Saturday 30 November 2013

Senyum - Susah ke?

Assalamualaikum w.b.t..


Senyum. Mungkin sesetengah orang secara semulajadinya mempunyai wajah yang ketat. Tapi kadang-kadang luaran tidak menggambarkan dalaman. Bila ditegur, diajak berborak tetap ramah dan banyak cakap. Terdapat juga sesetengah orang yang mempunyai wajah yang sedia manis. Tak senyum pun tetap nampak seperti tersenyum. Tetapi sama juga luaran tidak menggambarkan dalaman, manalah tahu rupanya sombong pulakan.. Tapi walau bagaimanapun ekspresi wajah kita, cubalah untuk memberi sekuntum, dua kuntum atau berkuntum-kuntum senyuman sebab tak rugipun. Bukankah senyuman itu juga satu sedekah.





Apa yang ingin aku suarakan disini bukanlah mahu menghentam atau bias pada mana-mana pihak. Tetapi berdasarkan situasi yang terjadi yang patut diambil peduli terutamanya apabila melibatkan perasaan orang lain. Ataupun ianya bukanlah penting untuk menjaga perasaan orang lain? "peduli apa aku bukannya kenal pun." Jika ayat ini terdetik dibenak anda, sah anda mempunyai sindrom. Sindrom "jual-ikan".

Maaf untuk aku katakan, sekali lagi ingin aku tegaskan ini BUKANLAH untuk menghentam mana-mana pihak, tetapi sebagai renungan kita bersama untuk mewujudkan sebuah komuniti yang harmoni dan mempunyai komunikasi yang lebih efektif dengan masyarakat sekeliling.Ya.. memang tak semua seperti ini, tetapi tidak kiralah dimana kita berada dan bekerja cubalah untuk menjaga komunikasi sesama kita supaya sindrom "jual-ikan" ini dapat dielakkan. Berikut adalah situasi-situasi yang berlaku beberapa tahun kebelakangan ini yang dapat aku kongsikan.

Situasi pertama:

Semasa dalam semester 3, kumpulan aku telah ke sebuah agensi yang berkaitan dengan alam sekitar untuk meminta borang-borang yang diperlukan untuk membangunkan sebuah syarikat dan menerbitkan sebuah prototaip. Sebelum itu layanan daripada dua agensi sebelumnya itu tiada masalah, siap terangkan secara terperinci lagi kegunaan setiap borang yang diperlukan tu. Sebenarnya waktu tu kami dalam perjalanan ke kelas, dan hanya singgah untuk meminta borang-borang yang diperlukan. Disebabkan disitu adalah tempat yang terakhir dan sudah lewat untuk ke kelas, kami memang rushing. Masuk dalam pejabat tu tak ada orang dikaunter depan. Kawan aku bagi salam. Tidak lama selepas tu muncul seorang mak cik. Kawan aku pun bagitau nak mintak borang sekian-sekian. Mak cik tu tak bagi respond, tapi hanya memandang dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.. haahh.. sudaahh... adakah kami tersilap cakap? Seminit selepas tu mak cik tu keluar ke kawasan depan dengan muka ketat. Tengok mukapun dah tahu, muka tak puas hati. Ok.. rupanya dia marah dengan cara kami, datang-datang tak perkenalkan diri, terus mintak borang. Aduh.. tak terfikit it's will be a problem. Lagipun kami memang betul-betul rushing. Mungkin betul, disini kami yang silap, tapi sekurang-kurangnya tegurlah dengan cara dan nada yang berhemah lagipun cara kawan aku tu bercakap bukanlah dengan cara yang biadap. Kan boleh ditanya elok-elok. Tambahan pula kami bukanlah selalu berurusan di tempat-tempat seperti itu, kali pertama datang. Kemudian kami dijemput untuk ke sebuah bilik diskusi. Kat sana dia suruh bentang dari A sampai Z tentang projek kami. Macam mana nak buat, material apa nak guna.. aduuhh.. memang lewatlah masuk kelas. Kemudian dia bagi pulak sesi syarahan kat kami. Semua ini demi satu borang. Oh ya, sebenarnya ini hanyalah untuk kerja khusus subjek Enterpreneurship, apa yang sebuah syarikat perlu untuk menjaga kualiti pengeluaran barangan dan juga kebajikan perkerja dalam sesebuah organisasi. Borang-borang ini adalah untuk diletakkan pada bahagian appendices. Bukan nak buat betul-betul, lain kali bagilah orang terangkan kedudukan sebenar dahulu. Tak payah lah serius sangat. Murmuring.. =,= 


Situasi kedua:

Tempat ni aku memang dah aim. haha.. Disebuah pejabat pos. Kebelakangan ni kan asyik berulang ke pejabat pos sebab banyak sangat surat nak kena pos. Yang inipun perempuan jugak. Kali pertama aku pergi kat kaunter ni aku nak beli setem. Aku cakap nak setem 80sen. hah? aku ulang nak setem 80sen. Muka ketat ko.. tak pandangpun orang. Bagi setem dengan balance duit pun nak tak nak je.. touching! Mungkin penat kot. Aku pandang sekeliling, lengang.. kosong.. cubalah senyum sikit kak.. tak rugipun.. lepas tu setiap kali pergi pejabat pos, aku akan cuba avoid daripada pergi kat kaunter tu.. Then hari tu terlepas cakap kat kawan aku, "mak cik tu tak pernah senyumpun.." kawan aku cakap, "ha'ah.. mak cik tu memang macam tu.." ok..

