Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Wednesday, 11 December 2013

Tiada yang kekal

Assalamualaikum w.b.t..




Nothing last forever..

Thursday, 5 December 2013

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara

Assalamualaikum w.b.t..






Sudah seminggu kurang sihat. Hari ni dah sedikit sihat untuk mengadap laptop dan key in data-data walaupun tidaklah sihat sepenuhnya. Seminggu ni demam dan kena chicken pox, memang tak larat sangat-sangat. Ulcer dalam mulut pun masih belum sembuh. 






Hargai dan bersyukurlah dengan nikmat yang ada sebelum segalanya ditarik olehNya.. Segala bentuk kesusahan, kesenangan, musibah mahupun ujian adalah tarbiyyah daripadaNya supaya kita tidak lupa memohon dan meminta hanya kepadaNya..




Saturday, 23 November 2013

Terbaik Untuk Diri

Assalamualaikum w.b.t...


Tak semua yang kita inginkan kita akan dapat walaupun kadang-kadang kita sudah berusaha keras kearahnya. Sedar hakikat itu,banyak-banyakkanlah mengajar hati aku untuk redha. Menjauhkan diri kita daripada perkara yang kurang baik untuk kita itu adalah yang terbaik. Nak redha tu sebenarnya tak senang. Ambil masa dan cuba kenali diri sendiri. Kadang-kadang kegagalan yang kita dapat adalah kerana kita cuba untuk tiru cara orang lain, bukannya lahir dari apa yang diri sendiri nak. Ingatlah..manusia itu berbeza. Serupa tapi tak sama. Serupa pada rambut, tapi lain pada hati. Lain pada rambut tapi serupa pada hati. Tetap ada lebih dan tetap ada kurangnya.




Potensi setiap insan itu berlainan. Kadang-kadang kita hanya melihat 'lebih' dalam diri orang lain sehingga tak nampak 'lebih' yang Dia berikan kepada kita. Ya.. manusia takkan terlepas daripada judgemental, first impression dan sebagainya.. biarkan sahaja.. untuk kita memuaskan hati semua orang itu tak mungkin. Yang penting kita tahu apa yang kita lakukan. Apa yang kita mahu adalah redha dariNya. Berlapang dada dan terimalah segalanya dengan hati terbuka kerana hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya..



Wallahu'alam.. :)


Friday, 8 November 2013

La Tahzan..

Assalamualaikum w.b.t..





Orang cakap kalau apa-apa hal semuanya biarlah bersederhana.. ye.. bersederhana itu lebih baik.. kebelakangan ni aku tak tahu apa yang aku rasa.. haha.. dulu kalau ada masalah aku mesti call mak, cerita semua then lega.. dan satu benda yang aku pegang dari dulu, setiap kali aku call mak ceritakan masalah pasti semuanya selesai dengan cepat! bagaikan satu keajaiban.. Tapi sekarang sesetengah perkara aku dah tak cerita kat mak.. sebab aku tak tahu macam mana nak cerita, apa reaksi mak..dan aku tahu mak tak suka orang yang buat anak dia sedih.. ok.. ok..

Pada kawan-kawan yang ada follow aku kat twitter kalau tak jumpa bukan aku unfriend korang ke ape, tapi aku dah deactivated twitter tu.. Ceeehhh.. statement macam hot stuff bak kata kawan aku.. haha.. Kepada cik olive, ni.. nobita nak habaq mai ni.. sori lepas ni dah tak leh tuit dengan hang.. kita whatssaps je la ye.. tapi whatssaps pun aku nak kena download lain sebab dah expired sebab dah lama benor tak bukak.. ntah la mungkin perlukan ruang sendiri.. phone number pun aku dah tukar.. hurrmm.. 

