Assalamualaikum w.b.t..
Beberapa hari ni selalu bergerak sorang-sorang.. Perlu ruang dan masa untuk berfikir.. Hmm.. malasnya nak bercakap.. Tadi aku keluar pergi Metro Point, Kajang. Teringin nak makan takoyaki.. Sebenarnya aku sepatutnya fotostat salinan-salinan soalan kaji selidik aku.. tapi tak pe la, melencong sekejap..
Hmmm... gambar buruk tak presentable.. sorry.. Then dah alang-alang pergi la mengisi perut kat Old Town White Coffee. Sebenarnya tak tahu nak makan ape dan aku tahu aku sedang membuang duit.. =='
BBQ Chicken Rice |
Sedap.. ayam dia, nasi dia pun sedap.. yang kurangnya tak de sup.. kalau ada sup panas lagi sedap.. Dah makanannya yang itu airnya...
Laici?? limau ais?? tak... tak.. ni air kosong.. order air kosong je.. nak jimat. Asalnya aku nak makan takoyaki je.. tapi tak tau nak lepak kat mana. Duduk pulak kat kerusi yang panjang.. duduk sorang je.. rasa macam CEO pulak.. kehkehekeh..
Dah habis makan, aku ronda-ronda jap naik tingkat atas.. lalu kat Ceria Box macam syok pulakkan kalau boleh karoke.. :3 Keluar masuk kedai.. Then aku ternampak perkataan "Romantika". Perrghh.. nampak kedai macam ekslusif giler.. dalam hati cakap mesti mahal.. tak pelah masuk je, window shopping.. berjalanlah aku ala-ala mak datin.. padahal duit dalam purse tinggal 15 ringgit je lagi..
Tapi barang kat dalam tu punyalah murah.. kedai tu jual barang-barang perhiasan yang kebanyakkannya macam English Concept. Aku pun pusing-pusing la.. tak sempat nak snap gambar banyak-banyak..
Banyak lagi la perhiasan-perhiasan lain.. ni gambar anak beranak ayam itik je aku sempat snap.. Semua perhiasan ni harga dibawah 20 ringgit..
I grabbed them! haha... macam comel je.. mana boleh tak beli pape.. cakap mak datin kan, takkan nak keluar tangan kosong.. kahkahkah.. Kalau ayah aku tengok burung tu dia mesti suka.. hihi.. So plannya nanti sebelum balik kampung aku nak pergi cari set pinggan mangkuk kat mak aku sebagai souvenir.. mesti mak suka. :))
Sedap nasi ayam tu, tp klu x de sup mmg kurang syok kan.. berjalan sorang2 kdg2 dpt menenangkan minda, cari inspirasi.. Salam Jumaat :)
ReplyDeleteBetul tu En. Khir.. kadang2 saya pun mmg suka berjalan sorang2 je, lebih2 lagi kalau sedang berserabut. salam jumaaat :)
Deletesedapnya...comel.
ReplyDelete:D
Deletebahaya gerak sorang2...
ReplyDeleteyela.. dh bgtau kat mk td.. ;pp
Deletecomel je burung2 tu..
ReplyDeleteitula.. geram je tengok.. hihi
DeleteTakoyaki, lama dah tak makan. Paling akhir pun tahun lepas. Aduhhh.
ReplyDeletehihi.. lepas ni cepat2 pegi cari.. :D
Deletecomelnya burung tu adik.. bahaya pergi seorang macam tu adik.. tapi masa akak study di terengganu dulu pun selalu keluar bandar seorang diri untuk beli barang.. hati-hati selalu sebab sekarang ini jenayah semakin menjadi-jadi..
ReplyDeleteInsyaAllah.. Terima kasih akak atas pesanan.. :)
DeleteMetro Kajang..? blaja kat mana..?
ReplyDeleteUniKL.. :)
Deleteterliur la tengok gambar kat atas :)
ReplyDeleteHanya tinggal gambar je sebagai tatapan. hehe :)
Delete