Situasi ketiga:

Baru je berlaku semalam. hehe.. semalam kami kembali ke library DOE untuk menyiapkan tugasan. Tapi nasib tak baik, semalam staff lain yang bertugas bukanlah akak minggu lepas. Dah siap pergi ambil pas pelawat, nak masuk library tu scan pas tu tapi tak boleh. Pintu tak terbuka, mungkin rosak kot. Kitorang pun lambai-lambailah dari luar sambil tunjuk pas tu. Lepas tu staff tu tunjuk tempat pengimbas tu. Masalahnya memang dah scan tapi tak boleh, ke aku yang jakun? =.= Lepas tu dia buka dari dalam dan keluar dari kaunter, dia suruh scan kat pengimbas tu, kami cakaplah dah scan tapi tak boleh. Amboii.. macam marah je, muka ketat mak aiihh... Kawan aku cakaplah, "dia ni marah kat siapa?". Disebabkan tak puas hati dia ambil pas tu dan scan dari dalam. Haaa.. kan dah cakap tak boleh. Lastly dia suruh sorang pergi tukar pas yang lain,dan kawan aku yang lain masuk dulu. Akupun pergilah tukar. Bila dah masuk tu, nak simpan beg dalam loker, dia pandang dan warning ,"bawak buku nota je ye." ok..... :3 Lepas duduk tu kitorang bincanglah, diapun kejap-kejap round. Sambil jeling dengan ekor mata, takut-takut kitorang snap gambar. Kawan aku pun cakap, "emm.. salin jela weh, aku rasa macam tak sedap hati pulak hari ni.." Haha... Kumpulan aku tertinggal kertas kehadiran yang sepatutnya ditandatangan dan dicop oleh staff yang bertugas. Lecturer aku pernah cakap, kat situ boleh fotostat tapi mahal lah, 20sen sekeping. So, kitorang pinjamlah borang dari kumpulan lain untuk difotostat. Sorang kawan aku pergi kat kaunter, tanya boleh tak nak fotostat. Dia ambil. 10minit kemudian dia datang, sambil hulurkan borang yang dah difotostat sambil berkata, "lain kali kalau nak fotostat, fotostat sendiri ye.." kitorang tengok borang tu siap fotostat 3 salinan lagi. Mintak satu, bagi tiga. Nampak tak? haha.. okla.. kita husnuzon, mungkin takut kumpulan lainpun tak bawak borang kehadiran, so bolehla mintak dengan kitorang. Kitorangkan ada banyak lebih.. :3 

Kebanyakkan situasi seperti ini adalah melibatkan pekerja perempuan. Adakah kerana perempuan lebih bekerja dengan emosi?Banyak sangat tekanan di pejabat, di rumah, pms.. Kalau nak cerita semua banyak lagilah lagipun entri ni bukanlah berniat untuk condemn atau burukkan sesiapa. Tapi tepuk dada,tanya diri..Susah ke nak senyum? susah ke nak cakap elok-elok? Senyumlah, maka seluruh dunia juga akan pasti tersenyum kepada kita..




Kenapa susah nak senyum? gigi rongak eh? meow pun boleh senyum. Eh!
;pp


Thursday 28 November 2013

Wajah siapa agak-agaknya?

Assalamualaikum. w.b.t..



Sumber : Facebook

Touching bila baca ayat yang last tu.. Tengok cermin, aku rasa muka aku macam mak, kening macam ayah.. hehe.. alamak.. rindulah nak balik rumah.. sobs..sobs.. T.T Sabar..sabar..

Korang agak-agak muka korang macam siapa? hehe.. ha.. cepat pegi tengok cermin.. :D

Salam Jumaat..




Wednesday 27 November 2013

Rezeki #2

Assalamualaikum w.b.t..


Rezeki lagi.. Alhamdulillah.. tapi entri kali ni aku bukanlah nak kongsi rezeki datang bergolek depan pintu macam semalam.. hehe.. ini rezeki yang dicari..Konsep rezeki itu luas. Semua perkara yang menggembirakan adalah rezeki. Baik kesihatan, ketenangan, kesenangan mahupun masih mampu beribadah kepadaNya juga adalah rezeki. Dan kegembiraan itu wajarlah dikongsi.. ye dok? 

Alhamdulillah minggu lepas dah terima tawaran untuk menjalankan latihan industri atau praktikel. Setakat ni baru dapat reply daripada tempat ni, tempat yang lain aku tak tahu mungkin lambat atau mungkin tak nak layan. Tapi tak banyak pun tempat aku mintak, then dapat juga satu daripadanya memang dah syukur sangat-sangat.





Tempat yang aku dapat adalah di unit Radicare Clinical Waste Management System di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu. Memang terima yang ini je la kot. Lagipun dapat support daripada mak sebab kat Terengganu.. hehehe.. So, internship placement setel! :D

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari

Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.

Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk  kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki  juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.

Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.

Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat. 
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam  badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
  2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
  3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
  4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
  5. Testimoni lelaki - klik SINI
  6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
  7. Pelbagai masalah lain - klik SINI
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan. 


Jom dapatkannya sekarang...

Official Websitewww.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com


Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.

Rezeki

Assalamualaikum w.b.t..





Pagi tadi baca entri pha is pasal laksa negeri so aku pun nak buat entri pasal laksa juga lah.. hahaha.. eh tak ada la.. Sebenarnya aku pun penggemar laksa, memang suka sangat. Tadi baca entri pha is terfikir pulak ye la kan dah lama tak pekena laksa. Biasa pekena laksa kat kafe sebelah fakulti aku. Tapi sekarang dah lama tak menjengukkan diri di fakulti, maklumlah dah tak ada kelas, tu yang asyik berjimba je tu, padahal tak sedar diri FYP tak siap lagi.. kalau dapat syok jugak ni.. tapi malangnya kat kawasan rumah sewa aku ni, kalau tak hari pasar malam memang susah nak cari. So, terpaksa simpan keinginan. :p

Then lepas Isyak tadi sedang housemate aku bertungkus lumus menyediakan cucur udang, tiba-tiba kedengaran pintu diketuk.. mula-mula was-was sikit nak bukak, maklumlah dah malam kan.. lepas tu dengar suara perempuan bagi salam.. housemate aku bukak, rupanya mak cik depan rumah hantar makanan.. macam tau-tau je tengah lapar.. hihihi.. nak tau mak cik tu bagi apa? mak cik tu bagi laksa penang.. haha..  senyum je.. :D Tiba-tiba rezeki datang bergolek depan pintu rumah pulakkan.. 

