Wednesday, 27 November 2013

Rezeki

Assalamualaikum w.b.t..





Pagi tadi baca entri pha is pasal laksa negeri so aku pun nak buat entri pasal laksa juga lah.. hahaha.. eh tak ada la.. Sebenarnya aku pun penggemar laksa, memang suka sangat. Tadi baca entri pha is terfikir pulak ye la kan dah lama tak pekena laksa. Biasa pekena laksa kat kafe sebelah fakulti aku. Tapi sekarang dah lama tak menjengukkan diri di fakulti, maklumlah dah tak ada kelas, tu yang asyik berjimba je tu, padahal tak sedar diri FYP tak siap lagi.. kalau dapat syok jugak ni.. tapi malangnya kat kawasan rumah sewa aku ni, kalau tak hari pasar malam memang susah nak cari. So, terpaksa simpan keinginan. :p

Then lepas Isyak tadi sedang housemate aku bertungkus lumus menyediakan cucur udang, tiba-tiba kedengaran pintu diketuk.. mula-mula was-was sikit nak bukak, maklumlah dah malam kan.. lepas tu dengar suara perempuan bagi salam.. housemate aku bukak, rupanya mak cik depan rumah hantar makanan.. macam tau-tau je tengah lapar.. hihihi.. nak tau mak cik tu bagi apa? mak cik tu bagi laksa penang.. haha..  senyum je.. :D Tiba-tiba rezeki datang bergolek depan pintu rumah pulakkan.. 

Gambar kat atas tu hiasan je.. tu gambar time makan kat kafe yang aku cakap tu entah bulan berapa.. dan sekarang dah jadi cam hobi pulak simpan gambar makanan banyak-banyak dalam phone. Malam-malam time lapar, tengok gambar makanan dalam phone. Bajet boleh kenyanglah kan.. aduhh...!

23 comments:

  1. Adui.. laksa lagi. Rezeki dtg bergolek pulak tu.. alhamdulillah bestnya.. sy pun dah lama x pekena laksa ni.. mcm mengidam pulak dah.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. Alhamdulillah.. memang rezeki.. :D

      Delete
  2. Replies
    1. mesti mak Dayat selalu masak laksa kat rumah ni.. :D

      Delete
  3. Hai datang singgah dan follow ! Follower ke 120. :)

    p.s : mcm sedap jeeee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi singgah dan follow.. :)

      Delete
  4. wah.. rezeki tu adik.. adik akak hantu laksa juga.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah hantu laksa ni pantang tengok.. tengok gambar pun tak leh.. hehe..

      Delete
  5. HAHAHAHAHAHAHA.... tengok gambar pon dah boleh agak dah.. ni mesti kempunan laksa lepas baca entri pha is.. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... amboooii... sakan gelak..:D

      Delete
    2. x de la.. gelak sopan je ni.. hehehe..

      Delete
    3. gelak sopan ala-ala jejaka melayu terakhir gitu.. hihihi..

      Delete
    4. lebih kurang macam tu la.. :)

      Delete
  6. haousemate jugak yang bukak pintu =,="

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula... bukak pintu dengan tangan yang belumuran cucuq kat tangan dgn bedak sejuk yang bertempek dimuka.. kekeke.. berukband da sihat ka laling? hehe.. ;pp

      Delete
  7. wahh rezeki :) laksa sedapnya ..dah lama tak makan ..nak cari la

    ReplyDelete
  8. Amboi.. Laksa datang bergolek sampai depan rumah. Untungnya. Hehe. Di rumah selalu makan laksa. Tapi laksa lemak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laksa lemak pun sedap jugak... yang kuah putih tu kan.. hehe..

      Delete