Monday 17 March 2014

Officially 23

Assalamualaikum w.b.t..


Alhamdulillah.. Masih diberi kesempatan dan dipanjangkan umur hingga ke detik ini. Hari ni (17 Mac) secara rasminya aku sudah memasuki usia 23 tahun.. Cepatnya masa berlalu.. kadang-kala ada juga perasaan takut untuk menempuh hari-hari esok.

Dulu masa kecik rasa macam tak sabar nak besar, tapi bila dah besar rasa macam nak kecik balik.. kihkih.. mesti semua orang pernah rasa macm tu kan..

 "Ya Allah, kurniakanlah kepadaku cinta yang sebenar-benarnya cinta terhadapMu. Kurniakanlah kepadaku cinta orang yang mencintaiMu. Dekatilah aku dengan apa jua yang boleh menjadikan aku mencintaiMu ya Allah dan jadikanlah cintaku terhadapMu lebih berharga dari setitis air bagi orang yang benar-benar dalam kehausan" Amiinn..
(Doa Rabiatul Adawiyah)


 

Sunday 16 March 2014

Bintang Untukmu

Assalamualaikum w.b.t..


Alhamdulillah... setelah beberapa lama tidak hujan, sejak semalam hujan turun membasahi bumi.. Ucpkanlah syukur padaNya.. Esok Isnin kembali lagi. Sudah hampir memasuki minggu ke-6 aku berpraktikal. Last aku publish entri Minggu Ketiga, lepas tu stop. Rasa macam tak complete pulakan.. Tapi memandangkan beberapa minggu ni tiada apa-apa aktiviti yang menarik ataupun bahasa mudahnya "keep repeating the same task" =.= so there's nothing interesting to story about.




 


Bintang yang aku petik minggu ni.. hehe.. Disebabkan minggu ni langit kelihatan suram diselaputi jerebu, so I made my own star. 

Kupetik bintang untuk kau simpan
Cahayanya terang, berikan kau perlindungan
Sebagai pengingat teman, juga sebagai jawapan
Semua tantangan
#eh








Thursday 13 March 2014

Lukisan Alam

Assalamualaikum w.b.t..


Alhamdulillah.. masih diberi kesempatan untuk terus bernafas di Bumi Allah ni.. Macam mana hidup korang? gembirakah? sedihkah? kecewakah? Walau apapun yang kita rasa, perjuangan dan hidup mesti diteruskan.  Jom sama-sama hayati bait-bait kata dalam lagu ni:



Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitu aturan Tuhan

Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang didasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam sukar.. hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang.. awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya

Usah mengharapkan kesenangan
Dalam perjuangan perlu pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
 Begitu ajaran Tuhan

Dalam diam.. taburkanlah baktimu
Dalam tenang.. buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
Dalam jiwamu itu
Suburkanlah sifat sabar
Didalam jiwamu itu

*****************************

Bila dengar lagu-lagu spiritual macam ni, rasa terpujuk hati. Hakikatnya nak memujuk dan menasihati diri sendiri itu tak sesenang memujuk dan menasihati orang lain. Kenapa memujuk orang lain lebih senang daripada memujuk diri sendiri? kerana hanya kita yang tahu apa yang kita rasa, walau sejauh mana kita menafikannya, kita tetap tidak mampu menipu diri sendiri. Dunia sekarang begitu penat dan tenat. Setiap kali pejamkan mata seolah-olah terbayang-bayang kedamian yang dulu. Sekarang buka sahaja mana-mana rangkaian sosial, media eletronik mahupun media cetak bermacam-macam cerita, kisah menjadi perbualan daripada sekecil-kecil sperm hinggalah ke sebesar kapal terbang. Apa yang lebih menyedihkan terlalu ramai yang lebih suka menjadi hakim dan mengadili pentas dunia ini melalui kaca mata mereka, jika berlaku percanggahan pendapat maka kata-kata cacian dan maki hamun menjadi makanan. Tapi... hakikatnya juga tak semua orang akan fikir apa yang kita fikirkan. Warna-warni manusia, baik, jahat, miskin, kaya itu juga lukisan alam.. bukan?


I'm thinking of having a quite life.. that can bring a peace inside..

v.v





Monday 10 March 2014

Pray For MH370

Assalamaualaikum w.b.t..


Seperti yang kita sedia maklum sekarang kecoh tentang kehilangan pesawat MAS MH370 tanpa dapat dikesan. Setelah 2 hari namun kehilangannya masih menjadi tanda tanya. Namun, ini bukanlah masanya untuk kita menyalahkan dan menunding jari kepada sesiapa. Hentikan spekulasi-spekulasi yang tidak berasas dan doakan yang terbaik semoga mereka semua selamat.. v.v


#PRAYFORMH370


 

Wednesday 5 March 2014

Tingkatkan Metabolisma Badan

Assalamualaikum w.b.t..