Gambar kat atas tu hiasan je.. tu gambar time makan kat kafe yang aku cakap tu entah bulan berapa.. dan sekarang dah jadi cam hobi pulak simpan gambar makanan banyak-banyak dalam phone. Malam-malam time lapar, tengok gambar makanan dalam phone. Bajet boleh kenyanglah kan.. aduhh...!

Monday 25 November 2013

Tekukur Buat Ayah..

Assalamualaikum.w.b.t..







Tekukur berbunyi lagi..
Setia menanti kepulangan ayah
Menegur dan menyapa
Meraikan kepulangan ayah
yang penat membanting tulang
memerah keringat demi kelangsungan hidup keluarga..

Tekukur berbunyi lagi..
Menemani dan menceriakan hari-hari
Sapamu seolah-olah engkau mengerti
Segala pahit jerih hidup yang entah bila akan terhenti
Engkau juga sebahagian daripada kami
Seekor makhluk yang kami kasihi..

Tekukur berbunyi lagi..
Usiamu juga berganti
Begitu juga kami
tidak akan selalu muda
hari tua itu tibanya pasti..

Seiring masa yang bergulir
Garis-garis tua kini menghiasi wajah ayah
Kudrat semakin menghilang
Termenung ayah ditepi jendela usang
Menunggu tekukur berbunyi lagi..

~Fatin Wawa~

......................................


Tekukur.. burung yang ayah bela sejak kami kecil. Melihat tekukur mengingatkan aku kepada ayah; seorang yang sukakan binatang. Dulu.. sewaktu kecilku, setiap kali ayah pulang, pasti disambut oleh bunyi-bunyian tekukur. Seolah-olah juga gembira menyambut kepulangan ayah. Lalu diagah-agah oleh ayah untuk terus berbunyi. kruu..kruu..kruu.. (betul kot bunyi macam ni..) hehe.. Sewaktu kecil, seekor tekukur telah terlepas, namun beberapa hari kemudian tekukur tersebut pulang semula ke rumah. Mungkin kerana merindui tuannya.. Tapi sejak setahun yang lepas sudah tiada lagi tekukur dirumah... Seekor telah dicuri. Motif kecurian? sebab bunyinya yang nyaring dan sedap. Sebenarnya yang itu sudah ramai yang minta nak beli daripada ayah. Tapi ayah tak mau jual. Akhirnya diambil dengan cara yang haram.. 

Macam tak ada keje lain kan.. burung pun nak dicuri.. 



Sunday 24 November 2013

Doa dan tidur..

Assalamualaikum w.b.t..


Semasa tidur dan didatangi mimpi yang menakutkan, sememangnya meresahkan jiwa. Dulu masa sekolah aku sering didatangi mimpi buruk pada malam jumaat (mungkin kerana perasaan takut). Mimpi yang sampai sekarang aku masih ingat semasa di tingkatan 2 aku pernah bemimpi melihat orang dibunuh dan dagingnya disiat-siat. Berhari-hari jugalah aku terbayang-bayang mimpi tersebut. Sangat tragis! Jadi disini aku ingin kongsikan beberapa amalan yang boleh kita amalkan supaya terhindar daripada gangguan mimpi-mimpi yang menakutkan.

ZIKIR SEBELUM TIDUR

Apabila Rasulullah S.A.W mahu tidur ditempat tidurnya pada setiap malam, Baginda merapatkan dua tapak tangannya lalu ditiupkan dan dibaca:

  • Surah al-Ikhlas
  • Surah al-Alaq
  • Surah al-Nas
Kemudian dengan dua tapak tangannya, Baginda mengusap tubuh yang dapat dijangkau.Dimulai dari kepala,wajah dan bahagian tubuh hadapan. Baginda melakukannya sebanyak 3 kali.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

DOA SEBELUM TIDUR



Maksudnya : "Dengan namaMu Ya Allah, aku hidup dan mati"
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



 DOA APABILA KETAKUTAN DALAM TIDUR




Maksudnya: "Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemarahanNya, seksaanNya, dan kejahatan hamba-hambaNya, dan godaan syataitan (bisikannya) serta jangan sampai mereka datang kepadaku.
(Riwayat Abu Daud dan al-Tarmizi)


Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: 
"Mimpi yang baik adalah daripada Allah, sedang mimpi (buruk) adalah daripada syaitan. Apabila seseorang daripada kamu bermimpi yang disenangi, janganlah dibicarakan kecuali kepada orang yang senang mendengarnya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tindakan yang boleh dilakukan oleh seseorang yang bermimpi buruk:
  • Meludah ke kirinya, tiga kali.
  • Minta pertolongan kepada Allah daripada godaan syaitan dan kedasyatan mimpinya, tiga kali.
  • Membalikkan tubuh (mengubah posisi).
  • Mengambil wuduk dan bersolat.
  • Mengelakkan daripada bercerita tentangnya.

DOA APABILA MEMBALIKKAN TUBUH PADA WAKTU MALAM (PENGUBAH POSISI)




Maksudnya: "Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah yang Maha Esa, Yang Maha Perkasa, Tuhan yang menguasai langit dan bumi dan apa yang ada diantara kedua-duanya. Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun."
(Riwayat al-Hakim)

DOA BANGUN TIDUR


Maksudnya: "Segala puji bagi Allah yang membangunkan kami setelah ditidurkan-Nya dan kepada-Nya kami dibangkitkan."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

..............................


