Tuesday 22 November 2016

Santuari Ikan Sungai Chiling

Assalamualaikum w.b.t..


Hai semua.. Sebelum hakak malas dan bertambah malas hakak rajinkan juga diri untuk update sementara ada cerita yang boleh diborakkan ni.. 😳 Minggu lepas berkesempatan ke Santuari Ikan Sungai Chiling di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Oklah untuk aktiviti hujung minggu daripada mereput bosan tak buat apa. Kitorang bertolak dari Ampang dalam pukul 6.45 pagi sebab expect bolehlah sampai awal sikit. Tapi disebabkan sistem navigation aku yang terok, pakai waze pun boleh sesat makanya pukul 8 pagi jugakla gerak sebab tak jumpa cari rumah sorang member ni.. 👅 

Kitorang sampai ke sini di bantu oleh Google Maps, lalu jalan alternatif melalui Lembah Beringin yang spooky giler macam masuk dunia zombie. Dibantu pula dengan keadaan cuaca yang mendung, gerimis sekejap-sekejap, rumah terbiar bersepah ditumbuhi lalang, sepi bagai diserang garuda. Dipendekkan cerita, akhirnya dalam pukul 9.15 pagi nampakla pintu gerbang Santuari Ikan Sungai Chiling. Hmm.. tapi minta maafla takde gambar pintu gerbang. 

Bayaran masuk cuma RM1 seorang. Sebelum memulakan perjalanan perlu daftar diri di kaunter tiket dan pengunjung dibenarkan membawa makanan sendiri. Tapi.... dengan syarat makanan berbungkus waima air mineral botol sekalipun perlu di declare dan pengunjung perlu membayar deposit untuk makanan berbungkus yang dibawa. Kalau bawa dalam tupperware sendiri tak perlu bayar deposit makanan. Tujuannya adalah untuk memastikan pengunjung tidak membuang plastik mahupun sampah merata-rata. Dan aku rasa kaedah ni agak berkesan sebab sepanjang trek perjalanan sampai ke air terjun memang bersih. Bersih yang dimaksudkan adalah takde sampah yang dibuang merata-rata tak macam keadaan Air Terjun Sungai Tekala yang mana sisa picnic ditinggalkan bersepah-sepah.


Aku suka trek dia sebab tak perlu hiking.. Cuma perlu redah air dan panjat sikit-sikit je. Ngeh3.. So, takdela penat sangat. Kalau yang macam kat Hulu Perdik tu, mengah jugakla nak boleh sampai.



Duk cakap pasal Santuari Ikan, tapi gambar ikannya takde. Haaa.. Nampak tak? 👆
Ini je gambar ikan yang ada.. Tapi seriously banyak giler ikan kat sini. Sepanjang-panjang sungai tu korang boleh nampak ikan berenang-renang di tepi-tepi sungai. Bila bagi makanan melompat-lompat, berduyun-duyun datang. 🐟🐟🐟


Selepas meredah enam lintasan (ntah berapa kilometer, jalan dalam setengah jam jugaklah) inilah lokasi paling atas yang pengunjung boleh naik. Sampai kat air terjun ni bolehla nak mandi-mandi atau main-main ngan ikan. Kat sini pun ada berjuta-juta lemon ikan, besar-besar pulak tu. Kalau nak beli makanan ikan boleh beli di kaunter tiket dengan harga RM 2 sahaja untuk satu plastik ataupun kalau bawak roti bolehla share dengan ikan-ikan tuh. Confirm ikan tu akan datang berkerumun. Fuuhh.. geram betol nengoknye..

Bila pergi musim2 hujan berhati-hati, kalau boleh elakkanlah sebab bahaya takut ada kepala air. Rezeki kitorang haritu Alhamdulillah cuaca ok walaupun pagi tu macam bergerimis sikit. Kalau tak, tak sampai jugak. 😂



Tuesday 1 November 2016

Pendapat Tentang Tahap Kebersihan Rakyat Malaysia

Assalamualaikum w.b.t..



