Wednesday 18 March 2015

Nombor Yang Tidak Dikenali

Assalamualikum w.b.t..

Bila dapat call daripada nombor yang tak dikenali, haa.. apa yang korang buat? Korang akan angkat atau buat deq je ke.. Kalau dapat call daripada nombor yang tak dikenali, lebih2 lagi no telefon pejabat memang kirim salam lah aku nak angkat kecuali kalau nombor hospital yang naik, sebab memang aku dah save awal2. Sebabnya dah banyak kali dulu angkat nombor yang tak dikenali lepas tu mulalah promote insurans itu ini, paksa kita ambik. Kalau tak nak boleh marah2 pulak kat kita.. Annoying ok.. =.=

Sekarang ni pun nombor ni 0320233600 duk asyik call je. Kalau korang dapat panggilan daripada nombor ni tak payahlah angkat. Tahun lepas time aku praktikal aku dah kena sekali. Ingatkan ada apa2 hal pentingkan, sebab banyak kali call. Rupanya nak jual insurans. Jual pula guna phone call je. Macam mana nak percaya. Tak ke bodoh namanya. Dia cakap dia daripada CIMB. Aku ni pelanggan terpilihlah, apalah.. Tapi bila google rasanya ramai jugak yang terkena dengan orang2 yang tidak bertanggungjawab neh. Masa tu aku cakaplah aku tak nak. Lepas tu boleh pula dia marah2, dia cakap rugilah apalah. Paksa juga sampai orang setuju. Aku bagi alasan aku tak ada duit nak bayar bulan2 sebab aku ni study lagi pun dia tak nak terima. Lepas tu dia tanya ada ambil apa2 insurans tak sekarang? Aku cakap ada, tapi memang ada pun under Universiti pun dia tak nak terima. Bila aku cakap nak fikir dulu pun dia siap cakap lagi "nak fikir buat apa lagi? terima je.."Aku tak tahulah kenapa masa tu aku dengar je dan tak terus letak phone tu. 


Kemudian sebab dah malas nak dengar aku cakap "ok". Tapi nasib baik aku ambik nombor main office insurans tu, sebab kalau call nombor yang dia guna untuk call tu memang tak dapat. Dah lupalah apa nama insurans nya, memang tak pernah dengarlah nama insurans tu. Beberapa hari kemudian aku terima satu sms mintak aku masukkan sejumlah RM60 ke dalam akaun CIMB aku sebab memang dah tak ada balance nak dipotong untuk bayar insurans tu yang mana perlu bayar sebanyak RM60/bulan. Kahkahkah.. Gue dah cakap gue tak ada duit lu tak nak caye.. Dah tu nak bayar guna apa? Guna daun?

Serta merta aku call nombor agen utama yang dia bagi tu untuk pembatalan, lelaki yang angkat. Dia punya main office dia ni tak ada pun nak memaksa. Aku cakap aku dapat sms mintak suruh masukkan RM60 dalam bank untuk potongan pembayaran insurans tu. Tapi dalam akaun aku tu memang tak ada balance, lagipun aku ni masih study lagi. So aku nak batalkan. Ok je, dia boleh terima alasan aku dan tak memaksa macam perempuan tu. Tapi dia minta 2,3 hari lagi follow up balik untuk confirmation pembatalan. Fuuhh.. lega rasanya..

Langgan insurans ni memang ada kebaikkannya. Tapi sebelum kita langgan lebih baik kaji dulu, jangan sampai kena tipu. Bukan apa, cuba fikir, bila kita cakap kita nak walk in to their counter dia cakap tak boleh, cuma dibuat di talian telefon. Tak ke was2.. Buatnya kena tipu, memanglah nampak RM60/bulan tu bukanlah banyak sangat ataupun senang kata RM2/hari tapi kalau dah setahun dah jadi banyak mana? Andai kata berlaku sesuatu (minta dijauhkan) lepas tu nak claim insurans tu, kepada siapa nak dirujuk? Kalau nak telefon pun tak dapat, nampak sangat dia dah block semua nombor dari luar.

So, berhati-hatilah kalau dapat panggilan macam ni sebab biasanya selagi kita tak angkat selagi tulah dia akan terus telefon dan telefon. Kalau dapat panggilan daripada nombor yang tak dikenali cuba try google dulu nombor tu, kalau banyak komen negatif pasal nombor tu tak payahlah angkat.