Tadi aku tak putus-putus berdoa semoga Allah hantar seseorang untuk tolong aku.. Then lepas maghrib tadi tergerak hati untuk call sepupu aku.. cerita pasal masalah fyp aku bla..bla..bla.. Alhamdulillah.. rasa macam Dia dah betol-betol tolong aku, dengar apa yang aku mohon. Sepupu aku tetiba cakap boleh tolong dan nak try tanya kawan dia. Alhamdulillah akak tu sudi nak tolong.. then chat-chat dengan sorang member tadi aku rasa macam dapat satu semangat yang baru.. yang mana tadi aku rasa macam down sangat-sangat, nangis sampai tak ingat dunia. Last-last bersiap-siap pegi keluar cari makan.. walaupun mata rasa sengkak.. Ya Allah.. aku dah tak mau rasa macam ni.. 

Buat apa nak sedih-sedih kan bila ramai lagi orang yang sayang kita.. mak banyak kali call aku hari ni.. mak cakap sabar.. orang yang sabar Tuhan sayang.. dan kalau boleh aku rasa masa tu jugak aku nak terbang balik rumah.. aku tak boleh buat mak risau sebab nanti aku takut mak tak bagi aku sambung master. kehkehkeh.. and my cousin.. Kak Gee.. she will be my best cousin ever! Dari kat matrik lagi dia duk jaga aku.. selalu datang lawat aku, bawak makanan.. malam-malam pun kalau aku sakit dia sanggup datang.. sampai sekarang dah kahwin pun tapi tak de hal la nak mintak tolong pape.. Dan satu lagi yang melegakan aku, aku dah bagitau dia something yang patut aku bagitau dia setahun yang lepas.. so, dia da takkan tanya perihal tu lagi.. lega betol! 

Ya Allah.. kurniakanlah kami ketenangan disamping insan-isan yang kami sayang dan yang menyanyangi kami.. ketenangan tu adalah sesuatu yang amat berharga.. yang susah di cari, yang tak boleh dibeli.. dan itu je yang aku nak sekarang.. 

:')))

Thursday, 20 June 2013

IQ, EQ dan SQ..

Assalamualaikum w.b.t..




Aku tertarik dengan artikel ni, jadi aku sharekan untuk entri kali ni. IQ, EQ dan SQ. Aku sendiri pun masih lemah dalam hal-hal ni terutamanya dalam membina Emotional and Spiritual/Social Quotient. Semoga dapat memberi manfaat kepada kita..