Minggu lepas aku ada buat tinjauan pendapat tentang tahap kebersihan rakyat Malaysia. Hasilnya seperti gambar di atas. Idea ni tercetus apabila setiap pagi ketika dalam perjalanan ke tempat kerja aku sering melihat sampah berlonggokkan di dalam longkang mahupun di tepi jalan. Tinjauan ini telah mendapat respond sebanyak 79 undi. Sebanyak 30 undian (38%) berpendapat tahap kebersihan masyarakat kita masih lagi pada tahap yang lemah (poor) diikuti dengan 28 undian (35%) untuk tahap sederhana (intermediate). Lain-lainnya 17 undian (21%) mengundi untuk kategori sangat lemah (very poor) dan 2 undian (3%) untuk kategori bersih (strong) dan sangat bersih (very strong).

Apa pula pendapat anda?

Nota: Statistik ini tidak boleh dijadikan bahan rujukan (literature review) bagi mana-mana scientific study mahupun research projek kerana tidak mempunyai pengesahan data yang betul.

Monday 17 October 2016

PRG Go Care Run 2016

Assalamualaikum w.b.t..

Semalam (16 October 2016) berpeluang menyertai satu lagi larian amal anjuran PRG Holdings Berhad dan GoCare Charity Crowdfunding. Larian amal ini bertujuan untuk mengutip dana bagi National Kidney Foundations (NKF), Dual Blessing Berhad dan National Cancer Society Malaysia. Pilihan jarak larian adalah 5 KM dan 10 KM dan pilihan aku adalah 5 KM. 

Larian bermula dan tamat di Taman Tasik Datuk Keramat melalui Jalan Jelatek, Jalan Taman Titiwangsa kemudian u-turn dan kembali ke Taman Tasik Datuk Keramat bagi jarak 5 KM. Manakala bagi jarak 10 KM pula bermula di Taman Tasik Datuk Keramat melalui Jalan Jelatek, Jalan Titiwangsa, Jalan 1/56 kemudian u-turn kembali ke Taman Tasik Datuk Keramat.

Lokasi larian ini amat convenience kerana terletak betul-betul berhadapan dengan LRT Jelatek. So, tak perlu risau tentang tempat parking dan sebagainya kerana pelari boleh menggunakan kemudahan public transport untuk kesini. Aku tiba lebih kurang pukul 6.45 pagi yang mana telah ramai perserta2 yang tiba dan sedang warm up. Pada pukul 7.00 pagi sekali lagi sesi warming up dilakukan diketuai oleh seorang fitness instructor. Pada pukul 7.15 pagi sesi pelepasan bagi peserta 10 KM dan pukul 7.25 pagi pelepasan bagi peserta 5 KM.



Selesai saja sesi larian, tiba pula sesi cabutan bertuah. Pelbagai hadiah menarik telah disediakan oleh pihak penganjur. Tapi macam biasalah.. I got nothing.. Memang tak pernah bertuah pun. Haha.

Finisher Medal

InsyaAllah.. Akan keep on support program-program macam ni di masa akan datang. Tapi biasa run2 yang aku join memang agak selective sebab perlu consider jarak dan juga masa. Area Shah Alam pun banyak run yang best2.. Tapi sebab jarak yang agak jauh itu yang menjadi kekangan.. Ok, till then. ^.~





Tuesday 11 October 2016

Bukit Kembara, Ampang

Assalamualaikum w.b.t..

Siapa pernah pegi sini? Orang Ampang mesti tau kan? Aku tahu pasal tempat ni pun pasal ada member kat ofis ni yang bawak. Bukit Kembara ni terletak di Taman Tun Abdul Razak dalam kawasan Ampang Jaya. Memang agak terpencil sebab terletak di kawasan perumahan elit dan juga berhampiran dengan Kelab Darul Ehsan. Kalau petang2 nak beriadah, exercise keluarkan peluh memang best. Untuk sampai ke atas mengambil masa lebih kurang 20-30 minit mendaki laluan-laluan yang dah di buat. Kalau pergi time hujung2 minggu memang ramai yang beriadah kat sini, even ada juga yang jogging kat atas bukit ni.  








