Saturday, 23 November 2013

Terbaik Untuk Diri

Assalamualaikum w.b.t...


Tak semua yang kita inginkan kita akan dapat walaupun kadang-kadang kita sudah berusaha keras kearahnya. Sedar hakikat itu,banyak-banyakkanlah mengajar hati aku untuk redha. Menjauhkan diri kita daripada perkara yang kurang baik untuk kita itu adalah yang terbaik. Nak redha tu sebenarnya tak senang. Ambil masa dan cuba kenali diri sendiri. Kadang-kadang kegagalan yang kita dapat adalah kerana kita cuba untuk tiru cara orang lain, bukannya lahir dari apa yang diri sendiri nak. Ingatlah..manusia itu berbeza. Serupa tapi tak sama. Serupa pada rambut, tapi lain pada hati. Lain pada rambut tapi serupa pada hati. Tetap ada lebih dan tetap ada kurangnya.




Potensi setiap insan itu berlainan. Kadang-kadang kita hanya melihat 'lebih' dalam diri orang lain sehingga tak nampak 'lebih' yang Dia berikan kepada kita. Ya.. manusia takkan terlepas daripada judgemental, first impression dan sebagainya.. biarkan sahaja.. untuk kita memuaskan hati semua orang itu tak mungkin. Yang penting kita tahu apa yang kita lakukan. Apa yang kita mahu adalah redha dariNya. Berlapang dada dan terimalah segalanya dengan hati terbuka kerana hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya..



Wallahu'alam.. :)


12 comments:

  1. Setiap sesuatu yg Allah turunkan pasti ada hikmahnya.. keburukan itu hanya dtg dari diri dan perasaan kita. Semoga kita sentiasa redha dan memohon agar kehidupan kita semua sentiasa diberkati.. aamiin. T kasih diatas perkongsian, menjadi renungan & peringatan buat diri ini juga.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesungguhnya syaitan itu sentiasa meniupkan perasaan was-was dalam diri kita..Amiinn.. :)

      Delete
  2. hye2....dayat singgah sini :)

    ReplyDelete
  3. Yang terbaik untuk diri, pastikan terbaik juga di sisi Allah. Insyaallah semuanya akan dipermudahkan. :)

    ReplyDelete
  4. nice entri.. Allah Maha Adil.. Allah dah berikan apa yang terbaik untuk kita :) Cuma kita yang perlu gunakan peluang yg ada dgn sebaiknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Munirah.. yang penting kita perlu sentiasa bersyukur atas pemberianNya.. :)

      Delete
  5. suka quote yg pasal jam rosak tu.. nice..

    ReplyDelete
  6. setiap manusia diberikan kekurangan dan kelebihan masing-masing.. sentiasa berusaha dan berdoa untuk menjadi lebih baik dan positf.. insya-Allah..

    ReplyDelete