Inilah antara doa-doa dan amalan-amalan yang dapat aku kongsikan. Semoga dapat memberi manfaat kepada kita bersama. Islam adalah agama yang menyeluruh, setiap apa yang kita lakukan pasti diiringi dengan doa supaya sentiasa dibawah perlindunganNya. Paling tidak pun dahulukan dengan "Bismallah" diawal setiap pekerjaan. :)



Tajuk : Doa & Zikir Harian
Susunan: Ustaz Zaharan Mohamed
Terbitan : Telaga Biru (2008)
Harga : RM6.00 (SM)
           RM8.00(SS)
Doa-doa ini dipetik daripada naskah Doa dan Zikir Harian Ustaz Zaharan Mohamed terbitan Telaga Biru. Didalam naskah kecil ini terdapat banyak doa-doa harian yang dapat kita amalkan. Aku tertarik dengan tulisan kat atas tu "Hadiah buat diriku yang sering lupa dan ingin mencari keredhaan Allah." Tulisan inilah yang menarik aku untuk membeli naskah kecil ini. Jadi kepada sesiapa yang belum memilikinya cepat-cepat cari dikedai buku berhampiran anda! (da macam promoter pulak.) ;D






Saturday 23 November 2013

Johor kembali bercuti pada hari Jumaat?

Assalamualikum w.b.t..

Atas perkenan Sultan Johor dikhabarkan Johor kini telah mula mengambil cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu bermula 1 Januari tahun hadapan. Sebenarnya sebelum tahun 1994, Johor juga merupakan salah sebuah negeri yang juga memngambil cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu selain Terengganu, Kelantan dan Kedah tetapi setelah itu telah menukarkan cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad. 

Gambar kredit kat sini.

Seperti yang kita maklum Jumaat adalah penghulu hari dan juga salah satu hari yang paling afdal untuk berdoa. Bagi aku cuti hari Jumaat sebenarnya membawa banyak kebaikkan. Selama aku hidup 22 tahun dan tinggal di negeri Terengganu, hari Jumaat adalah hari yang paling dinanti-nantikan. Kalau dulu sebab utamanya pastilah kerana cuti umum. Di Terengganu hari Jumaat biasanya kebanyakkan orang akan bercuti. Hari Jumaat mak akan berada di rumah sepanjang hari tidak seperti hari-hari yang lain.

Dulu masa sekolah setiap hari Jumaat Dewan Makan pasti menyediakan menu yang sedap-sedap dan membuka selera. :D Memang jaranglah tak turun makan pada hari Jumaat, kalau boleh siap nak tapau lagi! Dalam keluarga aku sendiri pun hari Jumaat merupakan hari untuk keluarga berkumpul, menyediakan makanan dan makan beramai-ramai. Hari ini dipilih kerana pasti semua orang bercuti. Usai solat Jumaat kami akan berkumpul dan makan tengah hari bersama-sama dengan saudara mara yang lain (rindunya.. dah lama tak makan sama-sama..).

Dan yang paling penting, kaum muslimin tidak tergesa-gesa untuk menunaikan solat Jumaat. So, tiada alasan kat situ untuk tidak pergi solat Jumaat kerana tak sempat. Selalu aku perhatikan, ketika keluar membeli makanan pada hari Jumaat, pasti ramai golongan-golongan yang masih melepak di kedai makan sehingga habis khutbah dan solat Jumaat.. Tidak malukah? Oh, itu lah yang dikatakan jadi diri sendiri barangkali.. tidak perlu hipokrit. =.= Tapi kita yang tengok ni terasa malu.. macam mana tu? Kalau aku yang jadi tuan kedai mungkin aku akan rasa bersalah membiarkan mereka-mereka ini melepak dikedai  aku sehingga mengabaikan kewajipan. 

Sambil-sambil tu aku bisik kat kawan aku:

"Jangan cari calon suami yang macam ni.. tak pergi solat Jumaat.."

:)

Tugasan

Assalamualaikum w.b.t..

Semalam kali pertama menjejakkan kaki ke perpustakaan Jabatan Alam Sekitar di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Presint 4 Putrajaya. Tugasan ini merupakan tugasan terakhir (mungkin) bagi subjek Environmental Impact Assessment (EIA) dan giliran kumpulan aku untuk membuat rujukan di sini adalah pada hari Jumaat. Kitorang diberi masa selama 3 minggu untuk menyelesaikan tugasan ini. Ini bermakna setiap kumpulan akan diberi peluang 3 kali; seminggu sekali untuk membuat rujukan disini.


Gambar Ihsan google


Tajuk yang kumpulan aku dapat adalah Water Supply. Ini bermakna kami perlu meneliti dan membuat review tentang laporan EIA yang telah dibuat oleh environmental consultant terhadap sesuatu projek. Laporan yang telah dipilih adalah berkenaan projek penyaluran air bersih daripada tanah besar ke Pulau Perhentian. 

Setelah siap tugasan ini, sesi pembentangan akan diadakan sebelum study week. Dan around the corner juga adalah pembentangan FYP. Lebih mendukacitakan aku rasa macam dah lama je tak balik rumah jenguk mak ayah.. mengalahkan student oversea pulak.. hmm.. v.v


  

Terbaik Untuk Diri

Assalamualaikum w.b.t...


