Saturday, 2 March 2013

Aktiviti awal bulan..#1

Assalamualaikum w.b.t..


Menunggu awal bulan sememangnya melelahkan. Tapi bila masuk je satu haribulan muka masing-masing, mak aiiihhh... tak yah cakap la, berseri-seri. Termasuklah aku. hehe! So semalam 1 Mac, setiap satu haribulan kitorang memang suka keluar, maklumlah elaun dah masuk. Oh, jangan salah faham ye, bukan keluar berjoli tapi keluar untuk membeli barang-barang keperluan. 
#iye la tu.. :ppp

1Mac 2013

Kelas start pukul 9pagi sampai 12 tengah hari. Biasanya 3 jam tu memang dimanfaatkanlah, jangan harap boleh keluar awal, maklumlah lecturer part time.. 
Dah habis kelas tu apa lagi, semua bertebaran untuk menjayakan agenda masing-masing. Ada yang nak pergi tukar baucer buku, ada yang nak balik rumah, ada yang nak pergi jalan-jalan cuci mata dan ada juga yang tak ada arah tujuan

Habis je kelas tempat yang dituju adalah Metro Kajang sebab nak mengisi poket yang dah kontang di kaunter atm. Fenomena biasa dihari Jumaat, budak-budak sekolah ramai yang lepak-lepak dalam mall, lepak-lepak dekat foodcourt. Dalam kepala kitorang "mak tak masak ke kat rumah??" =.="
Ok.. Mungkin mak dia bekerjaya, sibukkan, so bagi je duit kat anak, makan kat luar. Memetik kata-kata kawan aku sewaktu kitorang duk menyantap kat foodcourt tu.. "aku rasa macam dah kat kantin sekolah dah.." haha!






Aneka kek dan pencuci mulut yang boleh dijadikan pilihan..


Then dalam pukul tiga petang, kitorang gerak ke KTM Kajang dengan menaiki bas mini yang selalunya dipenuhi warga-warga asing. Fuh!  =.=
Selesai je membeli tiket tren untuk ke Mid Valley, aku tertunduk-tunduk mencari purse didalam handbag untuk menyimpan baki wang yang telah digunakan. Memang susah sikitlah nak cari sebab dalamnya macam-macam ada, dah macam poket Doraemon dah! tiba-tiba... terdengar suara menegurku.. aku segera berpusing.. Ohmygod!! 
Tak.. bukan pakwe lama ok..cuma seorang kawan. Dormmate aku masa kat Kolej MARA Kulim dulu.. rasa excited lebih sikit sebab selalu kalau aku keluar susah sikit nak jumpa atau terserempak dengan kawan-kawan lama. Tapi seriusly tak sangka boleh terserempak dengan dia kat situ, dah la beberapa hari sebelum tu aku ada terfikirkan dia. 

Tujuan aku keluar sebenarnya sebenarnya nak pergi MPH,boleh tukar baucer buku tapi bila tengok betapa ramainya orang terus terbantut niat dihati. Lagipun tak ada nampak apa-apa yang menarik pun..




Rehat jap sambil makan Pretzel bersama Nash.. Sori FQ tak ajak hang, cari-cari tak jumpa.hehe..

Lastly dalam pukul 9 malam jugaklah mula bergerak pulang, tunggu tren balik Kajang.. masing-masing dah kepenatan.! 


Masa duk dalam tren tu sempat lagi ambil gambar kek yang aku beli tadi.. tahan la pulak, tak kemek langsung.. hmmmm....




Sampai je hostel, perut berdondang sayang.. lapar la pulak.. So, kirim kat roomate aku beli burger Radin. Fuhh.. serius sedap. Kak Dani.. betulla burger Radin sedap.. hehe..

Last but not least..apa jadi dengan kek yang aku beli tu.. kenapa tak makan kek tu jekan..





Tadaaa... kek ni boleh melekat! haha! actually ni adalah magnet berbentuk kek.. haha.. serius nampak sedap. Bau dia pun dah macam kek dah. Tidak sesuai untuk kanak-kanak dibawah 3 tahun.



#banyak benda sebenarnya nak taip, tapi malas.. haha..so...

To be continue... ;)))

2 comments: