Saturday, 30 November 2013

Senyum - Susah ke?

Assalamualaikum w.b.t..


Senyum. Mungkin sesetengah orang secara semulajadinya mempunyai wajah yang ketat. Tapi kadang-kadang luaran tidak menggambarkan dalaman. Bila ditegur, diajak berborak tetap ramah dan banyak cakap. Terdapat juga sesetengah orang yang mempunyai wajah yang sedia manis. Tak senyum pun tetap nampak seperti tersenyum. Tetapi sama juga luaran tidak menggambarkan dalaman, manalah tahu rupanya sombong pulakan.. Tapi walau bagaimanapun ekspresi wajah kita, cubalah untuk memberi sekuntum, dua kuntum atau berkuntum-kuntum senyuman sebab tak rugipun. Bukankah senyuman itu juga satu sedekah.





Apa yang ingin aku suarakan disini bukanlah mahu menghentam atau bias pada mana-mana pihak. Tetapi berdasarkan situasi yang terjadi yang patut diambil peduli terutamanya apabila melibatkan perasaan orang lain. Ataupun ianya bukanlah penting untuk menjaga perasaan orang lain? "peduli apa aku bukannya kenal pun." Jika ayat ini terdetik dibenak anda, sah anda mempunyai sindrom. Sindrom "jual-ikan".

Maaf untuk aku katakan, sekali lagi ingin aku tegaskan ini BUKANLAH untuk menghentam mana-mana pihak, tetapi sebagai renungan kita bersama untuk mewujudkan sebuah komuniti yang harmoni dan mempunyai komunikasi yang lebih efektif dengan masyarakat sekeliling.Ya.. memang tak semua seperti ini, tetapi tidak kiralah dimana kita berada dan bekerja cubalah untuk menjaga komunikasi sesama kita supaya sindrom "jual-ikan" ini dapat dielakkan. Berikut adalah situasi-situasi yang berlaku beberapa tahun kebelakangan ini yang dapat aku kongsikan.

Situasi pertama:

Semasa dalam semester 3, kumpulan aku telah ke sebuah agensi yang berkaitan dengan alam sekitar untuk meminta borang-borang yang diperlukan untuk membangunkan sebuah syarikat dan menerbitkan sebuah prototaip. Sebelum itu layanan daripada dua agensi sebelumnya itu tiada masalah, siap terangkan secara terperinci lagi kegunaan setiap borang yang diperlukan tu. Sebenarnya waktu tu kami dalam perjalanan ke kelas, dan hanya singgah untuk meminta borang-borang yang diperlukan. Disebabkan disitu adalah tempat yang terakhir dan sudah lewat untuk ke kelas, kami memang rushing. Masuk dalam pejabat tu tak ada orang dikaunter depan. Kawan aku bagi salam. Tidak lama selepas tu muncul seorang mak cik. Kawan aku pun bagitau nak mintak borang sekian-sekian. Mak cik tu tak bagi respond, tapi hanya memandang dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.. haahh.. sudaahh... adakah kami tersilap cakap? Seminit selepas tu mak cik tu keluar ke kawasan depan dengan muka ketat. Tengok mukapun dah tahu, muka tak puas hati. Ok.. rupanya dia marah dengan cara kami, datang-datang tak perkenalkan diri, terus mintak borang. Aduh.. tak terfikit it's will be a problem. Lagipun kami memang betul-betul rushing. Mungkin betul, disini kami yang silap, tapi sekurang-kurangnya tegurlah dengan cara dan nada yang berhemah lagipun cara kawan aku tu bercakap bukanlah dengan cara yang biadap. Kan boleh ditanya elok-elok. Tambahan pula kami bukanlah selalu berurusan di tempat-tempat seperti itu, kali pertama datang. Kemudian kami dijemput untuk ke sebuah bilik diskusi. Kat sana dia suruh bentang dari A sampai Z tentang projek kami. Macam mana nak buat, material apa nak guna.. aduuhh.. memang lewatlah masuk kelas. Kemudian dia bagi pulak sesi syarahan kat kami. Semua ini demi satu borang. Oh ya, sebenarnya ini hanyalah untuk kerja khusus subjek Enterpreneurship, apa yang sebuah syarikat perlu untuk menjaga kualiti pengeluaran barangan dan juga kebajikan perkerja dalam sesebuah organisasi. Borang-borang ini adalah untuk diletakkan pada bahagian appendices. Bukan nak buat betul-betul, lain kali bagilah orang terangkan kedudukan sebenar dahulu. Tak payah lah serius sangat. Murmuring.. =,= 


