Assalamualaikum w.b.t..
Tajuk: 1515 Penulis: Faisal Tehrani Terbitan : Utusan Publications and Distributors SDN BHD (2003) |
1515 merupakan sebuah novel hasil karya Faisal Tehrani. Novel ini diterbitkan oleh Utusan Publications & Distributors pada tahun 2003 yang mengandungi 312 halaman muka surat.
Novel 1515 merupakan pemenang pertama bagi kategori novel remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan pada tahun 2002. Tahun 1515 ada kaitan dengan tahun 1511 Kerajaan Melayu Melaka jatuh ke tangan penjajah Portugal / Portugis.
Plot novel ini cukup kompleks untuk dimengerti secara bersahaja namun
ia amat menarik bagi golongan yang meminati sejarah walau gaya
penulisannya dan plot penceritaanya adakalanya mengelirukan pembaca.
1515 terbahagi kepada 6 bab, memisahkan di antara watak realiti dan
pengkisahan mengenai srikandi Melaka pada tahun 1511. Watak realitinya
ialah Dr Adi Famiyun. Sementara watak khayalannya ialah Tun Nyemah
Mulya.
SINOPSIS
Watak Dr. Adi Fimiyun merupakan sejarawan Melayu yang kebaratan.
Anehnya beliau sering saja dihantui oleh 'roh-roh masa lampau' yang
tidak tenang dan tidak dapat bersemadi dengan aman kerana sejarah Melaka
yang menguris perasaan mereka, terasa dikhianati dengan cacatan sejarah
oleh mereka yang tidak menempuhnya. Fimiyun berusaha mendapatkan tajaan
untuk meneruskan pengkajian sejarahnya mengenai Melaka dan tahun 1511.
Tun Nyemah Mulya merupakan perujuk terbaik Fimiyun dan membantu
Fimiyun melaksanakan pengkajiannya mengenai Melaka. Ketika itu Melaka
begitu tersohor dengan kekayaan dan kekuasannya, namun sayang Melaka
turut tersohor dengan sikap sultan yang hanya tahu berfoya-foya dan
mengabaikan tanggungjawabnya. Srikandi Nyemah Mulya dilahirkan pada
malam lailatulqadar 1946, Nyemah merupakan cucu kepada guru al-Quran Sultan Ahmad Syah manakala ibunya merupakan dayang kepada Puteri Onang Kening dari Kelantan. Srikandi Nyemah Mulya dilahirkan sebagai pahlawan, dididik dengan segala ilmu dunia dan persilatan termasuk ilmu ghaib.
Nama Alfonso de Albuquerque
turut diperkenalkan seawalnya, kerana nama itulah sejarah Melaka
menguris perasaan Fimiyun. Alfonso de Albuquerque menyerang Melaka namun
ia bukan sekadar ingin merampas kekayaan Melaka, malah berniat untuk
menyebarkan agama Kristian dengan mengkafirkan orang-orang Islam di Melaka.
Flor de la Mar kapal tua yang bertanggungjawab membawa Alfonso menuju ke Melaka dengan bantuan Nina Chattu dan Kitul Keling
yang merupakan pembelot paling khianat, bangsa yang tidak pernah
mengenang jasa bumi Melaka. Saat ini Nyemah Mulya mula berbakti dengan
Melaka sepenuh hatinya. Nyemah mempertahankan bumi Melaka walaupun Sultan Mahmud Syah
telah terlebih dahulu luntur semangatnya. Kekejaman soldadu pimpinan
Alfonso cukup meyakitkan hati, istana sultan dibakar, kaum lelaki
dijadikan hamba, kaum wanita dijadikan bahan pesta benggali putih dan
golongan yang setia pada agamanya diseksa hingga ada yang mengkhianati
kalimah suci.
