Monday, 29 June 2015

Kenangan Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah.. Hari ni dah masuk 12 Ramadhan 1436H bersamaan 29 Jun 2015. Dah hampir separuh bulan Ramadhan untuk tahun ni. Sekejap je kan? Untuk post kali ni aku nak kongsikan beberapa kenangan yang tak dapat dilupakan terutamanya kenangan berpuasa zaman kanak2 dulu. Hehe..


1) Gula-gula
Masa ni tak ingat darjah berapa, satu pagi lepas sahur ayah aku bagi gula-gula. Maklumlah dulu bukan senang nak dapat makan gula2. Gula2 tu aku makan sambil baring, tapi tak sedar boleh tertidur pulak. Terjaga paginya gula2 tu masih ada dalam mulut. Apa lagi.. cepat2lah bagun pergi ludah kat tingkap. Lepas tu sepupu aku datang rumah, then dia tanya "puasa tak hari ni?" aku jawab "puasa.." padahal dalam hati, tadi gula2 tu macam mana eh? tak batal ke puasa. Tapi lepas tu buat bodoh je, macam tak ada apa2. Ngeh3..


2) Mandi
Zaman kecik2 dulu kalau bulan puasa selalunya jatuh musim cuti sekolah. Apalagi, petang2 dalam pukul 4 lebih baru mandi. Tapi time mandi tu mesti tutup mulut rapat2 sebab tak mau bagi air masuk lam mulut. Hihihi..



3) Pelita
Dulu ayah aku selalu pasang pelita malam2 di bulan Ramadhan. Kitorang pun lepas berbuka tu terus berkumpul ramai2 dengan kawan2 sekampung, pasang lilin sepanjang jalan kat depan kawasan rumah. Pelita tu akan dibiarkan sampai pagi dan mati sendiri. Pagi esoknya aku tanya ayah, "siapa yang tiup pelita2 tu?" ayah jawab, "malaikat turun tiupkan.." mati2 aku percaya.. lama jugaklah aku pegang prinsip tu - pelita kalau dibiarkan sepanjang malam, time semua orang dah tidur malaikat akan turun tolong tiupkan.  >,<

4) Lapar
Time puasa masa kecik2 dulu sehari berpuasa tu rasa lama sangat nak sampai waktu berbuka, tak macam sekarang. Kalau lapar aku akan bayangkan yang aku tengah makan ayam goreng. Kenapa ayam goreng? (ataupun Arrian anak Tomok panggil ayam guring). Sebab ayam gorenglah makanan yang paling sedap bagi kebanykkan kanak2!(kan.. Arrian kan?? Upin Ipin pun suka..) Lepas dah buat2 makan tu, aku psycho diri sendiri untuk rasa kenyang. Sepupu aku pernah tanya, "kau buat apa tu?" "aku tengah bayangkan aku makan ayam goreng. Cubalah buat. Betul.. Rasa kenyang.." lepas tu dia tanya lagi.. "tapi.. kenapa gaya kau makan ayam goreng macam tu.." "Sebab aku makan bahagian paha.." =,,= 

5) Sauna
Ni kenangan zaman sekolah menengah (lower form). Waktu terawih dah spot dah imam mana yang baca laju dan imam mana yang baca panjang. Bila waktu imam yang baca panjang tu mengimamkan solat terawih.. Kawan2 aku pun cakap, "alamak... saunalah hari ni.." Walaupun time 'bendera Jepun berkibar' waktu solat terawih tu tak boleh duduk kat hostel, apalagi buat tahi mata lah kat belakang atau kat kaki lima kawasan surau perempuan tu. Dan antara perkara yang tak senonoh dan paling best dulu tidur dengan telekung kat kaki lima surau, lebih2 lagi kalau masa tu hujan.. Nasib baik bagun. kalau tidur tak bangun2.. hisshh.. Terukkan.. Tapi sekarang dah tak buat dah benda2 macam tu, tu cerita zaman muda2. :P

