Wednesday 26 February 2014

Cara Elak Komen SPAM

Assalamualaikum w.b.t..

Dalam entri kedua-dua sebelum ni aku ada update pasal komen SPAM daripada annoyingmouse anonymous. Memang sangat-sangat annoying.. =,= Ada juga yang komen cakap dorang juga mengalami situasi yang sama. Berikut adalah antara cara yang dapat diatasi untuk mengelakkan komen SPAM daripada anonymous ni berleluasa.



Berikut adalah komen daripada saudara +Pha Is untuk mengelakkan komen SPAM masuk ke email. Tapi itu hanya applicable pada email sahaja. Satu lagi cara untuk block komen SPAM anonymous adalah block anonymous daripada komen diblog kita. Caranya mesti ramai yang dah tau, tapi tak pe la aku tunjukkan jugak. :p





Korang pegi ke Dashboard > Setting > Post and comment > Kemudian pilih option selain anyone pada ruang Who can comment? Jadi dengan ini kita dapat mengelakkan anonymous daripada meninggalkan komen pada blog. Lepas ubah kat situ alhamdulillah bila dah delete semua komen pada box SPAM dah tak ada komen baru yang masuk.. ^,^ Hahaha.. padan muka that annoying mouse! :ppp

 

Wordless Wednesday #2

Assalamualaikum w.b.t..



=..=!!

Komen Tanpa Nama

Assalamualikum w.b.t..


Beberapa hari ni aku pelikkan, bila buka gmail banyak dapat komen daripada anonymous kat post yang ni. Pageviewnya pun sampai ribu-ribu dah.. nampak ketidaklogikan disitu sedangkan blog aku ni bukannya femes pun. Kemudian aku cuba view entri yang dikomen tu. Pada entri tu tiada apa-apa komen yang ditinggalkan. Maksudnya komen tersebut hanya masuk dalam email tapi tiada pada entri berkenaan. Bila bagitau kat adik aku dia suruh buat moderation comment. Tapi walaupun dah buat moderation comment, komen tersebut masih masuk kedalam email aku selang beberapa minit sekali. 



Berikut adalah salah satu komen yang masuk dalam email aku. Bila check pada entri tersebut, memang tiada apa-apa komen yang ditinggalkan. Adakah ini spam atau virus?? Seriously risau.. Ada sesiapa tahu tak apakah 'benda; ni sebenarnya? -.-  Link-link yang ditinggalkan tu aku memang tak klik.. Dan kalau boleh block, macam mana ye nak block.. Kalau ada siapa-siapa yang tahu, jangan segan-segan tinggalkan komen ye.. Bantuan anda amat dihargai.

Tuesday 25 February 2014

Ulang Tahun Ketiga

Assalamualaikum w.b.t..


Alhamdulillah.. bulan ni blog aku menyambut ulang tahun ketiga. Secara spesifiknya aku mula membuat blog ni pada 26 Feb 2011 disebabkan kebosanan dan saja suka-suka. Tapi entri tahun-tahun sebelum ni dah banyak masuk draf dan ada juga yang sudah dipadam. Biasalah banyak entri merapu masa tu.  Sedar diri pun kan. Hehe..



Terima kasih kepada semua yang sudi singgah kat sini..cuma kebelakangan ni aku agak sibuk dan tak sempat sangat membalas kunjungan kalian. Walaupun berhari-hari tak update, kurang blogwalking tapi pageview tak jatuh sangat, tak sangka ada jugak yang sudi jenguk. InsyaAllah selepas kesibukan ni aku akan kembali aktif meng"update" dan blogwalking macam biasa.. Sekarang ni pun tengah key in data tapi curi-curi update jap. Hoho.. ~(",~)(~,")~

Thursday 20 February 2014

Minggu Ketiga

Assalamualaikum w.b.t..