Bila dah sampai atas terdapat sebuah empangan tinggalan yang masih cantik dan juga ada air bukit yang mengalir di celah-celah batu. But... beware of leptospirosis!



Kat atas ni pun boleh tengok sunset dan nampak KLCC. Hee~~ ^^,

Monday 15 August 2016

Trip ke Pulau Perhentian

Assalamualaikum w.b.t..

4 Ogos malam bertolak ke Kuala Besut dari Kuala Lumpur (TBS), harga tiket dari TBS, KL ke Kuala Besut adalah RM 40.10. Aku ambik trip E-Mutiara pukul 9.30 malam, sampai di hentian Kuala Besut dalam pukul 4.30 pagi. Kat sana, 2 orang kawan aku dah tunggu. Subuh tu kitorang berhenti solat di Masjid yang berdekatan. Surau pun ada, tapi kecil sikitlah. Ikut plan kitorang akan ambik boat tengah hari sebab perlu tunggu sorang lagi member yang belum sampai.

Jeti Kuala Besut
Hari pertama (5 Ogos 2016)

Kitorang check in dah tengah hari.. Boat dari Jeti Kuala Besut ke Pulau lebih kurang setengah jam. Sampai je terus ke kaunter receptionist dan dapat kunci bilik. Kitorang menginap di Samudra Beach Chalet, Pulau Perhentian Besar. Lepas hantar barang terus lunch. Oh ya, makanan kitorang pihak chalet yang sediakan sebab dah include dalam package. Petangnya lepas dah membersihkan diri, solat semua kitorang just jalan2 tepi pantai, lepak kat jeti, ambik gambar, aktiviti bebas dan tengok mat saleh berjemur. Opss.. Haha..






Hari kedua (6 Ogos 2016)

Breakfast disediakan pada pukul 8 pagi. Lepas breakfast kitorang menikmati bayu pagi sambil basahkan kaki di pinggir pantai. Pukul 10 pagi bersiap sedia untuk aktiviti snorkeling. Kami di bawa ke 4 lokasi snorkeling point iaitu Marine Park Perhentian, Turtle Poin, Nemo Point, Shark Point dan last sekali singgah di Lata Air Berani.




Petangnya kitorang ambil trip Island Hopping ke Pulau Perhentian Kecil. Kami singgah di Kampung Nelayan, mendaki ke Windmill, jalan-jalan di Long Beach dan ke Romantic Beach for sunset viewing.







Hari ketiga (7 Ogos 2016)

Hari ni dah tak buat apa sangat. Lepas breakfast jalan-jalan sekejap, lepas tu terus masuk bilik untuk kemas-kemas barang. Kitorang check out awal sikit dalam pukul 11 pagi, tunggu dalam 20 minit boat sampai terus bertolak balik ke jeti. Sampai di jeti barulah kitorang cari kedai cenderamata sebab kalau kat pulau harganya lagi mahal.

BAJET:
Pakej all in one 3H 2M (penginapan (family room) + makan (2 breakfast, 2 lunch, 1 dinner & 1 BBQ) + snorkeling trip with equipment + boat transfer (jeti-pulau-jeti)) RM 330
 Island Hopping (Kg Nelayan, Long Beach, Windmill & Romantic Beach) RM 40
Tiket bas (return) RM 80
Total = RM 450

Actually aku tak sure harga pakej tu mahal or murah, tapi lepas compare2 harga pakej dengan chalet/resort lain ni adalah antara yang termurah. Benefit ambil pakej dah tak payah fikir pasal nak makan apa semua, cuma sediakan sedikit wang lebih in case kalau ada aktiviti tambahan yang lain yang korang nak buat.

NOTES:
#penginapan di Samudra Beach Chalet, Perhentian Besar
#pakej di bawah Golden Coral Travel & Tours (selain Perhentian, banyak lagi pakej percutian ke tempat lain yang ditawarkan dengan harga bajet, boleh ushar page dorang di facebook)
#Harga pakej berbeza mengikut jumlah peserta, jenis bilik dan student akan dapat harga lagi murah. ;)

Wednesday 22 June 2016

Cara Untuk Ke Plaza 33, Petaling Jaya

Assalamualaikum w.b.t..