6) Berbuka Puasa
Ramadhan pertama berpuasa jauh dari keluarga masa form 1, aku sekolah kat Kelantan. Hari tu pertama Ramadhan tahun 2004. Meja2 dah dibahagikan ikut form. Aku pergi kat meja tingkatan aku. Dah penuh, kebanyakkannya tanda kat member2 dorang. Aku pergi kat satu kerusi ni sebab konfiden tak de orang. Tapi budak kat kerusi sebelah tu cakap tempat tu dah ada orang, dia tanda untuk kawan dia. Serius... aku tak tahu nak duduk mana. Last2 pergi belakang toilet nangis, "maakkk... nak baliiikk...." T.T Haha.. pasal ni aku tak pernah bagitahu kat siapa2.. Then, after 10 years no more secret.. ingat masa tu dah malas nak berbuka, tapi perut lapar.. Aku pergilah tinjau balik cari2 tempat kosong. Rupanya tempat tu memang kosong, kawan dia dah pi duduk kat lain, member dia da ada yang tandakan untuk dia. Untunglah.. ramai kawankan sampai dua tempat untuk dia.. aiisshh.. bila fikir balik budak2 betol.. So, adik2.. tak payahlah duk menanda sangat tempat kat kawan2 tu.. 

7)Seluar oren
Ni pun tragedi zaman sekolah dulu. Masa form 2 kalau tak silap. Seluar track aku semua kotor, tak ingat sebab tak basuh lagi ke atau basuh tapi tak kering, sebab seingat aku masa tu hujan. Tinggal sehelai je. Tupun kaler oren. Ye.. Kaler oren.. Akupun tak tahu macam mana aku boleh beli seluar kaler oren tu. Selain tu ada lagi satu kaler purple. Mungkin kalau zaman "colour block" sekarang benda ni biasa je. Tapi zaman tu kalau pakai seluar colourful mesti orang tengok pelik. Sebenarnya aku terfikir jugak betul ke nak pakai seluar ni pergi berbuka.. Roomate aku cakap.. Ok je pakai seluar tu. Tapi time kaki melangkah ke dewan makan banyak mata2 yang memandang. Ada sekumpulan ni dah tergelak2 dah, maklumlah pernah berselisih aku pakai seluar purple dia tegur, "cantik seluar..." Hai awak.. kalau awak baca post ni saya nak cakap yang saya tak marah pun.. ngeh3.. Ok, sambung cerita pasal seluar oren tadi. lepas tengok ada yang terengih2 tu, aku rasa macam.. 'ok.. aku dah kena bahan..' Mungkin sebenarnya kawan aku tu segan nak cakap seluar tu striking, ataupun sebenarnya dia sendiri tak sampai hati nak cakap, 'Fatin.. tak payahlah pakai seluar ni..' Mana taknya.. semua orang pakai seluar hitam, tetiba ada yang pakai seluar oren, memang nampak sangatlah. Ini adalah satu cara untuk 'mencapub' atau dalam kata panjangnya mencari publisiti. Yela.. mesti lepas tu ada yang duk mengata, "eh, kau tengok tak budak yang pakai seluar oren tadi tu.." ataupun "budak tulah yang pakai seluar oren hari tu..." tapi seluar oren tu tak buat aku jadi femes pun.. Sekarang ni dah tak jumpa seluar track kaler2 macam tu, kalau jumpa nak jugak beli lagi. Sebab sekarang ni orang dah tak kisah dah ko nak pakai seluar atau baju apa sekalipun. Janji pakai seluar, kalau tak pakai seluar tu lagi lah orang tengok. Eh, Astaghfirullahalazim.. mengarut apa bulan2 puasa ni. Maaf. Terpanjang pulak cerita pasal seluar oren ni. Hihi..

