Thursday 25 May 2017

Don Hu Jurassic Park Garden, Muar

Assalamualikum w.b.t.

Taman Jurassic ni terletak di Kampung Sabak Aur, Muar, Johor. Kawasannya taklah sebesar mana, tapi banyak jugaklah dinosaurnya, baik karnivor mahupun herbivor. Dinosaur ni boleh berbunyi tau kawan-kawan. (Eh eh.. apasal bunyi macam rancangan Didi and Friends lak ni.. 😅). 

Opocot! 😅




Sebenarnya kawasan ni baru je dibuka. Masa kunjungan awal April 2017 yang lepas masuk adalah percuma. In case kalau korang jumpa post ni tahun 2020 dan dikenakan bayaran masuk maka janganlah kecam sis sebab bagi maklumat yang salah ye. Manalah tau nanti dorang nak tambah dinosaur yang terbang pulak ke.. Tempat ni highly recommended untuk bawak anak-anak bersantai waktu cuti. 


Yang peliknya budak penakut ni tak takut la pulak. 😆 

Semasa melayan bunyi dinosaur tu mama pun berkata; 
"Aku rasa malam ni mesti ada orang mimpi.."
"Ermmm.. aku pun rasa macam tu.."

Esoknya mama cakap malam tadi Along mengigau. Aku tanya, 
"Along mimpi apa malam tadi?"
"Along mimpi kena kejar dengan dinosaur yang leher panjang tu.."

Adoi. Dah agak dah! 😅

4 comments:

  1. Menariklah.. baru tau ni. Klu balik kampung raya nanti boleh singgah klu lalu di sini. Thanks sharing Wawa :)

    ReplyDelete
  2. Wahh! Anak ai kalau tahu ni pasti ajak selalu pegi taman ni nak jumpa 'kawan'..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. budak-budak kalau sekali pegi lepas tu mesti asyik nak pergi..

      Delete