Tuesday 22 November 2011

Today learning proses..

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah.. exam da sampai ke penghujungnya..
Cuma tinggal satu paper je lagi esok iaitu Biology Human Disease (BHD).
Anyway ape yg aku dpt conclude tuk exam kali ni.. hmmm... I don't know... just wait and see coz spt apa yg aku ckp sblm ni I'm not going to be over confident especially selepas medical biochemistry semalam..heheheh..:P

Yg da lepas tu biarkan lepas, so skrg ni hanya boleh doa utk yg baik2 sahaja.. bnyk mana pun rezeki aku kali ni, sama ada sedih atau gembira tuk diterima kalau da ditetapkan mcm tu aku terima je.. hidup perlu diteruskan, jgn terlalu meratapi perkara yg sudah berlalu.. kerana masa depan yg menunggu lebih sukar dan mencabar utk ditempuh... setiap apa yg kita lalui adalah satu pengajaran dan proses mematangkan diri kita utk kita terus berfikir yg terbaik utk diri kita seterusnya dan juga utk masa akan dtg. Setiap kali rasa mcm give up dan putus harapan aku cuba ingatkan diri aku bahawa ini adalah yg terbaik utk diri aku walaupun kadang kala hakikat yg terpaksa diterima tu pahit utk ditelan.. insyaAllah semuanya akan baik2 sahaja..bersangka baik la utk mendapat sesuatu yg baik.. InsyaAllah...

Hmmmm... sambil2 baca note BHD ni aku tertarik dgn satu penyakit ni yg boleh kita kaitkan dgn kita punya environment sedikit sebanyak.. walaupun mungkin rare kat Malaysia ni tapi bukan kah "prevention is better than cure".. it's about Filariasis and elephantiasis. Filariasis is a parasitic and infectious tropical disease, that is caused by thread-like filarial nematode worm a.k.a filariae. Parasit ni akan ddk dalam lymph node of their host dan sampai satu tahap menyebabkan elephantiasis iaitu pembengkakan pada bahagian badan terutamanya bahagian lower limb ataupun lebih dikenali sbg kaki gajah. Hal ini disebabkan oleh obstruction of the lymphatic vessel oleh parasit tadi tuh. huh.. dasar parasit!

This disease is cause by the worms Wuchereria bancrofti, Brugia malayi and Brugia timori yg dibawa oleh nyamuk aedes, culex and anopheles. Yang menakutkan nya elephantiasis ni bkn saja boleh berlaku pada bahagian kaki tapi juga blh infect bahagian genital dan juga breast. Berlakunya enlargement of the testes  and breast walaupun nnt mgkin mereka akan recover tp the disability adalah permanent, bengkak tu ttp juga xkan surut dan they need to carry it for the rest of their lives. Juga harus diingat bahawa manusia adalah host yg paling baik bacteria mahupun parasit boleh survive because of our suitable body temperature. That's why la selain tuk elakkan parasit2 yg mcm ni kita juga disyorkan utk mengambil albendazole ataupun ubat cacing dlm setengah tahun sekali utk mengelakkan cacing bermaharajalela didalam perut kita. And now, I'm alert about it! sebab kita tak tahu apa yg kita mkn tu sama ada kotor atau bersih especially makanan yg kita selalu mkn kat kedai2, warung2 tepi jln tu, tahap kebersihannya macam mana. One story to share, adalah lebih kurang 2 hari lps, aku dan member2 aku ni p la mkn kat luar, waktu ptg, lps ujan, kononnya saja2 la nak pekena masakkan pns lepas ujan. Time tunggu mknan kitorg tu disediakkan, sambil2 tunggu dpt la tgk tv, sekali ada sekor tikus melintas kwn aku tgk punyalah terkejut! waaaa... tikus..!tom and jerry..tp tom xde. Dan sekali lg tikus tu melintas, kali ni aku sendiri yg tgk, dia bwk anak dia kat belakang adalah lebih kurang 3 ekor beratur sambil gigit ekor masing2 die buat mcm kereta api.. mak aaiiihhh... bela tikus upenye.. selama ni kita mkn mcm mana ye..hmm.. I don't know.. jgn lpas ni ada yg terkena kencing tikus sudah.. Premis2 makan mcm ni kena alert la kan, xkn nk biarkan the pests bermastautin kat situ pulak. Kat luar cantik, tp kat dlm kita tak tahu..oohhh... that's why i don't like mkn kat luar tp dlm situasi bljar sekarang ni xleh nak elakkan.. 

