Assalamualaikum w.b.t..
Mencuri sedikit masa meng"update" blog. Ada satu perkara yang ingin aku kongsikan dan perlu di ambil perhatian..mungkin anda, anda dan anda pernah mengalami situasi seperti ini. Aku sendiri pun ini bukalah pertama kalinya, tapi kali pertama aku ambil serius benda ni.. perrgghhh.. bunyi saspen je kan.. rileks..rileks.. baca sampai habis apa yang aku nak cakap ni..ok..
Awal bulan hari tu aku kepelikkan apesal pulak elaun aku bulan ni macam short (tak cukup). Ye.. pernah terjadi perkara yang sama beberapa sem yang lepas. Tapi masa tu aku buat bodoh je, tak de terfikir nak siasat apa yang terjadi walaupun perasaan pelik bermain-main dalam fikiran. Bajet kaya la sangat... then bulan ni perkara yang sama terjadi lagi.. OhMyGOD!! kali ni dengan perasaan tak puas hati, aku nekad nak selidik apa yang sebenarnya terjadi???
Jumaat minggu lepas aku ke cawangan bank yang berdekatan nak mintak penyata bank..tapi terpaksa tunggu sehari bekerja baru dapat. Maknanya Isnin lah baru aku boleh pergi ambik, tapi Isnin tu aku tak pergi sebab banyak kerja. Memandangkan hari ni tak de kelas so aku ambik la kesempatan pergi sekejap. Sampai je kat kaunter pertanyaan aku cakap kat akak tu nak ambik penyata bank yang aku mintak minggu lepas.. then akak tu tanya aku "Kenapa baru datang ambik?"
=,= orang banyak hal la.. tapi tak de la aku cakap macam tu.. heee~~ aku senyap je.
Teliti punya teliti ada satu hari tu dia tulis kat situ dua kali aku withdraw duit dari ATM. Rasanya sekali je..atau aku yang lupa?? banyak kali jugak la ulang alik masuk bank tu.. sampai mamat jual broadband yang duk bertenggek depan bank tu pun naik pelik.. "tak penat ke ulang alik??"
Hah! menyibuk! suka hati la..tau jeles sebab kitorang buat tak layan je bila dia nak promote dia punya broadband.. kalau orang nak, dah lama la orang beli. Aku menyampah jugak kadang-kadang dengan ajen-ajen yang menyakitkan hati ni.. hari tu dah pernah terkena sekali. Minta maafla.. aku dah tak percaya lah kat orang yang buat promosi tepi-tepi jalan macam ni..
Ok, sambung cerita balik.. akak kat kaunter tu tanyalah aku ada tak cuba withdraw duit kat ATM bank lain, tapi duit tak keluar? ada.. tapi bukan hari tu.. tu hari lain.. then akak tu suh aku isi borang aduan.. lepas keluar dari bank tu baru lah ingatan aku kembali.. yup!! awal bulan hari tu aku ada cuba nak ambik duit kat ATM dalam The Mines masa pergi Big Bad Wolf bookfair dengan kawan aku tapi urus niaga tak dapat di proses..
Ya.. puncanya kat situ.. kadang-kadang perkara macam ni terjadi, bila kita cuba nak keluarkan duit tapi urus niaga tak dapat diproses.. better pegi check jumlah yang tinggal serta merta kat mesin lain sebab takut duit dia tetap tolak tapi duit tak keluar. Itu sebenarnya terjadi.. =.=
Kalau perkara macam ni terjadi cepat-cepat call bank tersebut atau pergi kat kaunter buat aduan dengan segera. Aku ni dah berminggu-minggu baru sibuk nak buat aduan. Segalanya lambat!
So, berhati-hati ye..
No comments:
Post a Comment