8) Kelas
Masa ni pun kalau tak silap waktu form 2. Meja aku kat depan, tepi sekali belah kanan. Betul2 depan meja cikgu. Hari pertama puasa, waktu tengah hari, orang kata time ni kalau pergi berdiri kat tengah padang bayang2 pun tade, kelas Bahasa Melayu pulak tu. Aku tak sedar macam mana aku boleh tertidur dengan selambanya time cikgu tengah mengajar dan cikgu tu betul2 duduk depan aku. Tapi tak pulak beliau kejutkan aku supaya jangan tidur. Sedar2 je entah kat mana dah cikgu ajar. Maaf cikgu! Hihihi.. :D

Ok, tu jelah cerita kenangan Ramadhan untuk kali ini.. Banyak lagi nak taip sebenarnya tapi sakit pulak belakang den ni haa.. Dari kat opis tadi lagi duk mengadap komputer sampai tak sedar ooii.. dah pukul 4.30. Dan satu lagi yang best kerja bulan puasa ni masuk awal setengah jam, balik awal setengah jam, sharp pukul 4.30 opis da gelap, Kebanyakkan orang balik on time, same goes with my service. Oh, lepas ni mesti rindu nak kerja dibulan puasa. Kekeke..










Wednesday, 17 June 2015

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum w.b.t..


Alhamdulillah.. Akhirnya berpeluang lagi bertemu Ramadhan sekali lagi. Bulan yang menguji kesabaran kita, bulan melawan hawa nafsu. Bulan puasa bukanlah bulan untuk kita berehat dan bermalas-malasan. Jika ada terdetik seperti itu, maka buanglah ia dari fikiran. 2 tahun sebelum ni berpeluang berpuasa sebulan di rumah, tapi tahun ni nampaknya terpaksalah berpuasa sorang-sorang. Sobsobs..

Apa-apa pun Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga tahun ini membawa lebih kebaikkan daripada tahun-tahun yang sudah dan semua amal kita diterima olehNya.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa” (QS. Al Baqarah: 183)

Sunday, 7 June 2015

POCKET SANDWICH CHICKEN FLOSS SEAWEED

Assalamualaikum w.b.t..

Hari tu sepupu saya wassap dia tanya memandangkan saya ni hantu seaweed pernah tak makan roti pocket sandwich high 5 Chicken Floss Seaweed. Oh! Rasanya belum pernah. Hari tu saya pernah beli perisa coklat + almond, manis! tak suka sangat. Jadi lepas balik kerja tu terus singgah 7eleven, sebab dengar kata roti ni tak semua kedai ada jual dan cepat pula sold out. Dah rezeki adalah tinggal satu paket lagi masa tu.


Memang sodap... Harga RM3.05 sepaket, ada 2 keping sandwich di dalam. Petang tadi saya singgah beli lagi. Sebelum asar tadi saya bukak dan makan sekeping. Lagi sekeping ditinggalkan ditepi laptop. Petang tadi KL hujan lagi, langit mendung. Sengaja saya tak buka lampu, kekonon nak fefeling romantik sikit. Sambil layan facebook, saya capai plastik sandwich yang masih berbaki sekeping tu. Dalam kesuraman cahaya petang roti tu saya gigit. Sedap! Tapi.. Tetiba rasa macam ada sesuatu merayap-rayap ditangan. Terus saya bangun dan bukak lampu bilik. Oh! Rupa-rupanya saya sedang berkongsi pocket sandwich chicken floss seaweed bersama-sama mungkin berpuluh-puluh ekor semut! 

Moral of the story, kalau makan silalah bukak lampu, tak payah nak fefeeling romantik sangat! -,- 

Friday, 5 June 2015

REVIEW: 1515

Assalamualaikum w.b.t..

Tajuk: 1515
Penulis: Faisal Tehrani
Terbitan : Utusan Publications and Distributors SDN BHD (2003)

1515 merupakan sebuah novel hasil karya Faisal Tehrani. Novel ini diterbitkan oleh Utusan Publications & Distributors pada tahun 2003 yang mengandungi 312 halaman muka surat.

Novel 1515 merupakan pemenang pertama bagi kategori novel remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan pada tahun 2002. Tahun 1515 ada kaitan dengan tahun 1511 Kerajaan Melayu Melaka jatuh ke tangan penjajah Portugal / Portugis. Plot novel ini cukup kompleks untuk dimengerti secara bersahaja namun ia amat menarik bagi golongan yang meminati sejarah walau gaya penulisannya dan plot penceritaanya adakalanya mengelirukan pembaca.