Bagi aku pemilihan mknan tu adalah paling ssh.. cnthnya mcm mana kita nak elakkan drpd mkn mknan yg kurang minyak sdgkan kalau mkn kat kedai2 kebanyakkan mknan berasaskan mskkan bergoreng, minyak tu xyah ckp la, boleh tapis guna lagi sekali, dan minyak tu pulak yg gantikan kuah. So, kat sini ada 2 situasi; KEBERSIHAN dan juga PEMAKANAN yg sangat2 x dititikberatkan oleh masyarakat kita sekarang. jadi, x heranla kalau Malaysia da msk ranking antara negara yg mengalami kadar obesiti yg tinggi di asia tenggara. Siang, mlm, pg, ptg duk mkn je keje.. sbb tu bnyk kedai2 mknan yg membangun bagaikan cendawan tumbuh selepas ujan... Mkn itu perlu tp mungkin kedai2 mkn ni patut sedia menu yg lebih berkhasiat plg tidak pun kurangkan penggunaan minyak dlm masakkan. Kebersihan pulak satu isu yg rasanya agak serius.. aku perhatikan selalu sepanjang jln nk p pasar mlm, sampah berlonggok-longgok xde pun yg peduli, so apa fungsi majlis perbandaran sdgkan tu kwasan dia.. tapi kita xleh hrpkan golongan tu semata-mata utk buat kerja mereka, kita juga patut memainkan peranan jgn buang sampah merata-rata (juga igtkan diri sendiri). yang kedua hygiene.. masyarakat kita mmg low. Hari tu aku naik bas mini, selamba je mak cik kat dpn aku tu meludah dr bas mini tu dan semlm pun aku tgk ada sorg bdk ni meludah ikut suka hati dia je kat tepi jln.. I'm just..... oohhh... ..................... x tahu k ckp apa.

Utk kita kekal sihat perkara yg plg penting adalah kebersihan dan kebersihan tu bermula dari diri sendiri..
By the way sebelum aku akhirkan tuk entri kali ni nak share cite yg aku baca tittle Rumah kecil di ujung padang written by Noor Suraya. Hal ni mengisahkan seorang perempuan yg bernama Durrah yg pd mulanya terlampau meletakkan harapan yg tinggi pd abg angkatnya (mubin) utk mengahwini dia dan mereka pun bertunang sebelum mubin melanjutkan pelajaran ke Jepun. So, dlm proses menunggu tu, dia masih belajar dlm tingkatan 5. Apa yg aku nk kongsikan perspeksi Durrah ni, dia fikir utk apa dia belajar tinggi2 sedangkan cita2 dia hanya utk menjadi isteri dan ibu kpd anak2 Mubin sehingga membuatkan dia mendapat keputusan yg paling corot dlm SPM. X sampai 3 tahun Mubin pergi, Durrah mendapat telegram drpd Mubin "Durrah, lupakan aku.." what..????
Conclusion nya jgn terlampau mengharap sesuatu yg belum menjadi miik kita.. kerana walau bagaimana kita merancang pun tapi tuhan yg menentukkan.X salah Durrah berharap dan berfikir begitu, tapi apa yg kita harapkan terjadi tu belum tentu kita dpt duga dan dpt jangka.. hidup ni biarla punya banyak matlamat sekurang-kurangnya jika satu matlamat kita gagal tidaklah kita hilang arah tuju bagai layang2 ditiup angin...

sekian...


Wednesday 2 November 2011

Anjing punya pasal..

Assalamualaikum w.b.t



Vroommm... vroommm...
Sebaik aku sampai kat pondok jaga, sebuah bas mini da terlepas..
Huuu~~~ nasib la nak kena tunggu bas lain..

Tunggu dalam 15 minit bas lain pun sampai. Macam biasalah, pandang belakang semua adik beradik, sepupu-sepapat Salman Khan.. "=.=
Tapi mujur, ade seat kosong.. lalu aku duduk bersama cik skele.. konpemla muat, sbb cik skele ni boleh dilipat! hahah... jgn marah yang.. guro je..
Perjalanan menaiki bas mini hari ni tidaklah terasa jauh, laju ler pulak pak cik ni 'rempit'.

