Monday 1 June 2015

Gigi Bongsu

Assalamualaikum w.b.t..


Dah beberapa hari sakit sangat gigi ni dan gusi bahagian atas paling hujung juga membengkak. Pada awalnya aku pun tak pasti kenapa (dan tak terfikir langsung pasal gigi bongsu). Ingatkan ulcer or inflamation ke apa sebab sebelum tu ulcer ada naik kat lidah. Adeehh.. seksa sungguh! Dah lama dia tak buat hal. Then beberapa malam yang lepas, gusi mula bengkak, sakitnya sampai ke telinga dan kepala. Ingatkan tonsil ke apa, tak bila fikir balik macam bukan tonsil sebab spot yang sakit tu bukan kawasan tonsil. Gusi bengkak. Sakit telinga. Sakit nak bercakap. Sakit nak makan. Sakit nak bukak mulut. Telan air liur pun sakit. T_T

Tak tahan sangat aku pergi farmasi kat bawah beli Betadine untuk gargle. Lepas 3 hari berlanjutan, malam tu aku bertafakur dalam toilet sat sambil berfikir apa punca masalah bengkak ni. Sebab bekteria ke then gusi jadi bengkak or sebab ulcer ke.. Masuk bilik aku duk depan cermin sebelah tangan pegang phone torchlight then suluh2 kawasan yang bengkak tu. Memang susah nak nampak sebab sangat ke dalam dan berada pada kedudukan hujung paling atas. Belek punya belek akhirnya the swollen site spotted! Dari dalam gusi yang bengkak tu nampak lubang dan didalamnya ada benda warna putih (amboi, detailnya cerita). Aku tekan rasa keras. Rupa2nya gigi bongsu! Alahaaaiii adik kenapalah kau ni sakit sangat! Sakit mak dibuatnya! T,T

Tapi lega jugalah. Rupanya sebab adik bongsu ni nak tumbuh.. Ingatkan pasal masalah gusi, hygienic ke apa.. Kalau sebab tu aku lagi tak leh terima sebab lepas makan mesti nak kena gosok gigi..


Setiap orang mesti pernah rasa macam mana sakitnya bila gigi bongsu nak tumbuh. Boleh tak tidur malam dibuatnya.. Alhamdulillah.. hari ni dah ok sikit, mulutpun dah bukak luas sikit, tak adalah rasa macam tersepit je, nak bercakap pun bunyi macam pelat. Oh ya, hari tu aku kira gigi aku sekali dengan adik bongsu tu jumlah semua 31. Setakat ni masih cukup lagilah semua gigi2 ni. Maksudnya mungkin ada sebatang lagi adik bongsu yang belum tumbuh iaitu bahagian atas belah kiri. Tapi... Aku nak doakan supaya dia tak tumbuh. Hihi.. v.v

9 comments:

  1. bila sakit gigi tak dek apa boleh buat

    ReplyDelete
  2. @Inani Hazwani memang tak boleh nak buat apa ler.. hihi.. alhamdulillah hari ni dah ok.. :D

    ReplyDelete
  3. tumbuh gigi bongsu mmg sakit org ckp.. blum merasa lagi.. risaunye.. huhu

    ReplyDelete
  4. Aduiii mmg sengal.. penah kena mcm tu. Semoga cepat sembuh wawa.. aamiin.

    ReplyDelete
  5. @Khir Khalid Sakitnya dah hilang En. Khir.. tapi tulah risau juga, nnt mesti berulang lagi sbb x betul2 keluar lg kan giginya..

    ReplyDelete
  6. Belum pernah rasa sakit tumbuh gigi bongsu...neves pulak!



    Singgah Blogwalking....:)

    jemput baca entri tentang masalah "wanita"
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/06/hilangkan-keputihan-dengan-alfalfa.html

    ReplyDelete
  7. @sue sue Terima kasih sudi singgah.. :)

    ReplyDelete
  8. saya tak ingat ada tumbuh gigi bungsu ke idak ...

    ReplyDelete