Tuesday, 17 January 2017

Food Truck Dataran Merdeka

Assalamualaikum w.b.t..

Kalau entri sebelum ni pasal Steamboat & Grill CVU IPata Kuala Terengganu, untuk entri yang ni pasal Food Trucks Dataran Medeka pulak. Sebenarnya entri ni dah berminggu dalam draft tapi satu perkataan pun tak tertaip. 😡😔

Awal bulan Disember lepas, lepas balik kerja kitorang merayap pergi cari barang-barang untuk Program Back To School. Dah alang-alang duk berkeliaran kawasan Jalan TAR dan Sogo, just stay sampai lepas Maghrib sebab Food Trucks ni buka hujung minggu dari petang sampai malam je. (Ke pagi Ahad ada buka? Entah... Tidak ketahuan hamba..)



Best ke makanan kat sini? Alaaa.. biasa-biasa je. Western, air big cup, ayam gunting dan adalah beberapa makanan yang heavy sikit, laksa tak jumpa pulak. Haha. Lagipun Food Trucks nya tak banyak sangatpun. Food Trucks Tapak berdekatan KLCC tu lagi banyak variasi makanan kot. Tapi kalau datang untuk lepak malam-malam, beriadah ke okaylah sebab kat kawasan padang depan Kelab Diraja Selangor tu boleh jugak main buih besar, helikopter ke, atau nak duduk santai-santai kat padang rumput tu (kalau tak hujan. Kalau hujan padang berlecak).



Kitorang just beli ayam gunting, oblong dengan air big cup je. Tu pun kongsi tiga orang. Hehe.. 😂 
Lepas tu duk tengok budak-budak main kat padang tu jap. Nak dekat pukul 10 bertolak balik. Penat oooo... Mana tak nya, dah sepetang ukur Jalan TAR dan Sogo.

Lagi malang nasib sampai rumah kunci rumah tertinggal lam bilik sebab tergesa-gesa sangat keluar lepas balik kerja. Call housemate dia pun balik lambat pasal ada Barbeque kat Klang. 😭 Maka bertapalah aku kat kedai makan tepi block ni, order air teh 'o' limau suam. Sekali hujan turun dengan lebatnya. Hujan yang sejuk dan teh 'o' limau suam dan layan radio saluran Klasik FM. 

Kau rase? 😂

Steamboat & Grill CVU IPata

Assalamualaikum w.b.t..

Hai.. Happy New Year 2017! Walaupun dah masuk minggu ke-3 tahun 2017 masih tak terlambat kan untuk wish? 😂 Dah lama tak update blog ni nak mulakan ayat pun tergagau-gagau rasanya. Untuk post pertama tahun ni aku cuma nak share satu tempat makan steamboat and grill kat Kuala Terengganu. Haaa.. Mana yang rasa tak berkemampuan nak pegi Seoul Garden tu bolehlah try cari tempat makan yang macam ni. Kenyang, sedap yang penting murah ok!

CVU IPata ni terletak di Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu landmark dia berdekatan dengan UMT. Atau nak senang waze/google map aje, tapi kalau sistem navigation korang pun terok macam aku tak boleh nak buat apalah. Masa balik cuti Krismas hari tu sepupu aku yang ajak, dah lama tak kuar sama-sama katanya. Plan nak pegi petang, tapi hujan tambah dengan shift kerja dia lambat habis lepas maghrib jugak la kitorang keluar. Risau gak kalau pergi lambat katanya takut dah tak banyak yang tinggal lebih-lebih lagi seafood. Tapi disebabkan time tu baru lepas hujan memang orang tak ramai lagi. Harga satu kepala cuma RM 20 dan boleh makan banyak mana yang korang nak makan dengan syarat tidak membazir. Jika ada lebihan makanan akan di cas RM 10 bagi setiap 100 gram kalau tak silap. So kalau agak-agak tangki perut tu tak besar janganlah ambik banyak sangat, kang tak pasal-pasal kena bayor.


Seafood kat sini pun boleh dikatakan fresh jugakla.. Sebab aku ni ada masalah alergi sikit, kalau makan seafood yang tak fresh lebih-lebih lagi udang ataupun kerang mulala naik simptom-simptom dia. Kalau hidung tak gatal or tak naik jerawat mesti bibir akan bengkak. Tapi kalau aku bab-bab makan ni aku dah tak pantang sangat dah, cuma pantang jumpa je. Kih.kih.kih. 🙊



Decoration kat sini pun cantik, macam konsep dangau buluh beratap rumbia gitu. Malangnya pegi time malam, kamera pulak tak HD dapat gambar berkerak jela.


Lagi satu tips kalau pergi makan secara buffet macam ni make sure korang pergi dengan member-member yang kuat makan okay. So takdela sakit hati tengok makan baru semangkuk dah tersadai. Contoh cam kakak aku, kalau aku balik kampung, dia yang tengah diet pun tak jadi diet. Kahkahkah 😈

p/s: Blogger Ikhwan Yusuff takde masa ni.. Sebab tengah stuggle exam. Takpe nanti ada masa kita belanja okay. 😎