Tak semua yang kita inginkan kita akan dapat walaupun kadang-kadang kita sudah berusaha keras kearahnya. Sedar hakikat itu,banyak-banyakkanlah mengajar hati aku untuk redha. Menjauhkan diri kita daripada perkara yang kurang baik untuk kita itu adalah yang terbaik. Nak redha tu sebenarnya tak senang. Ambil masa dan cuba kenali diri sendiri. Kadang-kadang kegagalan yang kita dapat adalah kerana kita cuba untuk tiru cara orang lain, bukannya lahir dari apa yang diri sendiri nak. Ingatlah..manusia itu berbeza. Serupa tapi tak sama. Serupa pada rambut, tapi lain pada hati. Lain pada rambut tapi serupa pada hati. Tetap ada lebih dan tetap ada kurangnya.




Potensi setiap insan itu berlainan. Kadang-kadang kita hanya melihat 'lebih' dalam diri orang lain sehingga tak nampak 'lebih' yang Dia berikan kepada kita. Ya.. manusia takkan terlepas daripada judgemental, first impression dan sebagainya.. biarkan sahaja.. untuk kita memuaskan hati semua orang itu tak mungkin. Yang penting kita tahu apa yang kita lakukan. Apa yang kita mahu adalah redha dariNya. Berlapang dada dan terimalah segalanya dengan hati terbuka kerana hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya..



Wallahu'alam.. :)


Friday 22 November 2013

Segmen Tambah Followers

Assalamualaikum w.b.t..



Ok.. aku memang suka join segmen yang simple-simple..
Jom tambah follower lagi.. lagi.. dan lagi..
nak join? klik banner..
Ok, kepada yang datang follow sila tinggalkan link blog anda supaya senang jejak anda dikesan...
:)

Thursday 21 November 2013

Indah ciptaan-Mu

Assalamualaikum w.b.t..





Aku melihat ke dada langit..
Betapa indahnya ciptaanMu Tuhan..
Aku melihat ke dasar lautan..
Batapa indahnya ciptaanMu Tuhan..
Aku melihat pohon-pohon melambai..
Terliuk-lentuk, ke kiri ke kanan dibuai angin petang..
Sekali membuai diriku..

Nikmat-Mu melimpah ruah..
Lalu apa lagi yang bisa memalingkan diriku dari-Mu?
Aku manusia yang khilaf, lalai dan mudah alpa..
Namun hatiku kosong tanpa terisi kalam dari-Mu..

Aku mencari diri
Didalam refleksi diri sendiri..
Siapakah diriku di pandangan-Mu?
Terasa kerdilnya diri ini tanpa rahmat-Mu
Terasa kosongnya diri ini tanpa kasih sayang-Mu..

Tuhan..
Isilah segenapa jiwaku dengan asma' Mu..
Tuntunlah hatiku meraih redha diatas jalanMu
Supaya hidupku tidak binasa
Supaya matiku tidak sia-sia
Supaya hidup dan matiku
Sentiasa dalam rahmat dan keredhaanMu..

:')

Salam Jumaat..
Jangan lupa Al-Kahfi ya..
~Fatin Wawa~
18 Muharam 1345 H
Syukur padaMu YA Allah diatas ketenangan ini.. 





Wednesday 20 November 2013

Fobia dan Panik

Assalamualaikum w.b.t..


Fobia adalah satu keadaan yang tercetus hasil daripada sesuatu kejadian, persekitaran yang dirasakan tidak selamat dan terancam, keadaan yang boleh menimbulkan ketidakselesaan sehingga menyebabkan seseorang itu menjadi panik. Terdapat banyak jenis fobia contohnya boleh tengok kat sini.

AGORAPHOBIA




Agoraphobia adalah fobia terhadap tempat terbuka ataupun tempat yang sibuk (crowd). Selain itu ada juga sesetengah memanggilnya enochlophobia atau demophobia (Eileen Bailey, 2009). Fobia apabila berada dikhalayak ramai sama ada berada di mall, majilis-majlis, ketika berada di jalanan atau pun ketika berada dirumah kawan-kawan dan saudara mara sehingga mencetuskan perasaan panik. 

Hal ini boleh terjadi disebabkan beberapa perkara, namun kebiasaannya seseorang itu akan mengalami agoraphobia apabila:

  • Berasa hilang punca (sesat atau tidak tahu untuk menyampuk apabila berada disekililing orang yang banyak cakap, atau terasa diabaikan apabila berada didalam crowd). 
  • Ditindas dalam erti kata lain selalu di condemn.
  • Berasa sukar untuk bernafas (hyperventilate).
  • Berasa tidak selamat apabila berada disekeliling orang yang tidak dikenali.
  • Berasa diri mereka kecil dan tidak penting apabila dikelilingi oleh orang ramai.

..................................


Semalam aku ada pertandingan carrom. Bilik kecik dan ramai orang. Mungkin aku tak ada lah fobia seperti diatas, tapi aku sering sakit kepala apabila berada dikhalayak ramai, dan kalau boleh memang aku akan avoid daripada kawasan yang terlampau ramai orang. Salah satu sebab sampai sekarang aku jadi fobia nak join apa-apa competition adalah aku akan hilang fokus apabila orang tengok apa yang aku buat. =,= Peristiwa yang menjadi pencetus kepada keadaan ini semasa di sekolah rendah aku mewakili sekolah dalam pertandingan badminton, tapi pada hari pertandingan disebabkan ramai sangat orang yang menonton rasa nervous, hilang fokus, semua perasaan ada. Sampai shuttlecock yang datang tu pun aku rasa aku tak nampak. Lagi la bila orang ramai-ramai bersorak aku rasa macam bermimpi, terawang-awangan.. Dimanakah aku?? Bila ingatkan situasi tu aku dah tak rasa nak join apa-apa pertandingan. Jadi lepas tu aku lebih suka join pertandingan yang tidak mempunyai unsur-unsur sorakan contohnya melukis dan menulis, satu keadaan yang tidak mengganggu fokus.. yang penting boleh mengelakkan gangguan daripada sorakan a crowd of people.

