Showing posts with label Johor. Show all posts
Showing posts with label Johor. Show all posts

Thursday, 25 May 2017

Don Hu Jurassic Park Garden, Muar

Assalamualikum w.b.t.

Taman Jurassic ni terletak di Kampung Sabak Aur, Muar, Johor. Kawasannya taklah sebesar mana, tapi banyak jugaklah dinosaurnya, baik karnivor mahupun herbivor. Dinosaur ni boleh berbunyi tau kawan-kawan. (Eh eh.. apasal bunyi macam rancangan Didi and Friends lak ni.. 😅). 

Opocot! 😅




Sebenarnya kawasan ni baru je dibuka. Masa kunjungan awal April 2017 yang lepas masuk adalah percuma. In case kalau korang jumpa post ni tahun 2020 dan dikenakan bayaran masuk maka janganlah kecam sis sebab bagi maklumat yang salah ye. Manalah tau nanti dorang nak tambah dinosaur yang terbang pulak ke.. Tempat ni highly recommended untuk bawak anak-anak bersantai waktu cuti. 


Yang peliknya budak penakut ni tak takut la pulak. 😆 

Semasa melayan bunyi dinosaur tu mama pun berkata; 
"Aku rasa malam ni mesti ada orang mimpi.."
"Ermmm.. aku pun rasa macam tu.."

Esoknya mama cakap malam tadi Along mengigau. Aku tanya, 
"Along mimpi apa malam tadi?"
"Along mimpi kena kejar dengan dinosaur yang leher panjang tu.."

Adoi. Dah agak dah! 😅

Saturday, 23 November 2013

Johor kembali bercuti pada hari Jumaat?

Assalamualikum w.b.t..

Atas perkenan Sultan Johor dikhabarkan Johor kini telah mula mengambil cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu bermula 1 Januari tahun hadapan. Sebenarnya sebelum tahun 1994, Johor juga merupakan salah sebuah negeri yang juga memngambil cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu selain Terengganu, Kelantan dan Kedah tetapi setelah itu telah menukarkan cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad. 

Gambar kredit kat sini.

Seperti yang kita maklum Jumaat adalah penghulu hari dan juga salah satu hari yang paling afdal untuk berdoa. Bagi aku cuti hari Jumaat sebenarnya membawa banyak kebaikkan. Selama aku hidup 22 tahun dan tinggal di negeri Terengganu, hari Jumaat adalah hari yang paling dinanti-nantikan. Kalau dulu sebab utamanya pastilah kerana cuti umum. Di Terengganu hari Jumaat biasanya kebanyakkan orang akan bercuti. Hari Jumaat mak akan berada di rumah sepanjang hari tidak seperti hari-hari yang lain.

Dulu masa sekolah setiap hari Jumaat Dewan Makan pasti menyediakan menu yang sedap-sedap dan membuka selera. :D Memang jaranglah tak turun makan pada hari Jumaat, kalau boleh siap nak tapau lagi! Dalam keluarga aku sendiri pun hari Jumaat merupakan hari untuk keluarga berkumpul, menyediakan makanan dan makan beramai-ramai. Hari ini dipilih kerana pasti semua orang bercuti. Usai solat Jumaat kami akan berkumpul dan makan tengah hari bersama-sama dengan saudara mara yang lain (rindunya.. dah lama tak makan sama-sama..).

Dan yang paling penting, kaum muslimin tidak tergesa-gesa untuk menunaikan solat Jumaat. So, tiada alasan kat situ untuk tidak pergi solat Jumaat kerana tak sempat. Selalu aku perhatikan, ketika keluar membeli makanan pada hari Jumaat, pasti ramai golongan-golongan yang masih melepak di kedai makan sehingga habis khutbah dan solat Jumaat.. Tidak malukah? Oh, itu lah yang dikatakan jadi diri sendiri barangkali.. tidak perlu hipokrit. =.= Tapi kita yang tengok ni terasa malu.. macam mana tu? Kalau aku yang jadi tuan kedai mungkin aku akan rasa bersalah membiarkan mereka-mereka ini melepak dikedai  aku sehingga mengabaikan kewajipan. 

Sambil-sambil tu aku bisik kat kawan aku:

"Jangan cari calon suami yang macam ni.. tak pergi solat Jumaat.."

:)