Showing posts with label Fobia. Show all posts
Showing posts with label Fobia. Show all posts

Friday, 7 February 2014

Pagi Yang Menakutkan

Assalamualaikum w.b.t..

Pagi ni adalah pagi yang paling menakutkan bagi aku.Shortness of breath, faster heartbeat dan hampir-hampir je rasa nak pitam. Jam tujuh lebih pagi tadi aku keluar dari rumah, sampai je kat tingkat bawah aku nampak ada dua ekor anjing sedang melilau-lilau. Sudaahhh.... Aku memang fobia dengan anjing. Memang teragak-agak untuk keluar, sekali aku jengukkan kepala, kelihatan dua ekor anjing tu berada dihujung koridor. Macam sudah lewat, kalau lambat aku mungkin akan tertinggal bas. Tapi aku memilih untuk lewat daripada berhadapan dengan anjing-anjing tersebut. 

Aku masuk balik dalam laluan naik ke rumah sewa aku. Tidak semena-mena rupa- rupanya anjing-anjing tersebut berpatah balik ke belakang, dan tiba-tiba dia ternampak aku. Aku apa lagi, memang cuak lah! Dengan cepat dan tergesa-gesa aku nak ke atas, aku kira mereka tidak akan mengekori aku naik tangga sekali, tapi tanggapan aku meleset. Anjing tu ikut aku!!!! Arrrrggghhhh....!!! Apa aku nak buat ni. Konfem la bila sampai depan pintu rumah aku tak sempat nak buka pintu rumah. Aku tiada jalan lain melainkan mengorbankan botol air purple kesayangan aku. Terus aku lempar botol air tersebut kepada anjing-anjing tu. Alhamdulillah..... Pengorbanan botol air aku tidak sia-sia. Sebaik sahaja aku melempar botol air tersebut anjing-anjing tersebut terus blah. Menggigil rasanya sebab takut, kalaulah lepas aku baling botol air tu tapi mereka tak lari juga, aku tak tahulah apa yang akan terjadi. :(

Tak dapat bayangkan kalau aku digigit atau apa-apa je la kan. Lagi satu kisah pasal anjing ni masa hari aku final exam akhir bulan 12 lepas. Pagi tu aku bersama seorang kawan aku, singgah kejap kat gerai tepi jalan beli kuih. Jalan depan sikit nampak ada dua ekor anjing. Ye, anjing yang sama. Nampak mereka masuk ke laluan yang sama dengan kitorang tapi arah yang bertentangan. Aku memang tiada kekuatan untuk lalu sebelah anjing ni, kemudian aku melencong ke laluan lain. Lalu ikut koridor bawah dengan harapan dia tak nampak aku. Tapi dia datang jugak dekat aku.. Maaakkk.... tolooonnngggg.... dulu pernah baling beg, tapi waktu ni aku baling kuih yang aku beli tu. Tak sempat nak makan. :( Tapi tak kisahlahkan asal selamat. Esok tak tahulah macam mana. Matilah kalau hari-hari macam ni.

Wednesday, 20 November 2013

Fobia dan Panik

Assalamualaikum w.b.t..


Fobia adalah satu keadaan yang tercetus hasil daripada sesuatu kejadian, persekitaran yang dirasakan tidak selamat dan terancam, keadaan yang boleh menimbulkan ketidakselesaan sehingga menyebabkan seseorang itu menjadi panik. Terdapat banyak jenis fobia contohnya boleh tengok kat sini.

AGORAPHOBIA




Agoraphobia adalah fobia terhadap tempat terbuka ataupun tempat yang sibuk (crowd). Selain itu ada juga sesetengah memanggilnya enochlophobia atau demophobia (Eileen Bailey, 2009). Fobia apabila berada dikhalayak ramai sama ada berada di mall, majilis-majlis, ketika berada di jalanan atau pun ketika berada dirumah kawan-kawan dan saudara mara sehingga mencetuskan perasaan panik. 

Hal ini boleh terjadi disebabkan beberapa perkara, namun kebiasaannya seseorang itu akan mengalami agoraphobia apabila:

  • Berasa hilang punca (sesat atau tidak tahu untuk menyampuk apabila berada disekililing orang yang banyak cakap, atau terasa diabaikan apabila berada didalam crowd). 
  • Ditindas dalam erti kata lain selalu di condemn.
  • Berasa sukar untuk bernafas (hyperventilate).
  • Berasa tidak selamat apabila berada disekeliling orang yang tidak dikenali.
  • Berasa diri mereka kecil dan tidak penting apabila dikelilingi oleh orang ramai.