Pagi tadi berpeluang buat ujian komposisi tubuh badan dimana kita boleh mengetahui jumlah lemak, air, otot, tulang yang membentuk komposisi tubuh badan kita. Memandangkan beberapa bulan ni aku berat aku sedikit naik, memang agak takutlah nak timbang. Stress tau bila berat naik. :( Lagipun memang dah jarang exercise sekarang ni.  So, hasil daripada test tu alhamdulillah semuanya masih dalam keadaan normal, tak ada kurang, tak ada yang terlebih tapi aku punya tahap metabolisma agak rendah. Disebabkan sekarang ni memang kurang aktif, kebanyakkan makanan yang aku makan lebih banyak ditukarkan kepada lemak lah kot walaupun komposisi otot masih lagi banyak daripada komposisi lemak.

Metabolisma adalah keupayaan tubuh untuk membakar sejumlah tenaga atau kalori bagi mengekalkan fungsi-fungsi asas tubuh. Metabolisma boleh dipecahkan kepada dua iaitu; catabolisma proses metabolik yang memecahkan molekul-molekul besar dan menghasilkan tenaga manakala proses anabolisma pula proses pembinaan metabolik yang menggunakan tenaga yang dihasilkan oleh proses catabolisma untuk penghasilan molekul-molekul kompleks yang lain seperti protein, lipid, polysaccharide dan lain-lain.

Credit gambar
Oleh itu, metabolisma yang tinggi diperlukan bagi mengurangkan berat badan. Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan bagi meningkatkan kadar metabolisma badan adalah:

1. Elakkan diri daripada kelaparan
Diet yang agresif sebenarnya akan mengurangkan sejumlah besar kalori dalam diet. Hal ini akan mengejutkan badan dan menyebabkan kelaparan. Diet seperti ini juga akan menyebabkan kadar metabolisma menjadi semakin rendah. Cara yang terbaik adalah mengurangkan 100 kcl setiap hari daripada diet biasa kita.

2. Tambahkan protein dalam diet makanan
Protein dapat membantu menambahkan kadar metabolisma badan. Tetapi pengambilan karbohidrat juga penting, cuma kurangkan kuantitinya sahaja. Berbanding karbohidrat, badan akan membakar dua kali ganda semasa menghadam protein berbanding karbohidrat. Ikan merupakan salah satu sumber protein yang baik. Contohnya ikan salmon mengandungi asid lemak omega-3 yang berupaya meningkatkan jumlah enzim pembakar lemak dalam badan.

3. Makan setiap 3 jam
Semakin kerap kita makan, semakin tinggi kadar metabolisma badan. Makan kerap dengan makan banyak tu adalah 2 perkara yang berbeza. Kerapkan makan dalam kuantiti yang sedikit dan elakkan daripada kurang makan tetapi dalam kuantiti yang banyak. Amalan skip sarapan akan menggalakkan seseorang untuk mengambil makanan dalam jumlah kalori yang banyak pada waktu tengah hari. Hal ini boleh menyebabkan berat badan seseorang naik.

4. Minuman
Antara minuman yang boleh meningkatkan kadar metabolisma badan adalah minuman berkafein seperti kopi dan teh hijau. Bagi yang tidak gemarkan minuman berkafien, susu soya juga merupakan minuman yang dapat membantu membantu meningkatkan metabolisma badan kerana ianya tinggi dengan protein. Amalkan juga pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

5. Tidur yang cukup
Kajian mendapati, tidur yang kurang menyebabkan kadar metabolisma menurun, meningkatkan selera makan dan risiko obesiti dan kenaikkan berat badan. Tidur yang cukup adalah sekitar 6-8 jam sehari. 

7. Bersenam
Bersenam merupakan cara yang terbaik dan efektif untuk membakar lemak yang berlebihan di dalam badan

Sumber.


Masih dalam tahap yang sihat.. hehe..

Tuesday 4 March 2014

Cuti lagi..

Assalamualaikum w.b.t..


Hari ni sangat meletihkan.. Hari Jumaat lepas sepatutnya hari terakhir menghantar final FYP report. Biasalah sepanjang praktikal ni berapa kali je terusik tambah-tambah pulak dah sampai rumah mestilah keletihan. Jadi Jumaat lepas aku ambil cuti sekali nak pergi hantar report tu. Sampai ke petang masih tak complete walaupun dia punya main body daripada introduction sampai ke conclusion dah siap. Masih nak kena touch up. Kemudian aku decide nak hantar hari Isnin sebab ada member batch aku post kat facebook cakap minggu depan (minggu ni) still boleh hantar asalkan tak lewat sangat. Bila tanya member satu kelas lain pulak katanya. Adooii.. Pening den.. *_*