Saudara,
Apa itu IQ, EQ dan SQ? Apakah kaitan di antara ketiga-tiga bahagian ini? Mengapa ketiga-tiga bahagian ini penting di dalam kehidupan kita? Adakah diri kita mempunyai ketiga-tiga bahagian ini? Bagaimana kita ingin meningkatkan kecerdasan ketiga-tiga bahagian ini?
Saudara,
Jika ketiga-tiga tahap ini dapat ditingkatkan kecerdasannya, saudara mampu menjadi manusia hebat yang mempunyai IQ yang cerdas, EQ yang mantap dan SQ yang kukuh.
Intelligent Quotient (IQ)
Ramai orang mempunyai IQ yang baik. Sebab itu zaman hari ini, teknologi berkembang dengan pesat baik segi sains teknologi atau sains sosialnya. Teknologi perbuatan semakin hebat begitu juga dengan perniagaan dan sebagainya.
Jumlah mereka yang masuk ke universiti meningkat saban tahun. Graduan makin bertambah sehingga sesetengah bidang sudah lebih daripada tahap yang diperlukan. Manusia menjadi semakin pandai. IQ semakin cerdas dan hebat.
Namun di dalam kehebatan dan kecerdasan ini manusia iaitu kita seringkali banyak mementingkan diri sendiri. Corak kehidupan hari ini sungguh menakut kerana manusia berlumba-lumba mengejar material. Fahaman materialism menyebabkan kita tidak mementingkan perasaan orang lain.
Kepentingan diri adalah segala-gala. Malah ada yang lebih teruk di mana kepentingan diri sendiri mesti diutamakan berbanding kepentingan anak-anak, isteri/suami atau keluarga sendiri. Biarlah apa juga bakal terjadi pada anak isteri/suami atau keluarga yang penting diri sendiri sentiasa selamat dan gembira.
Dengan anak, isteri/suami dan keluarga pun sudah tidak ambil peduli, bagaimana dengan masyarakat, dengan bangsa dan agama?
IQ menjadikan manusia hebat namun jika tidak adanya EQ, manusia menjadi lebih teruk daripada haiwan.
Emotional Quotient (EQ)
EQ merupakan satu hal untuk memahami perasaan orang lain. Manusia hari ini amat kurang dengan EQ. Tidak perlu memberi contoh yang berat. Ambil sahaja contoh di parking kereta. Berapa ramai yang parking kereta di tempat kerja, di kedai-kedai dan sebagainya mengikut sesuka hati tanpa memikirkan orang lain.
Hari ini salah satu kes penceraian adalah kerana pasangan suami dan isteri tidak cuba memahami perasaan masing-masing. Diri sendiri mementingkan rasa dan perasaan sendiri. Suami terlalu ego. Isteri terlalu sensitif. Akhirnya tiada kata sepakat dan tidak ada cara lain melainkan bercerai.
Kekurangan kecerdasan emosi di kalangan kita amat menakutkan. Di universiti amat jarang kursus-kursus seperti ini di adakan. Dunia hari ini adalah dunia mengejar material. Manusia tidak kisah apa orang lain kata, apa perasaan orang lain.
Namun sesetengahnya cukup cerdas emosinya. Maksudnya cukup baik dengan semua orang. Ahli perniagaan zaman sekarang cukup hebat di dalam mengambil hati. Begitu juga dengan sesetengah pekerja. Bijak mengambil hati bos.
Tidak ketinggalan suami atau isteri pandai mengambil hati pasangan masing-masing.
NAMUN jika manusia mempunyai IQ dan EQ yang cerdas tetapi tidak mempunyai SQ yang cerdas, maka sudah pasti segala apa yang dilakukan hanya semata-mata ada sesuatu agenda lain. Ini bermakna IQ dan EQ semata-mata tidak cukup. Manusia harus dipimpin dengan SQ.
Spiritual Quotioent (SQ)
Terlalu sedikit jumlah manusia yang mempunyai kecerdasan spiritual. Ramai di antara kita cerdas IQ dan EQnya di mana hubungan sesama manusia amat baik. Kita dapat lihat di tempat kerja kita di mana ramai yang tidak ada masalah di dalam intelektual dan memahami perasaan orang lain.