Melaka
tewas malah semangat rakyat kian luntur, agama ditukar kerana rasa
kecewa pada pemerintah yang hanya mengambil jalan mudah dengan melarikan
diri ke Pahang, amanat dilupakan dan rakyat digadaikan. Saat ini Alfonso membina A Famosa, lambang Melaka sudah dicemar.Semangat negeri jajahan Melaka merampas kembali Melaka dari Feringgi hanya sia-sia. Nyemah Mulya memohon jasa Tun Fatimah untuk mencari Jalan agar A Famosa
tidak terbina, agar sultan berusaha merampas kembali tanah Melaka.
Keadaan sultan dan anakandanya yang tidak sepakat untuk mempertahankan
bumi Melaka terus memberi peluang kepada Feringgi menguasai Melaka
sepenuhnya. Peperangan berlaku di Batu Hampar dan Muar, terus membawa baginda jauh dari Melaka dan bersemadi dengan kekalahan di Pahang.
Pembinaan kota A Famosa membimbangkan hati orang Melaka yang berniat
untuk menakluki Melaka semula, semakin teguh A Famosa semakin luntur
semangat orang Melaka. Nyemah Mulya terpaksa memencilkan diri agar tidak
ditangkap dan dibawa ke Lisbon, baginya tiada ertinya hidup sekiranya bumi Melaka tidak lagi ditatapinya.
Kesungguhan dan kehebatan Nyemah Mulya sewaktu bertempur dengan
Feringgi, menarik perhatian baginda sultan lalu baginda memerintahkan
Nyemah Mulya mengetuai angkatan Melaka menyerang Portugal.
Perkenan sultan, Nyemah diangkat menjadi Tun, seraya menjadikan Tun
Nyemah Mulya seumpama anakanda baginda sultan. Nyemah memohon perkenan
sultan untuk meyerang Portugal sebagai tanda bangsa Melaka bukan bangsa
yang kecil dan lemah. Walaupun tewas menakluki Portugal, Nyemah Mulya
tetap mengharumkan nama Melaka, menjadikan dirinya terbilang.
1512,tenggelamnya bahtera Flor de la Mar,
walaupun Alfonso berjaya membina kota A Famosa dan menawan Melaka namun
dalam perjalanan pulang ke Portugal bahtera tuanya tenggelam, kerana
keangkuhan paderi
yang mencabar kebenaran kata-kata Tun Nyemah Mulya. Alfanso hanya
berjaya menyelamatkan beberapa barangan lambang kemegahan Melaka dan Tun
Nyemah Mulya. Tun Nyehmah Mulya di bawa pulang dan di jadikan hamba di
istana Raja Manuel, riwayat dan sejarahnya terus bersemadi di Lisbon.
Kesimpulannya 1515 mempunyai kekuatan yang tersendiri, penuh dengan
sindiran dan kekuatan penggunaan bahasa yang seolah dapat memberi
gambaran yang sejelasnya pada sesuatu keadaan, terutamanya ketika Tun
Nyemah Mulya menawan Portugal dan sewaktu Tun bermain senjata dengan
Alfonso.
Faisal Tehrani
turut menimbulkan persoalan adakah kewujudan Tun Nyemah Mulya sengaja
dipadamkan dari sejarah atau sememangnya ia dogengan semata-mata.
Sekiranya srikandi ini dipersoalkan akan jasa dan sejarahnya, mana bukti
yang mengatakan Hang Tuah cukup berjasa kepada bumi Melaka? Namun
persoalan yang cukup penting dalam novel ini, mengapa Melaka begitu
mudah dijajah, adakah kerana adanya kebenaran yang mengatakan bahawa
bangsa Melayu itu adalah bangsa yang paling alpa di dunia, hanya bangsa
itu sendiri yang mampu menilai kebenarannya.
Sinisnya novel ini tetap tidak lari dari realiti sesuatu bangsa,
sindirannya menyeluruh dan tidak berpihak kepada mana-mana golongan,
alpanya rakyat Melaka hingga Melaka dijajah, alpanya Dr.Adi Fimiyun
mengesan sejarah Melaka hingga zuriatnya tenggelam dalam dunia kebaratan
yang terus meminggirkan budaya dan sejarah bangsanya sendiri. Dr. Adi
Fimiyun berjaya membuka minda bangsanya namun tewas dalam mendidik
pewarisnya.