Situasi kedua:

Tempat ni aku memang dah aim. haha.. Disebuah pejabat pos. Kebelakangan ni kan asyik berulang ke pejabat pos sebab banyak sangat surat nak kena pos. Yang inipun perempuan jugak. Kali pertama aku pergi kat kaunter ni aku nak beli setem. Aku cakap nak setem 80sen. hah? aku ulang nak setem 80sen. Muka ketat ko.. tak pandangpun orang. Bagi setem dengan balance duit pun nak tak nak je.. touching! Mungkin penat kot. Aku pandang sekeliling, lengang.. kosong.. cubalah senyum sikit kak.. tak rugipun.. lepas tu setiap kali pergi pejabat pos, aku akan cuba avoid daripada pergi kat kaunter tu.. Then hari tu terlepas cakap kat kawan aku, "mak cik tu tak pernah senyumpun.." kawan aku cakap, "ha'ah.. mak cik tu memang macam tu.." ok..

Situasi ketiga:

Baru je berlaku semalam. hehe.. semalam kami kembali ke library DOE untuk menyiapkan tugasan. Tapi nasib tak baik, semalam staff lain yang bertugas bukanlah akak minggu lepas. Dah siap pergi ambil pas pelawat, nak masuk library tu scan pas tu tapi tak boleh. Pintu tak terbuka, mungkin rosak kot. Kitorang pun lambai-lambailah dari luar sambil tunjuk pas tu. Lepas tu staff tu tunjuk tempat pengimbas tu. Masalahnya memang dah scan tapi tak boleh, ke aku yang jakun? =.= Lepas tu dia buka dari dalam dan keluar dari kaunter, dia suruh scan kat pengimbas tu, kami cakaplah dah scan tapi tak boleh. Amboii.. macam marah je, muka ketat mak aiihh... Kawan aku cakaplah, "dia ni marah kat siapa?". Disebabkan tak puas hati dia ambil pas tu dan scan dari dalam. Haaa.. kan dah cakap tak boleh. Lastly dia suruh sorang pergi tukar pas yang lain,dan kawan aku yang lain masuk dulu. Akupun pergilah tukar. Bila dah masuk tu, nak simpan beg dalam loker, dia pandang dan warning ,"bawak buku nota je ye." ok..... :3 Lepas duduk tu kitorang bincanglah, diapun kejap-kejap round. Sambil jeling dengan ekor mata, takut-takut kitorang snap gambar. Kawan aku pun cakap, "emm.. salin jela weh, aku rasa macam tak sedap hati pulak hari ni.." Haha... Kumpulan aku tertinggal kertas kehadiran yang sepatutnya ditandatangan dan dicop oleh staff yang bertugas. Lecturer aku pernah cakap, kat situ boleh fotostat tapi mahal lah, 20sen sekeping. So, kitorang pinjamlah borang dari kumpulan lain untuk difotostat. Sorang kawan aku pergi kat kaunter, tanya boleh tak nak fotostat. Dia ambil. 10minit kemudian dia datang, sambil hulurkan borang yang dah difotostat sambil berkata, "lain kali kalau nak fotostat, fotostat sendiri ye.." kitorang tengok borang tu siap fotostat 3 salinan lagi. Mintak satu, bagi tiga. Nampak tak? haha.. okla.. kita husnuzon, mungkin takut kumpulan lainpun tak bawak borang kehadiran, so bolehla mintak dengan kitorang. Kitorangkan ada banyak lebih.. :3 