Ini jela transport aku hari-hari kat KL nih.. Kalau tak jalan kaki, naik bas. Tak pun guna je mana2 pengangkutan awam yang ada. Pendek kata kalau duk KL ni takde own transport korang takkan mati kutu. Beberapa minggu lepas aku perlu menghadiri satu training di CTC Training Centre, Plaza 33 PJ. Disebabkan driver company tak boleh hantar maka terpaksalah aku pergi sendiri. Mula2 aku google tengok stesen LRT mana yang paling dekat.



Disebabkan aku dari Ampang, maka hari pertama tu aku naik di stesen LRT Ampang Park sebab terus naik route Kelana Jaya Line, kalau dalam gambar tu route yang warna pink atas area 6. Kalau naik dari Ampang Line korang perlu tukar di Masjid Jamek dan kemudian ambik Kelana Jaya Line. Gambar atas tu route lama, yang mana sekarang dan ditambah lagi banyak stesen macam gambar kat bawah ni.

Untuk ke Plaza 33 ambil route Kelana Jaya Line dan turun di Stesen Asia Jaya. Daripada Stesen Asia Jaya boleh naik teksi/bas/berjalan kaki. Kalau bas tu tak sure la pulak bas nombor berapa. Hari pertama aku naik teksi sebab tak tahu jalan lagi kan even brader yang aku tanya tu cakap dekat je. Kena 'ketuk' jugaklah dengan uncle teksi tu. Bila aku cakap nak pegi Plaza 33 ataupun juga dikenali sebagai Jaya 33 dia cakap tunggu lagi sorang. Kebetulan ada sorang mamat ni pun nak pegi training kat sana. Sampai je sana meter teksi sempat naik 50 sen je. Bila nak turun tu uncle tu mintak RM 3.50 setiap sorang walhal RM 3.50 tu dah kira untuk satu cab. LoL -,-


Baliknya tu aku jalan kaki je.. Dalam 10-15 minit depends pada tahap lenggang masing2. Makin melenggang makin lama la masa yang di ambil. ;P Kadar parking kat sini agak mahal, RM 3 per jam. Tapi okla kalau boleh claim dari company. Cuma nak claim pun ambik masa berbulan, so another option bagi yang bawak own transport korang boleh cari car park lain sekitar tu.

Tapi time nak balik tu jangan kata jalan je jem, naik LRT pun jem. Kadang2 bila tengok dah macam sardin sangat tu berfikir nak naik ke tak, atau tunggu tren lain. Tapi biasanya orang akan ramai turun di KLCC, KL Sentral atau Masjid Jamek. Then the next day tu terpaksa pusing jauh sikit naik dari Stesen LRT Ampang pasal nak elak jem kat Lebuh Ampang, lebih2 lagi depan Gleanegles tu. Kat situ jem memang dasyat. =.='

Friday 17 June 2016

Bio Essence Miracle Bio Water

Assalamualaikum w.b.t..

Kali ni aku nak review satu produk yang aku berpuas hati, so far dah guna setahun lebih. Alhamdulillah hasilnya sangat berpuas hati.




Bio Essence Miracle Bio Water

Miracle Bio Water Cleanser boleh didapati dalam 2 jenis iaitu soothing cleanser dan foamy cleanser. Bezanya soothing cleanser tu lepas pakai dah tak payah pakai toner. Tapi pilihan aku foamy cleanser sebab harganya lagi murah as compared to soothing cleanser. Pencuci muka ni boleh bertahan 2-3 bulan mengikut kekerapan penggunaan. Biasa aku sendiri akan cuci muka 2-4 kali sehari, depends pada aktiviti harian.

