Friday, 15 May 2015

Hilangkan Jerawat Dalam Masa Sehari

Assalamualaikum w.b.t..

Hai semua.. Salam Jumaat. Apa khabar? Sihat? Selalu bila aku check keyword blog ramai yang cari review pasal produk penjagaan kulit dan masalah acne/jerawat. Haaa.. kali ni aku nak kongsi lagi satu cara yang senang untuk menyingkirkan jerawat dalam masa yang singkat. Pedia tu? Sehari? Boleh ke?

Ini diaaa.. Acne patch. Apa ke bendanya acne patch ni??

Sebelum ni aku pernah try satu jenama acne patch (lupa jenama apa) tapi tak begitu memuaskan. But for this one, miacare memang best! Cara nak guna dia sangat senang.
1) Mula-mula bersih muka dan keringkan. Pastikan permukaan kulit tu bersih, dah tak ada sisa2 make up dan sebagainya.

2) Koyakkan satu acne patch. Kalau pakai waktu malam, guna yang untuk penggunaan malam, dan siang guna utk penggunaan siang. Kalau guna untuk malam waktu siang tak apa ke? Better ikut arahan pada label sebab tak pasti ingredient/bahan aktif yang digunakan for night and day tu sama atau tak. Biasanya for night use, bahan aktif yang digunakan tak boleh terdedah kepada cahaya matahari, even physically tengok patches dia tu sama je. Tak ada beza. So, the best is ikut je arahan pada label.

3) Lepas dah tampal pada acne tu, tekan selama beberapa saat. Then, siap! Senang kan?

Yang bestnya acne patch ni ia akan membantu menyerap puss atau isi jerawat dalam masa 8 jam sahaja. Let say, korang pakai waktu malam, pagi esok sebelum mandi tanggalkan dan boleh tengok isi jerawat tu dah melekat pada patch tu. Then yang selebihnya tu boleh dipicit keluar dengan senang.  Lagi satu acne patch ni boleh menolong menutup jerawat pada waktu siang which is lepas dah tampal acne patch tu, boleh make up macam biasa. Memang tak nampak obvious sangat pun.

Miacare acne patch ni melekat pada kulit dengan kuat dan tak mudah tertanggal. Dan sebenarnya untuk miacare acne patch ni terdapat beberapa option iaitu, set untuk penggunaan malam sahaja (18 patches), set untuk penggunaan siang sahaja (18 patches) dan set penggunaan malam dan siang (9 patches for night & 9 patches for day use).

Kat mana nak dapat? Boleh dicari di Watson ataupun Guardian. Dan harganya hari tu aku beli kat Watson dalam RM14 ++ (GST inc).

Selamat mencuba!

10 comments:

  1. Thanks for sharing!! lepas ni nak tros pi grab kt watson!! haha~

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian ini

    ReplyDelete
  3. Menarik... thanks sharing Wawa.. :)

    ReplyDelete
  4. boleh carilah nanti . sis punya jerawat degil amat ...

    ReplyDelete
  5. Rasanya kat Watson tu Ade bnyk Jenis acne patch.... Harga pun OK jgk tu... ;-)

    ReplyDelete
  6. @Cikna Ha'ah.. tapi sy paling suka yg ini.. ;)

    ReplyDelete