Akhirnya dengan tergesa-gesa aku print je mana yang ada. Dah siap print tunggu bas nak pegi hantar kat kampus. Nak dekat pukul 6 petang baru sampai kampus maklumlah orang balik kerja jalan mesti jam. Berjaya hantar hari tu, tapi rasa tak sedap hati pulak sebab ada yang tak complete, lagipun markah diberi masa hantar comb binding, bila dah buat hard cover nanti yang tu memang yang dah dibetulkan. Disebabkan ketidakpuasan hati malam semalam aku mesej ketua bahagian tempat aku praktikal untuk mintak half day, sebab pagi tadi aku nak pegi lagi sekali ke kampus. Alhamdulillah dibenarkan.. tapi tup-tup pagi tadi aku rasa macam nak kena off lagi sekali hari ni sebab terlalu banyak yang perlu ditambah dan dibetulkan. Terpaksa juga tebalkan muka, mesej lagi sekali ketua bahagian tanya boleh tak kalau aku nak off lagi sehari hari ni.. >///< lepas tu mesej masuk.. "esok kamu isi borang cuti.." ffuuuuhhh... nasib baik. Tak adalah terkejar-kejar sangat macam tu.

Then bertapalah aku kat library dari pagi sampai petang sampai lupa tak makan lagi. Dah setel semua dalam pukul 4 gerak balik rumah. Cuaca panas, beg berat, bukan main lagi aku bawak baju spare kalau masuk office ingat nak tukar baju lain, maklumlah perancangan nak off half day je kan.. Langkah kerumah aku dah rasa terketar-ketar dah.. Balik rumah hantar laptop dulu, sebab laptop ni lah yang buat aku rasa macam nak pengsan, berat sangat. Dah hantar laptop kemudian keluar balik. Ingat nak beli makanan kat pasar malam, tapi pasar malam tak buka lagi, perut dah berdondang sayang. Akhirnya mamak pun mamak lah.. Air suam pun da 50 sen. errrkk.. tercekik.. =='

Dah sampai rumah keletihan, tak sedar bila masa terlena. Apa-apa pun lega rasanya.. berbaloi juga aku tebalkan muka mintak cuti lagi sehari.


Bak akata junior aku.. "akak.. degree dah dalam tangan.." perrgghh.. confident je kau.. haha.. InsyaAllah.. Semoga perjalanan ini dan seterusnya diberkati olehNya..

Sunday 2 March 2014

February Top 10 Komentator

Assalamualaikum w.b.t..


Bulan lepas aku tak sempat nak buat entri penghargaan kepada mereka-mereka yang rajin komen kat blog aku ni disebabkan sedikit masalah yang melanda. Alhamdulillah untuk kali ni dapat juga menerbitkan entri penghargaan buat kalian-kalian sekalian. So, lets check it out! ^,<
















Jutaan terima kasih diucapkan kepada mereka dan semua yang sudi singgah kat sini. Bulan lepas aku hanya menghasilkan 11 entri sahaja, jadi aku harap semoga bulan ni aku akan dapat menghasilkan entri dengan lebih banyak daripada bulan lepas. Oleh itu apa lagi, jom kita terjah ke blog-blog mereka untuk membaca entri-entri terbaru yang menarik daripada mereka.. ;)











Cara Permohonan Internship

Assalamualaikum w.b.t..



Berikut adalah komen yang ditinggalkan di blog aku beberapa hari lepas. Jadi entri ini dibuat bagi menjawab pertanyaan saudari ffrzz tersebut.

Sebenarnya aku memohon internship di NIOSH secara manual sahaja bukanlah atas talian. Terlebih dahulu sediakan resume/curriculum vitae dengan menyediakan maklumat yang selengkapnya, padat dan ringkas. Bersama cv tu lampirkan sekali cover letter daripada institusi anda belajar sekarang. Kemudian hanya poskan ke Bahagian Sumber Manusia (Human Resource) NIOSH, alamatnya boleh dicari dalam Google search.

Semasa memohon aku tidak spesifikkan bahagian mana yang ingin dipohon, alhamdulillah dapat bahagian Occupational Health (OH). Selain bahagian OH, anda mungkin juga boleh ditempatkan di bahagian-bahagian lain seperti safety (bahagian ni mostly lelaki), Industrial Hygiene, makmal dan lain-lain mengikut course masing-masing sebab ada juga pelajar yang praktikal sebagai setiausaha dan juga di bahagian sumber manusia. So far, aku hanya mengikuti projek-projek yang dijalankan oleh bahagian OH sahaja. Antara projek dibawah OH adalah medical surveillance, total health promotion dan beberapa lagi aktiviti lain yang aku kurang pasti sebab setakat sebulan ni aku cuma sempat mengikuti projek medical surveillance sahaja.

Diharap entri ni dapat membantu dan menjawab pertanyaan saudari ffrzz tersebut.. :)