Mengutip daripada kata-kata Albert Einstein "I hate crowds and making me speechless."

p/s: Fobia pada janji, apakah term yang sesuai? promisephobia? ;p


Tuesday 19 November 2013

Review : Gulai Pisang Ikan Masin

Assalamualaikum w.b.t..



Tajuk : Gulai Pisang Ikan Masin
Penulis : Szalies
Terbitan : Jemari Seni (2011)

SINOPSIS:

Kenangan I :

"Memang dasar lembiklah kau ni! Macam pondan.. itu pun dah nak nangis, cubalah tahan sikit!"
"Mana ada budak jantan yang nak kawan dengan dia. Itu fasallah dia pun lembik macam perempuan!" Kata Leman Kemek sambil ketawa.

Kenangan II :

"Oiii... lembam, kau cari apa tu?" tanya Atan Gemuk sambil mengunyah tebu.
"Amboi, ko tengok tu! Bukan main sombong lagi labi-labi sekor ni. Aku tanya pun tak nak jawab!" Leman Kemek menongkat basikalnya.
"Ipin!" Mereka menjerit nama Ipin serentak.
"Adoiiii!!!" jerit Ipin kuat; sambil menyapu mukanya yang berlumuran 'krim' betik.

Ipin atau Ariffin, sentiasa dibuli oleh Leman Kemek, Jemair, Pejai dan Atan Gemuk. Salmah, Hanim dan Latifahlah menjadi heroin yang selalu menyelamatkannya. Hidup dia sentiasa diuji. Dia kehilangan emaknya ketika berusia 12 tahun. Dia terpaksa berhenti sekolah dan menjaga ayahnya yang dikatakan gila. Bagaimana Ipin dapat menghadapi liku-liku hidup yang penuh dengan ujian ini sehingga dewasa? 

Oh ya, macam mana pula akhir kisah cintanya dengan heroin Kampung Sempadan Hulu, Cik Tipah Loyar tu? Amboi, tak padan dengan lurus bendul, ada hati dengan anak ketua kampung!


...............................................


Aku baru je habis khatam novel ni pagi tadi. Memang lawak menggeletek, terkekek-kekek aku gelak baca novel ni. Tapi disebalik komedinya terselit juga kisah sedih. So untuk entri kali ni aku nak buat review sikit pasal novel ni.

REVIEW:

Merupakan sebuah novel kemasyarakatan yang mengisahkan hidup seorang anak kampung bernama Ipin (Ariffin) yang terpaksa menempuh hidup yang penuh berliku-liku. Berlatar belakang masyarakat kampung, kehidupan suka duka dikampung Ipin bersama-sama rakan-rakannya. Semasa zaman kanak-kanak Ipin selalu menjadi bahan buli rakan-rakan sekampungnya, tetapi selalu mendapat pembelaan daripada Latifah (Tipah) anak orang kaya kampung. Ipin hanya berkawan baik dengan tiga orang budak perempuan kelasnya Latifah, Hanim dan Salmah. Semasa berada di sekolah rendah ayahnya tidak semena-mena jatuh sakit, hilang ingatan dan menjadi gila. Selepas bapanya sakit emak Ipin mengambil alih segala tugas dan tanggungjawab bapanya. Emak Ipin seorang yang sabar dan tabah menghadapi dugaan dan ujian yang menimpa hidup mereka. Ipin selalu menjadi bahan buli dan ejekkan budak-budak kampungnya kerana mempunyai seorang bapa yang dikatakan gila. Semasa berusia 12 tahun ditakdirkan emaknya telah meninggalkan mereka buat selama-lamanya. Bermula saat itu Ipin yang lembik dan selalu menangis apabila dibuli itu terpaksa membuat keputusan yang sukar dalam hidupnya. Ipin terpaksa berhenti sekolah semasa darjah 6 dan terpaksa bekerja demi menyara hidupnya dan bapanya. Ipin seorang anak yang bertanggungjawab dan rajin berusaha. Dengan berkat usaha dan kerajinannya tanpa mengenal erti penat dan putus asa, lama kelamaan sedikit demi sedikit Ipin berjaya mengubah hidupnya dan pandangan orang kampung terhadap keluarganya. Dan tiba-tiba juga setelah berpuluh-puluh tahun seperti orang hilang akal dengan tiba-tiba juga selepas satu kejadian bapanya telah pulih seperti sedia asal. Apakah yang menyebabkan bapanya sakit dan menjadi seperti itu? Yang pasti ada kisah disebalik 'kegilaan' bapanya itu.

Bagi aku 'Gulai Pisang Ikan Masin' ni memang best! ^_^




Monday 18 November 2013

Makan-makan

Assalamualaikum w.b.t..


Masih lagi berjimba.. Hmm..nak buat macam mana, data yang nak dianalisis masih belum sampai.. ╮(╯_╰)╭

Esok bermulanya Hari Sukan bagi fakulti aku (19-25 November), sukan ni diadakan setiap tahun yang merangkumi sukan indoor dan outdoor. Hari tu aku bagi nama untuk masuk carrom tapi entah macam mana termasuk dalam catur bestari pulak. Tapi sekarang ni rasa confuse nama aku entah ada ke tidak? Ok.. tak payah fikirlah kot, training pun tak pergi.. kekekke.. ;p

Kali ni aku nak update pasal makan-makan lagi. Makin stress makin kuat makan pulak jadinya. Yang ni minggu lepas punya cerita. Tapi kali ni aku tak keluar sorang-sorang la, aku pergi dengan dua orang member aku. Lepas kelas hari tu tiba-tiba dorang ajak keluar. Kajang-Serdang taklah jauh sangat. Naik tren lebih kurang RM1.10 ja.. Destinasi kami..

Naik bot dulu..






