Friday 18 December 2015

Jualan Penghabisan Stok Bookcafe 2015. Jom Terjaahh!!

 Assalamualaikum w.b.t..

Sekarang Bookcafe sedang mengadakan Jualan Penghabisan Stok sehingga 80%. Korang boleh dapatkan buku-buku menarik dengan harga yang terbaik. Promosi berlangsung dari 15 hingga 20 December 2015. Tunggu apa lagi.. jom terjah Book Cafe sekarang. ;D

Untuk mengelakkan delay dalam penghantaran pastikan korang membuat pembelian sebelum 21 Disember 2015 kerana proses penghantaran akan ditangguh bermula 22 Disember 2015 untuk memberi laluan kepada operasi pengiraan stok tahunan Bookcafe. Untuk tempahan 22 December - 28 December 2015 proses penghantaran akan dilakukan pada 29 December 2015, walaubagaimanapun sepanjang tarikh tu order secara online boleh dilakukan seperti biasa. 


https://bookcafe.com.my/en/books-promotion/penghabisanstok/

https://bookcafe.com.my/en/books-promotion/penghabisanstok/

Klik banner ditepi sidebar atau banner Bookcafe dibawah header untuk melihat buku2 dan promosi terbaik dari Bookcafe. Antara buku bestseller Catatan Mat Luthfi dan Momen2 Mat Lutfi siap dengan combo lagi masih available untuk di order di Bookcafe. ;)


Wednesday 2 December 2015

The Wind Rises - A Tribute To Jiro Horikoshi

Assalamualaikum w.b.t..


Jiro Horikoshi sangat meminati bidang aeronautik (aeronautics) dan bercita2 untuk mencipta kapal terbang sejak kecil. Kerana terlalu minat sehinggakan selalu terbawa2 ke dalam mimpi. Di dalam mimpi Jiro bertemu dengan Caproni, seorang jurutera aeronautik berbangsa Itali. Kerana terlalu minat juga mendorong Jiro membaca berbagai buku yang berkaitan aeronautik daripada negara2 luar terutamanya teknologi aeronautik Jerman yang sangat mengagumkan yang mana sejak dari tahun 1930 an lagi Jerman sudah terkenal dengan kecanggihan teknologi enjin kapal terbang dan jet perang.

Selepas tamat universiti Jiro telah di ambil bekerja di Mitsubishi Combustion Engine. Didalam The Wind Rises ini, Jiro digambarkan sebagai seorang yang tidak pandai bersosial tetapi sangat cekap dalam menyelesaikan masalah.





Percubaan demi percubaan dilakukan oleh Mitsubishi untuk mencipta jet perang yang hebat setanding dengan negara2 barat untuk di bekalkan kepada tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua. Sebelum terciptanya Zero Fighter, jet2 perang yang di cipta oleh Mitsubishi sentiasa mengalami kegagalan enjin dan design nya juga kuno. Jiro dan beberapa rakannya telah dihantar oleh Mitsubishi ke Jerman untuk melihat kecanggihan teknologi dan reka cipta jet pejuang Jerman. Pada ketika itu, Jiro sedar bahawa Jepun telah 20 tahun ketinggalan di belakang daripada negara2 barat. Sehinggalah hasil usaha kerasnya telah membawa kepada penciptaan Zero Fighter yang telah mengebom Pearl Harbor dan membuka mata barat bahawa mereka juga setanding dengan negara2 barat.

Ini adalah Jiro Horikoshi didalam filem animasi  The Wind Rises terbitan Studio Ghibli. Walaupun filem animasi ini di inspirasikan daripada perjalanan career Jiro Horikoshi, seorang Jurutera Aeronautik tetapi dengan kreativiti Hayao Miyazaki berjaya mengubah cerita ini menjadi sebuah fiksyen yang menarik walaupun kisah peribadinya bukanlah seperti yang telah dianimasikan itu. 

Didalam filem ini Jiro mempunyai seorang adik perempuan, realitinya beliau mempunyai seorang adik lelaki. Didalam filem ini juga isterinya meninggal kerana mengidap tuberkolosis (batuk kering), realitinya Jiro sendiri pernah mengidap pleurisy (radang pleural-dinding paru2) dan meninggal akibat pneumonia.
.
.
.
Siapakah Jiro Horikoshi?


Jiro Horikoshi adalah seorang tokoh Jepun, iaitu orang penting disebalik kejayaan penaklukan Jepun ketika Perang Dunia Kedua. Ya, Jepun juga pernah menjajah negara kita sehingga menjadi mimpi ngeri bagi mereka yang hidup dizaman itu bila teringatkan kekejaman tentera Jepun. 

Dr. Jiro Horikoshi merupakan Ketua Jurutera di syarikat Mitsubishi Internal Combustion Engine yang kemudiannya bertukar kepada Mitsubshi Heavy Industries. Dr. Jiro Horikoshi dilahirkan di Fujioka, Jepun pada tahun 1903. Hasil kerja pertama Dr. Jiro adalah Mitsubishi 1MF10, sebuah pesawat yang digunakan sebagai eksperimen yang juga tidak lepas fasa prototaipnya seperti pesawat2 yang direka sebelumnya. Walau bagaimana pun, kegagalan itu diambil sebagai satu pengajaran sebagai motivasi untuk memperbaiki hasil ciptaanya sehingga membawa kepada penciptaan Mitsubishi A5M yang kemudiannya memasuki pasaran pada tahun 1936.