Harga bagi foamy cleanser cuma bawah RM 20 manakala soothing cleanser tu dalam RM 30 plus. Kalau waktu promotion dekat Watson mahupun Guardian boleh dapat lagi murahlah. Cleanser ni juga sesuai untuk kulit sensitif. Selain tu boleh juga digunakan bersama:

Bio Spring Water
 dan juga

Miracle Bio Water Cooling Sunscreen SPF50+

Bagi yang nak cuba bolehlah cuba lagipun harga mampu milik. ;)

Sunday 3 April 2016

AWAS!! Hati-Hati Dengan Tawaran Kad Sim Percuma!

Assalamualaikum w.b.t..

AWAS!! Hati-Hati Dengan Tawaran Kad Sim Percuma!

Sekadar perkongsian di hujung minggu. Kisahnya bermula 4 tahun lepas, 2012...
Waktu tu aku masih bergelar pelajar dalam semester 5. Entah, mungkin itu tahun yang kurang baik untuk aku. Macam-macam benda yang jadi tahun tu, mungkin sebab tu aku tak boleh nak lupa. Aku tahu, ujian yang tak seberapa tu sebab Tuhan masih sayang kat aku. Dan salah satunya masalah yang timbul daripada semua-semua masalah tu adalah DITIPU EJEN TELCO. Sehari sebelum tu, aku menerima bil broadband Celcom tertunggak dua bulan, RM 200 lebih. Actually masa tu broadband aku dah di block. Bulan tu serius aku sangat short duit. Duit banyak habis beli ubat alergi aku yang sangat teruk. 
Satu hari ejen Umobile datang berhampiran kampus kami. Menerangkan plan internet yang dorang tawarkan dan memberi sim card percuma. Walaupun sebelum tu dah banyak kali jumpa dengan ejen2 sim free macam ni, tapi entahlah kali ni aku rasa tertarik. Mungkin sebab waktu tu dia tidak hanya menawarkan panggilan percuma tapi juga internet percuma untuk sekian2 kouta (tak ingat berapa kuotanya). Untuk register kami perlu memberi salinan IC. Member2 aku yang lain pun ramai gak yang ambik. Tambah lagi tu plan prepaid katanya, lepas habis free call dan data internet percuma terpulanglah pada kita mahu topup atau tak. Maka tak rugi pun.
Balik rumah sewa aku cuma bukak sekali je, tupun bukak dalam handphone torchlight Nokia. Masa tu aku belum guna smartphone, walaupun orang lain dah start beli smartphone harga ribu-ribu. Tujuannya aku nak tengok coverage, ok ke tak. Maklumlah waktu tu Umobile tak well-known lagi. Coverage ok, tapi belum berhasrat nak tukar nombor ke dalam satu-satunya telefon yang aku ada. Maka sim tu pun tersimpan kemas dalam dompet aku.
Sebulan lebih lepas tu, cousin aku call.. Dia tanya, aku sekarang guna Umobile ke? Pasal ada bil Umobile sampai kat rumah.. Aku dah macam.. Hah??! Aku memang ada satu nombor Umobile tapi tu nombor prepaid, macam mana boleh sampai bil.. Lagipun nombor tu pun aku tak guna. Maka, tahulah yang aku (kami) sudah di tipu. Aku inform pada member yang lain. Dorang ada jugak yang sampai bil kat rumah.
Aku call Umobile care line untuk kepastian. Nombor yang aku dapat  tu memang di daftar sebagai plan postpaid. Bengang giler masa tu.. Tapi marah2 pun tade guna jugak. Terus esoknya lepas kelas kitorang ke Umobile Center di Berjaya Times Square KL. Lepas explain pada staff  Umobile kat situ konklusinya nak tak nak kami kena bayar gak.. Kalau tak nama akan di blacklist. Ataupun another option pergi buat report polis. Tapi kalau report pun dorang tak takut, yela kalau report pun apa yang boleh buat.. Lagipun kami bukannya kenal ejen mereka yang menipu tu. Aku mengambil keputusan untuk bayar. Tutup kes!
Mac 2016
