Friday 31 July 2015

Internet satu keperluan?

Assalamualaikum w.b.t..

Dulu-dulu manyak susah mau online, maklumlah rangkaian dan perkhidmatan jalur lebar belum meluas, dekat rumahpun tak semua orang ada internet. Zaman sekolah dulu kalau nak guna internet hanya boleh guna di perpustakaan ataupun makmal komputer. Itupun kena ada sebab-sebab tertentu sahaja dan hanya selepas dapat tandatangan daripada guru IT.


Aku memula guna personal internet pada tahun 2011, tahun pertama di U. Aku langgan internet pascabayar celcom yang menggunakan modem, bulan2 bayar RM68 untuk 3GB internet. 2 tahun guna kemudian aku terminate, kesnya bil tertunggak 2 bulan, kemudian kena block. Bila dah kena block, still buat bodoh je dulu ingatkan bila dah diblock bil pun tak jalanlah. Sekali surat sampai kat rumah bil dah masuk RM200 lebih!! Terus aku call Celcom Center cakap nak terminate. Temination hanya untuk sementara masa tu, dalam masa beberapa bulan kalau kita tak aktifkan balik nombor tu akan terus di terminate. Bermula dari situ aku guna prepaid je untuk topup internet kemudian masukkan dalam modem broadband, maklumlah masa tu masih menggunakan phone zaman batu. Aku pengguna setia Celcom, walaupun nak kata perkhidmatan terbaik tak jugak, dan mungkin banyak lagi syarikat Telco yang lain menawarkan perkhidmatan yang lebih baik tapi entahlah sebab mungkin dah terbiasa. Nak ubah sesuatu yang biasa ni susah.

Untuk masa sekarang aku masih menggunakan Celcom, internet bulanan RM38 untuk 2GB. Kalau untuk sekadar buka Fesbuk, Insta, nak berblog bolehlah tahan. Lagipun berblogpun bukanlah aktif sangat. Tapi kalau dah masuk Youtube memang makan kuota. Masa sem 6 kat U dulu aku dan housemate pernah langgan internet P1 portable modem yang saiz kecik tu, RM68/bulan untuk kuota internet 6GB. Hari tu terfikir jugak untuk langgan P1 semula, mungkin lebih jimat.

Internet satu keperluan? Ya, zaman sekarang internet pun dah jadi satu keperluan. Contoh kat ofis tade internet tak jalanlah kerja lagilah sekarang ni kebanyakkan tempat dah mengaplikasikan sistem online. Bagi peniaga2 online ataupun mereka yang menggunakan internet sebagai medium untuk menjana pendapatan pasti memerlukan internet setiap masa. Untuk pelajar2, buku2 sekarangpun banyak yang dah di 'E-Book' kan, dah tak perlu nak bawak buku tebal banyak2, sumber rujukan seperti artikel dan journal pun mudah didapati. Nak shopping pun senang sekarang tak perlu susah2 keluar, tup2 barang dah sampai depan rumah.Tapi.... Pernah tak anda bayangkan kalau kita dapat internet percuma setiap masa? Mungkin perkara2 seperti ini akan menjadi kenyataan. Haha..

Monday 20 July 2015

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum w.b.t..

Dah raya ke-4 baru berpeluang update blog.. Hari ni aku dah mula kerja maklumlah dah ambik cuti panjang sebelum raya.. Sobs2.. T.T Kalau cakap pasal cuti memang takkan pernah cukup. Cuti raya hari tu aku ambil awal, start cuti 12 Jun hari tu sampai semalam (19 Jun). Naik bas malam tadi pun lagu raya masih berkumandang di corong2 radio. Nak buat macam manakan, ada tanggungjawab lain yang menanti, kalau nak cuti lama2 sila buat company sendiri. Keh3..


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.