1515 terbahagi kepada 6 bab, memisahkan di antara watak realiti dan pengkisahan mengenai srikandi Melaka pada tahun 1511. Watak realitinya ialah Dr Adi Famiyun. Sementara watak khayalannya ialah Tun Nyemah Mulya.


SINOPSIS

Watak Dr. Adi Fimiyun merupakan sejarawan Melayu yang kebaratan. Anehnya beliau sering saja dihantui oleh 'roh-roh masa lampau' yang tidak tenang dan tidak dapat bersemadi dengan aman kerana sejarah Melaka yang menguris perasaan mereka, terasa dikhianati dengan cacatan sejarah oleh mereka yang tidak menempuhnya. Fimiyun berusaha mendapatkan tajaan untuk meneruskan pengkajian sejarahnya mengenai Melaka dan tahun 1511.

Tun Nyemah Mulya merupakan perujuk terbaik Fimiyun dan membantu Fimiyun melaksanakan pengkajiannya mengenai Melaka. Ketika itu Melaka begitu tersohor dengan kekayaan dan kekuasannya, namun sayang Melaka turut tersohor dengan sikap sultan yang hanya tahu berfoya-foya dan mengabaikan tanggungjawabnya. Srikandi Nyemah Mulya dilahirkan pada malam lailatulqadar 1946, Nyemah merupakan cucu kepada guru al-Quran Sultan Ahmad Syah manakala ibunya merupakan dayang kepada Puteri Onang Kening dari Kelantan. Srikandi Nyemah Mulya dilahirkan sebagai pahlawan, dididik dengan segala ilmu dunia dan persilatan termasuk ilmu ghaib.

Nama Alfonso de Albuquerque turut diperkenalkan seawalnya, kerana nama itulah sejarah Melaka menguris perasaan Fimiyun. Alfonso de Albuquerque menyerang Melaka namun ia bukan sekadar ingin merampas kekayaan Melaka, malah berniat untuk menyebarkan agama Kristian dengan mengkafirkan orang-orang Islam di Melaka.

Flor de la Mar kapal tua yang bertanggungjawab membawa Alfonso menuju ke Melaka dengan bantuan Nina Chattu dan Kitul Keling yang merupakan pembelot paling khianat, bangsa yang tidak pernah mengenang jasa bumi Melaka. Saat ini Nyemah Mulya mula berbakti dengan Melaka sepenuh hatinya. Nyemah mempertahankan bumi Melaka walaupun Sultan Mahmud Syah telah terlebih dahulu luntur semangatnya. Kekejaman soldadu pimpinan Alfonso cukup meyakitkan hati, istana sultan dibakar, kaum lelaki dijadikan hamba, kaum wanita dijadikan bahan pesta benggali putih dan golongan yang setia pada agamanya diseksa hingga ada yang mengkhianati kalimah suci.

Melaka tewas malah semangat rakyat kian luntur, agama ditukar kerana rasa kecewa pada pemerintah yang hanya mengambil jalan mudah dengan melarikan diri ke Pahang, amanat dilupakan dan rakyat digadaikan. Saat ini Alfonso membina A Famosa, lambang Melaka sudah dicemar.Semangat negeri jajahan Melaka merampas kembali Melaka dari Feringgi hanya sia-sia. Nyemah Mulya memohon jasa Tun Fatimah untuk mencari Jalan agar A Famosa tidak terbina, agar sultan berusaha merampas kembali tanah Melaka. Keadaan sultan dan anakandanya yang tidak sepakat untuk mempertahankan bumi Melaka terus memberi peluang kepada Feringgi menguasai Melaka sepenuhnya. Peperangan berlaku di Batu Hampar dan Muar, terus membawa baginda jauh dari Melaka dan bersemadi dengan kekalahan di Pahang. Pembinaan kota A Famosa membimbangkan hati orang Melaka yang berniat untuk menakluki Melaka semula, semakin teguh A Famosa semakin luntur semangat orang Melaka. Nyemah Mulya terpaksa memencilkan diri agar tidak ditangkap dan dibawa ke Lisbon, baginya tiada ertinya hidup sekiranya bumi Melaka tidak lagi ditatapinya.