Minggu lepas aku cuti, pulang ke kampung. Pada pagi Ahad yang penuh bahagia dan gembira tu aku keluar ke Kuala Terengganu dengan kakak. Tujuan utama nak hantar phone kakak aku kat kedai, speaker phonenya rosak. Dan terus singgah ke Celcom Center untuk tukar microsim dan untuk aktifkan plan Celcom First Gold. Yang ni aku sendiri yang decide untuk tukar dari plan prepaid ke postpaid pasal bulan2 banyak berhabis untuk topup. Kelebihan plan Celcom First Gold ni korang boleh check di website Celcom. Malaslah jadi free promoter nak promote lebih2.. -,-
Then masa nak register untuk plan ni akak kat kaunter tu cakap I/C aku tak lepas.. Pasal sangkut kat Umobile. Ada bil tertunggak dari tahun 2012. Me like... Whaaaatttt???! How come.. dulu saya dah bayar.. Akak tu suggest kat aku untuk pergi check dan clearkan dulu dengan Umobile then baru dorang boleh proceed untuk registration.  Ok.. Pengalaman lama berulang kembali. Pegi kat Umobile Kuala Terengganu. Bukan center pun, kat Pantai Timur Umobile Center cuma ada kat Kuantan dengan Kota Bharu sahaja, that's why mungkin ramai yang tak guna Umobile kat Terengganu. Yela.. Kalau apa2 nak kena pergi center jauh koottt... Ok, berbalik pada cerita. Pergi check kat Umobile tu dia cakap aku ada tunggakkan RM 69.30 tahun 2012. Aku cakap kat dia dulu aku dah bayar, macam mana boleh ada bil lagi. Katanya dorang tak tahu dan perlu call care line ataupun pergi ke center. Kat sini tak boleh check pasal sini bukan center. Ok, bagi saya Umobile Care Line punya number. Dah call tu, pom pang pom pang cerita balik kat dia, konklusinya tetap sama.. "Kalau cik nak clear kan nama cik, cik tetap kena bayar.." "walaupun saya tak guna..?" "Yup.."
Katanya bil RM 69.30 tu bil dalam tempoh first payment RM 50++ tu ke tempoh aku deactivated nombor. But how come I didn't know anything about it?? Masa tu dah nak dekat tengah hari, memang panas maklumlah fenomena ekuinoks sekarang ni.. Tapi bagi aku bukan setakat panas kat luar, tapi juga berapi-api kat dalam. Kalau aku ni seekor naga, dah keluar api dah dari mulut ni haa.. Paling tak pun kalau aku ni superwoman aku dah fire dah dengan mata laser aku ni. Tapi Alhamdulillah.. Aku masih manusia biasa, manusia yang masih boleh bersabar walaupun dah menggigil satu badan, muka dah merah tak yah cakap la. Kakak aku pun tak berani nak cakap lebih2. Sebab dia tau aku kalau mengamuk macam mana. =,=
Dan-dan dah nak bayar amount RM 69.30 tu tak boleh bayar kat situ.. Kena pergi center gak. Kejadahnya kalau dari KT aku nak travel ke Kuantan or KB semata-mata cuma nak bayar bil. Terpaksalah pulang sehari awal ke KL.. Aissyyeehh..  
Apa-apa pun sekarang ni dah clear semua.. Dah ambik pun release letter.. So nasihat aku kat sini lebih2 kepada student2 tangan tu jangan gatai2 pi ambik apa sahaja sim free yang orang bagi, tak kiralah Umobile, Celcom, Digi, Tunetalk etc. Lebih2 lagi kat tepi2 kaki lima, jalan mahupun jejantas.. Dorang sendiripun kadang2 dorang tak tahu pun apa yang dorang duk promote tu.. -.-
Bangla pun dah pandai marah2, "Dahlah! Saya sudah tiga kali ambik. tiga kali ambik, tiga2 tada guna.." Haha..  


Saturday 26 March 2016

Batman vs Superman: Dawn of Justice

Assalamualaikum w.b.t..

Tengah hari semalam dapat offer 3 tiket wayang free dari bos aku. Memang dalam plan gak nak tengok movie Batman vs Superman ni walaupun sebelum ni aku tak de la follow ceritanya. Kalau cerita superhero yang aku betul-betul follow cuma Spiderman, sebab aku rasa Spiderman sangat 'cool'. 