Sampai je ke destinasi, tempat yg kitorang nak turun.. teeeetttt... loceng bas ditekan. Turunlah kami menyambung perjalanan yg tak berapa nak jauh tu. Bas mini sudah meninggalkan kami menyambung perjalanannya dengan meninggalkan asap hitam berkepul2, sampai buntut bas mini pun dah tak nampak. Kami menapak melewati sebuah bengkel. "Eh, ada anjing" cik skele bersuara. Oh no.... hampir! dah la suka membuang najis merata-rata. Aku dan cik skele berjalan pantas! takot juga kalau dikejar.. skali lagi suara halus cik skele menyapa gegendang telingaku.. "eh, anjing tu nak kejar kita ke??" aaaarrrgggghhhhhhh... aku ape lagi.. menapak seribu langkah! nanti tak pasal2 kena samak! aku berlari sambil menjerit bagaikan disampuk jin anjing.. sempat lagi aku membaling beg yg aku galas ke atas jalan raya. Sebaik aku pandang belakang, anjing tu tak kejar pun.. Patutlah cik skele tak lari. Dia cuma bangun dan memandang kearah kami. Ooooiii.. hang cik skele, kasi aku panik eh?? pa daaaa... nasib baik tak ramai sgt org masa tu, kalau tak malu jugak aku menjerit-jerit mcm tu. huh!

ni la anjing2 yg aku maksudkan tu. Gambar curi dari jauh! hahah..

Cuba korang fikir, tiap2 hari kitorang lalu ikot laluan tu dan kitorang tau tau yg anjing2 tu suka lepak kat situ. Tapi kitorang boleh guess sebab taik2 anjing tu mmg bersepah-sepah. Time lalu tu kitorang da pun terpijak bekas dia?? Ni antara masyarakat yg tak menjaga sensitiviti.. tak tau ke ramai student melayu yg lalu kat situ tiap2 hari.. hissshhh.. tolonglah.. please take care of ur dog!

Lepas terkena sawan anjing tu.. terus masuk lab Microbiology.. 

Yang pakai tudung hitam ni la cik skele yg aku maksudkan tu...

 ~Setiap detik pasti akan ada memori yg terpahat. Sama ada suka atau tidak. Memori dan waktu memang sukar dipisahkan ibarat irama dan lagu..~

Tuesday 1 November 2011

Hujan oh hujan..

Assalamualaikum w.b.t



Hujan lagi malam ni. Turunnya hujan spt susu yg mencurah-curah ke ladang gandum. Bukan sepatutnya kat kawasan pantai timur ke yang hujan sekarang, x sangka lak kawasan pantai barat tumpang sekaki. tup2.. yang banjirnya belah utara.. huuuu~~~ nasib la.. kalau sampai berpindah-randah. Alhamdulillah la setakat aku hidup 20 tahun ni, xpernah lagi la aku merasa ddk di penempatan sementara mangsa2 banjir.. bila da banjir, air masuk lam umah habis la segala barang2. Larat nak ganti perabot tiap2 tahun?? so, kalau da mcm tu xyah la duk beli perabot lain. Kumpul duit, p wat umah lain.. haha.. senang nya aku ckp. Sesenang ABC.. xde la.. takziah la aku ucapkan kpd mangsa2 banjir dan bakal mangsa2 banjir. Semua ni adalah sebahagian ujian drpd Allah s.w.t. Tapi apa2 pun keselamatan nyawa dan jiwa tu lebih penting drpd segalanya. Rosak sofa boleh beli lain, hilang nyawa xdak ganti.. no.. no..no...

tapi apa yg penting hujan yg turun ni disebabkan aku nyanyi kuat2 tadi bkn disebabkan..


mr froggy aku yg comel ni sbb aku da sumbat,kasi dia duk lam almari awal2 lagi..
lagi pun mr. froggy ni bisu. kesian kan..

Masa time kanak2 ribena dulu, time hujan ni la yg paling best. Entah bape helai pakaian sehari nk kena tukar. Mana x nye duk asek p main hujan je.. last2 mak membebel.. bese la tu. T bila aku jadi mak aku pun nak beleter jugak.. haha.. balas dendam ke ape.. huhu.. gurau je sayang.. anak mak jgn takot ye.

p/s: huh.. cam x de motif entri malam ni. Nak p tido je la. babai..