Tidak lama selepas itu, pada tahun 1937 Jiro dan kumpulannya di Mitsubshi diminta untuk membuat design Prototaip 12 bersempena meraikan 12 tahun Era Showa.



A6M Zero
Prototaip 12 itu telah siap pada tahun 1940, dan telah diterima oleh Emperial Japanese Navy. Pesawat baru itu telah dinamakan sebagai "Model 00" atau AM6 Zero ataupun Jepun memanggilnya sebagai "Rei-Sen" (yang bermaksud Zero Fight). Selepas penciptaan Zero Fight ni, Jiro telah terlibat dengan beberapa lagi rekaan pesawat perang yang dikeluarkan oleh Mitsubishi termasuklah Mitsubishi J2M Raiden (Thunderbolt) dan juga Mitsubishi A7M Reppu (String Gale). 

Selain kerjasama yang erat diantara pihak tentera, Mitsubishi juga terlibat secara langsung dalam pembinaan untuk bangsanya ketika Perang Dunia Kedua. Jiro Horikoshi dikatakan tidak menyokong peperangan yang sia2, salah satu petikan daripada diarinya;
"When we awoke on the morning of December 8, 1941, we found ourselves — without any foreknowledge — to be embroiled in war... Since then, the majority of us who had truly understood the awesome industrial strength of the United States never really believed that Japan would win this war. We were convinced that surely our government had in mind some diplomatic measures which would bring the conflict to a halt before the situation became catastrophic for Japan. But now, bereft of any strong government move to seek a diplomatic way out, we are being driven to doom. Japan is being destroyed. I cannot do [anything] other but to blame the military hierarchy and the blind politicians in power for dragging Japan into this hellish cauldron of defeat"
(Okumiya, Masatake; Horikoshi, Jiro (1956). Zero! The Story of Japan's Air War in the Pacific. New York: EP Dutton & Co. ISBN 0-74344-491-4)

Pada 7 December 1944, gempa bumi kuat yang melanda kawasan Tokai, Jepun menyebabkan Mitsubishi terpaksa menghentikan seketika pengeluaran pesawat perangnya. Akibat daripada serangan udara daripada B-29s kepunyaan USA (yang telah mengebom Hiroshima dan Nagasaki), Mitsubishi terpaksa memindahkan mesin2 dan juruteranya ke sebuah kawasan pedalaman di kawasan timur Nagoya. Akibat daripada terlampau penat dan beban kerja yang berlebihan, Jiro telah disahkan mengidap pleurisy dan telah terlantar di katil selama beberapa bulan. Ketika terlantar sakit itu, beliau telah merekodkan secara terperinci keadaan huru hara akibat daripada serangan udara di Tokyo dan Nagoya termasuklah kejadian pengeboman di Tokyo yang paling teruk dalam sejarah ketika itu. Untuk menyelamatkan keluarganya daripada bom2 tidak bermata USA, Jiro telah menghantar keluarganya untuk tinggal di sebuah kampung di Takasaki. 

Selepas sembuh daripada sakit beliau telah kembali ke Mitsubishi dan dilantik untuk mengetuai syarikat Mitsubishi yang terletak di Matsumoto, Nagano Prefecture. Ketika didalam tren menuju ke Matsumoto, beliau telah menyaksikan kesan2 besar akibat perang di Nagoya:
"For the first time, I really saw the effects of the incendiary raids on Nagoya. The city is a wasteland, charred and unspeakably desolate. My former factory is a ghostly, steel-ribbed wreck, shattered by bombs and torn apart by the dispersal crews. It is hard to believe that all this is true. I knew that soon I would be well. Strangely, though, I had little desire to return to work. The impression of the shattered city and the wrecked factories will not leave me."
Selepas teruk diserang USA akhirnya Jepun mengalah dan menyerah diri pada 25 Disember 1944. 

Beberapa tahun selepas tamat perang dunia kedua beliau telah meninggalkan Mitsubishi dan mengajar di institusi pengajian dan penyelidikan. Pada tahun 1963-1965, beliau telah mengajar di Univeristy of Tokyo's Institute of Space and Aeronautics. Kemudiannya telah menjadi professor di National Defense Academy (1965-1969) dan Faculty of Engineering di Nihon University (1972-1973). Beliau juga telah menulis beberapa buku sebelum meninggal dunia di Hospital Tokyo pada 11 Januari 1982 ketika berusia 78 tahun akibat pnuemonia. 

Inilah salah satu kisah disebalik Perang Dunia Kedua. Daripada sebuah negara yang miskin begitu cepat mereka bangkit dan sehinggalah kini Jepun merupakan negara yang termaju di Asia malah juga dunia. Kerana satu, sikap rakyatnya yang sentiasa ingin bersaing dan maju ke hadapan.

Jika ketika itu Jepun merasakan mereka 20 tahun kebelakang, kita pula dimana ya? Hmm..  ==,