River Cruise The Mines, Serdang

Ok.. dah sampai.. sekarang kita cari tempat makan pulak. 

Sebenarnya kalau datang sini kitorang memang suka datang untuk makan je, kadang-kadang datang semata-mata nak beli pretzel Aunt Anne.. hehe.. Kalau kat sini lebih dekat dari MidValley

Lepas masing-masing duk tunding jari suruh decide nak makan kat mana akhirnya kata sepakat memilih untuk makan kat Sweet Chat Cafe. Hmm.. manis je kau bercakapkan.. Kat sini ada certain makanan yang boleh guna kad siswa. Tengok-tengok harga dia pun ok.. sedap pun sedap.. Dia punya Mee Kari memang sedap. Nasib kurang baik petang tu, kawan aku order mee kari dah habis. Nak potongan punya pasal aku order..
Spaghetti Bolongnese
Hmm.. asyik makan spaghetti je kan.. Sebenarnya aku tak de la suka sangat spaghetti ni.. (Ceehh.. cover..cover..) Haha.. tak la sebab spaghetti ni dapat potongan. Barang on sale, sapa yang tak nak kan.. :p
Tapi spaghetti bolongnese kat sini biasa-biasa je, tak de la sedap sangat. Aku bagi 3/5 bintang je.. Tapi serius tengok pulut kuning + gulai ayam kawan aku.. peerrgghh... memang terangkat. Katanya rasa macam makan pulut kuning time kahwin nasib tak de orang bersilat je kat depan... Hahahah..!
Untuk setiap bil RM60 keatas akan dapat durian crepe percuma. Kawan aku yang sorang lagi ni punya semangat nak durian crepe percuma dah siap-siap order dessert lagi.





Tudiiiaaaa.... gambar 3 magkuk kat depan tu. Sila abaikan spaghetti yang kat depan tu ye.. Tapi serius dessert dia memang sedap. Nama ape-ape ntah aku tak ingat lah.

Cincau + Ais krim + durian


Santan durian + kacang merah


Ais kacang + durian
Dessert dia ni memang sedap! Then tak lama lepas tu datang waiter bawak durian crepe.. dengan yakinnya member aku ni cakap.. "dah lebih nampuloh ni.. dapat percuma durian crepe.." hehe.. Makan..makan.. sembang..sembang.. pompang..pompang.. dah habis semua. Panggil waiter mintak bil... Sebenarnya....

Campur semua-semua yang kitorang makan ni tak sampai pun nampuloh ringgit.. Aiikk.. apesal dapat durian crepe percuma gak.. haha.. nak tahu kenapa?? tu pasal member aku tu buat muka seposen. Kalau aku jadi manager tu pun tak dapat nak tolak ke-seposen-an muka nya tu.. (eh.. sorry Fana, terkutuk pulak..) :p Tapi sebenarnya rasanya sebab student kot..

Perut kenyang, mata mengantuk.. Sebelum balik jalan-jalan jap.. Member singgah beli pretzel Aunt Anne dengan jeruk buah.




Oh ya.. Takoyaki kat sini pun sedap dan murah. Kalau tak silap aku lebih kurang RM4 ringgit je satu set. Tapi hari tu tak jumpa pulak, mungkin terlepas pandang. 

Sementara menunggu bot sampai member aku tu tegur.. "Eh, Atin datang semata-mata untuk makan je..??"
Ye la.. tadi cakap nak makan je kan.. hehe.. Nak tahu kenapa dia tanya macam tu? sebab lepas habis makan kat Sweet Chat Cafe tu aku tak beli apa-apa.. Nak beli apa, perut dah kenyang.. Lepas balik tu, tak terus balik rumah, last-last terlencong kat tempat orang main boling lak.. teman kawan aku selection untuk sukan nanti.. Aku tak main ke?? Pakai baju kurung mcam ni nak main, buatnya tersembam malu setahun. Lagipun main untuk suka-suka boleh la.. mana tak nya asyik masuk longkang je. Fade up guwa! ~(=,=)~





Sunday 17 November 2013

Cukupkah tidur anda?

Assalamualaikum w.b.t..






Kepala dah pening-pening.. kalau tengok cermin konfem muka dah macam cik panda. O.O

Tidur berkualiti itu amat penting. Tidur berkualiti hanya boleh kita dapat pada waktu malam. Jadi tak heranlah bila orang cakap "saya tidur untuk cantik.." Yela.. kalau nak bandingkan orang yang cukup tido dengan orang yang tak cukup tido memang boleh nampak perbezaannya. Tido malam yang cukup, paginya kita pasti akan bertenaga, muka pun nampak segar je.. Kalau tak tido malam memang serius rasa sangat malas nak pegi kelas sebab permulaan hari (pagi) pun dah semacam. =.= Kalau sem lepas aku selalu stay up buat proposal FYP. Sem lepas-lepas selalu stay up buat assignment dan study. Hmm.. bunyi macam terbaeeekkk je kan. Tak.. Bukan macam tu, sebenarnya aku memerlukan waktu yang sunyi untuk buat kerja. Time semua orang dah senyap, baru boleh buat kerja.

Lagi haru bila esoknya exam malam tak boleh tido. Sebenarnya aku memang selalu mengalami masalah susah tido. Malam tadi aku mengalami migrain yang maha hebat, kepala berdenyut sakit sangat, sampai terasa panasnya. Alhamdulillah pagi ni dah ok.. Kadang-kadang jeles tengok orang yang senang tido, letak je kepala terus terlelap.. jeles.. v.v Aku nak tido yang berkualiti tak nak jadi burung hantu. Pagi-pagi lagi aku mesej mak, lepas tu mak call. Mak tanya aku "tak tido ke?" hmm..