Namun sejauh mana keikhlasan di dalam melakukan kerja? Bagaimana dengan sikap BANGGA DIRI, DENGKI dan sebagainya. Berapa ramai yang sering berkata bahawa syarikat tidak pernah menghargai apa yang telah dilakukan oleh dirinya? Berapa ramai yang berkerja semata-mata hanya kerana pangkat dan jawatan? Berapa banyak yang mempunyai hubungan dan sentiasa mesra dengan semua orang tetapi itu semua hanya untuk kepentingan yang terselindung.
Saudara,
Kita pada hari ini beribadat tidak lain dan tidak bukan adalah kerana material. Kita melakukan amal ibadat seperti bekerja, solat, puasa dan sebagainya hanyalah semata-mata agar Allah memurahkan rezeki kita.
Banyak kali kita diajar untuk murahkan rezeki, banyak zikir dan ayat-ayat Al-Quran itu dan ini. Lalu kita beramal dan beribadah tidak lain dan tidak bukan hanya kerana mengharapkan Allah berikan rezeki yang banyak kepada kita.
Di dalam hidup kita, fikiran kita hanya duit semata-mata. Kecerdasan IQ dan EQ kita digunakan hanya untuk duit. Berkawan baik dengan orang juga kerana duit atau sekadar mudah jika memerlukan pertolongan.
Saudara,
Kecerdasan spiritual adalah ukuran sejauh mana kita sebenarnya meletakkan Allah itu berada di kedudukan paling tinggi dalam SELURUH hidup kita dunia dan akhirat.
SEHARUSNYA kita mengerjakan solat bukan untuk syurga dan pahala tetapi SEHARUSNYA adalah kerana Allah. Kerana cinta kepada Allah. Kerana Allah semata-mata. Kita melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan bukan kerana takut masuk ke neraka Allah, bukan kerana takut diseksa tetapi SEHARUSNYA hanya kerana kita sayang dan cinta kepada Allah.
Syurga dan neraka adalah hak Allah. Allah maha mengetahui apakah pembalasan yang seharusnya diberikan kepada kita. Yang utama, kita lakukan segala-galanya adalah kerana cinta kepada Allah.  Inilah kecerdasan spiritual tahap tertinggi.
Redha dan Rahmat adalah milik Allah dan Allah adalah Maha Adil pemberianNya. Allah mengetahui siapa yang layak untuk medapat syurga atau masuk ke neraka.
Apabila jiwa dan hati hanya cinta pada Allah, kita akan menyerahkan segala-galanya 100% kepada Allah. Kita berusaha dan rajin melakukan kerja adalah kerana Allah.
Bacalah doa Robiatul Adawiyah di bawah di mana tahap spiritual beliau mencapai kecerdasan agung.
Kesimpulan
Saudara,
mantapkan kecerdasan spiritual kerana spiritual yang cerdas pasti akan menghasilkan emosi yang cerdas. Spiritual yang cerdas bukan hanya mementingkan material. Bukan mengerjakan solat hanya kerana material. Berzikir kerana material. Solat malam kerana material. Membaca Al-Quran hanya surah-surah tertentu yang diyakini dengan membaca surah tersebut mampu mendapat rezeki yang banyak.
Apabila SQ baik dan diri kita sentiasa ingat Allah setiap saat, pasti EQ kita mampu dikawal dengan baik. Kita dapat memahami bukan hanya manusia bahkan haiwan dan alam sekeliling dengan baik.
Apabila SQ dan EQ berada di tahap yang cerdas, pasti IQ juga cerdas. Jiwa sentiasa positif, jiwa sentiasa tenang, jiwa sentiasa ingat Allah maka sudah pasti segala apa yang kita belajar mudah faham, mudah ingat dan mudah diaplikasikan.
LALU PERSOALANNYA BAGAIMANA MEMANTAPKAN SQ?InshaAllah akan dijelaskan.
—————————————————
Doa Robiatul Adawiyah
Tuhanku,
Apa saja yang akan kau kurniakan kepadaku
berkenaan dunia
berikanlah kepada mereka yang memburunya
Dan apa saja kebaikan yang akan kau kurniakan kepadaku
berkenaan akhirat
berikanlah kepada hamba mu yang beriman
kerana aku hanya mahukan kasih Mu Tuhan
Wahai Allah
jika aku beribadah kerana syurgaMu..
Janganlah Engkau masukkan aku ke dalam syurga
Andainya aku beribadah kerana takutkan nerakaMu
maka lemparkanlah aku kedalamnya
Tetapi wahai Tuhan..
jika aku beribadah
kerana inginkan keredhaanMu
maka janganlah Engkau sia-siakan daku
Ameen ya Rabbal alamin.