Beberapa hari tak bersiaran, disebabkan kesibukkan. Empat hari outstation dari hari Isnin then petang tadi baru balik rumah. Minggu ni destinasinya ke Johor dan Pahang. Isnin sampai Rabu menetap di Hostel NIOSH Wilayah Selatan di Senai untuk buat Medical Surveillance di Kilang Sawit Bukit Besar, Kulai Johor.



Sebenarnya tak semua pekerja akan dipilih untuk buat Medical Surveillance ni, pekerja-pekerja yang lebih terdedah kepada persekitaran yang berbahaya contohnya terdedah kepada penggunaan bahan kimia, habuk, haba, debu dan sebagainya yang boleh memberi kesan kepada kesihatan mereka diutamakan dan kosnya ditanggung oleh syarikat berkenaan. Biasanya bila sampai ke site, firstly incharge person di tempat yang berkenaan mestilah menyediakan list nama pekerja yang terlibat kemudian borang akan diedarkan untuk diisi oleh pekerja-pekerja tersebut. Minggu ni semuanya agak smooth sebab tempat yang disediakan tak crowded sangat, lagipun kurang sikit gangguan minggu ni sebab kalau nak compare dengan minggu lepas di lafarge time aku buat ujian mata ada je yang jadi 'pembantu tambahan'. =.= Main tunjuk ikut suka hati dia je.. Bukan apa, dah jadi mengganggu kerja orangkan, lagipun nanti buatnya tersilap tulis result dalam form tu macam mana..

Pasal ujian mata ni, kebayakkan beranggapan lebih senang mereka hafal huruf-huruf yang ditampal pada dinding tersebut. Kalau memang dah hafal, sedangkan tak nampak sangat huruf-huruf tersebut macam tak ada guna juga buat ujian tu. Sedangkan yang nak dinilai adalah tahap kerabunan bukannya tahap mengingati huruf. Manakala untuk ujian rabun warna pula menggunakan buku Test For Colour Blindness yang mengandungi nombor berwarna di dalam bulatan dan mereka dikehendaki menyebut nombor yang mereka nampak. Pada mereka yang rabun warna akan ada nombor-nombor sama ada hijau atau merah yang mereka takkan nampak. Macam tadi time aku buat ujian ni pada sorang pak cik, then pak cik tu cakap pada kawan dia "eh.. dia sekolahkan aku balik..."  errr... =.=

Kemudian semalam dari Kulai terus menghala ke Kuantan dan untuk buat Medical Surveillance di Kilang Sawit Panching, Kuantan. Kat sinipun siap awal, sebelum pukul 12 tengah hari dah siap, dan minggu ni aku cuba buat spirometry.. Rasa seronok pulak minggu ni.. haha.. :D

Sunday 16 February 2014

Medical Surveillance

Assalamualaikum w.b.t..

Di tempat kerja Medical Surveillance (Pengawasan Kesihatan) adalah sebahagian daripada Occupational Health Surveillance (Pengawasan Kesihatan Pekerjaan) yang mana ianya merangkumi pengawasan kesihatan dan persekitaran.




Di Malaysia Medical Surveillance adalah diwajibkan kepada pekerja-pekerja yang terdedah kepada bahan-bahan yang merbahaya ditempat kerja. Pengawasan kesihatan ini bertujuan untuk mengenalpasti tanda-tanda awal atau simptom yang dialami oleh pekerja-pekerja yang terdedah kepada persekitaran yang berbahaya di tempat kerja. Antara akta-akta yang menetapkan keperluan untuk menjalankan Pengawasan Kesihatan adalah:
  • Factory and Machinery Act 1967 (FMA 1967)
  • Occupational Safety and Health Act 1994 (OSHA 1994)
  • Pesticide Act 1974
  • Atomic Energy Licensing Act 1984
  • Environmental Quality (Schedule Waste) Regulation 198
Minggu lepas buat pertama kalinya mengikuti Bahagian Kesihatan Pekerjaan NIOSH menjalankan Medical Surveillance di Lafarge Simpang Pulai dan Pantai Remis, Perak. Antara ujian-ujian yang perlu dijalani oleh pekerja-pekerja tersebut adalah ujian mata, ujian darah dan air kencing, ujian fungsi paru-paru (spirometry), pemeriksaan tekanan darah, ujian pendengaran (audiometry) dan juga pemeriksaan kesihatan fizikal. Terlebih dahulu mereka perlulah mengisi borang maklumat diri, sejarah pendedahan kepada bahan berbahya ditempat kerja dan juga sejarah kesihatan keluarga. Hasil daripada pengawasan yang dilakukan akan mentukan tahap kesihatan perkerja dan jika mereka terdedah kepada situasi yang boleh membahayakan kesihatan mereka, pihak syarikat perlulah mengambil tindakan drastik untuk meminimakan kesan daripada sesuatu bahan atau keadaan kepada kesihatan pekerja-pekerja yang terdedah.

