Assalamualaikum w.b.t..
Fobia adalah satu keadaan yang tercetus hasil daripada sesuatu kejadian, persekitaran yang dirasakan tidak selamat dan terancam, keadaan yang boleh menimbulkan ketidakselesaan sehingga menyebabkan seseorang itu menjadi panik. Terdapat banyak jenis fobia contohnya boleh tengok kat sini.
AGORAPHOBIA
Agoraphobia adalah fobia terhadap tempat terbuka ataupun tempat yang sibuk (crowd). Selain itu ada juga sesetengah memanggilnya enochlophobia atau demophobia (Eileen Bailey, 2009). Fobia apabila berada dikhalayak ramai sama ada berada di mall, majilis-majlis, ketika berada di jalanan atau pun ketika berada dirumah kawan-kawan dan saudara mara sehingga mencetuskan perasaan panik.
Hal ini boleh terjadi disebabkan beberapa perkara, namun kebiasaannya seseorang itu akan mengalami agoraphobia apabila:
- Berasa hilang punca (sesat atau tidak tahu untuk menyampuk apabila berada disekililing orang yang banyak cakap, atau terasa diabaikan apabila berada didalam crowd).
- Ditindas dalam erti kata lain selalu di condemn.
- Berasa sukar untuk bernafas (hyperventilate).
- Berasa tidak selamat apabila berada disekeliling orang yang tidak dikenali.
- Berasa diri mereka kecil dan tidak penting apabila dikelilingi oleh orang ramai.
..................................
Semalam aku ada pertandingan carrom. Bilik kecik dan ramai orang. Mungkin aku tak ada lah fobia seperti diatas, tapi aku sering sakit kepala apabila berada dikhalayak ramai, dan kalau boleh memang aku akan avoid daripada kawasan yang terlampau ramai orang. Salah satu sebab sampai sekarang aku jadi fobia nak join apa-apa competition adalah aku akan hilang fokus apabila orang tengok apa yang aku buat. =,= Peristiwa yang menjadi pencetus kepada keadaan ini semasa di sekolah rendah aku mewakili sekolah dalam pertandingan badminton, tapi pada hari pertandingan disebabkan ramai sangat orang yang menonton rasa nervous, hilang fokus, semua perasaan ada. Sampai shuttlecock yang datang tu pun aku rasa aku tak nampak. Lagi la bila orang ramai-ramai bersorak aku rasa macam bermimpi, terawang-awangan.. Dimanakah aku?? Bila ingatkan situasi tu aku dah tak rasa nak join apa-apa pertandingan. Jadi lepas tu aku lebih suka join pertandingan yang tidak mempunyai unsur-unsur sorakan contohnya melukis dan menulis, satu keadaan yang tidak mengganggu fokus.. yang penting boleh mengelakkan gangguan daripada sorakan a crowd of people.
Mengutip daripada kata-kata Albert Einstein "I hate crowds and making me speechless."
p/s: Fobia pada janji, apakah term yang sesuai? promisephobia? ;p
kalo fobia tgk hantu ape dipanggil? ghostabia? kekeke.
ReplyDeleteitu dipanggil penakut.. hihihi... ;D
Deletehehehhee sampai bila ?? cabar diri untuk buat yang terbaik
ReplyDeleteEntah la sampai bila.. InsyaAllah akan sentiasa cuba buat yang terbaik.. :)
DeleteYakin diri boleh buat... Lawan fobia tu :)
ReplyDeleteInsyaAllah.. terima kasih atas sokongan.. :)
Deleteakak pun ada juga perasaan tu. kena lawan untuk mengatasinya.. insya-Allah akan semakin hilang..
ReplyDeleteAlhamdulillah Kak Aiza.. sekarang dak semakin ok..tapi kadang2 memang susah jugak nak kawal. hehe :D
DeleteMmg setiap org pasti ada yg di fobiakan.. tiada insan yg sempurna.. :)
ReplyDeletebetul tu En. Khir.. nasib baik la tak fobia dengan kucing, kalau tak memang susah la kucingkan ada dimana-mana. lebih-lebih lagi di kedai makan.. hehe..
DeleteHuh.. kalau nak sebut nama-nama fobia ni... Terbelit-belit lidah. Macam-macam nama ada. fuhhhh
ReplyDeleteMacam-macam ada.. pilih je nak yang mana.. :D
Delete