Friday 25 July 2014

Buah Perah

Assalamualaikum w.b.t..


Tahukah anda apa itu buah perah? Buah perah adalah sejenis buah yang berasal daripada pokok perah yang tumbuh di dalam hutan hujan khatulistiwa di Malaysia. Kalau di kampung aku sendiri pun buah ini amat terkenal. Berbeza dengan buah getah buah perah berbentuk lonjong dan berwarna coklat kehitaman. Apabila sudah cukup tua dan matang sama seperti buah getah juga ia akan gugur ke bumi melalui kaedah mekanisma letupan. Buah perah akan banyak jatuh ketika cuaca panas kerana kulit luarnya yang sudah tua akan merekah dan menjatuhkan isinya. 

Di kampung aku musim buah perah matang adalah di antara bulan Julai hingga Ogos. Dulu sewaktu kanak-kanak buah perah menjadi antara sumber pendapatan kami untuk mendapatkan duit belanja. Cari dan kemudian jual.

Buah perah yang sedang direbus

Sebelum dimakan buah perah perlu direbus terlebih dahulu. Kemudian setelah direbus rendamkan didalam air untuk satu malam. Setelah itu buah perah bolehlah dijeruk. Untuk membuat jeruk perah buah perah ini akan diperam didalam satu bekas bersama-sama air garam. Buah perah yang telah dijeruk dapat bertahan untuk satu tempoh yang agak lama. Rasa buah perah yang telah dijeruk lebih kurang seperti kacang, lemak-lemak masin dan rangup.

Buah perah rebus

Jika untuk dimakan terus buah perah ini bolehlah direbus sehingga empuk, tetapi sebelum direbus ia hendaklah diketuk terlebih dahulu. Setelah itu rebus bersama-sama air garam. Buah perah tidak boleh dimakan terus kerana jika tidak dimasak dengan betul boleh memabukkan. Buah perah yang telah dijeruk tadi biasanya akan disimpan sehingga musim tengkujuh.

Isi buah perah.
Sumber: Google Image

Jika berpeluang bagi mereka yang belum pernah merasai buah perah ini cubalah, pasti anda akan tertarik dengan keenakkannya. ;)





20 comments:

  1. Wahh... mcm baru tau je ni. X pernah rasa lagi. Thanks sharing Wawa.. :)

    ReplyDelete
  2. tak berapa mint sangat makan buah perah ni :)

    ReplyDelete
  3. ooo baru tahu ni psl buah perah hehe

    ReplyDelete
  4. Woahhh macam best je. Tak pernah dengar pun buah perah ni. :D

    ReplyDelete
  5. Tak pernah jumpa ... Tak pernah rase ... Cam biji buah cempedak kot rase nyer ...

    ReplyDelete
  6. Buah ni ka yang orang pahang selalu buat masak 'asam rong' tuu? Kalau x silap saya laa, mak sedara saya ada mention nama sejenis buah tapi x sure pulak buah apa?

    ReplyDelete
  7. @Miarh err.. tak pasti pulak. yg tu rasanya buah getah kot. tapi x taulah kalau buah perah pun dibuat asam rong.. x pnh buat dan x pnh mkn lg.. hehe..

    ReplyDelete
  8. Buah nie mmg sedakk...rebuss pon bestt..sedikit kelat n berlemakk

    ReplyDelete
  9. mmg btl...skrg ni mmg musim die...kt tmpat sy skrg mmg byk buah perah...

    ReplyDelete
  10. Pada hari ini(26.9.18), kali pertama saya tengok buah Perah. Sedang rebus. Tapi xtahu yg kena ketok dulu kulitnya. Nak tahu dia empuk ke belum mcmana ya? Ada kawan kata kena rebus 3kali tukar air supaya tidak mabok@pening.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau rebus dan dah empuk biasanya kulitnya akan makin gelap.. Kalau nak pastikan dah masak atau belum try ketuk sebijik tengok isinya dah empuk atau belum. Memang kena rebus lama sikit. Yang part tukar air tu saya tak pasti, sebab saya tahu makan je. Hehe..

      Delete
  11. Pada hari ini(26.9.18), kali pertama saya tengok buah Perah. Sedang rebus. Tapi xtahu yg kena ketok dulu kulitnya. Nak tahu dia empuk ke belum mcmana ya? Ada kawan kata kena rebus 3kali tukar air supaya tidak mabok@pening.

    ReplyDelete
  12. bbuh dlm sup ayam kg pon sdp buah perah ni.

    ReplyDelete
  13. Baru2 ni jumpa kat gerai buah dokong ganu di Dungun. Rasanya sedap juga mcm bijik cempedak /nangka. Harganya agak mahal rm8.00 sekilo. Buah dokong cuma rm2.50 sekilo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sebab buah ni dah susah nak jumpa kot.. kalau time susah nak jumpa harganya mmg mahal..

      Delete
  14. Mmg sedap rasa ala2 buah berangan. Kalu jumpa d pasar KT, sy pasti beli mkn pun susah nak stop

    ReplyDelete
  15. Bru ptama kali dngar nm buah ni. Tringin nk cuba. Tp xtau nk bli d mn. Ada d jual ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde jual. Memang susah nak jumpa.. ni mcm lebih kurang buah hutan jgk.

      Delete
  16. Suka sangat makan tapi baru tahu Cara nk masak buah ni sebab baru beli yg mentah..tq sharing yea..

    ReplyDelete