Hari pertama mengambil masa agak lama untuk siap kerana pekerjanya agak ramai. Hari kedua pula siap awal sebab pekerjanya tak ramai sangat. Kemudian lepas lunch terus bertolak balik Bangi.






Saturday 15 February 2014

Segmen & Giveaway by Ikhwan Yusuff

Assalamualaikum w.b.t..


http://duniakita94.blogspot.com/2014/02/segmen-by-ikhwan-yusuff.html

Jom sama-sama memeriahkan segmen dan giveaway ni. Klik banner untuk join.






Monday 10 February 2014

Minggu Kedua

Assalamualaikum w.b.t..



Masuk minggu kedua sebagai student praktikal di NIOSH, Bangi. Tadi baru dapat result untuk blood urine test BP Clinical Lab. Fail-fail merah kat depan tu hanyalah result kat satu tempat je, means banyak lagi lah results yang akan menyusul. Agak keletihan jugaklah nak key in semua data-data ni, lebih-lebih lagi kalau ada tulisan-tulisan yang sukar dibaca. Minggu ni dan minggu depan pun banyak tempat nak kena pergi untuk buat medical surveillance. InsyaAllah esok akan ke Perak selama 3 hari untuk buat medical surveillance kat Lafarge (kuari) di Ipoh dan Sungai Remis. Pada yang tak tahu apa itu medical surveillance nanti aku ceritakan ye.

Harap-harap segalanya berjalan dengan lancar, ni first experience pergi buat medical surveillance sebelum ni cuma belajar dalam kelas je, tupun beberapa sem dah berlalu. Hopefully can gain more knowledge and experience after this. Walaubagaimanapun kena cari masa juga ni untuk complete kan report Final Year Project, hujung bulan ni dah nak kena hantar full report. Aduuhh..



Friday 7 February 2014

Pagi Yang Menakutkan

Assalamualaikum w.b.t..

Pagi ni adalah pagi yang paling menakutkan bagi aku.Shortness of breath, faster heartbeat dan hampir-hampir je rasa nak pitam. Jam tujuh lebih pagi tadi aku keluar dari rumah, sampai je kat tingkat bawah aku nampak ada dua ekor anjing sedang melilau-lilau. Sudaahhh.... Aku memang fobia dengan anjing. Memang teragak-agak untuk keluar, sekali aku jengukkan kepala, kelihatan dua ekor anjing tu berada dihujung koridor. Macam sudah lewat, kalau lambat aku mungkin akan tertinggal bas. Tapi aku memilih untuk lewat daripada berhadapan dengan anjing-anjing tersebut. 