Kebanyakkan situasi seperti ini adalah melibatkan pekerja perempuan. Adakah kerana perempuan lebih bekerja dengan emosi?Banyak sangat tekanan di pejabat, di rumah, pms.. Kalau nak cerita semua banyak lagilah lagipun entri ni bukanlah berniat untuk condemn atau burukkan sesiapa. Tapi tepuk dada,tanya diri..Susah ke nak senyum? susah ke nak cakap elok-elok? Senyumlah, maka seluruh dunia juga akan pasti tersenyum kepada kita..




Kenapa susah nak senyum? gigi rongak eh? meow pun boleh senyum. Eh!
;pp


18 comments:

  1. kucing pun ada probs tapi tahu senyum :) apatah lagi manusia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringin jugak nak bela kucing yang pandai senyum. :D

      Delete
  2. tak dinafikan kerja sekarang ni banyak tekanan terutamanya dari pihak atasan dan pelbagai SOP yang perlu dipatuhi.. masa akak kerja dulu pun macam tu juga adik, tiba-tiba ada pelanggan datang pada masa kita tengah ada kerja lain untuk diselesaikan.. seeloknya janganlah kita marah-marah pelanggan itu.. tarik nafas dan cuba lemparkan senyuman semanis mungkin.. bercakaplah elok-elok sebab pelanggan tetap menjadi keutamaan kita.. waktu bekerja perlu lupakan seketika hal peribadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah akak.. mungkin tempat yang terlalu ramai pelanggan akan menyebabkan ketidakstabilan emosi kpd pekerja tersebut lbh2 lagi jika turut mengalami masalah. Tapi rasanya pada tempat yg tidaklah terlalu tertekan tp juga spt itu rasa mcm tak patut plk kan. Harap2 nanti tidaklah jadi seperti ini..

      Delete
  3. pak guard nie kekadang macam tu laa..bila kita kurang ajar ngan mereka, nanti mereka kata kita berlagak tapi bila kita hormat mereka, dorang buat macam nie pulak..haisshhh...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. jika kita saling menghormati antara satu sama lain tak kiralah pd siapapun, pasti isu seperti itu takkan timbul.

      Delete
  4. bidang yui kerja ni mmg kena snyum la sbb ngadap cust.hihi

    ReplyDelete
  5. Ish tak eloklah macam tu kan. Apa salahnya cakap elok2 tak perlu nak buat muka segala.. Hmmh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahla..kadang2 have no idea kenapa jadi mcm tu. boleh jadi juga timing yg tak sesuai :)

      Delete
  6. aishh...xpela...yg penting kita jgn lupa senyum :D

    ReplyDelete
  7. Apa salahnya kita senyum.. ttg sesetengah pak guard ni klu kita buat selamba nnti dia kata kita x sopan, tp klu kita baik kdg2 dia pulak nk tunjuk power.. sabar je lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul2 kena banyak sabar kalau berhadapan dengan situasi mcm ni..

      Delete
  8. kejadian kat library n pejabat pos mmg selalu berlaku.. tak tau kenapa.. mesti yg wat hal tu perempuan.. susahnya nak senyum. lagi parah bercakap pun dalam nada marah2.. -.-'' tak sesuai org mcm ni jadi first contact dgn customer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang yg bekerja dibahagian yg mmg perlu bnyk berinteraksi dgn org awam, perkara spt ini mmg perlu diambil perhatian. kalau org tanya elok2, mmg sgt tak patutlah jika dijawab dengan kasar.

      Delete
  9. bila berdepan dengan situasi mcm ni, hmmm... sabor je la.. hehehe

    ReplyDelete