Thursday 25 May 2017

Don Hu Jurassic Park Garden, Muar

Assalamualikum w.b.t.

Taman Jurassic ni terletak di Kampung Sabak Aur, Muar, Johor. Kawasannya taklah sebesar mana, tapi banyak jugaklah dinosaurnya, baik karnivor mahupun herbivor. Dinosaur ni boleh berbunyi tau kawan-kawan. (Eh eh.. apasal bunyi macam rancangan Didi and Friends lak ni.. 😅). 

Opocot! 😅




Sebenarnya kawasan ni baru je dibuka. Masa kunjungan awal April 2017 yang lepas masuk adalah percuma. In case kalau korang jumpa post ni tahun 2020 dan dikenakan bayaran masuk maka janganlah kecam sis sebab bagi maklumat yang salah ye. Manalah tau nanti dorang nak tambah dinosaur yang terbang pulak ke.. Tempat ni highly recommended untuk bawak anak-anak bersantai waktu cuti. 


Yang peliknya budak penakut ni tak takut la pulak. 😆 

Semasa melayan bunyi dinosaur tu mama pun berkata; 
"Aku rasa malam ni mesti ada orang mimpi.."
"Ermmm.. aku pun rasa macam tu.."

Esoknya mama cakap malam tadi Along mengigau. Aku tanya, 
"Along mimpi apa malam tadi?"
"Along mimpi kena kejar dengan dinosaur yang leher panjang tu.."

Adoi. Dah agak dah! 😅

Monday 8 May 2017

Ladang Teh BOH Sungai Palas, Cameron Highland

Assalamualaikum w.b.t..

Serius rindu nak datang sini lagi.. I love the morning scenery and the peaceful feeling. 💜💙











Highland Apiary Bee Farm

Kelulut - Highland Apiary Bee Farm
Bunga - Highland Apiary Bee Farm




Taman Eko Rimba, Bukit Nanas Kuala Lumpur

Assalamualaikum w.b.t

Hutan Lipur Bukit Nenas merupakan satu-satunya kawasan hutan asli jenis Dipterokarp Pamah yang masih wujud di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Hutan lipur ini dahulu dikenali sebagai Hutan Simpan Bukit Weld dan merupakan Hutan Simpan yang tertua di Semenanjung Malaysia. Keunikkan hutan lipur ini adalah disebabkan kedudukannya yang strategik di tengah-tengah Kuala Lumpur dan di kelilingi oleh "Hutan Konkrit" (bangunan) memainkan peranan penting sebagai "GREEN LUNG" di Kuala Lumpur, Taman Hutan, Hutan Pendidikan dan Penyelidikan.1 



Salah satu pintu masuk berhadapan dengan Menara Kuala Lumpur
Untuk masuk ke sini ada dua entrance dan salah satunya korang boleh masuk melalui pintu masuk yang berhadapan dengan Menara Kuala Lumpur. Public transport yang terdekat adalah stesen monorel Bukit Nanas atau LRT Dang Wangi. Tapi agak jauh jugaklah kena jalan dan perlu mendaki sedikit sebelum sampai ke atas.



Sebenarnya to-be-honest tak ada benda sangat pun kat sini. Yang menariknya cuma Canopy Walk tu je dan dapat menikmati suasana kehijauan. Semasa kunjungan aku tempoh hari, keadaan di kawasan Taman-Taman Herba macam kurang terurus, banyak pokok yang dah kering dan hanya tinggal ranting. Walaubagaimanapun kawasan persekitaran masih bersih dan menyegarkan. Waktu lawatan di buka dari 7.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari termasuk cuti umum. Bayaran masuk adalah percuma. Layan jela gambar yang tak seberapa ni.. Huhu. 😎😎






Maaflah gambarnya kejap horizontal, kejap vertical.. 😅😅 Sebab tu aku nyampah ambik gambar dengan camera phone ni. Errmmm.. Last but not least, ok je sebenarnya datang sini, kalau nak beriadah atau saja nak jalan-jalan atas Canopy Walk sambil layan angin sepoi-sepoi bahasa. ✌