Novel 1515 membawa mesej yang cukup positif untuk golongan remaja menyintai sejarah bangsanya sendiri.
.
.
.
.
.
Saya baru je habis baca novel ni.. Novel ni memang menarik dan ulasan daripada Wikipedia di atas saya ambil sebab malas nak buat ulasan sendiri. Eh. Haha.. Kerana ulasan itu kena dengan apa yang ingin saya sampaikan dan huraiannya juga senang untuk difahami. Ketika membaca buku 1515 ni memang akan membuatkan kita tertanya-tanya betulkah wujudnya srikandi bernama Nyemah Mulya suatu ketika dahulu? Tapi plotnya memang agak rumit untuk difahami oleh orang yang bukan berotak sastera seperti saya. Cuma apa yang mendorong saya untuk baca buku ini hingga ke titik terakir adalah kerana saya memang menyukai sesuatu yang bersifat sejarah ataupun epik. Dan saya juga suka pada gaya bahasanya.
Cuma saya sedikit keliru dengan penceritaan di abad ke-20 itu dimana selepas tragedi kapal layar Adi Fimiyun dan isterinya, Maude karam dalam ribut taufan ketika berbulan madu (pada 26 Januari 2002) ketika Adi Fimiyun hilang ingatan dan dia juga lupa bahawa dia sudah berkahwin dengan Maude. Tetapi pada 18 November 2002,setelah sekian lama Adi Fimiyun menjejakkan kaki semula ke bumi Lisbon, dan dia telah dijemput untuk menumpang tinggal dirumah Frida (iaitu bekas kekasihnya) yang telah berkahwin dengan teman lamanya yang bernama Fernando Jose. Ketika itu digambarkan Adi Fimiyun sudah tua dan dia telah kehilangan isterinya didalam tragedi kapal layar itu. Rupanya isterinya, Maude telah meninggal dunia dalam nahas kapal layar yang terbalik dalam taufan puluhan tahun lampau di pantai Rebeira d'Ilhas. Adakah.. ketika dia hilang ingatan ataupun sebenarnya trauma disebabkan peristiwa itu, kewujudan Maude itu hanyalah ilusinya semata? Ataupun sebenarnya isteri dia tak mati? ^,^"
Cuma saya sedikit keliru dengan penceritaan di abad ke-20 itu dimana selepas tragedi kapal layar Adi Fimiyun dan isterinya, Maude karam dalam ribut taufan ketika berbulan madu (pada 26 Januari 2002) ketika Adi Fimiyun hilang ingatan dan dia juga lupa bahawa dia sudah berkahwin dengan Maude. Tetapi pada 18 November 2002,setelah sekian lama Adi Fimiyun menjejakkan kaki semula ke bumi Lisbon, dan dia telah dijemput untuk menumpang tinggal dirumah Frida (iaitu bekas kekasihnya) yang telah berkahwin dengan teman lamanya yang bernama Fernando Jose. Ketika itu digambarkan Adi Fimiyun sudah tua dan dia telah kehilangan isterinya didalam tragedi kapal layar itu. Rupanya isterinya, Maude telah meninggal dunia dalam nahas kapal layar yang terbalik dalam taufan puluhan tahun lampau di pantai Rebeira d'Ilhas. Adakah.. ketika dia hilang ingatan ataupun sebenarnya trauma disebabkan peristiwa itu, kewujudan Maude itu hanyalah ilusinya semata? Ataupun sebenarnya isteri dia tak mati? ^,^"
Macam menarik.. saya suka buku2 yg mcm ni. Thanks sharing Wawa. Ada masa ke kedai buku mmg nak cari jugalah.. :)
ReplyDelete@Khir Khalid Jika ingin mencari buku ini boleh juga dicari di MPH. Semoga bermanfaat.. Sama2 En. Khir.. :)
ReplyDelete