Sunday, 30 December 2012

Kusangka panas hingga ke petang..

Assalamualaikum w.b.t..

Hey.. hari ni aku nak bercerita. Tapi aku pun tak pasti ceritanya best atau tak..

Bermulanya..
Pada satu pagi yang cerah, mtahari bersinar-sinar. Matahari kelihatan kemerah-merahan dari ufuk timur..
Dhia memejamkan mata,membiarkan udara nyaman pagi membelai tubuh dan mukanya.. Terasa ion-ion yang bercas positif menyerap ke dalam badan..
Hah! sungguh bersemangat rasanya..
Bibirnya tersenyum. 
Permulaan hari yang baik fikirnya..lalu semuanya mula direncanakan, merancang untuk ke suatu tempat. Tempat yang dah lama dia teringin untuk pergi..

Tapi...disangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Segala plan yang sudah dirangka seolah-olah tergendala. Namun Dhia tetap berusaha memastikan apa yang dah direncanakan berjalan lancar. Cuaca bukan halangan fikirnya. Menjelang ke petang, hujan masih lagi belum berhenti. Malah makin lebat. angin yang kencang, guruh dan kilat yang sabung-menyabung. Maka Dhia berfikir mungkin hari ini bukan rezekinya, Allah tak mengizinkan lagi. Hatinya terasa sedih.. Semangat yang terbit sebermulanya pagi tadi terus hilang. Terasa diri bagai diselubungi bayangan gelap.. Ya Allah... kenapalah Engkau turunkan hujan disaat aku bersemangat dan gembira?? kenapa Engkau tidak terus kurniakan kebahagiaan itu terhadapku.. Engkau rampas, matahari yang mula menyerikan hidupku, Kau datangkan hujan, hujan yang merosakkan segala rancanganku..

Tiba lewat petang, hujanpun berhenti.. nun.. jauh dikaki langit kelihatan pelangi yang indah. Subhanallah.. cantiknya engkau pelangi.. tapi engkau juga tidak kekal. Sekadar pelangi petang..
Malamnya,setelah usai makan malam, Dhia dan keluarga menonton berita di televisyen. Akibat hujan yang lebat siang tadi telah menyebabkan tanah runtuh berhampiran dengan sebatang jalan.. Ye.. jalan itu.. kalau dia pergi juga tadi dia perlu melalui jalan itu. Dan kalau dia pergi juga tadi apa yang akan terjadi kepadanya?? mungkinkah akan mengalami nasib yang sama seperti mana sekeluarga yang terbunuh akibat kereta mereka terperangkap dalam tanah runtuh itu?? Terus Dhia keluar,merenung ke dada langit.. bintang berteraburan. sungguh cantik sekali. Dan Dhia mula berfikir..
Sebermulanya hari, aku punya matahari yang cantik..
walaupun tengahhari dan petangnya hujan turun mencurah-curah..
Petangnya aku punya pelangi..
dan malamnya Dia memberiku hamparan langit cantik yang berbintang..
walaupun segala rancanganku rosak pada hari ini, tapi tanpa sedar Engkau telah menyelamatkan ku..
Engkau masih panjangkan umurku, masih mahu meminjamkan nyawa ini kepadaku..
Engkau masih memberi peluang dan ruang terhadapku untuk terus bernafas dalam mentaatiMu dan rasulMu..
Aku insaf Ya Allah..
Ya Allah... ampunilah aku yang sudah bersangka buruk terhadapMu..

Sebak sudah menguasai diri,lalu.. setitik demi setitik air matanya jatuh..

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


Well begitulah cerita tentang Dhia..untuk terapi jiwa aku kira..
untuk kita sentiasa ingat manusia merancang, tapi Dia yang tentukan..
Bila kita tidak dapat apa yang kita inginkan tidak bermakna Allah lupakan kita, tidak sayangkkan kita..
Ujian hujan terhadap Dhia sekaligus merosakkan rancangannya untuk ke satu tempat, Allah tidak mengizinkan..bermakna itu bukan untuk dia, bukan rezekinya.. namun.. ternyata disebalik ujian itu, ada hikmahnya.. :')
Yang penting kita bersangka baik denganNya.. bersangka baik, bila Dia menarik sesuatu daripada kita bermakna itu bukan yang terbaik untuk kita.. lalu digantinya dengan sesuatu yang lebih baik..
namun harus diingat,sebaik manapun apa yang kita semuanya tidak akan kekal, melainkan DIA yang satu..

Kegembiraan, kesedihan dan semuanya Dia datangkan tidak akan kekal..
Oleh itu waktu gembira ingatlah adanya kesedihan
Waktu sedih ingatlah pasti ada juga gembira buatmu
kerana Dia tidak pernah melupakan kita..

Inginku buang apa yang keruh, dan kembalikan apa yang jernih..
Aku berusaha.. Ya Allah.. janganlah Engaku jadikan aku seorang yang berputus asa lagi..
T__T