Kesungguhan dan kehebatan Nyemah Mulya sewaktu bertempur dengan Feringgi, menarik perhatian baginda sultan lalu baginda memerintahkan Nyemah Mulya mengetuai angkatan Melaka menyerang Portugal. Perkenan sultan, Nyemah diangkat menjadi Tun, seraya menjadikan Tun Nyemah Mulya seumpama anakanda baginda sultan. Nyemah memohon perkenan sultan untuk meyerang Portugal sebagai tanda bangsa Melaka bukan bangsa yang kecil dan lemah. Walaupun tewas menakluki Portugal, Nyemah Mulya tetap mengharumkan nama Melaka, menjadikan dirinya terbilang.

1512,tenggelamnya bahtera Flor de la Mar, walaupun Alfonso berjaya membina kota A Famosa dan menawan Melaka namun dalam perjalanan pulang ke Portugal bahtera tuanya tenggelam, kerana keangkuhan paderi yang mencabar kebenaran kata-kata Tun Nyemah Mulya. Alfanso hanya berjaya menyelamatkan beberapa barangan lambang kemegahan Melaka dan Tun Nyemah Mulya. Tun Nyehmah Mulya di bawa pulang dan di jadikan hamba di istana Raja Manuel, riwayat dan sejarahnya terus bersemadi di Lisbon.

Kesimpulannya 1515 mempunyai kekuatan yang tersendiri, penuh dengan sindiran dan kekuatan penggunaan bahasa yang seolah dapat memberi gambaran yang sejelasnya pada sesuatu keadaan, terutamanya ketika Tun Nyemah Mulya menawan Portugal dan sewaktu Tun bermain senjata dengan Alfonso.

Faisal Tehrani turut menimbulkan persoalan adakah kewujudan Tun Nyemah Mulya sengaja dipadamkan dari sejarah atau sememangnya ia dogengan semata-mata. Sekiranya srikandi ini dipersoalkan akan jasa dan sejarahnya, mana bukti yang mengatakan Hang Tuah cukup berjasa kepada bumi Melaka? Namun persoalan yang cukup penting dalam novel ini, mengapa Melaka begitu mudah dijajah, adakah kerana adanya kebenaran yang mengatakan bahawa bangsa Melayu itu adalah bangsa yang paling alpa di dunia, hanya bangsa itu sendiri yang mampu menilai kebenarannya.

Sinisnya novel ini tetap tidak lari dari realiti sesuatu bangsa, sindirannya menyeluruh dan tidak berpihak kepada mana-mana golongan, alpanya rakyat Melaka hingga Melaka dijajah, alpanya Dr.Adi Fimiyun mengesan sejarah Melaka hingga zuriatnya tenggelam dalam dunia kebaratan yang terus meminggirkan budaya dan sejarah bangsanya sendiri. Dr. Adi Fimiyun berjaya membuka minda bangsanya namun tewas dalam mendidik pewarisnya.

Novel 1515 membawa mesej yang cukup positif untuk golongan remaja menyintai sejarah bangsanya sendiri.
.
.
.
.
.
Saya baru je habis baca novel ni.. Novel ni memang menarik dan ulasan daripada Wikipedia di atas saya ambil sebab malas nak buat ulasan sendiri. Eh. Haha.. Kerana ulasan itu kena dengan apa yang ingin saya sampaikan dan huraiannya juga senang untuk difahami. Ketika membaca buku 1515 ni memang akan membuatkan kita tertanya-tanya betulkah wujudnya srikandi bernama Nyemah Mulya suatu ketika dahulu? Tapi plotnya memang agak rumit untuk difahami oleh orang yang bukan berotak sastera seperti saya. Cuma apa yang mendorong saya untuk baca buku ini hingga ke titik terakir adalah kerana saya memang menyukai sesuatu yang bersifat sejarah ataupun epik. Dan saya juga suka pada gaya bahasanya.