Aku masuk balik dalam laluan naik ke rumah sewa aku. Tidak semena-mena rupa- rupanya anjing-anjing tersebut berpatah balik ke belakang, dan tiba-tiba dia ternampak aku. Aku apa lagi, memang cuak lah! Dengan cepat dan tergesa-gesa aku nak ke atas, aku kira mereka tidak akan mengekori aku naik tangga sekali, tapi tanggapan aku meleset. Anjing tu ikut aku!!!! Arrrrggghhhh....!!! Apa aku nak buat ni. Konfem la bila sampai depan pintu rumah aku tak sempat nak buka pintu rumah. Aku tiada jalan lain melainkan mengorbankan botol air purple kesayangan aku. Terus aku lempar botol air tersebut kepada anjing-anjing tu. Alhamdulillah..... Pengorbanan botol air aku tidak sia-sia. Sebaik sahaja aku melempar botol air tersebut anjing-anjing tersebut terus blah. Menggigil rasanya sebab takut, kalaulah lepas aku baling botol air tu tapi mereka tak lari juga, aku tak tahulah apa yang akan terjadi. :(

Tak dapat bayangkan kalau aku digigit atau apa-apa je la kan. Lagi satu kisah pasal anjing ni masa hari aku final exam akhir bulan 12 lepas. Pagi tu aku bersama seorang kawan aku, singgah kejap kat gerai tepi jalan beli kuih. Jalan depan sikit nampak ada dua ekor anjing. Ye, anjing yang sama. Nampak mereka masuk ke laluan yang sama dengan kitorang tapi arah yang bertentangan. Aku memang tiada kekuatan untuk lalu sebelah anjing ni, kemudian aku melencong ke laluan lain. Lalu ikut koridor bawah dengan harapan dia tak nampak aku. Tapi dia datang jugak dekat aku.. Maaakkk.... tolooonnngggg.... dulu pernah baling beg, tapi waktu ni aku baling kuih yang aku beli tu. Tak sempat nak makan. :( Tapi tak kisahlahkan asal selamat. Esok tak tahulah macam mana. Matilah kalau hari-hari macam ni.

Thursday 6 February 2014

Minggu Pertama

Assalamualaikum w.b.t..


Sebenarnya nak update entri ni semalam, tapi disebabkan keletihan even sekarang pun mata dah ngantuk tapi layan blog jap. Hehe.. Alhamdulillah hari ni (5 Feb 2014) dah masuk hari ke-3 aku ber'intra' di NIOSH. Alhamdulillah.. Semuanya berjalan lancar walaupun masih rasa janggal. Disebabkan hari tu tak dapat keluarkan duit dari CIMB terpaksalah aku pakai wedges pada hari pertama tu, bila fikir-fikir balik rasanya I can't stand with the wedges I need flat shoes.... Petang tu lepas balik kerja terus pergi beli flat shoes. Bukan apa sebab jauh nak kena jalan, tunggu bas dan sebagainya flat shoes is the best option. 

First day hari tu tak buat apa, nganga je.. punyalah lama rasanya nak sampai ke petang. Tapi masuk semalam dah dapat kerja. Tugas pertama adalah key in health surveillance data. Hmm.. bila bercakap pasal data ni part yang paling memeningkan adalah bila nak key in incomplete data. Nasib bukan data FYP aku, kalau tak dah lama aku fill in the blank. Yela, data orang takkan nak buat sesuka hati sesedap rasakan. Sampai file-file tupun aku bawak balik rumah.. Kihkih.. Takut juga terhilang ke apa kan, camne nak ganti. Lagi satu part yang mencabar adalah part yang nak translate tulisan doktor. Mak aaaiiiihhhh... tulisannya straight je, huruf d nampak macam L, huruf H nampak macam N. Sesetengah perkataan tu bolehla agak, tapi sesetengah yang lain, yang straight tu memang tak boleh nak agakla, dah tak nampak rupa tulisan. =='

Hahaha... Ngantokla, nanti continue lagi ye. 


Wednesday 5 February 2014

Giveaway Birthday Azhafizah

Assalamualaikum w.b.t..


http://www.azhafizah.com/2014/01/giveaway-birthday-azhafizah.html
Klik banner untuk join

Masih belum terlambat untuk join. Bagi sesiapa yang belum join, jom join segmen simple dari Kak Azhafizah ni.. Giveaway ni diadakan sempena birthdaynya pada bulan ini.. Selamat ulang tahun kelahiran kepada Kak Azhafizah. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu.

:)