Cuma yang menjadi masalah tayangannya jam 9 malam di Pavilion KL. Mulalah merata cari orang nak ajak tengok. Hampir-hampir cancel lastly ada jugak member yang nak join. Ngeh3~

Dalam cinema tu seriously 2 jam pertama aku tak faham apebenda yang dia nak cerita. Haha.. Bosan menjerut tangkai hati. Mungkin tak faham sebab tak ada tengokpun ceritanya sebelum ni, mula lah ganggu budak tepi aku bertanya itu ini, yang kelihatan sangat enjoy menikmati popcorn tawarnya tu. Dan mungkin jugak tak kena jiwa.  Huh!

So nak tengok kali ke-2 memang tak lah. Hehe.. Tapi yela, not to be offensive, hmm.. Mungkin yang minat tu enjoylah. For me.. Nasib baik tiket free, kalau tak baik tengok Boboiboy.. ^^' Haha.


Friday 18 March 2016

Pembelian Barang Online

Assalamualaikum w.b.t..

Al-kisahnya minggu lepas aku beli Al-Quran kat satu page kat facebook, nama Al-Quran tu Al-Mumayyaz. Apa yang menariknya Al-Quaran Al-Mumayyaz ni dia ada translation by word yakni sangat memudahkan untuk kita memahami disamping itu ia juga dilengkapi dengan tajwid. Sebenarnya dah lama juga cari, tapi tak jumpa di kedai-kedai buku biasa. Lastly aku decide nak beli online je. Cari punya cari jumpalah kat satu page di facebook ni harganya lagi murah daripada penjual2 online yang lain yang aku jumpa. Kebetulan pula ada sepupu aku ni pun berminat, jadi aku beli 2 naskah bersaiz A5 dapatlah RM100 termasuk pos. 


Gambar: Google

Mungkin ramai je yang ada Quran ni.. Cuma tak tahulah kenapa susah nak jumpa kalau cari kat kedai-kedai buku. Aku sebenarnya jenis yang jarang beli2 online ni. Kalau tak ada sangat baru beli online. Kalau jenis retailer yang memang cekap dan totally run dia punya online bisnes mungkin tak jadi masalah sebab tu dah jadi sebahagian kerja dia, customer confirm order, esoknya terus pergi pos then bagi tracking number kat customer. Masalah aku bila deal dengan penjual tu, mula2 macam nak tak nak layan, tapi aku sedapkan juga hati ni. Satu perenggan kita tanya, sepatah dia jawab. Seems like not a serious seller. Tapi nak murah punya pasal aku proceed jugak dengan bayaran. Lagipun aku dah niatkan nak hadiahkan pada sepupu aku satu naskah tu.

Bila dah bank in duit aku hantar bukti pembayaran dan details postage melalui wassap. Dua blue tick kelihatan tapi tidak dibalas. Tidak dimaklumkan pun bila akan dipos dan sebagainya. Pelik juga aku.. Biasa kalau beli apa2 barang online tak pernah lagi dapat seller macam ni. Kemudian esok paginya aku wassap lagi sekali tanya bila barang akan dipos dan nanti minta dia bagi tracking number sebab alamat penghantaran walaupun letak nama aku tapi di alamatkan kepada sepupu aku. Juga tidak dibalas. Dua jam kemudian aku menghantar "?" barulah dibalas, "ok puan." Pukul satu lebih barulah dapat the tracking number.

Ok, dalam situasi ni bukanlah kita tak boleh sabar. Cuma jika barang tersebut tidak dapat di pos sehari selepas pembayaran, adalah baik jika di maklumkan pada customer. Kita pun faham kadang2 ada juga peniaga yang hanya membuat pengeposan dua atau tiga kali seminggu. Juga susah bagi peniaga yang mempunyai kedai dan pada masa yang sama menjalankan perniagaan online, tambah pula tak cukup staff/runner. Bagi aku dari segi skill melayan pelanggan sangat kurang memuaskan. But seriously, kalau dapat seller yang macam ni lagi aku dah memang tak kan repeat order. Layan customer acuh tak acuh. It is a pleasure if you can tell your customer your are busy right now and you will inform once the parcel has been posted. 