Cuma saya sedikit keliru dengan penceritaan di abad ke-20 itu dimana selepas tragedi kapal layar Adi Fimiyun dan isterinya, Maude karam dalam ribut taufan ketika berbulan madu (pada 26 Januari 2002) ketika Adi Fimiyun hilang ingatan dan dia juga lupa bahawa dia sudah berkahwin dengan Maude. Tetapi pada 18 November 2002,setelah sekian lama Adi Fimiyun menjejakkan kaki semula ke bumi Lisbon, dan dia telah dijemput untuk menumpang tinggal dirumah Frida (iaitu bekas kekasihnya) yang telah berkahwin dengan teman lamanya yang bernama Fernando Jose. Ketika itu digambarkan Adi Fimiyun sudah tua dan dia telah kehilangan isterinya didalam tragedi kapal layar itu. Rupanya isterinya, Maude telah meninggal dunia dalam nahas kapal layar yang terbalik dalam taufan puluhan tahun lampau di pantai Rebeira d'Ilhas. Adakah.. ketika dia hilang ingatan ataupun sebenarnya trauma disebabkan peristiwa itu, kewujudan Maude itu hanyalah ilusinya semata? Ataupun sebenarnya isteri dia tak mati? ^,^"




Monday, 1 June 2015

Gigi Bongsu

Assalamualaikum w.b.t..


Dah beberapa hari sakit sangat gigi ni dan gusi bahagian atas paling hujung juga membengkak. Pada awalnya aku pun tak pasti kenapa (dan tak terfikir langsung pasal gigi bongsu). Ingatkan ulcer or inflamation ke apa sebab sebelum tu ulcer ada naik kat lidah. Adeehh.. seksa sungguh! Dah lama dia tak buat hal. Then beberapa malam yang lepas, gusi mula bengkak, sakitnya sampai ke telinga dan kepala. Ingatkan tonsil ke apa, tak bila fikir balik macam bukan tonsil sebab spot yang sakit tu bukan kawasan tonsil. Gusi bengkak. Sakit telinga. Sakit nak bercakap. Sakit nak makan. Sakit nak bukak mulut. Telan air liur pun sakit. T_T

Tak tahan sangat aku pergi farmasi kat bawah beli Betadine untuk gargle. Lepas 3 hari berlanjutan, malam tu aku bertafakur dalam toilet sat sambil berfikir apa punca masalah bengkak ni. Sebab bekteria ke then gusi jadi bengkak or sebab ulcer ke.. Masuk bilik aku duk depan cermin sebelah tangan pegang phone torchlight then suluh2 kawasan yang bengkak tu. Memang susah nak nampak sebab sangat ke dalam dan berada pada kedudukan hujung paling atas. Belek punya belek akhirnya the swollen site spotted! Dari dalam gusi yang bengkak tu nampak lubang dan didalamnya ada benda warna putih (amboi, detailnya cerita). Aku tekan rasa keras. Rupa2nya gigi bongsu! Alahaaaiii adik kenapalah kau ni sakit sangat! Sakit mak dibuatnya! T,T

Tapi lega jugalah. Rupanya sebab adik bongsu ni nak tumbuh.. Ingatkan pasal masalah gusi, hygienic ke apa.. Kalau sebab tu aku lagi tak leh terima sebab lepas makan mesti nak kena gosok gigi..


Setiap orang mesti pernah rasa macam mana sakitnya bila gigi bongsu nak tumbuh. Boleh tak tidur malam dibuatnya.. Alhamdulillah.. hari ni dah ok sikit, mulutpun dah bukak luas sikit, tak adalah rasa macam tersepit je, nak bercakap pun bunyi macam pelat. Oh ya, hari tu aku kira gigi aku sekali dengan adik bongsu tu jumlah semua 31. Setakat ni masih cukup lagilah semua gigi2 ni. Maksudnya mungkin ada sebatang lagi adik bongsu yang belum tumbuh iaitu bahagian atas belah kiri. Tapi... Aku nak doakan supaya dia tak tumbuh. Hihi.. v.v