..................................


Semalam aku ada pertandingan carrom. Bilik kecik dan ramai orang. Mungkin aku tak ada lah fobia seperti diatas, tapi aku sering sakit kepala apabila berada dikhalayak ramai, dan kalau boleh memang aku akan avoid daripada kawasan yang terlampau ramai orang. Salah satu sebab sampai sekarang aku jadi fobia nak join apa-apa competition adalah aku akan hilang fokus apabila orang tengok apa yang aku buat. =,= Peristiwa yang menjadi pencetus kepada keadaan ini semasa di sekolah rendah aku mewakili sekolah dalam pertandingan badminton, tapi pada hari pertandingan disebabkan ramai sangat orang yang menonton rasa nervous, hilang fokus, semua perasaan ada. Sampai shuttlecock yang datang tu pun aku rasa aku tak nampak. Lagi la bila orang ramai-ramai bersorak aku rasa macam bermimpi, terawang-awangan.. Dimanakah aku?? Bila ingatkan situasi tu aku dah tak rasa nak join apa-apa pertandingan. Jadi lepas tu aku lebih suka join pertandingan yang tidak mempunyai unsur-unsur sorakan contohnya melukis dan menulis, satu keadaan yang tidak mengganggu fokus.. yang penting boleh mengelakkan gangguan daripada sorakan a crowd of people.

Mengutip daripada kata-kata Albert Einstein "I hate crowds and making me speechless."

p/s: Fobia pada janji, apakah term yang sesuai? promisephobia? ;p


Wednesday, 2 November 2011

Anjing punya pasal..

Assalamualaikum w.b.t



Vroommm... vroommm...
Sebaik aku sampai kat pondok jaga, sebuah bas mini da terlepas..
Huuu~~~ nasib la nak kena tunggu bas lain..

Tunggu dalam 15 minit bas lain pun sampai. Macam biasalah, pandang belakang semua adik beradik, sepupu-sepapat Salman Khan.. "=.=
Tapi mujur, ade seat kosong.. lalu aku duduk bersama cik skele.. konpemla muat, sbb cik skele ni boleh dilipat! hahah... jgn marah yang.. guro je..
Perjalanan menaiki bas mini hari ni tidaklah terasa jauh, laju ler pulak pak cik ni 'rempit'.

Sampai je ke destinasi, tempat yg kitorang nak turun.. teeeetttt... loceng bas ditekan. Turunlah kami menyambung perjalanan yg tak berapa nak jauh tu. Bas mini sudah meninggalkan kami menyambung perjalanannya dengan meninggalkan asap hitam berkepul2, sampai buntut bas mini pun dah tak nampak. Kami menapak melewati sebuah bengkel. "Eh, ada anjing" cik skele bersuara. Oh no.... hampir! dah la suka membuang najis merata-rata. Aku dan cik skele berjalan pantas! takot juga kalau dikejar.. skali lagi suara halus cik skele menyapa gegendang telingaku.. "eh, anjing tu nak kejar kita ke??" aaaarrrgggghhhhhhh... aku ape lagi.. menapak seribu langkah! nanti tak pasal2 kena samak! aku berlari sambil menjerit bagaikan disampuk jin anjing.. sempat lagi aku membaling beg yg aku galas ke atas jalan raya. Sebaik aku pandang belakang, anjing tu tak kejar pun.. Patutlah cik skele tak lari. Dia cuma bangun dan memandang kearah kami. Ooooiii.. hang cik skele, kasi aku panik eh?? pa daaaa... nasib baik tak ramai sgt org masa tu, kalau tak malu jugak aku menjerit-jerit mcm tu. huh!

ni la anjing2 yg aku maksudkan tu. Gambar curi dari jauh! hahah..

Cuba korang fikir, tiap2 hari kitorang lalu ikot laluan tu dan kitorang tau tau yg anjing2 tu suka lepak kat situ. Tapi kitorang boleh guess sebab taik2 anjing tu mmg bersepah-sepah. Time lalu tu kitorang da pun terpijak bekas dia?? Ni antara masyarakat yg tak menjaga sensitiviti.. tak tau ke ramai student melayu yg lalu kat situ tiap2 hari.. hissshhh.. tolonglah.. please take care of ur dog!

Lepas terkena sawan anjing tu.. terus masuk lab Microbiology.. 

Yang pakai tudung hitam ni la cik skele yg aku maksudkan tu...

 ~Setiap detik pasti akan ada memori yg terpahat. Sama ada suka atau tidak. Memori dan waktu memang sukar dipisahkan ibarat irama dan lagu..~