Assalamualikum w.b.t..
Atas perkenan Sultan Johor dikhabarkan Johor kini telah mula mengambil cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu bermula 1 Januari tahun hadapan. Sebenarnya sebelum tahun 1994, Johor juga merupakan salah sebuah negeri yang juga memngambil cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu selain Terengganu, Kelantan dan Kedah tetapi setelah itu telah menukarkan cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.
Gambar kredit kat sini. |
Seperti yang kita maklum Jumaat adalah penghulu hari dan juga salah satu hari yang paling afdal untuk berdoa. Bagi aku cuti hari Jumaat sebenarnya membawa banyak kebaikkan. Selama aku hidup 22 tahun dan tinggal di negeri Terengganu, hari Jumaat adalah hari yang paling dinanti-nantikan. Kalau dulu sebab utamanya pastilah kerana cuti umum. Di Terengganu hari Jumaat biasanya kebanyakkan orang akan bercuti. Hari Jumaat mak akan berada di rumah sepanjang hari tidak seperti hari-hari yang lain.
Dulu masa sekolah setiap hari Jumaat Dewan Makan pasti menyediakan menu yang sedap-sedap dan membuka selera. :D Memang jaranglah tak turun makan pada hari Jumaat, kalau boleh siap nak tapau lagi! Dalam keluarga aku sendiri pun hari Jumaat merupakan hari untuk keluarga berkumpul, menyediakan makanan dan makan beramai-ramai. Hari ini dipilih kerana pasti semua orang bercuti. Usai solat Jumaat kami akan berkumpul dan makan tengah hari bersama-sama dengan saudara mara yang lain (rindunya.. dah lama tak makan sama-sama..).
Dan yang paling penting, kaum muslimin tidak tergesa-gesa untuk menunaikan solat Jumaat. So, tiada alasan kat situ untuk tidak pergi solat Jumaat kerana tak sempat. Selalu aku perhatikan, ketika keluar membeli makanan pada hari Jumaat, pasti ramai golongan-golongan yang masih melepak di kedai makan sehingga habis khutbah dan solat Jumaat.. Tidak malukah? Oh, itu lah yang dikatakan jadi diri sendiri barangkali.. tidak perlu hipokrit. =.= Tapi kita yang tengok ni terasa malu.. macam mana tu? Kalau aku yang jadi tuan kedai mungkin aku akan rasa bersalah membiarkan mereka-mereka ini melepak dikedai aku sehingga mengabaikan kewajipan.
Sambil-sambil tu aku bisik kat kawan aku:
"Jangan cari calon suami yang macam ni.. tak pergi solat Jumaat.."
:)
lepas ni kalau ada yg bg alasan tak sempat solat jumaat...kita rejam! hehehe :D
ReplyDeletekesedaran bergantung pada diri sendiri.. :)
DeleteAlhamdulillah.. dulu zaman sy sekolah di johor mmg cuti jumaat & sabtu.. baguslah dah kembali ke asal. In shaa Allah berkat kehidupan negeri & rakyat.. aamiin..
ReplyDeleteInsyaAllah.. amiinn..
Deletesalam kenal:)
ReplyDeletejemput singgah blog saye:)
sy dah follow blog awak..
http://annisa-z.blogspot.com
salam kenal.. terima kasih sudi singgah.. :)
Deletekalau tengok dalam buku text sejarah, memang dari dulu lagi johor dah tetapkan cuti hari jumaat...
ReplyDeletebetol2.. jgn cari laki x solat jumaat..
sebenarnya saya pun baru tahu rupanya Johor pun pernah bercuti pada hari jumaat..
DeleteInsyaAllah memang takkan cari yg x pegi solat jumaat.. hehe.. :D
alhamdulillah dah tukar cuti kepada hari jumaat.. rakan sekerja akak yang dah umur 40++ ada yang masih tidak pergi solat jumaat, tak tahu lagi nak nasihat apa..
ReplyDeleteish...mungkin nak tunggu hidayah datang dulu kot akak..hehe.. tapi kita dah nasihatkan dia xmau dengar, selebihnya bergantung pada tuan punya diri la. :)
Deletehehe.. skrg dah takde alasan tak sempat g masjid..
ReplyDeletebetul tu.. :)
Delete