbreak and even now I'm still use it. =)

      Delete
  15. Saya ada mslh jerwat susah nk hilang blh suggestkn x sesuai pakai apa..pencuci sye guna cetaphil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Better guna brand yg direkomenkan oleh Dermatologist. Cetaphil should be ok.. Sekarang saya pun guna cetaphil. Other brand yang ok boleh try Bio Essence Miracle Bio Water (tube putih biru), Clinelle atau eucerine.. Ini antara produk yang penah saya guna, sesuai utk kulit sensitif.. Jangan guna local brand yang kebanyakkannya menjanjikan fast result even tengok member pakai memang menjadi, kulit pun licin sbb kebanyakkannya mengandungi racun terjadual. Kalau umur 20-25 mungkin juga disebabkan oleh hormon yang tak stabil, dan tengok juga pemakanan kita.. elakkan makanan yang bergoreng dan berminyak, minum air kosong secukupnya..

      Apa2 pun kalau teruk sangat better consult dengan dermatologist.. :)

      Delete