KEPENTINGAN TIDUR YANG CUKUP

Tidur yang cukup membantu tubuh untuk berfungsi dengan sempurna. Tidur yang nyenyak dan mencukupi akan memberi kesihatan fizikal yang baik, panjang umur dan keseimbangan emosi. Antara kebaikkan tidur yang cukup:

(1) Tidur akan memperbaiki sistem imunisasi dan badan akan kekal sihat. Hal ini kerana sewaktu tidur badan akan mengeluarkan molekul protein yang berfungsi untuk mencegah jangkitan dan serangan bakteria.

(2) Tidur boleh merendahkan kadar kolesterol dan tekanan darah serta mengelakkan penyakit jantung.(-_-")

(3) Tidur boleh melegakan dari tekanan dan menjadikan badan lebih tenang. Tubuh badan yang tidak cukup rehat boleh mempercepatkan proses penuaan. (alamak..!)

(4) Tidur boleh memperbaiki daya ingatan dan pemahaman, dan menjadikan otak lebih segar untuk memproses pengetahuan dan pengalaman baru. 

(5) Tidur boleh membantu mengawal hormon dan membantu mengawal selera makan. 

(6) Badan memproses glukosa sewaktu tidur. Jika tidak cukup tidur, glukosa akan gagal diproses dan boleh menyebabkan kencing manis. Oleh itu pastikan tidur mencukupi supaya glukosa dapat diproses dengan baik. 

(7) Tidur mempengaruhi mood pada waktu siang. Individu yang tidak cukup tidur akan terdedah kepada kemurungan, kerisauan dan emosi yang tidak sihat. Oleh itu pastikan kita mendapat tidur yang konsisten dan mencukupi kerana gangguan waktu tidur dapat menjejaskan kualiti dan aktiviti hidup seseorang. (sangat setuju!)


Ok.. aku insaf.. ~(-_-~)

p/s: Disebabkan migrain malam tadi entah apa-apa yang aku merapu.. hmm.. my bad!

Saturday 16 November 2013

Damba Kasih

Assalamualaikum w.b.t..






Semakin jauhku dariMu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh Tuhan yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandanganMu

Semakin cubaku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
 Oh Tuhan yang Maha sempurna
Kerdilnya diriku dipandanganMu

Bagaimanakah nantinya
Tika berhadapan denganMu
Sudikah Kau menerima hambaMu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan 
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayangMu
Oh Tuhan..

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapatku hampiri gerbang syurgaMu
Oh Tuhan yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksaMu
Oh Tuhan

Kasih sayangMu Tuhan
Itu yangku dambakan
Dengan rahmatMu ampunilah diriku..

Bagaimanakah nantinya
Tika berhadapan denganMu
Sudikah Kau menerima hambaMu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Dikala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayangMu
Oh Tuhan.. 

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapatku hampiri gerbang syurgaMu
Oh Tuhan yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksaMu
Oh Tuhan..


................................


Syahdu.. T__T










Thursday 14 November 2013

Bukan Hanya Sekadar Cerita

Assalamualaikum w.b.t..


Sedapnya cekodok ni.. Tiba-tiba rindu membuak-buak teringat kat rumah. Mendung-mendung, hujan-hujan camni memang sedap pekena cekodok panas-panas yang mak buat (sebenarnya kat rumah aku yang suka buat cekodok) sambil menghirup kopi 'O' panas.. huuummm...

Ok, kembali ke alam realiti.

Realitinya aku disini, diatas kerusi ini. Mengadap laptop. Alhamdulillah dah seminggu dapat internet percuma daripada celcom yang sepatutnya expired pada 8 November lepas. Ok, sekarang aku dah percaya cakap adik aku... hari tu bukan main lagi aku cakap dia menipu bila line broadband dia tak mati-mati.. =,= Sori brroooo...






Tiba-tiba ada gambar novel pulak.. hahaha... Aku baru je habis baca buku ni semalam. Ramlee Awang Murshid antara penulis kesukaan aku. Kalau nak dibandingkan jenis novel aku lebih suka novel genre Thriller daripada jenis yang Romantik. Apa yang dapat aku katakan setiap penulisan beliau selain daripada ilmu pasti ada sesuatu yang dapat kita fikirkan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Aku mula meminati hasil tulisan Ramlee Awang Murshid beberapa tahun lepas semasa menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kumpulan 1/siri 6 tahun 2009 selepas meminjam novel yang bertajuk Cinta Sang Ratu (Laksamana Sunan) daripada seorang rakan then lepas tu terus ikuti perkembangan cerita-cerita Laksamana Sunan.. Walaupun kadang-kadang fantasi mengatasi realiti tapi InsyaAllah tetap akan ada input yang berguna kerana ceritanya bukanlah hanya sekadar CINTA. :)

MAGIS

5 watak daripada novel-novel sebelum ini Laksamana Sunan (Bagaikan Puteri-Sunan Musafir), Ryu-Watanabe (Hatiku Di Harajuku), Mikhail (Mikhail), Carlos (Mandatori) dan Ejim (Tombiruo) yang telah terheret ke satu dunia Magis- dunia di hujung waktu, dunia di mana segala peradaban manusia telah terhakis, nafsu dan kuasa menjadi tunjang dan agama mula di lupakan. Dunia dimana manusia mementingkan keduniaan semata-mata. Kehidupan yang mengabdikan diri hanya kepada dunia seolah-olah mati itu tiada. Yang hak diperangi, yang batil disanjung-sanjung.. Hanya iman dan takwa yang mampu menyelamatkan segalanya.. 

Magis.. adakah sebuah mimpi?? Jika difikirkan banyak yang ingin disampaikan oleh penulis disitu..;)

Setiap yang hidup itu pasti akan mati, dan hari Kiamat itu pasti akan terjadi.

Wallahu'alam..