Sebenarnya aku pun dalam perancangan untuk buat bundle novel online shop sebab novel aku dah tak cukup ruang nak simpan. Maybe soon.. Huhu..  ;p

Saturday 30 January 2016

Tombiruo atau Sunan??

 Assalamualaikum w.b.t..

Setelah sekian lama dihidangkan dengan drama dan movie adaptasi novel yang kebanyakkannya novel2 cinta akhirnya berita berita baik bagi peminat2 movie thriller terutamanya peminat novelis Ramlee Awang Murshid (RAM) dikhabarkan sekarang shooting movie yang masih belum didedahkan sama ada Tombiruo atau Sunan sedang berlangsung. Seriously.. aku pun sangat excited dengan berita ni.. Tak kiralah sama ada Tombiruo ataupun Sunan pasti masuk dalam list wajib tonton. Haha!
Siap ada M.Nasir ko! >,<


Kredit gambar: Ramlee Awang Murshid Fan Club (RAMFC)/facebook
Apa-apa pun kita nantikan je.. Hehe..

Oh ya.. Sekarang di bookcafe tawaran meleleh masih lagi berlansung. Jangan ketinggalan untuk mendapatkan buku2 kegemaran korang dengan harga yang super rendah! Berminat? boleh klik banner dibawah/diatas atau disidebar untuk ke website bookcafe. Walaupun anda mungkin terlewat melihat tawaran ini, jangan risau buku2 di bookcafe sentiasa memberi anda dengan harga yang terbaik. Jom terjah! (^,~)

https://bookcafe.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=354
Klik Banner


https://bookcafe.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=354
Klik Banner

Thursday 21 January 2016

Dapatkan I'm A Backpaker: KOREA di Bookcafe

Assalamualaikum w.b.t..


Ok, ni first time wat review buku travelog. Ngeh3~ Buku tulisan Halian Azurin ni bukan sekadar perkongsian pengalaman beliau yang pernah menetap di negara Kpop ni, malah penulis juga berkongsi macam mana cara nak survive dari segi pengangkutan, destinasi yang menarik, tempat tinggal, makanan halal, cara nak solat, bahasa, sejarah dan juga sisi-sisi budaya masyarakat di sana yang tidak ditunjukkan di dalam kaca TV. Yang menariknya buku ini sangat mudah difahami dengan penggunaan bahasa yang santai, sesuai juga dibaca ketika menikmati kopi bersama pisang goreng cicah sambal kicap di petang hari.

Bagi mereka yang first time nak ber-bagpack ke Korea buku ni highly recommended untuk dibaca. Selain itu, apa yang untungnya kalau korang dapatkan buku ni, di muka surat terakhir terdapat kupon Shinchon Hostel Guest House dengan diskaun 20% kepada mereka yang memiliki buku ini. Penulis siap sertakan sekali peta dan bagaimana korang nak ke Guest House tersebut. ;)

Bagi yang berminat untuk membeli online di bookcafe boleh klik di sini atau pada banner book cafe diatas atau side bar disebelah kanan. Sekarang bookcafe sedang membuat Tawaran Meleleh 2016 sehingga 25 Januari ini. Antaranya buku ini korang boleh dapat diskaun 10%. Tunggu apa lagi.. Checkitdout!




Saturday 2 January 2016

P O N Y B R O W N Dream Mask

Assalamualaikum w.b.t..

Sebagai pembuka tirai 2016 aku ingin membuat satu review produk P O N Y B R O W N iaitu dream mask PONYBROWN. Serius best! >,< 




 
Kenapa aku cakap best? Sebab essence dia tak melekit dan betul2 menyerap. Lepas pakai kulit rasa sejuk dan segar je.. Selain daripada mask ni aku suka dia punya hand cream. Kalau nak, try ushar2 kat Gurdian. ;)

Happy New Year uoollss..